The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifah.kea5077, 2021-06-05 06:39:16

Manual PBD BIOLOGI KSSM

Manual PBD BIOLOGI KSSM

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 1

DISEDIAKAN OLEH:
JURULATIH UTAMA PENATARAN KSSM BIOLOGI KL

RAMA LETCHUMY ATHIMOOLAM
SUZANA BT HJ. ISMAIL

NIK RAHAYU BT NIK MUSTAPA
SARIYANTY BT MOHD SAPIAN

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 2

PENGENALAN

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik
bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui
PBD guru dapat:

 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 Merancang dan mengubahsuai kaedah pengajarannya
 Mengetahui keberkesanan pengajarannya
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
PBD adalah proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti kerja
rumah, pembentangan, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran ialah satu
kayu pengukur untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan,
menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai di samping menilai
keberkesanan PdP guru. Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan
memberi maklum balas yang berguna kepada pihak berkepentingan seperti
pentadbir, guru dan ibu bapa atau penjaga tentang perkembangan murid.

JENIS PENTAKSIRAN

Pentaksiran dalam KSSM terdiri daripada empat komponen:
• Pentaksiran Bilik Darjah (PBD); (Bahagian Pembangunan Kurikulum)
• Pentaksiran Pusat; (Lembaga Peperiksaan)
• Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum, (Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian)
• Pentaksiran Psikometrik.(Bahagian Kaunseling)

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 3

PENTAKSIRAN FORMATIF

Pentaksiran formatif adalah untuk memantau pembelajaran murid bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan
pencapaian murid.

1. Guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai
serta autentik.

2. Maklumat yang dikumpul melalui pentaksiran formatif seharusnya
membantu guru membuat diagnostik bagi mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid dalam mencapai sesuatu Standard Kandungan (SK)
bagi sesuatu mata pelajaran.

3. Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan
secara berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah.

PENTAKSIRAN SUMATIF

Pentaksiran sumatif pula adalah untuk menilai pembelajaran murid dengan
Standard Kandungan (SK) bagi sesuatu mata pelajaran.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan
pencapaian murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang berikut:

 pelbagai bentuk.
 adil kepada semua murid.
 mengambilkira pelbagai aras kognitif membolehkan murid mempamerkan

pelbagai keupayaan pembelajaran.

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 4

 mengambilkira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid
dan mentaksir sejauh mana mereka fahami

Pentaksiran bagi mata pelajaran Biologi dilaksanakan bersandarkan tiga domain
utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

BAGAIMANA MENTAKSIR DOMAIN PENGETAHUAN?

Pentaksiran domain pengetahuan dalam sesuatu tema disertakan pengintegrasian
proses kemahiran sains bertujuan melihat sejauh mana murid memahami Standard
Kandungan (SK) tertentu secara menyeluruh dan holistik.

1. Setiap bidang pembelajaran mesti ditaksir dan diberi nilai tahap
penguasaan berdasarkan Standard Prestasi di bahagian akhir setiap
tema dalam DSKP Biologi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

2. Pentaksiran domain pengetahuan boleh dilaksanakan semasa PdP di
mana-mana peringkat yang sesuai dalam kitar pembelajaran 5E, atau
mana-mana strategi inkuiri yang digunakan.

3. Pentaksiran domain pengetahuan juga boleh dilaksanakan diakhir PdP.
4. Guru perlu merekod nilai tahap penguasaan terbaik bagi setiap Tema

pembelajaran ke dalam borang pelaporan excel yang telah disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.
5. Murid diberi peluang mengulang untuk menambahbaik tahap
penguasaan masing-masing.
6. Semua hasil kerja murid seperti latihan, ujian formatif, lembaran kuiz dan
lain-lain bahan yang disemak oleh guru boleh dijadikan evidens rekod
guru.
7. Perekodan tahap penguasaan murid boleh disimpan oleh guru sama ada
dalam bentuk hard copy dan soft copy untuk memantau perkembangan
pembelajaran murid dan juga untuk rujukan pihak yang berkepentingan.

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 5

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi pengetahuan ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Rubrik Pengetahuan

TAHAP TAFSIRAN

PENGUASAAN

1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran asas sains.

2 Memahami pengetahuan dan kemahiran sains serta dapat

menjelaskan kefahaman tersebut.

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains untuk

melaksanakan tugasan mudah.

4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran sains dalam

konteks penyelesaian masalah.

5 Menilai pengetahuan dan kemahiran sains dalam konteks

penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk

melaksanakan satu tugasan.

6 Merekacipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains

dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat

keputusan atau dalam melaksanakan satu tugasan dalam

situasi baru secara kreatif dan inovatif.

*Sumber DSKP BIOLOGI TINGKATAN 4 & 5 Jadual 9: muka surat 34

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 6

PEREKODAN TAHAP PENGUASAAN MURID KE DALAM
BORANG PELAPORAN EXCEL DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN
PEMBANGUNAN KURIKULUM

Template Pelaporan PBD Oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 7

BAGAIMANA MENTAKSIR DOMAIN PENYIASATAN SAINTIFIK
ATAU EKSPERIMEN?

1. Semua eksperimen dalam DSKP KSSM Biologi Tingkatan 4 dan 5 pada
mukasurat 34 – 36 adalah WAJIB dilaksanakan.

Jadual 2: Senarai Penyiasatan/ Eksperimen/ Aktiviti Bagi Setiap Tema Tingkatan 4 dan
5 mata pelajaran Biologi

TEMA PENYIASATAN / EKSPERIMEN/ AKTIVITI

Senarai Penyiasatan/ Eksperimen/ Aktiviti Bagi Setiap Tema Tingkatan 4

ASAS 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan
BIOLOGI masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan saintifik.

FISIOLOGI 2.1.1 Menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan.
MANUSIA DAN
HAIWAN 3.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pergerakan
bahan merentasi membran telap memilih dengan
menggunakan:
(i) tiub Visking.
(ii) osmometer ringkas.
3.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan larutan yang
berlainan kepekatan terhadap sel haiwan dan sel tumbuhan.
3.4.1 Mengeksperimen untuk menentukan kepekatan sap sel
tisu tumbuhan.

5.2.9 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan suhu dan pH
terhadap aktiviti enzim amilase dan pepsin.
7.2.3 Mengeksperimen untuk mengkaji proses respirasi aerob.

7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis.

9.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji pencernaan kanji,
protein, dan lipid dalam sampel makanan

9.6.1 Mengeksperimen untuk mengkaji nilai tenaga dalam
sampel makanan.

9.6.2 Mengeksperimen untuk menentukan kandungan vitamin
C dalam jus buah-buahan atau sayur- sayuran.
13.2.5 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan pengambilan
isipadu air yang berbeza terhadap pembentukan air kencing

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 8

Senarai Penyiasatan/ Eksperimen/ Aktiviti Bagi Setiap Tema Tingkatan 5

FISIOLOGI 16.2.3 Mengeksperimen untuk mengenal pasti zon

TUMBUHAN pembahagian sel, zon pemanjangan sel dan zon pembezaan

BERBUNGA sel dalam radikel anak benih.

16.3.3 Mengeksperimen untuk mengkaji lengkung

pertumbuhan dalam tumbuhan.

17.2.3 Mengeksperimen untuk membandingkan taburan stoma

pada epidermis atas dan epidermis bawah daun monokotiledon

dan daun eudikot.

17.3.3 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan faktor

persekitaran terhadap kadar transpirasi dengan menggunakan

potometer.

17.4.8 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan faktor

persekitaran terhadap kadar fotosintesis.

19.4.3 Mengeksperimen untuk mengkaji keberkesanan

tumbuhan fitoremediasi dalam pengawalan:

(i) pencemaran air.

(i) pencemaran tanih.

20.3.2 Mengeksperimen untuk membandingkan kesan
pemasakan buah dengan kehadiran fitohormon.

EKOSISTEM 25.1.3 Mengeksperimen untuk membanding tahap keperluan
DAN oksigen biokimia (BOD) dalam sampel air yang berbeza
KELESTARIAN menggunakan larutan metilena biru.
ALAM
SEKITAR 27.2.2 Mengeksperimen untuk mengkaji variasi selanjar dan
variasi tak selanjar dalam manusia seperti ketinggian dan cap
PERWARISAN jari.
DAN
TEKNOLOGI
GENETIK

*Sumber DSKP BIOLOGI TINGKATAN 4 & 5 Jadual 10a : muka surat 34

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 9

1. Laporan MESTI DITULIS oleh murid bagi setiap eksperimen yang
dilaksanakan.

2. Setiap laporan eksperimen mesti ditaksir dan diberi nilai tahap
penguasaan berdasarkan jadual 11 Rubrik Penyiasatan Saintifik (muka
surat 36 DSKP Biologi Tingkatan 4 & 5)

3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik penggal 1
dan 2.

4. Semua hasil kerja murid seperti buku laporan eksperimen, lembaran
aktiviti dan lain-lain bahan yang disemak oleh guru boleh dijadikan evidens
rekod guru.

5. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel
yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Penyiasatan Saintifik ditunjukkan dalam
Jadual 3.

Jadual 3: Rubrik Penyiasatan Saintifik

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN  Merancang strategi dan prosedur yang kurang tepat

1 dalam penyiasatan saintifik.
 Menggunakan bahan dan peralatan sains yang kurang
2
sesuai untuk menjalankan penyiasatan saintifik.
 Tiada data dikumpul dan direkodkan.
 Tiada penerangan atau penerangan sukar difahami.
 Merancang strategi dan prosedur yang betul dalam

penyiasatan saintifik dengan bimbingan.
 Menggunakan bahan dan peralatan sains yang sesuai.
 Mengumpul dan merekod data yang tidak lengkap atau

tidak relevan.

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 10

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN  Membuat interpretasi dan kesimpulan yang tidak

3 bersandar kepada data yang dikumpul.
 Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur
4
yang betul dalam penyiasatan saintifik dengan
bimbingan. Menggunakan bahan dan peralatan sains
yang sesuai dan betul.
 Mengumpul dan merekodkan data yang relevan.
 Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau
visual dengan sedikit ralat.
 Membuat interpretasi dan kesimpulan yang bersandar
kepada data yang dikumpul
 Menulis laporan penyiasatan saintifik yang kurang
lengkap.
 Merancang dan melaksanakan strategi dan prosedur
yang betul dalam penyiasatan saintifik.
 Mengendali dan menggunakan bahan dan peralatan
sains yang sesuai dan betul untuk mendapatkan
keputusan yang jitu.
 Mengumpul data yang relevan dan merekodkan dalam
format yang sesuai.
 Mengorganisasikan data dalam bentuk numerikal atau
visual dengan tiada ralat.
 Membuat interpretasi data dan kesimpulan yang tepat
dengan tujuan penyiasatan.
 Menulis laporan penyiasatan saintifik yang lengkap.

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 11

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN  Menjalankan penyiasatan saintifik dan menulis laporan

5 yang lengkap.
 Mengumpul, mengorganisasikan dan
6
mempersembahkan data dalam bentuk numerikal atau
visual dengan baik.
 Menginterpretasi data dan kesimpulan yang tepat
dengan penaakulan saintifik.
 Mengenal pasti trend, pola dan hubungan data.
 Menjustifikasikan dapatan penyiasatan dengan
mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains dalam
membuat pelaporan.
 Menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada
kaedah penyiasatan dan kaedah inkuiri lanjutan apabila
perlu.
 Membincangkan kesahan data dan mencadangkan
penambahbaikan kaedah pengumpulan data.

*Sumber DSKP BIOLOGI TINGKATAN 4 & 5 jadual 11: muka surat 36

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 12

RINGKASAN RUBRIK PENYIASATAN SAINTIFIK/
EKSPERIMEN

Senarai Semak Pelaksanaan Eksperimen Untuk Menentukan Tahap
Penguasaan

PERKARA TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
MERANCANG
EKSPERIMEN Tujuan
Hipotesis
MENJALANKAN Semua pembolehubah terlibat
EKSPERIMEN
Bahan dan radas
MENGUMPUL Kaedah/prosedur/teknik
DAN MEREKOD Menggunakan radas mengikut

DATA / perancangan
PEMERHATIAN
Membersih dan menyimpan
MENTAFSIR radas
DATA
Membina jadual dengan
MEMBUAT pembolehubah yang dimanipulasi
KESIMPULAN
dan pemboleh ubah yang
bergerak balas

Melengkapkan jadual dengan
data yang betul atau pemerhatian

pembolehubah yang bergerak
balas.

Menulis perbincangan/melukis
graf yang menyokong data

terkumpul
Menyatakan sama ada hipotesis

diterima atau ditolak
Membuat rumusan dengan betul

Menulis laporan penyiasatan
saintifik yang lengkap.

Menjustifikasikan dapatan
penyiasatan dengan mengaitkan

teori, prinsip dan hukum sains
dalam membuat pelaporan.
Menilai dan mencadang

penambahbaikan kepada kaedah
penyiasatan dan kaedah inkuiri
lanjutan apabila perlu
Membincang kesahan data dan
mencadang penambahbaikan
kaedah pengumpulan data

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 13

PEREKODAN DOMAIN PENYIASATAN SAINTIFIK ATAU
EKSPERIMEN KE DALAM BORANG PELAPORAN EXCEL
DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Template Pelaporan PBD Oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 14

BAGAIMANA MENTAKSIR DOMAIN SIKAP SAINTIFIK DAN
NILAI MURNI?

1. Rubrik sikap saintifik dan nilai murni lebih kepada mengukur pengetahuan
epistemik murid terhadap biologi.

2. Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilaksanakan semasa;
 Sesi pembentangan atau perkongsian laporan penyiasatan saintifik.
 Sesi pembentangan hasil pembelajaran berasaskan projek.
 Sesi soal jawab/ dialog/ perbincangan semasa PdP dan sebagainya.
 Sesi pelaksanaan dan perbincangan amali
(eksperimen dan aktiviti makmal)

3. Guru hanya perlu merekod 1 nilai tahap penguasaan terbaik bagi penggal 1
dan 2.

4. Rekodkan tahap penguasaan murid ke dalam borang pelaporan excel yang
telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.

5. Jadual 3 menunjukkan panduan guru dalam membuat pertimbangan
professional.

Tafsiran Tahap Penguasaan bagi Sikap Saintifik dan Nilai Murni
ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Rubrik Sikap Saintifik dan Nilai Murni

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
Murid belum berkebolehan untuk.
1  menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk
menyelesaikan masalah.
 menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 15

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
 menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.
 mendokumentasikan sumber maklumat yang

digunakan.

2 Murid kurang berkebolehan untuk:
 menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk
menyelesaikan masalah.
 menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
 menggunakan bahasa saintifik untuk berkomunikasi.
 mendokumentasikan sumber maklumat yang
digunakan.

3 Murid berkebolehan:
 menyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk
menyelesaikan masalah.
 menyatakan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
 menggunakan bahasa saintifik yang terhad untuk
berkomunikasi.
 mendokumentasikan sedikit sumber maklumat yang
digunakan.

4 Murid berkebolehan:
 menentukan bagaimana sains digunakan untuk
menangani masalah atau isu tertentu.
 menentukan implikasi menggunakan sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.
 selalu menggunakan bahasa saintifik yang
mencukupi untuk berkomunikasi.
 mendokumentasikan sebahagian daripada sumber

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 16

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN maklumat yang digunakan.

5 Murid berkebolehan:
 merumuskan bagaimana sains digunakan untuk
menangani masalah atau isu tertentu.
 merumus implikasi sesuatu masalah atau isu tertentu.
 sentiasa menggunakan bahasa saintifik untuk
berkomunikasi dengan baik.
 mendokumentasikan hampir kesemua sumber
maklumat yang digunakan.

6 Murid berkebolehan:
 merumuskan bagaimana sains digunakan untuk
menangani masalah atau isu tertentu.
 membincang dan menganalisis implikasi sains untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu
 sentiasa menggunakan bahasa saintifik secara
konsisten untuk berkomunikasi dengan jelas dan
tepat
 mendokumentasikan sumber maklumat dengan
lengkap.
 menjadi ‘role model’ kepada pelajar lain.

*Sumber DSKP BIOLOGI TINGKATAN 4 & 5 jadual 12: muka surat 38

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 17

PEREKODAN DOMAIN SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI KE
DALAM BORANG PELAPORAN EXCEL DISEDIAKAN OLEH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Template Pelaporan PBD Oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 18

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PROJECT-BASED
LEARNING, PBL)

1. Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk
mencapai sesuatu tujuan tertentu.

2. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu
pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan.

3. Projek perlu ditulis tangan secara individu untuk memudahkan proses
penilaian.

3. PBL bersifat pembelajaran aktif yang menggunakan pendekatan inkuiri
atau STEM. Murid boleh mengeksploitasi lebih daripada apa yang ditulis
dalam standard pembelajaran.

4. Jumlah markah peperiksaan akhir tahun mengambil kira daripada 10%
markah akhir tahun bagi SATU kerja projek yang terbaik.

5. Kerja projek mesti menyelesaikan suatu masalah yang autentik.
6. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, prototaip, model, artifak atau

lain-lain produk
7. Produk perlu dibentangkan kepada guru, murid lain dan pihak luar.
6. Guru perlu jelas perbezaan antara problem-based learning dan project-

based learning.
Problem-based learning teaches to the standards,
Project-based learning teaches student to apply the standards.

7. Guru perlu merekod keputusan penilaian kerja projek yang ke dalam
borang pelaporan excel yang telah disediakan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 19

RUBRIK PEMARKAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK (PROJECT-BASED LEARNING, PBL)

Kriteria Aspek Markah
Kertas kerja mestilah mengandungi :
Reka Bentuk  Muka hadapan 2
20%  Tajuk projek 2
 Tarikh dan masa 2
Proses  Kandungan 2
20%  Penghargaan 2
 Pengenalan dan Objektif 2
Aplikasi  Prosedur / langkah eksperimen (dengan gambar) 4
20%  Kesimpulan 2
 Sumber Rujukan 2
Pengetahuan Proses untuk menghasilkan produk merangkumi:
20%  Senarai bahan & radas : 5
 Langkah berjaga-jaga 5
 Anggaran belanjawan 5
 Gambar /keputusan eksperimen/jadual 5
Kemahiran :
 Penyelesaian masalah 4
 Mengeksperimen 4
 Mengukur 4
 Berkomunikasi 4
 Berfikir secara kritis dan kreatif 4
Penjelasan konsep sains dalam Biologi dengan
menjawab soalan dalam aspek berikut : 8
 KBAR (S 1-4) 12
 KBAT (S 5-7)
10
Persembahan • Eviden (folio, hasil) 5
20% • Kretiviti (hasil persembahan / folio/ kemahiran 5
berkominukasi/ penerangan)
• Kolaboratif (antara ahli kumpulan)

Markah penuh 100%

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 20

PEREKODAN PEMARKAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK (PROJECT-BASED LEARNING, PBL)
KE DALAM BORANG PELAPORAN EXCEL DISEDIAKAN
OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Template Pelaporan PBD Oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 21

TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN

1. Tahap penguasaan keseluruhan perlu ditentukan bagi memberi satu nilai
tahap penguasaan murid pada akhir sesi persekolahan.

2. Tahap penguasaan keseluruhan ini merangkumi aspek kandungan,
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni.

3. Guru perlu menilai murid secara kolektif dan holistik dengan melihat
semua aspek semasa proses pembelajaran murid secara berterusan
melalui pelbagai kaedah seperti pencapaian dalam ujian topikal,
pemerhatian, latihan, pembentangan, respon murid secara lisan, kerja
projek berkumpulan dan sebagainya.

4. Guru boleh membuat pertimbangan profesional untuk memberi satu nilai
tahap penguasaan keseluruhan murid berdasarkan pengalaman guru
bersama murid, kebijaksanaan serta melalui perbincangan bersama
rakan sejawat.

5. Guru boleh menyediakan rubrik bagi tahap penguasaan keseluruhan
murid yang diajar.

Manual Pelaksaanaan Pentaksiran Bilik Darjah KSSM Biologi 22

PEREKODAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN KE
DALAM BORANG PELAPORAN EXCEL DISEDIAKAN OLEH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Template Pelaporan PBD Oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Click to View FlipBook Version