Apakah yang anda faham tentang pokok?
Pokok suatu graf ialah subgraf bagi graf tersebut dengan ciri-ciri berikut :
Graf mudah iaitu tanpa gelung atau berbilang tepi.
Semua bucu mesti berkait dan setiap pasangan bucu dikaitkan oleh satu tepi sahaja.
Bilangan tepi = bilangan bucu – 1
Bilangan bucu = n
Bilangan tepi = n – 1
B
D Rajah 1 merupakan suatu pokok kerana,
❑ semua bucu berkait
❑ setiap pasangan bucu dikaitkan oleh satu tepi sahaja A
❑ tidak ada gelung atau berbilang tepi
A C ❑ Bucu = 5, Tepi = 4 B
Rajah 1 Rajah 2 bukan suatu pokok kerana, E
❑ bucu B dan bucu E boleh dikaitkan dengan dua cara
C Rajah 2
(i) B → E
(ii) B → C → D → E
❑ Bucu = 5, Tepi = 5
CONTOH 1
Kenal pasti sama ada pokok atau bukan pokok untuk rajah di bawah. Beri justifikasi anda.
(a) Q R (b) Q R (c) U T (d) Q RV
S
P SP S S RP
T QU T
P
a) Bukan pokok. Bucu = 4, tepi = 5. Setiap pasangan bucu boleh dikaitkan dengan pelbagai cara.
b) Pokok. Bucu = 5, tepi = 4. Setiap pasangan bucu hanya dikaitkan oleh satu tepi.
c) Pokok. Bucu = 6, tepi = 5. Setiap pasangan bucu hanya dikaitkan oleh satu tepi.
d) Bukan pokok. Bucu = 7, tepi = 5. Bucu U dan bucu V tidak dikaitkan dengan bucu lain.
CONTOH 2
Lukis 2 pokok berdasarkan graf yang diberi di bawah.
C C
B B
E E
D D
A B C
A
E
D
A
CONTOH 3
Rajah di bawah menunjukkan suatu graf tak terarah dan berpemberat. Lukis satu pokok
dengan jumlah nilai pemberat yang minimum.
❑ Bilangan Bucu = 6 iaitu {A, B, C, D, E, F}
❑ Bilangan Tepi = 9 iaitu {15, 25, 9, 10, 20, 17, 21, 12, 7}
❑ Bilangan Tepi yang sepatutnya = Bilangan Bucu – 1
❑ =6–1=5
❑ Bilangan Tepi yang mesti dikeluarkan = 9 – 5 = 4
A 15 B 17 C
25 9 12 21
20
F 10 E 7 D
Penyelesaian 15 B 17 C
A 9
F 10 E 7 D
❑ Maka, jumlah nilai pemberat minimum = 15 + 17 + 9 + 10 + 7 = 58
LATIHAN 1
Lukis tiga pokok berdasarkan setiap graf berikut.
(a) (b)
LATIHAN 2
Lukis satu pokok berdasarkan maklumat berikut.
(a) 5 bucu (b) 6 bucu
(c) 3 tepi (d) 7 tepi