The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JESFERINA ANAK AKING KPM-Guru, 2023-08-24 05:10:18

BUKU PERATURAN SK SUNGAI SETIAM

BUKU PERATURAN SETIAM 2023 (1)

1


2 PROFIL MURID NAMA : _________________________________________________________ NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________________ NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________ NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________ ALAMAT : ___________________________________________________________ _____________________________________________________________________ NO TELEFON : (R) : __________________________ (HP) : __________________________ TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/ menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan.


3 PUNCA KUASA BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid Para 4. Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. 4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkaraperkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing Para 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.


4 ISI KANDUNGAN Profil Murid Lencana Sekolah Cogankata Sekolah Rukunegara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Misi Sekolah Visi Sekolah Lagu Negaraku Lagu Ibu Pertiwiku Lagu Sekolah Disiplin A Definisi Disiplin B Matlamat Disiplin C Prinsip-prinsip Asas Disiplin Etika Murid ATanggungjawab murid terhadap diri sendiri B Tanggungjawab murid terhadap keluarga C Tanggungjawab murid terhadap rakan D Tanggungjawab murid terhadap sekolah E Tanggungjawab murid terhadap masyarakat F Tanggungjawab murid terhadap agama G Tanggungjawab murid terhadap negara Penguatkuasa Peraturan Kuasa Menghukum PANDUAN PERATURAN SEKOLAH 1. Pakaian. 2. Rambut. 3. Kehadiran Ke Sekolah. 4. Perhimpunan. 5. Waktu Balik 6. Kebersihan Diri. 7. Kawasan sekolah. 8. Sakit dan Penyakit Berjangkit. 9. Kawasan yang dilarang. 10. Kebersihan Sekolah. -Sampah -Kantin -Bilik Darjah -Tandas


5 11. Keselamatan. -Beratur -Waktu Balik -Bilik-bilik Khas 12.Pelawat. 13. Tidak Hadir Ke Sekolah dan Kelas. 14. Ketua Murid dan Pengawas. 15. Waktu Rehat. 16. Latihan Kebakaran dan Kecemasan. 17. Kerosakan Harta Benda Sekolah. 18. Buku-buku Teks. 19. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti Kokurikulum). 20. Kategori Kesalahan.


6 LENCANA SEKOLAH Warna: Merah Melambangkan semangat berkobar-kobar warga SKSS dalam mencapai kejayaan dan kemajuan dalam pendidikan yang semakin meluas. Kuning Melambangkan kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan, Raja dan Negara. Biru Perpaduan warga SKSS yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Putih Kesucian hari warga SKSS untuk menerima dan menimba ilmu pengetahuan yang meluas. Objek: Bulatan Bergabung - Kesatuan warga SKSS baik dari segi Warga Pendidik, Ibu Bapa dan Murid-Murid dalam menjayakan setiap rencana memajukan SKSS. Objek Pen – Melambangkan guru yang penuh dengan ilmu dan bersedia untuk mencurah khidmat bakti terutamanya dalam pembangunan pendidikan warga SKSS. Cangkul – Melambangkan para ibu bapa yang sentiasa bersiap sedia untuk membantu dalam menjayakan aktiviti sekolah dan menyokong ke arah perkembangan dan pembangunan anak-anak. Buku Melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan.


7 COGANKATA SEKOLAH ”RAJIN BERUSAHA” RUKUNEGARA Maka kami, rakyat Malaysia Berikrar akan menumpukan Seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut : Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluruhan Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. MISI SEKOLAH Melastarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.


8 LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahgia tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta LAGU IBU PERTIWIKU Sarawak tanah airku Negeriku tanah airku Sarawak Engkaulah tanah pusakaku Tanah tumpah darahku Ibu pertiwiku Rakyat hidup mesra dan bahagia Damai muhibah sentiasa Bersatu berusaha berbakti Untuk Sarawakku cintai Sarawak dalam Malaysia Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa Kekallah Sarawak bertuah Teras perjuangan rakyat Berjaya berdaulat LAGU SEKOLAH SK Sungai Setiam, Bintulu Cemerlang, Gemilang, Terbilang, Rajin berusaha saling menghormati, Itulah janji kami. Doakan kami dan bimbinglah kami, Membina jati diri; Doakan kami dan bimbingkan kami, Membina jati diri.


9 DISIPLIN A. DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : “…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.” B. MATLAMAT DISIPLIN Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : keadilan dan layanan sama rata pertimbangan minat dan keperluan murid kebebasan – tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis perpaduan masyarakat dan Negara


10 ETIKA PELAJAR A. Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga C. Tanggungjawab murid terhadap rakan D. Tanggungjawab murid terhadap sekolah E. Tanggungjawab murid terhadap masyarakat F. Tanggungjawab murid terhadap agama G. Tanggungjawab murid terhadap negara A.Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri 1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental 2. Bersopan santun, jujur dan amanah 3. Menghargai masa dan menepati masa 4. Berjimat cermat 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong 6. Sabar dan bertolak ansur 7. Menghormati hak asasi orang lain 8. Berani dan cekal hati 9. Bersikap dedikasi 10.Bersifat berdikari 11.Bersifat rajin dan berusaha B. Tanggungjawab murid terhadap keluarga 1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa 2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga 3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral 4. Menjaga nama baik sekolah C. Tanggungjawab murid terhadap rakan 1. Menghormati rakan 2. Tolong menolong antara rakan D.Tanggungjawab murid terhadap sekolah 1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah 2. Menghormati guru-guru 3. Belajar dengan bersungguh-sungguh 4. Menaikkan imej sekolah 5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi


11 6. Bekerjasama di antara satu sama lain 7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah E. Tanggungjawab murid terhadap Masyarakat 1. Tolong menolong dan bekerjasama 2. Menghormati orang-orang yang lebih tua 3. Boleh bertolak ansur 4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong 6. Rasa kesefahaman dan sabar 7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan 8. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia F. Tanggungjawab murid terhadap agama 1. Taat kepada perintah Tuhan 2. Mempertahankan kesucian agama 3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari G.Tanggungjawab murid terhadap Negara 1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara 2. Mematuhi undang-undang 3. Mengamalkan konsep Rukunegara 4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam 5. Menjaga dan menaikkan imej negara PENGUATKUASA PERATURAN Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturanperaturan sekolah. KUASA MENGHUKUM Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh Guru Besar.


12 PANDUAN PERATURAN SEKOLAH GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 1. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI 1.1.1 Baju (a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja. (b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. (c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.


13 (d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan. 1.1.2. Seluar (a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna biru tua (dark blue). (b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah bersesuaian. (c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan. (d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan. 1.1.3 Kasut dan stoking (a) Semua murid berkasut kanvas putih/ hitam yang bertali hendaklah sentiasa diikat. (b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. (c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan. (d) Stoking putih/hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan. 1.1.4 Lencana dan Tanda Nama (a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. (b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri baju. (c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 1.1.5 Tali Pinggang (a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran 3cm berwarna gelap atau biru yang dperbuat daripada kain kanvas. (b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, tidak berhias dan tidak beraneka corak. (c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali. 1.1.6 Tali leher (a) Tali leher dipakai oleh murid biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari-hari lain yang diarahkan. 1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan


14 (a) Murid – murid DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah. 1.1.8 Pakaian kebangsaan (a) Murid-murid lelaki digalakkan memakai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat. (b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar putih dengan samping berwarna biru muda. (c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh. (d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan. 1.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM 1.2.1. Baju kurung (a) Semua murid perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru tua. (b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. Murid perempuan juga diwajibkan memakai anak baju. (c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai. 1.2.2 Mini telekung. (a) Setiap murid Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putihtanpa berenda, bersulam atau berfesyen. (b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung. (c) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung. 1.2.3 Kasut dan stoking. (a) Sama seperti 1.1.3 1.2.4 Lencana dan tanda nama. (a) Sama seperti 1.1.4 1.1.5 Barang kemas / perhiasan. (a) Murid-murid perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.


15 1.3 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM 1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru tua yang labuhnya di bawah lutut. 1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5 1.4 PAKAIAN PENGAWAS 1.4.1 Lencana pengawas, vas pengawas (jika berkenaan) dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada di sekolah. 1.4.2 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai. 1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar. 1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek. 1.5.2 Pendidikan Jasmani Baju T berlambang sekolah dan seluar trek serta mini telekung putih. Murd-murid juga dibenarkan menggunakan pakaian sukan tanpa lambang sekolah jika tiada baju berkenaan dan pastikan sesuai serta tidak menjolok mata. 1.5.3 Latihan Sukan / Permainan Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek serta mini telekung putih atau mana-mana pakaian yang sesuai untuk bersukan. 1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab Murid-murid hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.


16 2.0 RAMBUT 2.1 RAMBUT MURID LELAKI 2.1.1 Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan, tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk 2.1.2 Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah) 2.1.3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai. Panduan Potongan Rambut Murid Lelaki.


17 2.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN 2.2.1 Rambut murid perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu. 2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas 2.2.3 Hanya reben berwarna putih, biru tua dan hitam sahaja dibenarkan. 2.2.4 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel, menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen mengikut tafsiran sekolah. Panduan Potongan Rambut Murid Perempuan.


18 3.0 KEHADIRAN KE SEKOLAH 3.0.1 Waktu persekolahan bermula pada pukul 7.00 pagi. Murid-murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6.45 pagi. 3.0.1 Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin (Pek. Ikt. Bil.6/95) 3.0.3 Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 4.0 PERHIMPUNAN 4.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.00 pagi. Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan. Murid-murid dilarang berbual semasa perhimpunan. Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat. 5.0 WAKTU BALIK 5.1 Hari Isnin hingga Khamis masa balik Tahap 1 (Tahun 1 – Tahun 3) dan Tahap 2 (Tahun 4- Tahun 6) pada pukul 1.20 tengahari. 5.2 Hari Jumaat Tahap 1 dan Tahap 2 akan balik pada pukul 11.20 pagi 5.3 Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan. 5.4 Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan teratur. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan. 5.5 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan. 5.6 Murid yang balik menaiki kenderaan hendaklah menunggu di tempat menunggu sebelum menaiki kenderaan. 5.7 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan. 5.7.1 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan. 6.0 KEBERSIHAN DIRI 4.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri. 4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. 4.3 Murid tidak dibenarkan bersolek.


19 7.0 KAWASAN SEKOLAH 7.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 7.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”. 7.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru. 7.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugastugas lain yang tidak penting. 7.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 7.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab Tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru kelas. 7.1.6 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru kelas atau guru bertugas harian. 7.1.7 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar atau Penolong Kanan dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah diberikan kepada guru kelas dan satu salinan hendaklah disimpan oleh murid. 8.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT 8.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu pentdbir sekolah (GB, PK HEM, PK) Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Kelas.


20 8.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 8.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di klinik setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. 8.4 PK HEM/Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke klinik. 9.0 KAWASAN YANG DILARANG 9.1 Tempat letak kenderaan guru. 9.2 Bilik Guru 9.3 Kelas Peperiksaan 9.4 Kuarters Guru 10.0 KEBERSIHAN Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997 10.1 Tong Sampah 10.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 10.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 10.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul. 10.2 Ruang Makan 10.2.1 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan ruang makan sekolah. 10.2.3 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. 10.2.4 Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling ruang makan sekolah. 10.2.5 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan. 10.3 Bilik Darjah 10.3.3 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.


21 10.3.4 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan. 10.3.5 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 10.3.6 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi. 10.4 Tandas 10.4.3 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 10.4.4 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 10.4.5 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan. 10.5 Bilik-bilik khas 10.5.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti pusat sumber, makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan. 10.5.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. 10.5.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. 10.5.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, murid hendaklah mengikut arahan guru berkenaan. 11.0 KESELAMATAN Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002 11.1. Beratur 11.1.1 Semua murid mesti beratur ketika masuk ke dalam kelas. 11.1.2 Murid dikehendaki beratur apabila pergi ke pusat sumber atau pun manamana bilik khas yang lain. 11.1.3 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke manamana tempat. 12.0 PELAWAT 12.1 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan. 12.2 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.


22 12.3 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 13 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS 13.1 Murid yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. 13.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir pada hari ketiga untuk murid yang tidak hadir ke sekolah secara berturutturut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturutturut. 13.3 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya murid tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut. 13.4 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi murid yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. 13.5 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17)) 13.6 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Guru Besar, Penolong Kanan. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi. 14.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS 14.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar dengan kerjasama guru-guru. 14.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas. 14.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu. 14.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.


23 14.5 Sifat-sifat Kelayakan : Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seseorang murid hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah. Lain-lain kelayakan : bertanggungjawab dengan sepenuhnya berwibawa dan bekerjasama rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan jujur dan berakal menepati masa 14.6 Tugas-tugas pengawas (a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan, semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. (b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, bilik-bilik khas supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. (c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. (d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada murid melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, murid itu mesti dilaporkan kepada Guru Lembaga Disiplin. 15.0 WAKTU REHAT 15.1 Waktu rehat adalah pada pukul 10:00 pagi hingga pukul 10:20 pagi.


24 16.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di Tapak Perhimpunan. (b) Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain. (c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ. (d) Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar atau Penolong Kanan jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera. (e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. (f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama-sama rakan-rakannya. 17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH 17.1.1 Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti : (a) Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng (b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng (c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik (d) Tandas hendaklah diguna dengan betul (e) Cermin tingkap jangan dipecahkan (f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir (g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber hendaklah digunakan dengan baik. 17.1.2 Sebarang kerosakan pada harta benda sekolah hendaklah dilaporkan segera untuk diambil tindakan. 17.1.3 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan dengan sengaja atau tidak sengaja, pelajar/kelas/kumpulan yang terlibat akan menggantikan kerosakan tersebut mengikut kos semasa/ dikenakan hukuman yang setimpal serta perlu dibuat pengantian atau dibaiki sendiri oleh ahli keluarga murid sendiri. (telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG 2016)


25 18.0 BUKU-BUKU TEKS 18.1 Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dipinjamkan kepada murid-murid. 18.2 Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. 18.3 Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut. 18.4 Murid-murid dilarang menconteng, mengotorkan, merosakkan seperti menggunting mana-mana bahagian dalam buku tersebut. 18.5 Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu. 18.6 Jika didapati murid-murid merosak, mengotor, menghilangkan atau mengabaikan keselamatan buku teks maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada menggantikannya dengan buku atau membayar harga buku teks tersebut. 18.7 Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjam itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Guru Besar. 18.8 Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan, pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut. 19.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM) 19.1 Setiap murid diwajibkan menyertai: (a) satu pasukan berunifom (b) satu persatuan/kelab atau lebih (c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih. 19.2 Seseorang murid dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai. 19.3 Murid-murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah. 19.4 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan. 19.5 Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.


26 20.0 KATEGORI KESALAHAN 20.1 KESALAHAN RINGAN 1. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 2. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 3. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. 4. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. 5. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 6. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 7. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran 8. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan. 9. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 10. Makan dan minum di dalam bilik darjah. 11. Melakukan pembaziran air atau elektrik. 12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas. 13. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lainlain) 14. Lewat ke sekolah. 15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bilik-bilik khas. 16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 17. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 18. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. 19. Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 20. Mengganggu kawan. 21. Mengganggu guru. 22. Lewat masuk kelas. 23. Mengotorkan kelas. 24. Tidak duduk setempat. 25. Berada dalam kawasan larangan. 26. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. 27. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.. 28. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 29. Membuang sampah merata-rata. 30. Meludah atau membuang barang-barangan sebarangan.


27 31. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 32. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 33. Memakai cermin mata berfesyen. 34. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 35. Membawa telefon bimbit dan MP3. 20.2 KESALAHAN SEDERHANA 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 8. Menconteng pada harga benda sekolah. 9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 20.3 KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau. 5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan. 6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 8. Memeras ugut guru / pengawas / murid. 9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.


28 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 15. Mencabul kehormatan guru / murid. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai murid lelaki / perempuan. 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 22. Membawa atau menggukanan bahan letupan. 23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi persekolahan. 30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah . Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:


29 20.4 TINGKAH LAKU JENAYAH a) Mendera dan mencederakan. b) Bertindak ganas dan mencederakan. c) Memeras ugut. d) Bergaduh. e) Mencuri. f) Menipu atau memperdayakan. g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar. h) Menyalahgunakan dadah. i) Khalwat. j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara. k) Menyertai kumpulan kongsi gelap. 20.5 TINGKAHLAKU LUCAH a) Mencarut. b) Berdua-duaan. c) Becumbu-cumbuan. d) Melihat / membaca bahan lucah. e) Melukis / menujlis bahan lucah. f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah. g) Besubahat dalam perbuatan sumbang. h) Berpakaian tidak senonoh. 20.6 TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL a) Tidak mahu bergaul. b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah. c) Membuat bising. d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal. e) Mengganggu orang lain. f) Menulis dan menconteng bangunan. g) Membuang sampah merata-rata. h) Mendendam / hasat dengki / cemburu. i) Memaki hamun. j) Sombong , bongkak dan biadap. 20.7 TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR. a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan. b) Meniru tandatangan orang lain. c) Bercakap bohong.


30 d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru. e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah. f) Menganiaya sesame rakan. g) Tidak amanah. h) Mengampu. i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain. j) Mengambil barang orang lain tanpa izin. k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab. l) Berdolak-dalik. m) Membuat kerja tanpa keikhlisan diri. 20.8 TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN a) Berbahasa kasar. b) Tidak menghormati guru. c) Menghisap rokok. d) Berambut panjang. e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran. g) Mempermain / memperlekehkan guru. h) Selalu lewat. i) Suka bertengkar. j) Pakaian tidak sesuai.


31 Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas 1. Pakaian Seragam : - SPI Bil. 12/1978 - SPI Bil. 14/1976 - SPI Bil. 3/1983 - SPI Bil. 8/1985 - SPI Bil. 3/1992 - SPI Bil. 6/1993 - SPI Bil. 2/1993 - SPI Bil. 9/1975 2. Kesihatan Murid : - SPI Bil. 2/1982 - SPI Bil. 6/1998 3. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 4. Keselamatan : - SPI Bil. 8/1988 - SPI Bil. 8/1999 - SPI Bil. 7/2000 5. Kesihatan : - SPI Bil. 4/1989 - SPI Bil. 1/1996 6. Ponteng : - SPI Bil. 6/1995 7. Sekolah Selamat : - SPI Bil. 4/2002 8. Kuasa Merotan : - SPI Bil. 7/2003 9. Disiplin/Peraturan Sekolah : - SPI Bil. 9/1975 10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan : - SPI Bil. 13/2007


32 11. Larangan Membawa Telefon Bimbit : - SPI Bil. 1/2006 12. Potongan Rambut Murid : - SPI Bil. 2/1976 13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok : - SPI Bil. 4/1997 14. Peraturan Tatatertib : - SPI Bil. 8/1968 - SPI Bil. 6/1968 - SPI Bil. 11/1972 - SPI Bil. 9/1975 15. Penyalahgunaan Dadah : - SPI Bil. 7/1975 16. Kempen Anti Merokok : - SPI Bil. 1/1983 17. Mengenakan Hukuman Biasa : - SPI Bil. 8/1983 18. Perhimpunan Sekolah : - SPI Bil. 4/1984 19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah : - SPI Bil. 7/1986


33 PENGAKUAN SETIA MURID Bahawasanya saya ……………………………………......................................... murid Tahun ........... , SK SUNGAI SETIAM telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturanperaturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan murid, ________________________ ( ) PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang bernama…………………………….................................................... Tahun ......... yang belajar di SK SUNGAI SETIAM telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Tandatangan ibu bapa / penjaga ________________________ ( )


Click to View FlipBook Version