The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Deraf Minit Mesy. JAR Negeri Bil. 1 2018 edited PN. ANUM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unit integriti, 2019-11-20 22:46:52

Deraf Minit Mesy. JAR Negeri Bil. 1 2018 edited PN. ANUM

Deraf Minit Mesy. JAR Negeri Bil. 1 2018 edited PN. ANUM

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA ANTI-RASUAH PERINGKAT NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS BIL. 1/2019
----------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 30 Januari 2019 (Rabu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan Negeri
Tingkat 1,
Wisma Negeri Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

KEHADIRAN - Pengerusi

1. YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

2. YB Tuan Mohd Khidir bin Majid
Pegawai Kewangan Negeri Sembilan

3. YB Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

4. YAA Tuan Abas bin Nordin
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

5. YBrs. Encik Muhamad Nahar bin Hj. Mohd Sidek
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

6. YBrs. Puan Salinah binti Ismail
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)

7. YBhg. Dato' Zulkifli bin Baharan
Pengarah

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan

1
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

8. Encik Mohd Zaidi bin Ramli
Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

9. YBhg. Dato’ Abdul Karim bin Mohd Tahir
Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan

10. Encik Md Kamal Fauzi bin Ahmad (w)
Pegawai Kemajuan Negeri
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan

11. YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Seremban

12. Puan Nor Azizah Binti Yusof
Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

13. Ir. Rozman bin Mohamad
Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan

14. Encik Mohd Nizam bin Tajul Arus
Pegawai Daerah Seremban

15. Puan Suhaiza binti Sharudin
Pegawai Daerah Tampin

16. Encik Khairy bin Maamor
Pegawai Daerah Port Dickson

17. Encik Syahrul Nizam bin Saleh
Pegawai Daerah Kuala Pilah

18. Encik Rijalul Fiqri bin Mustapa (w)
Pegawai Daerah Jempol

2
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

19. Encik Mohd Norlisan bin Yaacob (w)
Pegawai Daerah Jelebu

20. Encik Amino Agos bin Suyub
Pegawai Daerah Rembau

21. Encik Mohd Zamri bin Mohd Esa
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Port Dickson

22. Puan Marhizah binti Abdul Razak (w)
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai

23. Encik Hasnan bin Iberahim
Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan

24. YBhg. Dato’ Haji Mat Ghazali bin Abd Rakim
Pengarah
Yayasan Negeri Sembilan

25. Encik Salim bin Aman
Pengarah
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

26. Encik Mohamad bin Hapil
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

27. YBhg. Dato’ Haji Kamal Amran bin Kamarudin
Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

28. Puan Darishawati binti Daud (w)
Ketua Penolong Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas

29. Dr. Nik Hamidah binti Nik Husin
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan

3

SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

30. Encik Ghazali Bin Ahmad
Ketua Pendakwa Syarie
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan

31. Puan Jamilah@Chumila binti Haji Katis
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam

32. Drs. Shamsuddin bin Ahmad
Pengarah
Lembaga Muzium Negeri

33. Encik Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim
Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Negeri Sembilan

34. Encik Mohammad Hazmil bin Sulaiman
Setiausaha
Majlis Daerah Kuala Pilah

35. YM. Raja Norazli bin Raja Nordin
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Jempol

36. Encik Mohammad Zainoor bin Zaimuddin
Setiausaha
Majlis Daerah Jelebu

TIDAK HADIR DENGAN MAAF

1. Encik Mohd Hafiz bin Mohd Yusof
Setiausaha
Majlis Daerah Tampin

2. Encik Shaiful Bahrin bin Baharudin
Setiausaha
Majlis Daerah Rembau

4
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

URUS SETIA

1. Cik Siti Anisah binti Mohd Ali
Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus

2. Puan Noorzakiahanum binti Abd. Rahman
Penolong Pegawai Tadbir
Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus

3. Cik Hairullafida binti Rusly
Pembantu Tadbir (P/O)
Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus

4. Encik Mohd Afiq bin Mat Ali
Pembantu Tadbir (P/O)
Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus

5
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

1. PERUTUSAN YB DATO’ DR. PENGERUSI

1.1 YB Dato’ Dr. Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat yang hadir. YB Dato’ Dr. Pengerusi
mengucapkan tahniah kepada jabatan-jabatan yang telah menerima
Anugerah Keselamatan yang telah diterima baru-baru ini.

1.2 YB Dato’ Dr. Pengerusi menarik perhatian semua ahli mesyuarat
dengan memaklumkan bahawa Kerajaan amat serius untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang memartabatkan governans, integriti dan
antirasuah dengan mekanisme pelaksanaannya adalah melalui
Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR).

1.3 YB Dato’ Dr. Pengerusi menyatakan semasa majlis pelancaran Pelan
Anti-Rasuah Nasional (NACP) yang telah diadakan pada 29 Januari
2019 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
Pelan ini telah menilai risiko rasuah di peringkat akar umbi dan memberi
fokus kepada enam (6) bidang yang dikenal pasti sebagai bidang
keutamaan yang cenderung kepada rasuah. Bidang-bidang tersebut
adalah:

i. Tadbir urus Politik;
ii. Pentadbiran Sektor Awam;
iii. Perolehan Awam;
iv. Perundangan dan Kehakiman
v. Penguatkuasaan undang-undang; dan
vi. Tadbir urus korporat.

1.4 YB Dato’ Dr. Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat
untuk mengambil maklum berhubung Pelan Anti-Rasuah Nasional
(NACP) ini.

2. PEMBENTANGAN PELAKSANAAN JAWATANKUASA ANTI-RASUAH
(JAR)

2.1 Urus setia telah membentangkan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1
Tahun 2018 Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Mekanisme Pnegurusan
Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan. Tujuan arahan
adalah untuk mendukung usaha memperkukuhkan Sistem Pengurusan

6
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

Pentadbiran Kerajaan dalam memastikan pengurusan pentadbiran
Kerajaan bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan. Untuk mendukung usaha memperkukuhkan Sistem
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan dalam memastikan pengurusan
pentadbiran Kerajaan bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna
kuasa dan penyelewengan.

2.2 Usaha ini direalisasikan melalui pembentukan inisiatif Pemantapan
Governans, Integriti dan Anti Rasuah dalam Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan bagi menggantikan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan.

2.3 Kerajaan melalui Mesyuarat JKKMKPK Siri 70 Bil. 1 Tahun 2018 pada
8 Jun 2018 telah bersetuju supaya Mesyuarat Jawatankuasa Khas
Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)
dipinda kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai anti rasuah
(JKKMAR) dan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Peringkat
Kebangsaan bagi menggantikan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir
Urus (JITU).

2.4 Visi pelaksanaan ini adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang
memartabatkan governans, integriti dan anti rasuah di mata dunia dan
misi bagi pelaksanaan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dan
ketelusan pengurusan Kerajaan berteraskan prinsip governans, integriti
dan anti rasuah yang memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu
pengukuhan governans, pemantapan integriti dan anti rasuah.

2.5 Objektif JKKMAR dan JAR dalam Sistem Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan adalah :

i. Meningkatkan komitment Kerajaan merangkumi semua
sektor dalam pembanterasan rasuah sekaligus meningkatkan
imej negara;

ii. Menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran Kerajaan
dapat digerakkan dalam persekitaran sifar tolerasi terhadap
rasuah; dan

iii. Memperkukuhkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan
Kerajaan berteraskan kepada prinsip ketelusan, akauntabiliti
serta berdaya saing.

7
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

2.6 Selain itu, penerangan mengenai empat (4) terma rujukan pemantapan
governans, integriti dan anti-rasuah dalam pengurusan pentadbiran
Kerajaan kepada ahli mesyuarat. Terma rujukan tersebut adalah :

1. DASAR, PERUNDANGAN DAN PERATURAN

i. Mengenalpasti, mengkaji serta memperaku pindaan atau keperluan
mana-mana dasar dan perundangan Kementerian, Jabatan dan
Agensi serta peraturan-peraturan yang dapat mengatasi
kelemahan pengurusan;

ii. Mempertingkatkan kawalan dalaman terhadap pelanggaran
integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan
kelemahan governans; dan

iii. Mewujud dan mendokumenkan pelan pencegahan bagi
meningkatkan amalan governans terbaik bagi mengatasi kerenah
birokrasi.

2. SISTEM & PROSEDUR KERJA

i. Mengenal pasti dan mengkaji kelemahan/keperluan sistem dan
prosedur kerja Kementerian, Jabatan dan Agensi yang lapuk/terlalu
rumit sehingga menimbulkan pelbagai kerenah birokrasi,
melemahkan pentadbiran, ketidakadilan serta membuka peluang
kepada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;
dan

ii. Kementerian, Jabatan dan Agensi hendaklah mengambil tindakan
untuk menambah baik dan memperakukan perubahan dalam
sistem dan prosedur kerja yang berkaitan serta memaklumkan
kepada seluruh warga kerja.

3. PENGUKUHAN GOVERNANS & INTEGRITI

i. Mengenal pasti isu dan tindakan yang bersesuaian bagi
memperkukuhkan aspek governans dan integriti melalui inisiatif
pencegahan, penggalakan dan pembudayaan governans dan
penginstitusian integriti secara terancang bagi mencegah

8
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

pelanggaran integriti, perlakuan rasuah, salah guna kuasa,
penyelewengan dan kelemahan governans.
4. PENGESANAN ,PEMATUHAN, PUNITIF DAN PEMULIHAN

i. Melaksanakan tindakan pengesanan, pematuhan,punitif dan
pemulihan yang tegas secara adil dan saksama tehadap sebarang
pelanggaran undang-undang, peraturan dan prosedur kerja atau
kod etika kerja;

ii. Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan
atau mana-mana pihak lain bagi mengambil tindakan sewajarnya
terhadap salah laku/jenayah yang dilakukan oleh warga organisasi
dan pihak yang berkepentingan; dan

iii. Mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan
segera berdasarkan undang-undang/peraturan tatatertib terhadap
mereka yang terlibat.

2.7 Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018 menetapkan semua Ketua
Setiausaha, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Perkhidmatan, Ketua
Jabatan Persekutuan untuk menubuhkan JAR di peringkat masing-
masing.

2.8 Jabatan/Agensi Negeri hendaklah melantik Pegawai Penyelaras
untuk menyelaras dan mengemukakan isu-isu yang diperolehi
kepada Urus Setia JAR Peringkat Negeri. Urus setia juga memaklumkan
akan menetapkan Takwim Tahunan Laporan Isu Jabatan/Agensi Negeri
dan Mesyuarat JAR Peringkat Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan
Buku Arahan YAB PM No. 1 Tahun 2018. JAR Peringkat Kerajaan
Negeri Sembilan dikehendaki menyalurkan laporan Isu oleh
Jabatan/Agensi Negeri kepada Urus Setia JAR Peringkat Kebangsaan
(SPRM).

2.9 PERANAN & TANGGUNGJAWAB JAR PERINGKAT
KEMENTERIAN/ KERAJAAN NEGERI DAN JABATAN/AGENSI
PERSEKUTUAN

i. Mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah
penambahbaikan berdasarkan empat (4) terma rujukan yang telah
ditetapkan; dan

9
SULIT

SULIT Rujukan Kami: SUKNS.(S).600-1/4/2/2 ( )

ii. Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian dan cadangan
penambahbaikan kepada JAR Peringkat Kebangsaan.

2.10 KEKERAPAN MESYUARAT JKKMAR DAN JAR

JKKMAR dan JAR perlu dilaksanakan tiga (3) kali setahun. JKKMAR
pada Mac, Julai dan November manakala JAR pula pada bulan Januari,
Mei dan September.

2.11 Arahan ini perlu dilaksanakan dengan komited dan berterusan bagi
mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang
cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang tinggi bagi
kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

2.12 Urus setia juga memaklumkan Bengkel Pelaksanaan Penyediaan
Pelaporan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Jabatan/Agensi
di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bagi wakil-wakil
Jabatan/Agensi akan diadakan pada bulan Februari 2019.

3. PENANGGUHAN MESYUARAT

YB Dato’ Dr. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Urus Setia
Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah Peringkat Negeri
Unit Integriti
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
1 Februari 2019

10
SULIT


Click to View FlipBook Version