The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 SK 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAYATI BINTI MOHD ISA Moe, 2022-06-12 00:56:41

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 SK 2022

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 SK 2022

Keywords: pendidikan moral,buku teks moral,buku teks tahun 5,pendidikan moral tahun 5,pendidikan moral 2022

HEBAT BERADAB SOPAN UNIT
INSAN DI MANA-MANA SAHAJA
5

Jalankan aktiviti dan jawab soalan. Gambar 1

Bulatan Dalam-Luar (Inside-Outside Circle) B•pSeriirteuufma1s:ai hsuanka. neka di kawasan
PANDUAN AKTIVITI
Gambar 2
1. Murid membentuk kumpulan secara
berpasangan. BALAI
SERBA GUNA
2. Murid membentuk dua bulatan. Seorang
berdiri di dalam bulatan (Bulatan 1) dan Gambar 3
seorang lagi di luar bulatan (Bulatan 2).
•BSriiteufa3s:i Pameran buku
3. Murid menghadap rakan secara
berpasangan. Apakah kebaikan beradab
sopan dalam hidup
4. Murid di dalam Bulatan 1 menunjukkan bermasyarakat?
gambar yang disediakan kepada Jika masyarakat
pasangan dan bertanyakan soalan mengabaikan amalan
berdasarkan gambar tersebut. beradab sopan dalam
Contoh soalan bagi Gambar 1: kehidupan harian,
(i) Apakah pakaian yang sesuai semasa bagaimanakah keadaan
kamu menyertai Hari Keluarga? interaksi antara masyarakat?
(ii) Nyatakan cara kamu bertegur sapa
dengan anggota masyarakat yang
menyertai Hari Keluarga.
(iii) Jika seorang anggota masyarakat
terlanggar kamu semasa
pertandingan, apakah tindakan
sopan kamu?

5. Murid di dalam Bulatan 2 menjawab
soalan.

6. Murid di dalam Bulatan 1 memberikan
pujian atau membetulkan jawapan rakan.

7. Kemudian, murid bertukar peranan
dengan soalan lain.

8. Seterusnya, murid di dalam Bulatan 2
bertukar tempat dengan rakan
di sebelah kanan.

9. Ulangi aktiviti menyoal dan menjawab
soalan.

5.1 • Berdasarkan gambar situasi di atas, minta murid bertanyakan 45
5.2 soalan tentang amalan beradab sopan dari segi penampilan diri,
tingkah laku atau tutur kata semasa menjalankan aktiviti.
5.3 • Sediakan gambar situasi tambahan jika perlu. NOTA
GURU

UNIT PUPUK MASYARAKAT BERSOPAN,
NILAI KEHIDUPAN SEJAHTERA
5

Mari kita bermain. 43 44
42 45
Petunjuk Bulatan:
41
Undur Jawab
soalan

Maju Lontar dadu
sekali lagi

40 39 38 37

Cara Bermain 23 24
25
1. Lontar dadu untuk 26
menentukan giliran
bermain. 22 19 18
21 20
2. Gerakkan penanda
mengikut nombor 1 2 34 5
pada dadu.

3. Jawab soalan mengikut
nombor pada bulatan
biru.

4. Maju selangkah jika
jawapan betul.

5. Pemain hilang giliran
satu pusingan jika
jawapan salah.

6. Pemain yang tiba
dahulu di petak tamat
ialah pemenang.

NOTA Bimbing murid bermain
GURU permainan dengan betulnya.
46 Sediakan ganjaran untuk
menambahkan keseronokan
bermain.

Saya telah selamat. UNIT
Terima kasih.
5

Ceritakan pengalaman Kamu mendapati jumlah wang
kamu beradab sopan 46
di tandas awam taman baki yang diterima kurang RM10.
rekreasi.
50 Cipta dialog untuk menuntut 42
49 33
46 kembali RM10 daripada juruwang

47 48 pasar mini secara sopan.

Apakah yang akan terjadi 35
jika kamu mengabaikan
amalan beradab sopan
dalam masyarakat?

36 34 32 Nyatakan
35 31 kepentingan beradab
sopan dalam hidup 32
bermasyarakat.

27 28 29 30

Bagaimanakah kamu
beradab sopan apabila
ditegur oleh anggota
masyarakat kerana 22
melakukan kesalahan?

17 16 14 13

15 Kamu membantu
dalam Kempen
12 Alam Sekitar. 16
Bagaimanakah
11 kamu melayan
peserta di kaunter
6 7 8 9 10 pendaftaran?

Nyatakan amalan beradab Wajarkah kamu memakai baju merah 12
sopan dalam Majlis semasa memberikan penghormatan
terakhir kepada ketua kampung yang
Penyampaian Bantuan. 7 berbangsa Cina? Jelaskan.

5.1 47
5.2
5.3
5.5

UNIT MARI UJI DIRI

5 DUGA

AKAL

Sejauh manakah kamu beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam hidup bermasyarakat? Bulatkan skor berdasarkan petunjuk.

Petunjuk: 1 = Tidak Pernah 2 = Kadangkala 3 = Kerap

Bil. Pernyataan Skor
1 23
1. Saya menggunakan ayat yang sopan apabila bertegur sapa 1 23
dengan anggota masyarakat. 1 23

2. Saya berasa gembira kerana dapat menjaga adab di meja makan 1 23
dalam majlis perkahwinan.
1 23
3. Saya berasa bangga kerana memakai pakaian yang sesuai ketika 1 23
menghadiri majlis keramaian. 1 23
1 23
Saya menjaga tutur kata semasa berinteraksi dengan anggota 1 23
1 23
4. masyarakat walaupun dalam keadaan marah untuk mengelakkan

perselisihan faham.

5. Saya membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan anggota
masyarakat yang sedang berbual.

6. Saya menggunakan nada suara yang sederhana semasa
berkomunikasi dengan anggota masyarakat.

7. Saya memberikan perhatian sepenuhnya ketika ketua kampung
sedang berucap dalam sesuatu majlis.

8. Saya berpuas hati kerana dapat meminta maaf daripada anggota
masyarakat atas kesilapan yang saya lakukan.

9. Saya melayan tetamu dalam sesuatu majlis rumah terbuka dengan
mesra untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

10. Saya memberikan senyuman kepada anggota masyarakat
walaupun tidak kenal untuk mengeratkan hubungan.

Jumlahkan skor yang kamu dapat.

Jumlah skor Penerangan
21 hingga 30 Syabas! Kamu sangat beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.
Kamu perlu mengamalkannya secara konsisten.
11 hingga 20
Menunjukkan sikap beradab sopan dan berbudi pekerti mulia tetapi
0 hingga 10 kamu perlu lebih kerap beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam hidup bermasyarakat.

Tingkatkan lagi amalan beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam hidup bermasyarakat.

Refleksi Kendiri:
48

JANA
IDEA

49

UNIT
6
KUASA BUDAYA MASYARAKAT
MINDA PATUT DIHORMATI

Hayati situasi.

Melissa Teoh dan ibunya menghadiri majlis kebudayaan di Dewan
Komuniti Bandar Coral Heights.

1

Ibu, banyaknya
orang dalam majlis

kebudayaan ini.

1 Ibu, mengapakah ada 2 Ya, Melissa. Oleh sebab itu, kita
dua tempat mengambil perlu menjaga pemakaian. Kita patut
menghormati kepelbagaian budaya
makanan? Bolehkah saya
mengambil makanan dengan memakai pakaian yang sesuai.
di situ?
2

Boleh, Melissa tetapi makanan itu untuk vegetarian.
Dalam majlis ini, mungkin ada orang yang budaya
makanannya berbeza. Sebagai tanda hormat, pihak
penganjur menyediakan makanan khas untuk mereka.

3 4

Puan Kalsom, semua Baik, encik. Dengan ini,
makanan di sini halal. kita dapat mengekalkan
Puan boleh memilihnya
persefahaman yang
mengikut cita rasa. baik dalam hidup
bermasyarakat.
50

UNIT

6

1 Kaalai vanakam, 2 Kaalai vanakam,
Puan Malliga. Puan Teoh.

Mari kita duduk.

3 Ibu, apakah bahasa Saya berasa seronok
yang ibu gunakan tadi? kerana dapat mengenali

Ibu mengucapkan selamat dan menghormati
4 pagi dalam bahasa Tamil kepelbagaian budaya

kepada Puan Malliga. Salah dalam masyarakat.
satu cara kita menghormati
bahasa lain adalah dengan

menggunakan bahasa
tersebut dengan betulnya.

5 Baiklah, ibu. Saya juga akan
mengucapkan kaalai vanakam
kepada rakan-rakan yang
berbangsa India.

Apakah cara lain untuk kamu menghormati Selamat pagi dalam bahasa lain:
kepelbagaian budaya dalam masyarakat? Bahasa Tamil - Kaalai vanakam
Jika kamu Melissa Teoh, mengapakah kamu Bahasa Inggeris - Good morning
patut menghormati kepelbagaian budaya Bahasa Cina - Zav o shang hav o
dalam majlis kebudayaan? Bahasa Hindi - Shubh prabhaat
Ceritakan pengalaman kamu menghormati Bahasa Arab - Sobahal khair
budaya makanan kaum lain.

Minta murid melayari Internet untuk mencari maklumat

6.1 tentang tarian pelbagai kaum dalam hidup bermasyarakat.

6.2 NOTA 51
GURU
6.3

6.4

UNIT HORMATI BUDAYA
BERMASYARAKAT
6 KUKUH
Hormati budaya dalam masyarakat
MORAL Jadikan amalan dalam kehidupan
Pelbagai budaya pelbagai amalan
Mari kita bernyanyi. Hidup kita menjadi aman

Amalkan hormat pelbagai budaya
Makanan, bahasa kita berbeza
Hormati makanan pelbagai kaum
Gunakan bahasa difahami semua

Hidup berbudaya hidup sejahtera
Pemakaian kita patut dijaga
Cara hidup kita berbeza-beza
Jangan mengejek sesama kita

52

UNIT

6

Adat dan tradisi harus dipatuhi Selamat
Turun-temurun menjadi panduan Menyambut
Hak budaya disanjung tinggi Hari Deepavali
Amalan hormat tetap dirasa

Hormati budaya hormati bangsa
Elakkan sengketa hidup harmoni
Kenali budaya rapatkan hubungan
Masyarakat gembira kita bahagia

Mari kawan hormati semua

Kita raikan pelbagai budaya

Wujud perpaduan di mana jua

Rakyat tenteram dan berjaya

IMBAS SAYA
Nukilan: Kugan a/l Ravendran

Hormati
Budaya
Bermasyarakat

Berdasarkan lirik lagu, nyatakan kepelbagaian budaya dalam hidup
bermasyarakat.
Bagaimanakah kamu menghormati kepelbagaian budaya dalam hidup
bermasyarakat?
Mengapakah kamu patut menghormati adat dan tradisi kepelbagaian
budaya dalam hidup bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat menghormati kepelbagaian
budaya dalam hidup bermasyarakat?

6.1 Bimbing murid menyanyikan lagu mengikut melodi “Air Pasang Pagi”. 53
6.2

6.3 NOTA
GURU
6.4

UNIT
6
HEBAT KEPELBAGAIAN BUDAYA
INSAN BENTUK KEHARMONIAN

Lengkapkan infografik.

Saya menghormati kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat
dengan mengenali perayaan masyarakat setempat.

Perayaan Harik Nyolong Buah Perayaan Gawai Dayak
Masyarakat Orang Asli Suku Urang Huluk Masyarakat Dayak

Tanda ucapan Upacara Disambut pada
terima kasih ini akan bulan Jun.
kepada semangat dilakukan
alam kerana oleh seorang _________________
memberikan hasil pawang.
buah-buahan
hutan.

Disambut Selepas upacara _________________
pada bulan berdoa di keramat dan _________________
Ogos setiap bermandi tepung,
tahun. semua akan ke rumah IMBAS SAYA
untuk bejamuk, iaitu
[Sumber: makan kenduri
Buku Adat dan besar-besaran
Pantang Larang Orang di Balai Hadat.
Asli Semenanjung
Malaysia-Suku Urang
Huluk (JAKUN)]

Keramat bermaksud kawasan suci bagi Orang Asli yang Gawai Dayak

menjadi tempat untuk bemintak atau berdoa.

INFO

Bagaimanakah kamu menghormati sambutan perayaan kuih bulan
dalam hidup bermasyarakat?
Mengapakah kamu patut menghormati kepelbagaian perayaan
dalam hidup bermasyarakat?

54 Minta murid melayari Internet untuk mencari maklumat 6.1
tentang perayaan Gawai Dayak, Ponggal dan perayaan 6.2
6.3
NOTA kuih bulan. Murid menghasilkan infografik mengikut kreativiti.
GURU

UNIT
6
HEBAT HORMATI
INSAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Mari berpidato.

Kamu menyertai pertandingan pidato yang bertajuk “Kebaikan Menghormati
Kepelbagaian Budaya dalam Hidup Bermasyarakat” anjuran Persatuan
Komuniti Bandar Bayu bersempena dengan sambutan bulan patriotik.

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan
hakim yang bijaksana, Ahli Jawatankuasa

Persatuan Komuniti Bandar Bayu dan para hadirin
yang dikasihi sekalian. Tampilnya saya di sini
untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ...

Isi: 1 Isi: 3

Contoh kepelbagaian budaya: Kepentingan menghormati
1. Makanan kepelbagaian budaya:
2. _________________________ 1. Mewujudkan persefahaman
3. _________________________ 2. _________________________

Isi: 2 Isi: 4

Cara menghormati Perasaan menghormati
kepelbagaian budaya: kepelbagaian budaya:
1. Hormati hak budaya kaum lain 1. Seronok
2. __________________________ 2. ___________________________

Isi: 5

Kesimpulan
______________________________

Tulis pidato lengkap berdasarkan isi pidato yang diberikan.
Apakah yang akan berlaku jika kamu mengabaikan amalan
hormat dalam hidup bermasyarakat?

6.1 Galakkan murid menulis dan menyampaikan pidato ini 55
6.2 dalam program kemasyarakatan atau program sekolah.

6.3 NOTA
6.4 GURU

UNIT
6
PUPUK AMALAN HORMAT
NILAI KUKUHKAN PERPADUAN

Mari melakukan aktiviti.

Sugen dan Eril sedang mencari maklumat tentang adat dan kepercayaan
dalam hidup bermasyarakat di Pusat Internet Kampung Desa Permai.

Masyarakat Melayu Masyarakat Cina

Bersalaman sambil mencium tangan Dalam upacara perkahwinan,
apabila berjumpa dengan orang yang pengantin akan memberikan teh kepada
lebih tua sebagai tanda hormat. saudara-mara yang lebih tua untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat Kadazandusun

Melakukan upacara sumuku untuk Masyarakat India
meminta izin daripada Tuhan Kinoingan.
Upacara tersebut bertujuan untuk Sujud di kaki apabila berjumpa
membuka tanah bagi pertanian ataupun dengan orang yang lebih tua sebagai
sebagai tapak pembinaan rumah. tanda mendapatkan restu.

Mari menghasilkan rantai kunci berdasarkan adat di atas.

Gunting

Alatan dan Bahan

12 Kertas

Gelung besi Plastik

berlamina

3 Penebuk lubang

56 Cara-cara Menghasilkan

Rantai Kunci

4 11. Taip dan cetak maklumat.

22. Salutkannya dengan plastik
berlamina dan potong.

33. Tebuk lubang dan masukkan
gelung besi.

44. Rantai kunci yang telah siap.

NOTA • Minta murid berkongsi rantai kunci dengan rakan yang 6.1
GURU berlainan bangsa. 6.2
6.5
• Minta murid menghasilkan album mini yang bertajuk

“Kepelbagaian Adat dan Kepercayaan dalam Masyarakat”.

PUPUK AMALAN DIIKUTI, UNIT
NILAI HIDUP DIBERKATI
6
Mari kita melakukan aktiviti Main Peranan (Role Play).
57
PANDUAN AKTIVITI sKdaKbaismdemaeredkbsmuweueMmlatmauakanaenpairnnoegnHgrnaPaamaaenrkjaairdegVakleamranSnmaiaasgamalnajblaiknsi1ahi.:ih
KmKadasedaemnnmJyMukagabanaabkuvtinesinatnriakdWsgPnaaieisnslmTlreeihaapdamamnea-iaasrpnaadsnugramasa2anka:man.
1. Murid membentuk uNnKsgbKtaauaeammkjrKadsbmeudteMunimmmetiKaoanapeaninynsenmgaynHgPkpaLaiaeskaurriuardkmniatkeaGgnaaAnnaa.tagwTInlaaoban3nraiiaa:nn
tiga kumpulan.
Kotak Ajaib
2. Setiap kumpulan diberi
potongan kad Main Peranan.

3. Apabila wisel dibunyikan,
wakil setiap kumpulan perlu
mencari sebahagian
potongan kad Main Peranan
yang sama bentuk di dalam
Kotak Ajaib dan
cantumkannya.

4. Kumpulan yang dapat
mencantumkan kad dahulu,
akan memulakan lakonan.

5. Setiap kumpulan diberi
masa 10 minit untuk
membuat persediaan
lakonan.

6. Apabila wisel kedua
dibunyikan, kumpulan perlu
bersedia untuk memulakan
lakonan.

7. Lakonkan cara
menghormati kepelbagaian
budaya dalam hidup
bermasyarakat.

Mengapakah kamu patut menghormati kepelbagaian
budaya dalam situasi di atas? Bincangkan.

6.1 Minta murid menunjukkan amalan sikap menghormati
6.3 kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat
6.5 semasa aktiviti Main Peranan.
NOTA
GURU

UNIT
6
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL

Jawab soalan berdasarkan tindakan kamu.

Jasmine Kaur menghadiri Pesta Makanan dan Pakaian Tradisional Masyarakat Bandar
Sentosa anjuran Persatuan Penduduk Bandar Sentosa. Terdapat hidangan makanan
yang melambangkan kepelbagaian budaya. Jasmine Kaur menghormati masyarakat
setempat yang hadir dengan memberikan salam dan bertegur sapa. Jasmine Kaur

menghadiri pesta tersebut dengan memakai pakaian tradisional.

Bagaimanakah Jasmine Kaur menghormati
kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat?

Mengapakah Jasmine Kaur patut menghormati budaya
makanan, pakaian dan bahasa dalam pesta tersebut?

Apakah perasaan kamu apabila dapat menghormati
kepelbagaian budaya dalam hidup bermasyarakat?

Jika kamu Jasmine Kaur, bagaimanakah kamu
menghormati kepelbagaian budaya dalam pesta tersebut?

58

JANA
IDEA

59

UNIT
7
KUASA SAJAK KASIH SAYANG
MINDA

Baca dan fahami sajak.

Ravi sentiasa mengamalkan sikap menyayangi masyarakat. Dia ingin
menyampaikan sebuah sajak yang bertemakan kasih sayang dalam
Majlis Hari Komuniti Kampung Sejahtera. Dia berlatih mendeklamasikan
sajak yang dihasilkannya di hadapan rakan-rakan.

Kasih sayang
adalah perasaan cinta
yang lahir daripada
hati yang ikhlas.

Kasih sayang
adalah kepekaan
terhadap masyarakat
demi keharmonian dan
kesejahteraan.

Kasih sayang
dicurahkan kepada
semua insan dalam masyarakat.

Yang tua
mahupun yang muda
Yang bertuah
mahupun yang serba kekurangan.

Kasih sayang
menyinari kehidupan
menghapuskan persengketaan
dalam masyarakat
yang kita sayangi.

Nukilan: Shanmuga Velu a/l Subramanian

Berpandukan sajak di atas, nyatakan cara kamu menyayangi masyarakat.
Bincangkan kepentingan amalan menyayangi masyarakat.
Nyatakan perasaan kamu ketika mengamalkan sikap menyayangi
masyarakat.

Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tentang kasih

sayang terhadap masyarakat daripada Internet, majalah 7.1
7.2
60 atau surat khabar. 7.3
NOTA
GURU

7.4

KUASA SAYANGI WARGA EMAS UNIT
MINDA
7

Fahami situasi.

Pejabat Kebajikan Masyarakat merancang untuk menganjurkan acara
sukaneka bagi warga emas di kawasan pangsapuri Taman Mentari.
Penganjur memerlukan beberapa orang pembantu untuk menjayakan
acara itu.

John, saya ingin menjadi pembantu Saya pun berminat,
dalam acara tersebut. Saya boleh Kim. Saya boleh
membantu mengedarkan minuman membantu penganjur
kepada warga emas. mengedarkan peralatan
permainan.
Hal ini akan memberikan PENGUMUMAN
peluang kepada kita untuk Pejabat Kebajikan Ya, Kim. Saya akan
memupuk amalan kasih berasa amat gembira
sayang kepada warga Masyarakat sekiranya dipilih sebagai
emas. Kehidupan kita lebih Sukaneka untuk pembantu kerana
sejahtera apabila golongan dapat mengambil berat
ini tidak diabaikan. Warga Emas terhadap golongan
Tarikh: yang memerlukan kasih
sayang.
26.5.20
Masa:

9:00 pagi – 12:00 tengah hari

Tempat:
Padang Awam,

Taman Mentari

Adakah kamu akan mengamalkan kasih sayang terhadap masyarakat
seperti yang dinyatakan dalam situasi di atas? Jelaskan.
Huraikan kepentingan amalan menyayangi masyarakat.
Ceritakan pengalaman kamu atau rakan lain tentang amalan
menyayangi masyarakat.

7.1 Tayangan video tentang kasih sayang terhadap warga emas 61
7.2 boleh digunakan untuk membincangkan perasaan murid

7.3 ketika mengamalkan sikap tersebut. NOTA
7.5 GURU

UNIT KAMI PRIHATIN

7 KUKUH Mula

MORAL Menanam sikap
menyayangi Orang
Teliti carta alir. Kurang Upaya (OKU)

Mengambil Mengamalkan sikap
bahagian dalam peka terhadap

aktiviti yang keperluan golongan
melibatkan OKU OKU

Memupuk perasaan
sayang akan golongan

OKU

Mengamalkan sikap Tidak
menyayangi OKU
7.2
Apakah cara lain untuk memupuk Ya 7.3
kasih sayang terhadap golongan OKU Masyarakat penyayang 7.4
dalam masyarakat?
Jelaskan perasaan kamu berdasarkan OKU terbentuk
situasi di atas.
Anggota masyarakat patut memupuk Tamat
amalan menyayangi golongan
tertentu seperti OKU. Jelaskan.

62 Galakkan murid untuk menceritakan amalan sikap
menyayangi masyarakat, khususnya golongan OKU.

NOTA
GURU

UNIT
7
KUKUH IBU TERAS KESEJAHTERAAN
MORAL MASYARAKAT

Fahami situasi.

Pada minggu hadapan, Laura, Agalya dan Gan akan menghadiri Majlis
Sambutan Hari Ibu di Taman Bersatu. Bersempena dengan majlis itu,
mereka merancang untuk melakukan sesuatu bagi menunjukkan kasih
sayang mereka terhadap kaum ibu.

Marilah kita membuat kejutan Ya. Saya sokong. Saya bercadang
untuk kaum ibu dari Taman untuk membuat gelang manik
Bersatu sebagai tanda kasih dan menghadiahkannya kepada
sayang kita terhadap mereka. mereka. Mereka pasti menyukainya.

Ya, saya setuju. Kita juga
akan berasa bangga apabila
dapat menyayangi kaum ibu.
Keadaan ini akan merapatkan
hubungan kita dengan
masyarakat setempat.

Mengapakah kamu patut mengamalkan sikap kasih sayang terhadap
kaum ibu dalam masyarakat?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap kasih
sayang terhadap anggota masyarakat, khususnya kaum ibu.

7.3 Bimbing murid melakonkan amalan menyayangi kaum ibu 63
7.4 demi kesejahteraan masyarakat.

NOTA
GURU

UNIT
7
HEBAT PROJEK KASIH SAYANG
INSAN

Laksanakan projek ini. PkeTuracsmhaaitnnuga,SnesjaParehantwdeuardkauk

Suren, Kalas, Kandeh dan Sarom ingin KPPAEERRSISTHEAMSNABDYAINAHGNAAGNN
menyertai pertandingan Persembahan
Amalan Kasih Sayang terhadap MKaatsesirythaheSramadaayka:aapntg
Masyarakat menggunakan aplikasi sempena
MS PowerPoint. kasmihinsgagyUang

Kami amat
menyayangi masyarakat
setempat di Taman Sejahtera.
Kami mempunyai beberapa
pengalaman yang boleh kami
kongsikan dengan menyertai

pertandingan ini.

Mereka mengikuti langkah-langkah untuk menghasilkan slaid
persembahan PowerPoint seperti yang berikut.

12
64

UNIT

7

34

56

8
7

Jelaskan cara kamu memupuk amalan menyayangi masyarakat.
Perihalkan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan kasih
sayang terhadap anggota masyarakat.
Mengapakah kamu wajar menyayangi masyarakat?

Galakkan murid menggunakan media lain bagi

7.2 menghasilkan persembahan mengenai amalan kasih 65
7.3 sayang terhadap masyarakat.
7.4 NOTA
GURU

UNIT
7
PUPUK SANDWIC KASIH SAYANG
NILAI

Laksanakan tugasan ini. Bahan-bahan yang diperlukan:

Mimi menyertai pertandingan memasak saeRnmodtpiwaitci
yang bertemakan “Sayangi Masyarakat
Kita” di Kampung Baru Simpang Tiga. Salad Mayones
Dalam persembahannya, dia beradab
mengaitkan amalan pemupukan kasih
sayang dengan cara membuat sandwic. Sebiji telur

• Para hadirin sekalian, sekarang saya akan ikhlas pMearaymonaehs
menunjukkan cara membuat “sandwic
kasih sayang” terhadap masyarakat. Keju
cinta
• Mula-mula, sediakan dua keping roti
empati. Marjerin
- Sifat empati menjadi asas kepada prihatin
amalan kasih sayang seseorang.

• Kemudian, sapukan marjerin prihatin
pada sekeping roti empati.
- Tindakan ini adalah sama seperti
menanam sifat prihatin dan peka
terhadap masyarakat.

• Selepas itu, letakkan salad beradab,
telur rebus ikhlas, keju cinta dan sedikit
mayones peramah.
- Segala ramuan ini ialah asas bagi
sikap menyayangi masyarakat.

• Akhirnya, letakkan sekeping roti empati
pada lapisan atas.

• Sandwic kasih sayang sudah siap sedia
untuk dihidangkan kepada masyarakat.

Jelaskan cara kamu memupuk amalan kasih sayang dalam masyarakat.
Huraikan kepentingan menyayangi pelbagai golongan anggota masyarakat.
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap kasih sayang
terhadap anggota masyarakat?
Apakah yang akan kamu lakukan untuk menyayangi masyarakat di tempat
tinggal kamu?

66 Galakkan murid menghasilkan kraf seperti kad ucapan, bunga 7.2
kertas atau origami bagi menunjukkan amalan kasih sayang. 7.3

NOTA 7.4
GURU

UNIT
7
PUPUK SAYANGI MASYARAKAT KITA
NILAI

Fahami poster kasih sayang.

Guntingkan gambar pada YDADNIYKIGASNATAGUSYAMIAUHDNIAGI
poster di sebelah secara
berasingan. Kemudian,
nyatakan cara menyayangi
anggota masyarakat.

Contoh:

Cara menyayangi:

IMBAS SAYA
Poster
Kasih Sayang

Nyatakan cara lain menyayangi anggota masyarakat.
Lakonkan situasi amalan kasih sayang dalam masyarakat bagi setiap gambar.
Huraikan kepentingan menyayangi setiap golongan dalam masyarakat kamu.

7.1 • Gambar lain boleh digunakan untuk aktiviti ini. 67
7.2 • Perbanyak poster untuk melaksanakan aktiviti ini.

7.3 NOTA
7.5 GURU

UNIT
7
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL

Jawab soalan.

Kesejahteraan Masyarakat
Melalui Amalan Kasih Sayang

Oleh: Siti Sofia Md Nasir

KUCHING – “Kesejahteraan dalam

kehidupan bermasyarakat dapat dicapai

dengan adanya amalan kasih sayang yang

ikhlas,” kata Tuai Rumah, Lantang Anak

Kalas. Oleh itu, setiap individu patut peka dan

berperasaan cinta secara ikhlas terhadap

semua anggota masyarakat, khususnya

golongan warga emas dan Orang Kurang

Upaya(OKU).“Kasihsayangbolehdiamalkan “Kasih sayang dapat mengeratkan

dengan meluangkan masa bersama-sama hubungan sesama anggota masyarakat.

dengan anggota masyarakat atau meraikan Kasih sayang juga akan menghindarkan

hari-hari istimewa,” katanya lagi. kita daripada sebarang perselisihan

faham,” tambah beliau lagi.

Berita Nasional, Rabu, 15 Mei 20

1. Senaraikan contoh amalan menyayangi masyarakat seperti yang
terdapat dalam keratan akhbar di atas.
___________________________________________________________

2. Nyatakan cara kamu memupuk sikap menyayangi masyarakat.
___________________________________________________________

3. Jelaskan kepentingan amalan kasih sayang dalam masyarakat.
___________________________________________________________

4. Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap
menyayangi semua golongan masyarakat?
___________________________________________________________

68

JANA
IDEA

69

UNIT
8
KUASA SURI TELADAN
MINDA DICONTOHI MASYARAKAT

Baca dan fahami.

Saya Roboto. Saya Semasa Pesta Makanan anjuran persatuan
telah dianugerahi perumahan, saya ditugaskan untuk mengagihkan
Tokoh Kanak-kanak aiskrim. Kawan baik saya meminta dua batang
Keadilan dalam Kempen aiskrim. Saya menolak permintaannya kerana
Kesedaran Moral anjuran setiap orang hanya dibekalkan sebatang
komuniti setempat. aiskrim sahaja.
Saya diminta berkongsi
pengalaman bersikap
adil dalam hidup
bermasyarakat untuk
dijadikan teladan kepada
anggota masyarakat.

Saya dan kawan-kawan berlatih bermain futsal
di stadium untuk pertandingan futsal anjuran
persatuan taman perumahan. Saya mengajak
Unini menyertai latihan bersama-sama
walaupun dia berlainan jantina dengan kami.

70

Tomomo dituduh mengambil UNIT
peranti realiti maya Zeni, anak
penghulu. Tomomo sangat sedih. 8
Saya meminta Zeni menyiasat
perkara tersebut terlebih dahulu
dan tidak menuduh sesiapa
tanpa bukti yang kukuh.
Selepas siasatan dijalankan,
Zeni mendapati peranti realiti
mayanya diambil oleh adiknya.
Saya berasa syukur kerana sikap
adil saya dapat mengelakkan
berlakunya perselisihan faham
antara anggota masyarakat.

Saya mengagihkan tugas
mengemas buku di perpustakaan
komuniti. Selepas membuat
pertimbangan, saya meminta
Kimini menyusun buku di bahagian
atas rak buku, manakala Eono
menyusun buku di bahagian
bawah rak buku. Mereka bersetuju
dengan agihan saya kerana saya
mempertimbangkan ketinggian
mereka.

Senaraikan contoh amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
Nyatakan kepentingan amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
Huraikan kesan pengabaian amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
Apakah perasaan kamu apabila dapat bersikap adil dengan anggota
masyarakat?

8.1 71
8.2 Minta murid melakonkan amalan adil dalam situasi di atas.

8.3 NOTA
8.4 GURU

UNIT
8
KUKUH AMALAN ADIL,
MORAL HAK DIPELIHARA

Baca dan fahami dialog.

Abang, saya hendak dua keping roti telur. Baik. Mengapakah mata kanan kamu
kemerah-merahan?
Entahlah, mata saya merah sejak pagi ini.
Oh, kamu sakit mata! Kamu tidak boleh
Abang, tidak adil kita bercakap datang ke sini. Penyakit ini berjangkit.
begitu. Dia belum disahkan
Ya, betul katanya. Kita perlu
menghidap sakit mata. Dia berhak memastikan sesuatu fakta itu
berkunjung ke mana-mana sahih sebelum menyuarakan
tempat awam. pandangan. Jangan mengikut

Tidak mengapa. anggapan sendiri.

Maafkan saya, adik.

RESTORAN
MAJU

IMBAS SAYA

Apakah yang akan berlaku sekiranya amalan adil Konjunktivitis
dalam hidup bermasyarakat diabaikan? Jelaskan. (Sakit mata)
Lakonkan amalan adil ketika kamu berada di tempat awam.
Contohnya, pasar malam, pawagam dan taman rekreasi.

Minta murid menyatakan keadaan yang akan dihadapi

72 dan tindakan adil yang perlu diamalkan dalam menangani 8.3
wabak lain seperti Influenza A dan COVID-1 . 8.5
NOTA
GURU

KUKUH BERSIKAP ADIL, UNIT
MORAL MASYARAKAT HARMONI
8

Fahami peta minda.

Eh, cucu

ketua
kampung!

Saya terpilih menjadi ketua kumpulan pembersihan Balai Raya Kampung
Bunga Ros. Saya mendapati salah seorang ahli kumpulan saya ialah cucu
ketua kampung. Bagaimanakah saya mengagihkan tugas pembersihan?

Tindakan Adil Tindakan Tidak Adil

Mengagihkan tugas mengikut Mengagihkan tugas yang lebih
kemampuan ahli kumpulan dari segi ringan kepada cucu ketua kampung

jantina, tenaga dan kebolehan. demi kepentingan diri sendiri.

Kesan Kesan

Semua ahli kumpulan berasa Ahli kumpulan lain berasa tidak
gembira dan menurut arahan berpuas hati dan enggan
melaksanakan tugas.
saya.

Perasaan Perasaan

Bangga kerana ahli kumpulan Sedih kerana tidak mendapat
bersetuju dengan keputusan sokongan daripada ahli kumpulan.

saya.

Nyatakan contoh lain kamu bersikap adil terhadap anggota masyarakat.
Huraikan kepentingan amalan adil dalam hidup bermasyarakat.
“Kamu sedang mengagihkan belon kepada kanak-kanak dalam Pesta Seni
dan Budaya Kanak-kanak anjuran persatuan taman perumahan. Kawan
karib kamu meminta kamu memberikan dua biji belon kepadanya
sedangkan kanak-kanak yang lain hanya mendapat sebiji belon setiap
seorang.” Hasilkan peta minda dengan mempertimbangkan tindakan adil
dan tindakan tidak adil.

8.1
8.2 73
8.3
8.4

UNIT
8
HEBAT AMALAN ADIL
INSAN KUKUHKAN SILATURAHIM

Hasilkan slaid dan bentangkan.

1 3 Amalan Adil Saya

Amalan Adil • Saya mengadili pertandingan
Kukuhkan Silaturahim secara adil.

Nama: Koh Ze Liang • Saya tidak membeza-bezakan
Kelas: 5 Amanah pemain.

• Saya menganggap semua
peserta adalah sama.

• Saya tidak bersikap pilih kasih.

2 Situasi 4 Kepentingan Bersikap Adil

• Saya menjadi pengadil • Mengelakkan salah faham.
pertandingan badminton anjuran • Peserta akur terhadap keputusan
persatuan penduduk taman.
pertandingan.
• Sepupu saya merupakan salah • Meningkatkan persefahaman.
seorang peserta pertandingan • Memperkukuh silaturahim.
badminton.
5 Amalan Tidak Adil Saya
• Dia meminta saya
menyebelahinya semasa • Saya menyebelahi sepupu ketika
pertandingan. membuat keputusan.

• Sepupu saya pernah menjadi • Kesalahan sepupu diabaikan.
jurulatih saya.

• Apakah yang perlu saya
lakukan?

74

Situasi A UNIT

8

6 Kesan Pengabaian Dalam pertandingan melukis
Amalan Adil poster anjuran kelab komuniti,

• Menimbulkan kemarahan kamu mendapati anak
kerana tidak puas hati dengan penghulu meniru. Dia merayu
keputusan pertandingan.
kepada kamu supaya tidak
• Hubungan menjadi renggang. melaporkan perkara
• Kepercayaan terhakis. tersebut.

7 Refleksi Situasi B

• Saya berasa syukur kerana Semasa hari keluarga di taman
diberi kepercayaan bertugas perumahan, kamu ditugaskan
sebagai pengadil. Sikap adil saya
telah mengeratkan hubungan untuk mengagihkan
sesama anggota masyarakat cenderamata kepada para
dan mengukuhkan keharmonian pengunjung. Apabila tinggal
dalam hidup bermasyarakat. sebuah cenderamata, kawan

karib kamu dan seorang
penduduk taman tiba pada

masa yang sama.

IMBAS SAYA

Contoh PowerPoint

Berdasarkan Situasi A atau Situasi B di atas, hasilkan persembahan
MS PowerPoint yang menarik dan kreatif.

8.1 • Minta murid membuat buku skrap jika tiada kelengkapan
8.2 komputer. 75
• Minta murid membentangkan hasil kerja mereka.
8.3 NOTA

8.4 GURU

UNIT BERSIKAP ADIL, Zon A
MASYARAKAT CERIA
8 PUPUK

NILAI

Mari bermain.

CARA BERMAIN

1. Atur gelung plastik untuk dijadikan laluan.

2. Murid membentuk dua pasukan dan

beratur di Zon A dan di Zon B.

3. Pemain pertama daripada kedua-dua

pasukan melompat ke dalam gelung

plastik satu demi satu apabila wisel

dibunyikan.

4. Apabila kedua-dua pemain bertemu,

mereka menunjukkan isyarat “Batu, tepmrebDnmauadkkklaauaaasmdmnyauSBauankomenr,mjaaruabkiklkreaejaaaalnipnsgnntgaasrpacdueimoegmacnriaahsaatrakonnhaathaguna.kgaadonhilt?a Zon B
Gunting, Kertas” untuk mengalahkan
lawan.
5. Pemain yang menang akan menjawab
soalan untuk mendapatkan ganjaran.
6. Pemain yang kalah tersingkir daripada
meneruskan permainan dan digantikan
dengan ahli pasukan yang lain.
7. Apabila wisel dibunyikan, pemain yang

menang meneruskan lompatan,

manakala pemain pihak lawan yang Soalan
seterusnya akan memulakan lompatan menAsyemeprataankidpdaai htsauemknadanankbola
dari mula. Appaerkuamh atihnadnakkaanmaud.il
8. Ulangi langkah 4, 5, 6 dan 7 sehingga
tiba di zon pihak lawan untuk kamu?
mendapatkan ganjaran bonus.

Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap adil dalam
aktiviti kemasyarakatan?
Seseorang yang adil akan disanjung oleh anggota masyarakat.
Bincangkan.

76 • Sebelum memulakan permainan, sediakan pelbagai soalan. 8.1
• Minta murid membahagikan ganjaran secara adil sesama 8.2
8.4
ahli pasukan.

NOTA
GURU

PUPUK PENGUNDIAN ADIL, UNIT
NILAI KEPUTUSAN DIYAKINI
8

Fahami situasi dan main peranan.

Kamu sedang menyaksikan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang diadakan
di taman perumahan. Para penonton diamanahkan untuk membuat undian bagi
memilih pemenang. Setiap penonton hanya mempunyai sekali peluang mengundi.

Berdasarkan undian penonton, siapakah secara adil layak untuk memenangi
pertandingan ini?

12 3 45

Peserta ke-4 Peserta ke-3
paling baik, tidak
suaranya
merdu tetapi mendapat
orangnya bunga.

nampak Kasihannya.
sombong.

Ibu menyuruh saya Peserta pertama ialah kawan Peserta ke-5 pernah
memilih peserta ke-2 karib saya tetapi persembahan membantu saya tetapi
kerana peserta itu anak
peserta ke-4 lebih menarik. persembahannya
kawannya tetapi kurang memuaskan.
persembahannya kurang

menarik.

Ramalkan kesan jika pengundian dijalankan secara tidak adil.
Apakah perasaan kamu apabila dapat bertindak adil sesama
anggota masyarakat?

8.1 Sediakan bahan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti main 77
8.3 peranan dalam situasi mengundi.
8.4

8.5 NOTA

GURU

UNIT MARI UJI DIRI

8 DUGA

AKAL

1. Kampung kamu akan mengadakan Karnival Jualan Amal. Kamu
dikehendaki mengagihkan tugas persediaan tapak mengikut kebolehan
rakan-rakan sekampung.

NAMA KEBOLEHAN TUGAS

Zairi Paling tinggi. Menghias gerai.

Emily Pemenang Menyusun kerusi
Sindun pertandingan dan meja.

melukis. Menggantung
Mahir membuat belon.

kerja rumah.

Nathan Badan kuat dan Mengelap meja,
bertenaga. kerusi dan gerai.

Ajay Mahir dengan kerja Memasang
pertukangan. khemah.

Ratih Mahir Menghasilkan
menggunakan poster.

komputer.

2. Adakah rakan-rakan sekampung akan akur terhadap tugas yang kamu
agihkan? Berikan alasannya.
_____________________________________________________________________

78

JANA
IDEA

Tandas ini untuk kegunaan
orang kurang upaya sahaja.

79

UNIT BERANI
PERTAHANKAN CABARAN
9 KUASA

MINDA

Hayati situasi.

Jimy Anak Ruji sedang mengulang kaji pelajaran. Pada ketika itu, dia
terdengar bunyi bising motosikal yang tidak menyenangkan.

Pada keesokan hari ... Eh, kuatnya bunyi
motosikal ini! Kegiatan
Ayah, masalah lumba lumba haram ini semakin
haram ini semakin serius teruk. Saya perlu
di kawasan perumahan berbincang dengan
kita. Bolehkah kita ayah sebab kegiatan
mengadukan isu ini ini mengganggu
kepada Persatuan ketenteraman penghuni
Komuniti Perumahan di sini.
Mayuri?
Ya, Jimy. Kita
80 patut membuat
aduan melalui
saluran yang
betul.

Di Pejabat Persatuan Komuniti Perumahan Mayuri ... UNIT

9

Selamat pagi, encik. Kami Kami berharap agar
hendak membuat aduan tindakan yang
mengenai kegiatan lumba sewajarnya dapat
haram yang berlaku diambil demi
di kawasan perumahan kami. ketenteraman hidup
Kegiatan tersebut melibatkan masyarakat setempat.
golongan remaja dari taman
perumahan kami juga.

Bagus dan syabas Encik Ruji dan Jimy. Saya akan melaporkan
isu ini kepada pihak rondaan malam untuk bertindak dengan
segeranya. Terima kasih.

Berdasarkan cerita di atas, berikan contoh amalan berani dalam hidup
bermasyarakat.
Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh Jimy apabila bersikap berani
dalam hidup bermasyarakat?
Mengapakah Jimy patut bersikap berani dalam situasi di atas?
Apakah perasaan kamu apabila bersikap berani seperti Jimy dalam situasi
di atas?

Minta murid menulis aduan kepada persatuan komuniti

9.1 mengenai masalah lumba haram ini menggunakan pelbagai 81
9.2 media elektronik.
9.3
NOTA
GURU

9.4

UNIT
9
KUKUH SANG LEBAH BERANI,
MORAL RIMBA HARMONI

Hayati cerita.

Sang Nuri, Sang Ayam, Sang Monyet dan Sang Helang hidup bermasyarakat
di Rimba Amazona. Sang Helang merupakan penghuni yang sangat garang
dan ditakuti oleh masyarakat yang lain.

Pada suatu hari, semasa
Sang Nuri, Sang Ayam dan

Sang Monyet pulang
dengan makanan, mereka
terserempak dengan
Sang Helang. Sang Helang
meminta makanan mereka.

“Tidak! Makanan ini untuk keluarga saya.
Nanti anak saya lapar,” kata Sang Ayam.

“Eh, kamu jangan berani sangat!
Nanti saya makan kamu,” kata
Sang Helang dengan suara yang
menyeramkan. Akhirnya, Sang Ayam
memberikan makanannya kepada
Sang Helang.

Tindakan Sang Helang itu menyebabkan
masyarakat di Rimba Amazona hidup
kelaparan. Oleh itu, Sang Nuri, Sang Ayam
dan Sang Monyet berjumpa dengan
Ketua Komuniti Rimba Amazona, Sang
Lebah untuk mengadukan masalah ini.

“Jangan risau, kita patut menghadapi
cabaran ini dengan beraninya. Saya ada
jalan penyelesaian,” kata Sang Lebah
kepada mereka.

82

Pada keesokan hari, semasa UNIT

9

Sang Nuri, Sang Ayam dan Sang Monyet

pulang dengan membawa makanan,

Sang Helang telah meminta makanan

Sang Nuri.

“Tidak boleh. Saya tidak akan

memberikan makanan kepada

si pemalas,” kata Sang Nuri dengan

garangnya.

“Berani kamu?” kata Sang Helang lalu

merampas makanan Sang Nuri.

Apabila Sang Helang membuka

bakul makanan Sang Nuri, maka

keluarlah Sang Lebah dan

kawan-kawannya daripada

bakul itu dan mula menyengat

Sang Helang. Sang Helang

menjerit kesakitan lalu terbang

dari situ.

Sang Nuri, Sang Ayam dan
Sang Monyet memuji sikap berani
yang ditunjukkan oleh Sang Lebah
dan kawan-kawannya.
Sang Lebah berasa bangga
kerana bersikap berani demi
menjaga keselamatan masyarakat.
Kehidupan mereka juga semakin
bahagia dan harmoni.

Berikan contoh amalan berani yang dilakukan oleh Sang Lebah dalam cerita
di atas.
Apakah cabaran yang akan dihadapi oleh masyarakat Rimba Amazona
apabila bersikap berani dalam situasi di atas? Ramalkan.
Mengapakah Sang Lebah patut bersikap berani dalam hidup bermasyarakat
di Rimba Amazona?

9.1 Minta murid main peranan situasi di atas dengan menunjukkan 83
9.2 sikap berani dalam hidup bermasyarakat.

9.3

9.5 NOTA

GURU

UNIT
9
HEBAT GURINDAM KEBERANIAN
INSAN

Mari kita lafazkan gurindam.

Jika kamu bersikap berani,
Hidup masyarakat menjadi harmoni.

Jangan takut jangan gentar,
Hadapi cabaran dengan pintar.

Berikan teguran secara berhemah,
Hubungan masyarakat menjadi ramah.

Apabila kamu memberikan nasihat,
Kesesuaian tempat patut dilihat.

Buat aduan ikut saluran,
Langkah betul menjadi panduan.

Aduan bertulis secara berhemat,
Hadapi rintangan dengan cermat.

Sikap berani sikap terpuji,
Keselamatan semua sentiasa dijanji.

Nukilan: Kugan a/l Ravendran

Senaraikan contoh Berdasarkan Nyatakan
amalan berani gurindam kepentingan amalan
dalam hidup di atas: berani dalam hidup
bermasyarakat. bermasyarakat.

Senaraikan amalan berani yang terdapat Gurindam bermaksud
dalam gurindam di atas.
Nyatakan perasaan kamu setelah amalan sajak dua baris yang
berani dalam hidup bermasyarakat dapat
diwujudkan. berisi nasihat atau

84 pengajaran. INFO

9.1
9.2
9.3
9.4

UNIT
9
HEBAT HADAPI CABARAN
INSAN KEKALKAN KEBENARAN

Fahami situasi dan lengkapkan infografik.

Setiap hujung minggu, Ming Kit dan kawan-kawannya menjalani latihan
badminton di Kompleks Rekreasi Pangsapuri Pasir Emas.

Semua makanan
di sini berminyak.

Tandas awam di kompleks rekreasi itu semakin kotor dan berbau.
Lampu juga tidak berfungsi. Makanan yang dijual di kafeteria juga

berminyak. Kadangkala kuantiti makanan sangat sedikit.

Cara bersikap berani bagi Apakah cabaran yang
mengatasi masalah dalam dihadapi oleh Ming Kit
apabila bersikap berani
situasi di atas. dalam masalah di atas?

1. __________ 1. __________
2. __________ 2. __________
3. __________ 3. __________
4. __________ 4. __________

Berdasarkan situasi, mengapakah Ming Kit patut mengamalkan sikap
berani?
Lakonkan situasi di atas dengan mengamalkan sikap berani dalam
hidup bermasyarakat.

9.1 85
9.2 Minta murid melakonkan situasi di atas dengan mengamalkan
9.3 sikap berani dalam hidup bermasyarakat.

9.5 NOTA

GURU

UNIT
9
PUPUK HADAPI CABARAN
NILAI TUNJUKKAN KEYAKINAN

Mari kita terima cabaran kawan. IMBAS SAYA
CARA BERMAIN

1. Murid membentuk dua kumpulan. Petak
Cabaran
2. Wakil daripada setiap kumpulan akan bermain Petak
Cabaran secara berpasangan.

3. Wakil kumpulan perlu menulis huruf
B, E, R, A, N, dan I secara bergilir-gilir untuk
membentuk perkataan BERANI.

4. Pemenang memberikan Soalan Cabaran yang
disediakan kepada pasangannya yang kalah.

5. Kumpulan yang menerima cabaran perlu membaca
situasi dan melakonkan tindakan berani dalam
hidup bermasyarakat.

6. Kumpulan yang menang dalam Petak Cabaran
mendapat tiga markah.

7. Kumpulan yang menerima cabaran akan mendapat
dua markah jika melakonkan situasi dengan betulnya.

8. Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi
dianggap pemenang.

86

UNIT

9

Soalan Cabaran 1 Soalan Cabaran 2

Kamu ternampak beberapa orang Ketika membeli barang di Pasar
peniaga menjual makanan Mini Warisan, kamu mendapati
ada makanan yang dijual telah
berhampiran dengan padang
awam walaupun ada papan tanda tamat tarikh luputnya.

kawasan larangan menjaja. Soalan Cabaran 4

Soalan Cabaran 3 Semasa berjoging di taman
permainan bersama-sama
Kamu menegur seorang pemuda dengan ayah, kamu ternampak
yang menghisap rokok di meja beberapa orang budak sedang
bermain buaian sambil berdiri
sebelah kamu ketika sedang dalam keadaan bahaya.
makan di Restoran Mak Cik Kiah.

Berdasarkan situasi di atas, apakah cabaran yang akan kamu hadapi
semasa bersikap berani dalam hidup bermasyarakat?
Apakah kepentingan amalan berani dalam hidup bermasyarakat?

• Murid melayari Internet atau pelbagai media sosial untuk

9.1 mendapatkan berita tentang sikap berani dalam hidup
9.2 bermasyarakat. 87
• Cetak dan kongsikan berita tersebut dengan rakan sekelas yang NOTA
9.3 lain. GURU
9.5

UNIT
9 DUGA
IMBAS SAYA
MARI UJI DIRIAKAL
Imbas
untuk

Jawapan

Pilihan

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Kamu patut bersikap ____________ untuk menghadapi situasi dengan
yakin dan tabahnya dalam hidup bermasyarakat.

2. Kamu perlu memberikan ____________ secara berhemah terhadap
masyarakat yang melakukan kesalahan.

3. Jika kamu berhadapan dengan anggota masyarakat yang melakukan
kesalahan, buat aduan menggunakan __________ yang betul demi
ketenteraman.

4. Kamu perlu bertindak dengan _________ yang kukuh apabila
berhadapan dengan masyarakat yang melakukan kesalahan.

5. Sikap berani yang kamu tunjukkan dalam hidup bermasyarakat dapat
menjamin _________________ yang harmoni.

B. Teliti situasi dan jawab soalan.

Tong barangan terpakai yang terletak berhampiran
dengan Balai Raya Taman Anggerik dipenuhi
dengan barang buangan di sekelilingnya. Tindakan
masyarakat menyebabkan pemandangan yang
tidak menyenangkan.

1. Apakah amalan ___________________________________
berani yang boleh ___________________________________
kamu lakukan? ___________________________________

2. Apakah cabaran ___________________________________
amalan berani ___________________________________
yang kamu ___________________________________
hadapi?
___________________________________
3. Apakah perasaan kamu ___________________________________
apabila dapat ___________________________________
mengamalkan sikap
berani dalam hidup
bermasyarakat?

88

JANA
IDEA

Eh, bakinya
terlebih! Saya patut

memulangkannya.

89

UNIT
10
KUASA BERIADAH DENGAN JUJURNYA
MINDA

Baca dan fahami ikrar.

Kelab Remaja Taman Seri Hijau menganjurkan Kem Tunas Cemerlang
untuk kanak-kanak di Taman Seri Hijau. Kem tersebut diadakan selama
tiga hari dua malam. Haridas diberi pengiktirafan untuk membaca ikrar
dalam majlis perasmian kem itu.

IKRAR

Bahawasanya kami, peserta Kem
Tunas Cemerlang, berikrar dan
berjanji akan:

• Bercakap benar dalam semua
situasi;

• Mengamalkan sikap ikhlas
sepanjang sesi perkhemahan;

• Amanah terhadap segala
tugas yang diberikan; dan

• Kami juga sedar bahawa
sikap jujur yang diamalkan
sepanjang sesi kem ini akan
menjamin kehidupan
masyarakat yang harmoni
dan bersatu padu.

Senaraikan contoh amalan jujur yang boleh kamu lakukan dalam hidup
bermasyarakat.
Nyatakan cara kamu memupuk amalan jujur dalam hidup bermasyarakat.
Mengapakah kamu perlu mengamalkan sikap jujur dalam hidup
bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap jujur dalam
hidup bermasyarakat?

Galakkan murid untuk menceritakan pengalaman mereka 10.1
10.2
90 bersikap jujur dalam kehidupan bermasyarakat. 10.3
10.4
NOTA
GURU

UNIT
10
KUASA PENGIKTIRAFAN
MINDA KERANA KEJUJURAN

Fahami situasi.

Persatuan Peningkatan Nilai Moral Thiruvalluvar menganjurkan sambutan
Hari Kanak-kanak di Kampung Teratai. Anisha telah dipilih sebagai
penerima Anugerah Kejujuran di Kampung Teratai.

Para hadirin sekalian, bersempena Biodata Penerima
dengan sambutan Hari Kanak-kanak,
Persatuan Peningkatan Nilai Moral Anisha, 11 tahun, merupakan seorang
Thiruvalluvar dengan bangganya ingin kanak-kanak yang berasal dari
menyampaikan Anugerah Kejujuran Kampung Teratai. Dia telah banyak
kepada seorang kanak-kanak dari menunjukkan sikap kejujuran dalam
kampung kita. kehidupan bermasyarakat.

Izinkan saya untuk Dia sentiasa bercakap benar dalam
membacakan biodata apa-apa juga situasi. Sifat
penerima anugerah keikhlasannya juga sentiasa menjadi
tersebut. perbualan dalam kalangan
masyarakat Kampung Teratai.

Selain itu, dia tidak mengharapkan
sebarang balasan bagi setiap
bantuan yang dihulurkannya kepada
warga emas Kampung Teratai. Setiap
hari, Anisha akan membantu seorang
warga emas yang berniaga di pasar.
Dia tidak pernah mengharapkan
sebarang bayaran. Amalan kejujuran
dan keikhlasannya itu wajar dijadikan
teladan oleh kanak-kanak lain
di kampung ini.

Jelaskan contoh amalan jujur kamu selain yang dimiliki oleh tokoh ini.
Bagaimanakah kamu memupuk amalan jujur dalam hidup
bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap jujur dalam
hidup bermasyarakat?

10.1 Bimbing murid mengenal pasti cara memupuk amalan jujur 91
10.2 dalam hidup bermasyarakat dan membentangkannya dalam
10.4 kelas menggunakan PowerPoint. NOTA
GURU

UNIT
10
KUKUH JUJUR KETIKA BERTINDAK
MORAL

Baca dan fahami.

Ibu, saya hendak pergi ke perpustakaan awam
untuk memulangkan buku yang saya pinjam.

Baiklah, ibu. Baiklah, nak. Baliklah
dengan segeranya, ya.

Eh, Chee Keong! Kamu Saya hendak ke
hendak ke mana? perpustakaan awam,
Hasrul. Jom ikut saya.
Sebenarnya, saya
hendak menonton Betulkah? Saya
rancangan gembira kerana
kegemaran saya, kamu bercakap
tetapi saya lebih suka benar dengan saya.
mengikut kamu.

92

Selamat petang, pak cik. UNIT
Saya hendak membeli
gula-gula sebanyak 20 sen. 10

Ini gula-gulanya, Ambillah sendiri,
pak cik. Saya Chee Keong.
ambil tiga biji
sahaja. Baiklah. Kamu
tidak perlu
tunjukkannya
kepada saya.
Saya tahu kamu
bercakap benar.

Selamat pagi, Tidak mengapa, adik. Kami
puan. Saya ingin akan membaikinya. Saya
memulangkan buku bangga dengan sikap jujur
yang saya pinjam kamu dalam hal ini.
tetapi terdapat helaian
yang terkoyak. Maaf.
Saya tidak sengaja.

Pada pendapat kamu, apakah kepentingan amalan jujur
Chee Keong dalam hidup bermasyarakat?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersikap jujur dalam
masyarakat.

Bimbing murid melakonkan situasi di atas.

10.3 93
10.4
NOTA
GURU

UNIT
10
HEBAT AMALAN JUJUR
INSAN PERLU DICONTOHI

Fahami berita dalam blog.

Amalan jujur dalam hidup bermasyarakat sering menjadi tajuk utama
dalam media massa dan laman sosial. Jaswant Singh menulis blog
tentang kisah kawannya, Jery.

SAYA DAN MASYARAKAT

CORETAN TENTANG KEMASYARAKATAN

18 September 20 Tentang saya
KEJUJURAN JERY PERLU DICONTOHI

Semalam, saya dan rakan saya, Jery, pergi ke restoran yang Jaswant Singh
terletak di kawasan perumahan kami. Ketika sedang makan,
Jery mendapati seorang pemuda di meja makan sebelah Lihat profil lengkap saya
tertinggal telefon bimbitnya lalu beredar dari restoran itu. Jery
dengan pantasnya mengambil telefon bimbit itu dan CATATAN...
bergegas ke pintu restoran. Dia memulangkannya kepada
pemuda itu. Pemuda itu berasa amat gembira dan lega 20...(1)
kerana hampir kehilangan telefon bimbitnya yang agak KEJUJURAN JERY
mahal. Pemuda itu memberikan wang kepada Jery atas PERLU DICONTOHI
tindakan jujurnya. Jery menolak pemberian itu. Sebaliknya,
dia berasa gembira dan bangga kerana dapat bersikap jujur 20...(10)
terhadap anggota masyarakat. 20...(25)

Jelaskan cara kamu memupuk amalan jujur dalam hidup bermasyarakat.
Pada pendapat kamu, mengapakah amalan jujur Jery wajar dicontohi?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersikap jujur dalam
masyarakat.
Ceritakan amalan kejujuran kamu dalam hidup bermasyarakat.

94 Galakkan murid untuk mengumpulkan kisah kejujuran dalam 10.2
10.3
masyarakat dan mencatatnya dalam buku NILAM. 10.4
10.5
NOTA
GURU


Click to View FlipBook Version