The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Princesszahrahnana, 2022-10-01 13:08:52

TUGASAN 1 KERTAS KERJA

TUGASAN 1 KERTAS KERJA

TUGASAN KERTAS KERJA

MPU 3193
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

SESI I, 2022/2023

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN
MULTIMEDIA

BIL NAMA PELAJAR NO PELAJAR
1 NUR DAYANNA ADHA BINTI MOHD DAIT 22BE02065
2 AIMI ASYIQIN BINTI AZAFRI 22BE02041
3 NIK NUR FAQIHAH BINTI MOHD ZAINI 22BE02047
4 FATHIN AMIRA AKILA BINTI AZIZ 22BE02048
5 ISMA IZZATI BINTI ISHAK 22BE02040
6 FADHLIN SOFIYA BINTI FIRABERI 22BE02049
7 YUMNA BINTI ZAKIYUDDIN 22BE02033
8 NUR NAZIRA SOLEHAH BINT MOHD ROSLI 22BE02032

NAMA PENSYARAH : MOHD ADIB AKMAL BIN AHMAD SHATIR

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan……………………………………………………….…………………3
1.1 Objektif………………………………………………….…………………………….4

DEFINISI
2.0 Konsep insan & Falsafah Pendidikan Kebangsaan…………………5

SOALAN PERTAMA
3.0 Kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup………………………6

SOALAN KEDUA
4.0 Patriotisme dalam kalangan masyarakat hari ini………………….8

SOALAN KETIGA
5.0 Kemajuan teknologi masa kini……………………………………………..10

PENUTUP
6.0 Kesimpulan dan rumusan…………………………………………………….12

RUJUKAN

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Falsafah merupakan suatu subjek yang memperkenalkan pelajar dengan aliran pemikiran
falsafah klasik dan moden serta dapat menghubungkaitkan pemikiran semasa dan
falsafah klasik sekali gus membantu pelajar cara berfikir yang betul dalam pembentukan
negara Malaysia. Falsafah di Malaysia mengimplimentasikan Falsafah Pendidikan Negara
ataupun dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Kebangsaan
Pendidikan (FPK) merupakan sebuah teras dalam sistem Pendidikan Negara. FPK telah
menerajui Pendidikan Nasional sejak 1988 lagi dan sekarang masih lagi kekal aktif dalam
mengamalkan ciri-ciri abad pembelajaran ke-21. Globalisasi ini, sistem Pendidikan negara
sering mengalami revolusi dari semasa ke semasa. Hal ini demikian bagi merealisasikan
Hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta ingin mewujudkan insan
yang seimbang berdasarkan JERI iaitu, jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Usaha ini bagi
melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tinggi tetapi
berketerampilan serta mempunyai sahsiah dan akhlak yang unggul. Dengan terwujudnya
masyarakat yang sedemikian akan mendorong kepada pembangunan negara yang lebih
maju seterusnya dapat mengangkat darjat negara agar disanjung tinggi oleh negara-
negara asing.

1.1 OBJEKTIF

I. Menghurai dan menganalisa kontekstualisasi kursus Falsafah dan isu semasa.
II. Melengkapkan markah tugasan bagi subjek Falsafah dan isu semasa.
III. Mengaplikasikan Pendidikan dan pembelajaran falsafah dalam kehidupan

seharian.
IV. Melahirkan individu yang mengamalkan JERI seperti mana kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).
V. Membolehkan pelajar berfikir dengan kritis menggunakan konsep – konsep dan

aspek – aspek dalam Falsafah.

DEFINISI

2.0 Definisi Konsep insan & Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Konsep insan dapat diklasifikasikan juga sebagai kecintaan terhadap hikmah. Hikmah disini
dapat diertikan sebagai cara kehidupan manusia itu sendiri. Sekiranya seseorang itu
mempunyai hikmah dalam hidup, sudah pasti kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup
dapat dicapai. Konsep insan dalam sejarah falsafah ialah memahami sifat insan itu sendiri di
mana sifat insan yang dapat dilihat disini ialah insan cenderung kepada mencari
kesempurnaan dalam hidup. Kesempurnaan bukanlah suatu perkara yang boleh dicapai
kerana setiap sesuatu perkara yang ada di dunia ini diciptakan mempunyai kebaikan dan
keburukan dan sudah pasti tidak ada yang sempurna. Namun, apabila seseorang itu
melakukan sesuatu perkara yang hampir dengan kesempurnaan maka dia sudah mencapai
kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidupnya.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ialah merupakan suatu usaha untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani, dan intelek berdasarkan
kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini bertujuan untuk mewujudkan individu yang
berketerampilan, bertanggungjawab dan berakhlak mulia serta dapat mencapai
kesejahteraan hidup dan dapat menyumbangkan keharmonian terhadap keluarga,
masyarakat dan negara. Demikianlah FPK yang berhasrat melahirkan graduan yang
mempunyai modal insan serta sifat kemanusiaan yang tinggi. Falsafah ini juga penting dalam
pembinaan sesebuah negara kerana ianya bersifat universal. Maka pembentukan negara yang
maju perlu kepada falsafah. Begitu juga terhadap pembentukan masyarakat yang seimbang
juga perlu kepada falsafah.

SOALAN PERTAMA

3.0 KEBAHAGIAAN DAN KESEJAHTERAAN DALAM HIDUP

Berdasarkan video 1 Antara Dua Jendela (Petronas 2020), menceritakan tentang dua jiran
tetangga yang menghadapi cabaran emosi dalam menyambut hari raya aidilfitri. Hal ini
demikian disebabkan oleh anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan. Persoalannya,
bagaimanakah manusia dapat mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan
ini?

Kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup boleh dicapai dengan mengetahui cabaran yang
dihadapi oleh seseorang dan cara menghadapinya. Dalam video ini, kedua jiran tersebut
menghadapi cabaran emosi. Cabaran ini boleh dihadapi dengan persefahaman antara satu
sama lain. Seperti yang kita ketahui, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dari segi falsafah
boleh dicapai melalui hubungan yang baik antara manusia dengan manusia. Apabila
seseorang itu memahami keadaan atau situasi yang dialami oleh orang lain, maka perselisihan
faham atau fikiran yang negatif terhadap seseorang itu tidak akan wujud. Pemikiran yang baik
atau positif terhadap seseorang membolehkan sesebuah masyarakat itu hidup harmoni
dengan hati yang terbuka namun, apabila berlaku sebaliknya akan menyebabkan masyarakat
hidup dengan perasaan yang tidak tenang dan mendorong kepada perpecahbelahan
masyarakat. Contohnya, Pak Tam yang tidak memahami keadaan anaknya yang tidak dapat
Kembali ke kampung menyebabkan pak Tam salah faham dan seterusnya iri hati dengan Mak
Teh yang menyambut hari raya aidilfitri bersama-sama. Hal ini menyebabkan Pak Tam tidak
ingin keluar rumah untuk menyambut hari raya aidilfitri pada masa itu. Hal inilah yang
dimaksudkan dengan persefahaman. Apabila wujudnya persefahaman maka, hidup yang
tenang dan bahagia juga akan wujud.

Selain itu, saling bekerjasama antara satu sama lain. Hidup bermasyarakat perlu kepada
kesatupaduan dalam kalangan masyarakat barulah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup itu
boleh dikecapi. Hal ini akan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah antara satu sama lain.
Seperti contoh dalam video ini, Mak Teh bersama-sama dengan warga kampung dalam
menyediakan jamuan hari raya aidilfitri. Perkara ini menambahkan lagi kegembiraan apabila
semua warga kampung boleh menikmati dan merasakan nikmat hari raya aidilfitri sama ada
yang kaya atau miskin. Hidup masyarakat yang sejahtera akan menyumbang kepada negara
yang sejahtera dan ini terkandung dalam salah satu visi dan misi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.

Akhir sekali, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup boleh dicapai juga dengan mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi. Ilmu pengetahuan yang tinggi membolehkan seseorang itu
mencapai kesejahteraan untuk dirinya sendiri. Kesejahteraan diri ini penting kerana ianya
dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat , bangsa dan negara. Perkara ini juga
terkandung dalam matlamat FPK yang menginginkan individu yang berintelek. Tamsil dalam

video ini ialah kedua anak Pak Tam dan Mak Teh masing-masing berada di bandar untuk
mencari ilmu dan meneruskan pekerjaan walaupun harus berjauhan dengan ibu dan ayah
mereka.

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep insan dalam falsafah dapat memberikan
kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup. Setiap insan perlulah menjadikan falsafah
Pendidikan kebangsaan sebagai teras dalam hidup agar mendapat kebahagiaan dalam hidup.
Setiap insan juga perlulah mengahayat konsep insan dan konsep hidup serta maknanya yang
sebenar agar hidup seseorang itu menjadi lebih bermakna. Hidup yang bermakna inilah akan
membawa kebanaran kesejahteraan yang sebenar. Seorang tokoh terkenal pernah
menukilkan kata-kata iaitu ,

“ The unexamined life is not worth living”

( Socrates ) .

SOALAN KEDUA

4.0 PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT HARI INI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan suatu usaha untuk memperkembangkan
potensi individu dari segi JERI iaitu jasmani, emosi, Rohani, dan intelek. FPK juga merupakan
sebuah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia berguna buat diri, bangsa, masyarakat dan
negara. Mutakkir ini, semangat patriotik dalam kalangan masyarakat kini semakin pudar dan
perkara ini sudah pasti membimbangkan kerana tanpa semangat cinta akan negara dalam diri
rakyat akan membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan pembangunan negara yang
maju.

Berdasarkan video yang kedua yang mana ia menceritakan tentang seorang ayah yang ingin
menjaga warisan negara dengan begitu bersungguh-sungguh membuatkan anaknya juga
ingin menjaga warisan negara dan mempromosikan serta menyebarkan keunikan dan
kehalusan seni dan warisan negara kepada negara-negara luar melalui teknologi.
Persoalannya, bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mampu memperkembangkan
patriotisme dalam kalangan masyarakat hari ini ?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mampu memperkembangkan potensi individu. Setiap
individu yang lahir ke dunia ini dikurniakan oleh tuhan potensi dan bakat masing-masing yang
perlu dicungkil dan dikenal pasti sejak mereka kecil lagi. Setelah bakat tersebut telah dikenal
pasti lalu hendaklah ia dipupuk dan diperkembangkan lagi. Bakat dan potensi yang ada dalam
diri seseorang individu boleh diperkembangkan lagi melalui interaksi sosial dengan orang lain
dan alam sekeliling. Oleh itu, Pendidikan seharusnya boleh membantu seseorang individu itu
untuk memperkembangkan bakat mereka masing-masing. Seperti mana dalam video ini, anak
kepada seorang ayah tersebut mempunyai bakat dalam seni dan memperkembangkan lagi
bakatnya dengan membuat ukiran jalur gemilang serta mempamerkannya di media sosial. Hal
ini sudah pasti meningkatkan lagi semangat cinta akan negara dalam dirinya serta dapat
membuka mata para penonton untuk memupuk semangat patriotik dalam diri seterusnya
menjaga kesenian khazanah negara kita. Beliau juga menggunakan teknologi seperti media
sosial untuk menunjukkan ke seluruh negara tentang keindahan seni negara Malaysia serta
dapat menyatukan orang-orang negara luar dengan negara kita hanya dengan media sosial.
Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan potensi negara kita dan membolehkan
Negara Malaysia berada di pentas dunia.

Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga mampu melahirkan individu yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Unsur jasmani
memboleh seseorang itu menyedari akan kepentingan kesihatan fizikal dan menggunakan
kecergasan fizikal untuk memanfaatkan orang lain. Unsur emosi pula membolehkan
seseorang itu mengawal emosinya dengan tindakan yang wajar dan professional dalam segala
hal. Manakala unsur rohani pula adalah berkaitan dengan kepercayaan dan pegangan mereka
serta mentaati agama dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka. Unsur yang terakhir iaitu

unsur intelek pula dapat mewujudkan individu yang berfikiran kreatif, reflektif dan kritikal
serta berkemahiran dalam berkongsi ilmu pengetahuan serta memperkembangkannya dari
semasa ke semasa. Pembangunan negara yang maju adalah hasil daripada rakyat yang maju
bukan sahaja dari segi akademik bahkan dari segi personaliti dan penerapan nilai-nilai murni
yang baik dan terpuji. Melalui FPK inilah nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia dapat
diterapkan dalam diri seseorang individu. Keseimbangan daripada keempat-empat aspek
(JERI) tersebut membolehkan seseorang itu mampu hidup secara harmonis dengan diri
sendiri dan orang lain. Individu yang sedemikian sudah pasti mampu dan berupaya untuk
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku dalam hidupnya dengan tenang
dan rasional. Seperti mana dalm video ini anak kepada seorang ayah tersebut menjadikan
masalah yang dihadapinya dalam memperkembangkan lagi warisan negara sebagai cabaran
dan menghadapinya dengan cara yang terbaik serta membuahkan hasil yang cemerlang dan
membanggakan.

Selain itu, FPK juga membentuk masyarakat yang berketerampilan, bertanggungjawab,
berkakhlak mulia serta mampu mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya menyumbang
keharmonian kepada masyarakat dan negara. Individu yang berketerampilan menjadi imej
kepada negara kita dan individu yang bertanggungjawab mampu melahirkan individu yang
melaksanakan tugas dengan Amanah dan jujur. Manakala individu yang berakhlak mulia
menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat yang mempunyai sahsiah yang unggul serta
berpegang kepada prinsip hidup yang sebenar. Adanya individu yang seperti ini dapat
menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Masyarakat yang
Bersatu-padu merupakan asas kepada pembangunan negara kita. Tanpa masyarakat yang
Bersatu hancurlah pembangunan negara kita. Bak patah pepatah Bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Sehubungan dengan itu, masyarakat yang Bersatu padu bukan sahaja memberi
keharmonian dalam hidup bermasyarakat bahkan memberi kemakmuran kepada negara dan
bangsa. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang sebegini berpegang kepada rukun negara
sebagai prinsip hidup dan inilah yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu.

Secara tuntasnya, visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan semuanya memberi impak
kepada negara. Walaupun ianya diterapkan dalam diri seseorang individu, impaknya bukan
terhadap individu sahaja bahkan kepada sekelilingnya serta negara. Maka, terbuktilah melalui
pengahayatan FPK ini dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam diri
seseorang. Tunjang kepada pembangunan negara yang maju adalah daripada pembentukan
diri masyarakat yang maju dan untuk membentuk masyarakat yang maju seseorang itu perlu
menjadikan FPK sebagai terasnya. Tanpa penghayatan FPK dalam kehidupan sesebuah negara
yang maju dan berdaya saing tidak akan wujud. Maka, untuk melahirkan negara yang berdaya
saing serta masyarakat yang mempunyai jati diri yang mantap perlulah meletakkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai yang utama dalam kehidupan.

SOALAN KETIGA

5.0 KEMAJUAN TEKNOLOGI MASA KINI

Globalisasi ini, negara kita mengalami perkembangan teknologi yang semakin canggih dan
moden. Antaranya ialah teknologi komunikasi. Perkembangan teknologi komunikasi
membolehkan masyarakat kita boleh berhubung antara satu sama lain sama ada jauh
mahupun dekat. Lebih-lebih lagi semasa negara kita berada di fasa COVID-19 di mana
semuanya menggunakan teknologi ini sama ada untuk berkomunikasi, belajar, bekerja
dan sebagainya. Ini sudah pasti memberi banyak manfaat kepada rakyat. Namun begitu,
sekiranya ada baik pasti ada buruknya. Contohnya, meregangkan perhubungan antara
masyarakat. Persoalannya, mengapakah kemajuan teknologi komunikasi yang semakin
hebat masa kini boleh mewujudkan jurang perhubungan antara masyarakat ? Bukankah
teknologi komunikasi ini menjadi platform untuk kita merapatkan jurang antara satu sama
lain ?

Pertama sekali, teknologi komunikasi ini mewujudkan jurang antara masyarakat apabila
ianya terlalu sering digunakan. Acap kali menggunakan teknologi komunikasi ini bukan
sahaja mewujudkan jurang antara masyarakat bahkan kepada institusi kekeluargaan itu
sendiri. Misalnya, seorang anak menggunakan teknologi dengan terlalu kerap sehingga
tidak keluar bilik, dan kedua ibu bapa juga menggunakan teknologi tersebut atas sebab
pekerjaan mereka sudah pasti hal ini menyebabkan mereka sekeluarga juga
berkomunikasi menggunakan teknologi tersebut padahal mereka boleh berkomunikasi
secara bersemuka kerana mereka tinggal di bawah bumbung yang sama. Tetapi
disebabkan penggunaaan teknologi komunikasi yang terlalu kerap menyebabkan mereka
sendiri tidak kerap bersemuka dan tidak saling berkongsi cerita antara satu sama lain.
secara tidak langsung perhubungan dalam kekeluargaan akan menjadi regang dan hal ini
sudah pasti membawa kepada keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan kerana salah
satu kunci kepada keluarga yang Sakinah adalah komunikasi yang baik antara satu sama
lain.

Selain itu, jurang ini juga terwujud apabila tahap penggunaan internet dalam kalangan
remaja semakin tinggi dan ini disokong melalui kajian Johari dan Raja Shahrina (2012).
kajian mereka mendapati 20 orang yang mengalami ketagihan internet pada tahun 2012
daripada 2 orang (2019). Apatah lagi pada zaman kini di mana semuanya memerlukan
internet. Sudah pasti peningkatan remaja yang ketagih menggunakan internet melonjak
naik. Hal ini disebabkan oleh mereka yang tidak dapat mengawal masa penggunaan
internet mereka sehingga berlebihan menggunakannya dan menyebabkan mereka
menjadi seorang yang ‘introvert’. Mereka menggunakan internet tanpa Batasan sehingga
menyebabkan komunikasi mereka antara orang sekeliling terbatas. Natijahnya, remaja
kini kurang berkemahiran dalam interaksi sosial. Sedangkan kemahiran tersebut perlu ada
bagi membangunkan masyarakat yang saling harmoni dan bersepadu antara satu sama
lain seperti mana yang dikehendaki dalam FPK.

Akhir sekali, pengguna yang terlalu asyik menggunakan teknologi komunikasi sehingga
menyebabkan mereka terlalu suka untuk menyendiri daripada berinteraksi dengan orang
di sekeliling mereka. Kurangnya interaksi antara satu sama lain menyebakan jurang
perhubungan antara masyarakat menjadi semakin besar. Komunikasi secara dalam talian
berbeza dengan komunikasi secara bersemuka. Komunikasi secara bersemuka
membolehkan seseorang itu mewujudkan suatu perhubungan yang erat kerana ketika
bersemuka kita dapat berkomunikasi dengan melihat reaksi wajah orang tersebut tidak
seperti dalam talian yang hanya berkomunikasi melalui aplikasi 11ersatu11, Instagram,
Twitter dan sebagainya. Perkara ini akan mewujudkan situasi yang janggal apabila
bersemuka. Hal ini menyebabkan seseorang itu tidak mahir dalam berkomunikasi dan ini
mendorong kepada masyarakat yang kurang berkemahiran dalam komunikasi
interpersonal. Apabila masyarakat tidak berkemahiran dalam komunikasi interpersonal,
hal ini mengakibatkan hubungan sesama manusia menjadi renggang dan sukar untuk
bersatu-padu. Masyarakat yang tidak bersatu-padu membawa kegagalan kepada
pembangunan masyarakat yang seimbang serta negara yang maju. Hal ini juga sekali gus
membawa kesukaran untuk mencapai matlamat FPK yang ingin melahirkan masyarakat
yang seimbang melalui empat aspek iaitu jasmani, emosi,rohani dan intelek secara
bersepadu dan menyeluruh.

Tidak dinafikan bahawa manusia zaman kini sangat perlu kepada teknologi lebih lebih-
lebih lagi teknologi komunikasi dan ini disokong oleh Mitcham (1994) yang menyebut jenis
falsafah teknologi sebagai “falsafah teknologi manusia” kerana ia menerima “keutamaan
kemanusiaan melalui teknologi”. Namun begitu, perkembangan teknologi komunikasi
yang terlalu pesat masa kini mewujudkan jurang yang besar antara masyarakat. Perkara
seperti ini perlulah dihindari dan dikurangkan bagi mewujudkan negara yang mempunyai
perpaduan masyarakat yang utuh. Tanpa perpaduan, negara akan menjadi lemah dan
boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas. Masyarakat tidak dapat menyumbang
keharmonian dan kemakmuran terhadap negara sekiranya mereka sendiri tidak
bekerjasama dan harmoni antara satu sama lain. Ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka seharusnya mereka menjadi
role model yang baik bagi anak-anak mereka barulah pembangunan masyarakat yang baik
akan terwujud. Pihak kerajaan juga berperanan dalam menghapuskan isu-isu seperti ini
dengan mempelbagaikan program-program kemasyarakatan untuk mengeratkan lagi
ukhuwah sesama mereka agar rakyat yang berguna dapat dilahirkan. Rakyat Malaysia
yang hebat adalah mereka yang bersatu-padu dan berpegang teguh kepada doktrin rukun
negara.

PENUTUP

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, falsafah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dalam
pelbagai bentuk. Tahap pentingnya sehinggakan seseorang itu boleh mencapai kebahagiaan
dan kesejahteraan hidup melalui falsafah. Falsafah bukan sahaja merupakan suatu subjek
dalam akademik sahaja, bahkan ianya tidak dipisahkan daripada agama. Falsafah merupakan
teras dalam kehidupan kita di mana sekiranya kita tidak mempunyai falsafah dalam hidup
maka hidup kita akan menjadi huru-hara. Melalui falsafah juga sesebuah negara yang
berdaulat dapat ditubuhkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana FPK ini
digubal untuk kesejahteraan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Pegangan
yang teguh dan mantap terhadap FPK ini perlulah diterapkan dalam setiap diri individu untuk
membina acuan modal insan yang diperlukan oleh negara kita. Justeru itu, prinsip FPK ini
perlulah dihayati dan dicapai matlamatnya demi diri, agama, bangsa, dan negara.

RUJUKAN

1. Sufean Hussein. (2018). Kejayaan dan Impak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam

Membentuk Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM). Retrieved from https://conference.iium.edu.my/sfpk2018/wp-

content/uploads/sites/3/2018/11/Prof-Datuk-Dr-Sufean.pdf

2. Musa A.Hassan. (2008). Memanfaatkan teknologi maklumat & komunikasi ICT untuk semua.
Kuala Lumpur. Universiti Putra Malaysia (UPM). Retrieved from
https://pnc.upm.edu.my/upload/dokumen/PJNCA1_ILS_117_Memanfaatkan_Teknologi_Ma
klumat_dan_Komunikasi_ICT_Untuk_Semua.pdf

3. Naquiah Nahar,Sahrunizam Sangi,Dharsigah A/P Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli,Abdul Hafiz
Abdullah. (2017). Impak Negatif Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan
Kanak-Kanak Hingga Usia Remaja. International Journal of Islamic and Civilizational Studies.
Jil 5. Artikel 1. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/84837/1/NaquiahNahar2018_ImpakNegatifTeknologiMode
nDalamKehidupan.pdf

4. Myislammedia. (2021). Falsafah & isu semasa : 4 psikologi konsep insan. [video]. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=vneuSpKs1l8

5. Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah, Amirmudin Bin Udin. (2010). Implikasi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Kuala Lumpur.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Retrieved from

https://core.ac.uk/download/pdf/11790042.pdf


Click to View FlipBook Version