The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifah.kea5077, 2021-06-02 06:38:57

BSI SAINS 2020 MURID(BM)

BSI SAINS 2020 MURID(BM)

BAHAN SUMBER INKUIRI
SAINS MENENGAH RENDAH

Terjemahan Bahasa Melayu
Naskah Murid

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Kata Pengantar

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang mendalam dan bermakna. Pendekatan pembeIajaran berasaskan inkuiri
merupakan antara pendekatan yang dituntut dalam KSSM, bertujuan memenuhi
aspirasi tersebut di samping mempertingkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) murid.

Pengintegrasian pendekatan inkuiri perlu dilaksanakan secara berkesan untuk
mengembangkan kreativiti murid bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan dalam kehidupan. Dalam masa yang sama, guru juga perlu
memastikan kurikulum dapat dihabiskan dalam jangka masa yang ditetapkan. Justeru,
adalah penting untuk guru memahami idea utama di sebalik pelaksanaan pendekatan
inkuiri dan bagaimana pengintegrasian PdP modular dalam pembelajaran berasaskan
inkuiri membantu mereka merealisasikan hasrat dan keperluan KSSM tanpa
mengabaikan Standard Kandungan yang telah digariskan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Kefahaman dan ketersediaan guru dalam melaksanakan PdP berasaskan inkuiri
adalah kritikal dalam menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran serta nilai
yang diperlukan untuk menghadapi persaingan global yang semakin kompleks.
Semoga Bahan Sumber Inkuiri (BSI) ini memberikan kefahaman dan menjadi
pencetus idea kepada guru serta dapat dimanfaatkan secara berkesan agar murid
mencapai hasrat dan matlamat pendidikan kebangsaan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam penghasilan BSI ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Pendahuluan

BSI dibina selari dengan kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan mengintegrasikan Standard
Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang berkaitan. Ini bertujuan
menambah kepelbagaian dan kebolehsuaian BSI dalam sesi PdP, sesuai dengan
hasrat penghasilan BSI sebagai bahan sumber dan sokongan.

BSI ini mengandungi aktiviti dan item latihan yang merangkumi empat domain literasi
iaitu literasi saintifik, matematik, bacaan dan kewangan. Aktiviti pembelajaran disusun
mengikut topik dan kemahiran mata pelajaran berkaitan yang membantu
mengukuhkan penguasaan murid melalui pendekatan yang berbeza. BSI juga
menuntut guru melaksanakan PdP yang memerlukan murid terlibat secara aktif dan
berfikir secara mendalam.

Kompilasi terjemahan item boleh-edar yang turut disediakan pula dapat memberi
pendedahan murid kepada standard, bentuk dan struktur soalan yang diuji dalam
pentaksiran peringkat antarabangsa. Melalui penggunaan bahan ini, guru dapat
mengenal pasti keupayaan murid dan membolehkan mereka mengambil tindakan
susulan bagi mempertingkat keupayaan murid mereka.

BAHAN SUMBER INKUIRI

Sains Menengah Rendah

UNIT 1 Tajuk Muka Surat
UNIT 2 Pengenalan 1
UNIT 3 Suku Suku Separuh 5
UNIT 4 Prinsip Keabadian Jisim 8
UNIT 5 Kecil itu Lebih 12
UNIT 6 Osmosis 17
UNIT 7 Letupan yang Senyap 22
UNIT 8 Telefon Pintar – Pembunuh? 27
UNIT 9 Fotosintesis 32
UNIT 10 Kiriman dari Langit 35
UNIT 11 Selamat Tinggal Kerak Kapur 40
UNIT 12 Kebangkitan Kuasa – Plat Tektonik 42
UNIT 13 Vaksinasi 46
UNIT 14 Nikmat Air Bersih 56
UNIT 15 Hukum Newton 60
UNIT 16 Tumbuhan Lemna 64
UNIT 17 Timbul Tenggelam 70
Kuala Kubu 82
Sinaran Latar Belakang 92
Penghargaan
Turut Menyumbang 101
102

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Pengenalan

Konsep umum pembelajaran inkuiri membolehkan murid mengalami pembelajaran
melalui proses penerokaan yang melibatkan pertanyaan soalan, penyiasatan dan
pengumpulan maklumat menggunakan deria dan kognisi. Secara tidak langsung
murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri mengenai sesuatu konsep sains
dan menggalakkan mereka menjadi penyelesai masalah, penyelidik serta pembina
ilmu.

Aktiviti dalam pembelajaran berasaskan inkuiri membuat perkaitan antara
pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar melalui
eksplorasi dan persoalan. Lazimnya kaedah pembelajaran aktif ini dimulakan dengan
mengemukakan soalan, masalah atau scenario.

Antara kelebihan pembelajaran berasaskan imkuiri ialah:

 Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis yang diperlukan dalam
pembelajaran sepanjang hayat.

 Menjadikan pembelajaran lebih menarik, apabila murid terlibat secara aktif
dan berminat, maka mereka akan menguasai konsep sains yang diajar dan
lebih mengingat.

 Menggalakkan perasaan ingin tahu, dan seterusnya merangsang minat
yang lebih mendalam untuk belajar.

 Meningkatkan pemahaman, aktiviti hands-on akan membangunakan kedua-
dua pembelajaran mendalam dan pengekalan pengetahuan (knowledge
retention).

 Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, apabila murid sudah
menguasai pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai saintifik.

 Menggalakkan kerja berpasukan, apabila murid perlu berkolaborasi
menyelesaikan masalah sebagai satu unit.

Rajah 1: Profil murid boleh dibangunkan melalui jalinan pelbagai kemahiran dalam
pembelajaran secara inkuiri

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

1

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Proses dalam pembelajaran berasaskan inkuiri adalah murid sendiri:

 Mengemukakan persoalan
 Memperoleh evidens untuk menjawab persoalan
 Menerangkan evidens yang dikumpul
 Menghubungkait penerangan dengan pengetahuan yang diperoleh daripada

proses penyiasatan
 Menganalisis dan menginterpretasi data
 Mengemukakan hujah, justifikasi dan membuat keputusan.

Dalam merancang PdP, perkara paling utama ialah objektif pembelajaran perlu jelas.
Guru perlu memikirkan apa yang murid akan peroleh setelah tamat sesi pengajaran
pada hari itu, apa kaedah pentaksiran formatif yang akan digunakan dan adakah
hasil pentaksiran seperti produk boleh digunakan untuk memotivasikan murid secara
individu atau berkumpulan.

KontenApa yangApa yang Apa nilai
Kemahiranmuridmurid yang
akan tahu boleh dipupuk?
Nilai & Sikap Saintifikdanbuat?
faham?

Perkara yang perlu difikirkan dalam merancang PdP

Bahan sumber inkuiri ini menggunakan kaedah UNIT di mana setiap UNIT
direkabentuk untuk membolehkan murid mencapai beberapa standard pembelajaran
bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Masa yang diambil di setiap UNIT
ialah 15 – 30 minit.

Guru perlu merancang dengan melibatkan pelbagai kaedah pembelajaran semasa di
UNIT seperti membuat pemerhatian, pembacaan aktif, menyelesaikan masalah
sebenar, membuat analisis dan penilaian serta membuat keputusan. UNIT juga perlu
menggalakkan pelibatan murid secara aktif bagi menjana pemikiran analitis, kritis,
inovatif dan kreatif di samping menggalakkan kolaborasi antara murid serta
pembelajaran secara persendirian atau independen dalam sebarang topik yang
dipelajari. Penyelesaian masalah sebenar kehidupan adalah sangat penting kerana
ia menghubungkan apa yang dipelajari dalam bilik darjah kepada situasi sebenar
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

2

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Perancangan yang kemas dan teratur membolehkan guru melaksanakan beberapa
standard pembelajaran dan secara langsung memberi lebih masa untuk guru
menjalankan aktiviti berunsurkan inkuiri dalam pencapaian konten.

Berikut ialah perincian aras profisiensi bagi Literasi Saintifik Programme for
International Student Assessment (PISA):

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

3

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Memahami literasi saintifik

Dalam konteks isu peribadi, setempat/dalam negara atau global tidak kira dalam keadaan
semasa dan lampau, yang serba sedikit memerlukan pemahaman tentang sains dan
teknologi, individu perlu mempamerkan kompetensi iaitu keupayaan untuk menerangkan
fenomena secara saintifik, menilai dan mereka bentuk inkuiri saintifik, dan mentafsir data
dan evidens secara saintifik. Ini dipengaruhi oleh

1) Pengetahuan iaitu pemahaman tentang fakta, konsep, dan teori penerangan yang
membentuk asas bagi pengetahuan saintifik seperti
 pengetahuan tentang alam semula jadi dan artefak teknologi (pengetahuan
kandungan);
 pengetahuan tentang bagaimana idea tersebut dihasilkan (pengetahuan
prosedural); dan
 pemahaman tentang wajaran yang mendasari prosedur ini dan justifikasi
penggunaannya (pengetahuan epistemik).

2) Sikap terhadap sains yang ditunjukkan melalui minat dalam sains dan teknologi
dengan meletakkan keutamaan pada;
 pendekatan saintifik atau inkuiri dalam keadaan yang sewajarnya; dan
 persepsi serta kesedaran tentang isu alam sekitar.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

4

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

SUKU SUKU SEPARUH

Unit ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman murid mengenai pengkelasan
makanan dan gizi seimbang. Murid boleh didedahkan kepada Panduan Pinggan
Sihat Malaysia Kementerian Kesihatan untuk memahami konsep gizi seimbang.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
2 3.1.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai kelas
makanan.
3.2.1 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai gizi
seimbang.
3.2.2 Menganggar kalori makanan yang diambil dalam setiap
hidangan dan merancang satu gizi seimbang.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

5

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 1.1
Aktiviti 1.1:

1. Perhatikan kad bergambar mengenai jenis-jenis makanan di atas meja.
(Guru boleh menggunakan makanan yang segar mengantikan kad bergambar)

Contoh kad bergambar

2. Lengkapkan jadual di bawah dengan contoh makanan yang betul.

Karbohidrat Protein Lemak Vitamin dan
mineral

Nama Jumlah Nama Jumlah Nama Jumlah Nama Jumlah
makanan kalori makanan kalori makanan kalori makanan kalori

3. Anda perlu membuat pembacaan aktif mengenai Panduan Pinggan Sihat
Malaysia dan membuat sesi perkongsian mengenai konsep Suku Suku Separuh.

Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menghasilkan satu panduan
Pinggan Sihat Malaysia bagi
menangani isu kesihatan yang
berkaitan dengan cara
pemakanan.

Salah satu konsep yang
diperkenalkan ialah Suku Suku
Separuh. Anda dikehendaki
menghurai mengenai konsep ini.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

6

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

4. Berdasarkan pada hasil kerja di atas, rancang satu menu makanan bagi hidangan
utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Pilihan makanan
perlu membentuk satu gizi seimbang.

Hidangan Utama Makanan Anggaran jumlah Catatan
Sarapan pagi kalori

Makan tengahari

Makan malam

Anda boleh berkongsi menu hidangan makan utama bersama rakan dalam
kumpulan, membuat penilaian dan rumusan apakah menu terbaik untuk tiga
hidangan utama.

5. Pinggan Sihat Malaysia menyarankan 3 hidangan utama yang tetap dalam sehari
iaitu, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta 1 hingga 2 snek
sihat di antara waktu makan jika perlu.

Mengapa kita perlu makan hidangan secara tetap?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

7

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

PRINSIP KEABADIAN JISIM

Unit ini memperkukuhkan fahaman murid mengenai prinsip keabadian jisim dan
perbezaan antara perubahan kimia dengan perubahan fizik.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1 5.2.6 Merumuskan jisim kekal tidak berubah semasa perubahan
fizik.
5.2.7 Menjelaskan dengan contoh perubahan keadaan jirim
dalam kehidupan harian.

NOTA:

 Prinsip keabadian jisim menyatakan bahawa dalam

sesuatu tindak balas kimia, jumlah jisim bahan
selepas tindak balas adalah SAMA dengan
jumlah jisim bahan sebelum tindak balas
dalam suatu sistem yang tertutup.

 Jisim kekal sama semasa perubahan fizikal seperti perubahan

keadaan jirim, keterlarutan pepejal dan pengembangan terma.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

8

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 2.1
Aktiviti 2.1:

BAHAN & RADAS:

Plastisin, 0.1 M larutan kalium iodida, 0.1 M larutan plumbum (ll) nitrat,
penimbang elektronik, bikar 100 ml & bikar 50 ml.

TUGASAN

Rajah di bawah menunjukkan lima aktiviti yang telah dijalankan oleh seorang
pelajar. Berdasarkan aktiviti tersebut, tandakan [√] bagi pernyataan yang betul
pada petak yang disediakan dan jelaskan jawapan anda.

Aktiviti 1: Digulung dan ?g
ditukar rupa
250 g
bentuk

250 g plastisin ?g

Apakah jisim selepas 250 g plastisin digulung dan ditukar rupa bentuk?
Kurang daripada 250 g
250 g
Lebih daripada 250 g

Jenis perubahan: Kimia/Fizik
Jelaskan jawapan anda:

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

9

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Aktiviti 2: Selepas 30 minit
pada suhu bilik
300 g
?g

Apakah jisim selepas 300 g ais selepas 30 minit pada suhu bilik?
Kurang daripada 300 g
300 g
Lebih daripada 300 g

Jenis perubahan: Kimia/Fizik

Jelaskan jawapan anda:

.

Aktiviti 3:

Telur mentah Telur dipanaskan tanpa minyak

Dipanaskan

Apakah jisim selepas telur selepas dipanaskan tanpa minyak?
Kurang daripada 20g
20 g
Lebih daripada 20 g

Jenis perubahan: Kimia/Fizik
Jelaskan jawapan anda:

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

10

Akltiviti 4: A 25 ml 01M Bahan Sumber Inkuiri SAINS
larutan
50 ml 0.1M B plumbum(ll) C
larutan ?g
kalium 430 g
iodida

Perubahan Jisim C selepas B dicampurkan ke dalam A
Kurang daripada 430 g
430 g
Lebih daripada 430 g Jelaskan jawapan anda:

Jenis perubahan: Kimia/Fizik

Jelaskan jawapan anda:

Akltiviti 5:

Lilin menyala padam
setelah 10 minit

dalam kelalang kon

Perubahan Jisim lilin setelah 10 minit.
Kurang daripada 350 g
350 g
Lebih daripada 350 g

Jenis perubahan: Kimia/Fizik

Jelaskan jawapan anda:

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

11

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

KECIL ITU LEBIH

Unit ini memperkenalkan konsep luas permukaan dan pengaplikasian konsep ini dalam
kerja seorang tukang masak.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1
5.2.4 Memerihalkan perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan
zarah-zarah akibat daripada penyrapan dan pembebasan haba
berdasarkan teori kinetik.

5.2.5 Merumuskan bahawa suhu kekal semasa pembekuan,
peleburan dan pendidihan.

5.2.6 Merumuskan jisim kekal tidak berubah semasa perubahan fizik.

5.2.7 Menjelaskan dengan contoh perubahan kadaan jirim dalam
kehidupan harian.

Peleburan ialah satu proses fizikal yang menyebabkan perubahan keadaan sesuatu bahan
daripada pepejal kepada cecair. Perkara ini berlaku apabila tenaga dalam pepejal
meningkat semasa pemanasan sehingga mencapai takat lebur.

Mengapa seorang chef mematahkan coklat kepada kepingan kecil
sebelum coklat dileburkan?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 12

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 3.1
Aktiviti 3.1:

Graf di bawah menunjukkan takat lebur ais.
Suhu(oC)

Peleburan/Melting

Masa (min)

Berdasarkan graf, jawab soalan berikut:
1. Nyatakan pemboleh ubah berikut.

(a) Dimanipulasi:

(b) Bergerakbalas:

2. Berapakah takat lebur ais?
3. Bagaimana kita mengetahui bahawa ais telah melebur sepenuhnya?

4. Mengapakah suhu kekal malar semasa ais melebur?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 13

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

5. Graf di bawah menunjukkan takat lebur dua bahan, X dan Y.
Suhu ( 0C)

Bahan X

Bahan Y

Masa (s)

(a) Bahan manakah yang mengambil masa lebih lama untuk melebur sepenuhnya?

(b) Terangkan jawapan anda dalam soalan (a).

Cadangan Penambahbaikan

Untuk mengesan tahap pemahaman konsep, perkara berikut boleh dilakukan:
1. Lakarkan graf pemanasan bahan lain dan minta murid membuat inferens
kepada apa yang diperhatikan.
2. Lakarkan graf penyejukan bagi bahan berlainan dan membuat inferens.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 14

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 3.2
Aktiviti 3.2:

Jalankan aktiviti berikut:
1. Ukur panjang kubus plastisin yang diberikan.
2. Cari jumlah luas permukaan kubus itu.
3. Potong kubus kepada lapan kubus yang sama besar.
4. Cari jumlah luas permukaan lapan kubus kecil itu.

Panjang sisi = 4cm Panjang sisi satu kuib kecil = 2cm
Jumlah luas permukaan
Jumlah luas permukaan 8 kuib kecil
=
= =
=

(a) Bandingkan jumlah luas permukaan kuib besar dengan jumlah luas permukaan
lapan kuib kecil.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 15

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

(b) Berdasarkan aktiviti di atas, tandakan √ coklat mana yang akan lebur dahulu?

100 g cip coklat 100 g coklat bar
Jelaskan jawapan anda.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 16

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

OSMOSIS

UNIT ini memperkenalkan konsep osmosis melalui aktiviti hands-on dan seterusnya
mengaplikasikan konsep ini dalam menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air
untuk kegunaan harian.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
2 5.3.2 Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air untuk

3 kegunaan harian.

2.4.1 Menerangkan mekanisme pertukaran gas dalam tumbuhan.

Unit ini sesuai juga untuk menerangkan bagaimana akar tumbuhan menyerap air untuk
melaksanakan proses fotosintesis.

NOTA

 Dalam proses osmosis, molekul air atau pelarut bergerak melalui
membran yang memisahkan dua larutan yang berlainan kepekatan.

 Molekul air bergerak dari larutan yang lemah (kepekatan air yang tinggi)
kepada larutan yang lebih kuat (kepekatan air yang rendah) melalui
membran separa telap.

 Lubang seni dalam membran separa telap hanya membenarkan molekul
air melaluinya manakala molekul bahan larut yang lebih besar tidak boleh
melepasi membran separa telap.

 Contoh osmosis yang berlaku dalam tumbuhan adalah penyerapan air
daripada tanah oleh rambut akar.

Air (H2O) menyejat ke
persekitaran melalui
stomata

Air diangkut ke atas
melalui xilem

Air memasuki rerambut akar melalui osmosis

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 17

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 4.1
Aktiviti 4.1:
Memahami Osmosis Pada Tumbuhan
Radas: 2 cawan, pisau, pembaris meter
Bahan: Kentang, Larutan Garam, air

Prosedur:
i. Kentang dikupas dan dipotong menjadi 2 jalur dengan ukuran panjang yang sama.

ii. Masukkan setiap jalur kentang ke dalam dua larutan yang disediakan.
iii. Catatkan pemerhatian anda.

Pemerhatian:

Pemerhatian pada kentang

Larutan garam Air

Daripada pemerhatian anda, jelaskan mengapa ini berlaku?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 18

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 4.2
Aktiviti 4.2:
Menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.

Tenaga…Oh!…Tenaga

Manusia zaman sekarang sangat bergantung kepada tenaga untuk keselesaan hidup.
Tenaga daripada bahan api fosil tidak akan kekal dan suatu hari akan kehabisan juga.
Dengan itu, kaedah penjanaan elektrik perlu dipelbagaikan. Malaysia beruntung
disebabkan kita mempunyai banyak sungai yang memungkinkan penjanaan tenaga elektrik
hidro.

Misi anda ialah untuk memikirkan bagaimana negara maju seperti Norway yang dikelilingi
laut boleh menjana tenaga elektrik bagi kegunaan penduduknya.

.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 19

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Pelajari gambarajah di bawah.

1. Apakah yang akan meresap melalui membran separa telap dalam tangki A dan
tangki B?

2. Lukiskan paras air dalam kedua-dua bekas selepas beberapa jam.
Sebelum

Tangki A Tangki B

Air laut Air Sungai

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 20

Selepas Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Tangki A Tangki B

Air laut Air Sungai

3. Bandingkan kepekatan garam dalam tangki A dan tangki B pada permulaan
eksperimen.

Tangki A Tangki B
A tinggi rendah
B tinggi tinggi
C rendah tinggi
D rendah rendah

4. Semasa proses osmosis, dalam tangki manakah tekanan akan meningkat? Jelaskan
jawapan anda.

5. Rajah di atas menunjukkan penggunaan proses osmosis dalam penjanaan tenaga elektrik
di Norway. Berdasarkan rajah di atas jelaskan bagaimana proses ini boleh digunakan
dalam penjanaan tenaga elektrik.

6 Kebanyakan UNIT janakuasa elektrik menggunakan bahan api fosil seperti minyak
dan arang batu sebagai sumber tenaga. Mengapakah cara penjanaan kuasa elektrik ini
dianggap lebih mesra alam berbanding dengan penjanaan kuasa elektrik menggunakan
bahan api fosil?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 21

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

LETUPAN YANG SENYAP

Unit ini memperkenalkan menghubungkaitkan fahaman mengenai kandungan udara
dengan sifat bunyi.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
7.1.2 Mencerakinkan komposisi udara daripada carta pai.
1 10.1.1. Berkomunikasi mengenai ciri asas gelombang bunyi.
2

Bolehkan kita mendengar letupan di angkasa?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 22

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1. Laptop, LCD, pembesar suara, skrin
2. Video letupan
2. Video permukaan matahari
3. 1 set balang kaca dan pam vakum

(Balang A)
4. Balang vakum buatan sendiri (Balang B)

mengandungi:

 1 botol kaca dengan penutup ketat
 1 kayu penggantung
 2 loceng kecil
 1 kotak plastisin
 1 gulung ‘masking tape’
 1 ‘hot glue gun’
 1 kotak mancis
 1 lilin pendek
 1 gunting

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 23

Lembaran Kerja Murid 5.1 Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Aktiviti 5.1: Letupan Jawab soalan – soalan berikut
Senyap (a) Tonton video tentang letupan.

Video 1: Apakah bentuk tenaga yang dilepaskan semasa
Explosion.mpg letupan?

Video 2: (b) Tonton video mengenai matahari.
The Sun.mpg
Di Matahari, letupan nuklear berlaku berterusan.
Apakah bentuk tenaga yang dilepaskan?

(c) Berdasarkan jawapan anda dalam (a) dan (b),
tenaga mana satukah yang tidak sampai ke
Bumi? Jelaskan.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 24

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 5.2
Aktiviti 5.2:

Aktiviti 5.2: Bunyi memerlukan satu medium

Tujuan Untuk menunjukkan bahawa bunyi tidak dapat bergerak
melalui vakum

Persiapan Demonstrasi
(disediakan lebih awal)

Rajah 1: Balang A Rajah 2: Balang B

1. Radas disusun seperti ditunjukkan dalam Rajah 1
(Balang A).

2. Untuk balang B, pasangkan loceng pada batang lidi
dan letakkan hujung batang lidi yang satu lagi pada
sebelah dalam penutup balang.

Aktiviti Balang A
i. Bunyikan jam loceng dan rekod pemerhatian dalam
Jadual 1.
ii. Hidupkan suis pam vakum untuk menyedut udara
keluar.
iii. Ulang langkah (i).

Balang B
i. Goyang penutup dengan loceng terpasang padanya dan
rekod pemerhatian dalam Jadual 1.
ii. Dengan bantuan satu lidi, nyalakan lilin dalam balang.
iii. Sebaik sahaja lilin itu menyala, ketatkan penutup
dengan loceng terpasang di dalamnya kepada balang.
iv. Tunggu sehingga nyalaan lilin padam dan balang itu
sejuk.
v. Ulang langkah (i).
vi. Bandingkan dengan bunyi loceng pada awal tadi

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 25

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Keputusan Keadaan Balang Pemerhatian
Soalan Kaca

Balang A

(dengan udara)

Balang A

(selepas pam vakum

dihidupkan)

Balang B

(dengan udara)

Balang B

(selepas lilin

terpadam)

Jadual 1

1. Apa yang berlaku dengan bunyi loceng setelah
nyalaan lilin terpadam dalam balang?

2. Kenapa bunyi loceng menjadi perlahan?

3. Kaitkan situasi ini untuk menjelaskan kenapa letupan
dalam Matahari dan letupan supernova tidak
didengari dari Bumi.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 26

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

TELEFON PINTAR - PEMBUNUH?

Unit ini merungkai miskonsepsi mengenai penggunaan telefon pintar yang mengakibatkan
kebakaran di UNIT minyak. Isu yang ditimbulkan menggabungkan beberapa konsep sains
iaitu syarat pembakaran, elektrostatik dan sinaran tidak mengion.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1 7.2.1 Merumuskan syarat untuk berlaku kebakaran
2 7.1.2 Menerangkan dan berkomunikasi mengenai kewujudan
cas elektrostatik.
7.1.3 Menjelaskan dengan contoh elektrostatik dalam
kehidupan seharian
3 8.3.1 Memerihalkan sinaran mengion dan sinaran tidak mengion

Info SAINS

Semasa kita berbual dengan rakan, telefon bimbit kita akan menukarkan tenaga bunyi kepada
isyarat elektrik yang akan dipindahkan sebagai gelombang mikro. Gelombang mikro ini
seterusnya akan ditukarkan semula kepada bunyi oleh telefon bimbit rakan anda.
Telefon bimbit beroperasi menggunakan gelombang radio dengan frekuensi 900 MHz atau 1800
MHz atau 3000 MHz. Kuasa gelombang radio ini sangat rendah iaitu dari 0.5 – 1.0 Watt. Bahkan,
sebuah lampu suluh kecil memerlukan 6.0 Watt kuasa untuk berfungsi. Inilah sebabnya telefon
bimbit tidak boleh berfungsi seperti ketuhar gelombang mikro untuk memasak makanan.
Gelombang mikro adalah sejenis radiasi. Radiasi boleh jadi radiasi mengion atau radiasi bukan
mengion. Radiasi mengion mempunyai tenaga yang tinggi dan mampu menyebabkan pemecahan
ikatan kimia yang seterusnya menyebabkan perubahan kimia. Ini mampu merosakkan tisu hidup.
Rajah berikut menunjukkan frekuensi radiasi mengion dan radiasi bukan mengion.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 27

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Rajah 1 menunjukkan tanda amaran yang boleh didapati di kebanyakan stesen minyak.

Rajah 1

Rajah 2 menunjukkan satu kebakaran yang berlaku apabila seorang pelanggan sedang
mengisi minyak petrol. Adakah kebakaran ini berlaku disebabkan kecuaian menggunakan
telefon pintar di kawasan mudah terbakar?

Rajah 2
Bahan untuk mengendalikan aktiviti:

video_2018-02-07_1 This is why you

1. 2 Video yang berkaitan 1-39-10.mp4 shouldn't use a mobile phone at a petrol station - trim

2. Laptop (1 unit)

3. LCD Projector (1 unit)

4. Skrin Putih (1 unit)

5. Penjana Van De Graaff (1 unit)

6. Sfera Discas (5 unit)

7. Elektroskop Kerajang Emas (Saiz Besar 2@3 unit)

8. Rod Polistren / Rod Perspek (5 unit)

9. Kain Sutera / Kain Bulu (5 unit)

10. Cebisan Kertas Putih / Cebisan Styrofoam

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 28

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 6.1
Aktiviti 6.1:

Ahmad suka mendengar radio. Saluran radio kegemaran beliau ialah Hitz FM. Penghantaran
isyarat radio menggunakan gelombang radio FM berfrekuensi 88 – 108 MHz. Adakah
dengan mendengar radio, boleh mengakibatkan mudarat kepada beliau dalam jangka masa
panjang? Jelaskan jawapan anda.

Aktiviti 6.2:
Tonton Video 1 untuk menjawab soalan 2.

This is why you
shouldn't use a mobile phone at a petrol station - trimmed.mp4

Video 1

Soalan 2

Sejak kebelakangan ini, video yang diperhatikan jadi telah menjadi tular. Pada pendapat
anda, apakah yang mungkin mengakibatkan kereta tersebut terbakar? Jelaskan jawapan
anda.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 29

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Aktiviti 6.3:
Tonton Video 2 untuk menjawab Soalan 3 - 5.

video_2018-02-07_1
1-39-10.mp4

Video 2

Soalan 3

Selepas menonton video 2, apakah yang mengakibatkan kereta tersebut terbakar? Adakah
jawapan anda sama seperti yang telah dinyatakan pada soalan 2?

Soalan 4

Mengapakah lelaki dalam video tersebut melompat-lompat sambil menggeserkan jaketnya
pada seluruh badan di dalam sebuah baldi?

Soalan 5

Mengapakah kereta terbakar apabila lelaki itu menyentuh wayar yang bersambung dengan
kereta tersebut?

Soalan 6

Pada pendapat anda, adakah kereta tersebut akan meletup jika lelaki dalam video itu
melompat di atas tanah dan bukan di dalam baldi? Jelaskan jawapan anda.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 30

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Soalan 7
Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan kenderaan
daripada terbakar ketika mengisi bahan api di UNIT minyak.

Aktiviti 6.4:
Menghasilkan cas elektrostatik melalui geseran

Bil. Tindakan Pemerhatian Kesimpulan
Kesimpulan
1 Geserkan rod polistren
dengan kain sutera/kain
bulu

2 Dekatkan rod tersebut
kepada cebisan kertas/
Styrofoam

Activiti 6.5:
Cas elektrostatik menghasilkan bunga api.

Bil. Tindakan Pemerhatian

1 Caskan Penjana Van De
Graaff

2 Dekatkan sfera discas
berhampiran dom Penjana
Van de Graaff

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 31

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

FOTOSINTESIS

Unit ini membolehkan murid memahami proses fotosintesis dan respirasi yang berlaku
pada tumbuhan.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1 2.2.1 Berkomunikasi mengenai respirasi sel.

2.2.2 Berkomunikasi mengenai fotosintesis.

2.2.3 Membezakan antara proses respirasi sel dan fotosintesis.

2.2.4 Menerangkan bagaimana proses respirasi sel dan
fotosintesis saling melengkapi.

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida dan gas oksigen dalam fungsi harian
mereka. Karbon dioksida diperlukan untuk fotosintesis manakala oksigen
diperlukan untuk respirasi. Tumbuhan menyerap dan membebaskan gas-gas ini
melalui stomata.
Hasil sampingan fotosintesis adalah oksigen dan hasil sampingan daripada
respirasi adalah karbon dioksida.

Dalam aktiviti ini, guru perlu menggunakan strategi pembelajaran aktif dengan
menanyakan banyak soalan kepada pemahaman konsep respirasi dan fotosintesis

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 32

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 7.1
Gambarajah menunjukkan pokok tomato dalam Rumah Hijau pada tiga waktu yang
berbeza dalam sehari .Anda diberi 30 kad bertanda CO2 dan anda dikehendaki
meletakkan pelekat gas karbon dioksida mengikut jumlah gas yang terdapat dalam Rumah
Hijau.

Waktu pagi Waktu tengahari Waktu malam

Anda diberikan lima minit untuk berbincang bagi menentukan jumlah gas karbon dioksida
dalam setiap Rumah Hijau tersebut.
Catatkan pemerhatian anda:

Waktu dalam sehari Jumlah karbon dioksida yang dibebaskan
8.00 pagi (Bulatkan jawapan anda)

Tinggi / Rendah / Sangat Rendah

12.00 tgh Tinggi / Rendah / Sangat Rendah

8.00 mlm Tinggi / Rendah / Sangat Rendah

Jawab soalan berikut:
S1. Mengapa tumbuhan menjalankan proses respirasi?

S2. Pada waktu bilakah tumbuhan membebaskan jumlah karbon dioksida yang paling
tinggi pada hari tersebut? Jelaskan jawapan anda.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 33

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 7.2

Arisya mengkaji bagaimana baja mempengaruhi tumbesaran pokok bayam. Dia menanam
15 anak benih dalam empat bekas yang mengandungi amaun baja yang berbeza. Berikut
ialah hasil selepas 1 minggu.

Bekas P Bekas Q Bekas R Bekas S
10 ml baja 30 ml baja 50 ml baja 0 ml baja

Container P Container P Container R Container S
10 ml of fertiliser 30 ml of fertiliser 50 ml of fertiliser 0 ml of fertiliser

(a) Nyatakan DUA sebab mengapa Arisya menggunakan 15 anak benih pokok
bayam dalam setiap bekas?

(b) Apakah tiga faktor lain yang boleh mempengaruhi tumbesaran pokok bayam di
atas?

(c) Mengapa bekas S tidak mengandungi baja?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 34

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

KIRIMAN DARI LANGIT

Unit ini menguji kemahiran saintifik murid dalam menjalankan eksperimen.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1
1.6.1 Membezakan setiap kemahiran proses sains.
1.6.2
Membuat urutan langkah dalam menjalankan penyiasatan
1.6.3 saintifik mengikut urutan yang betul.
Menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan
satu masalah yang mudah

BANJIR BESAR 2014

Pada bulan Disember 2014, negeri-negeri Pantai Timur Malaysia dilanda banjir besar.
Didapati banyak kawasan tidak dapat dilalui melalui jalan raya menyebabkan bekalan
makanan tidak dapat di hantar kepada penduduk yang terjejas.

Cara penghantaran boleh dibuat dengan menggunakan helikopter, bot dan payung terjun.
Masalahnya penghantaran dengan payung terjun ialah kemungkinan barangan tersebut
pecah atau rosak disebabkan hentakan semasa pendaratan. Bungkusan mungkin jatuh
ke tempat yang bukan sasaran.

Misi anda adalah mereka bentuk satu payung terjun yang dapat menghantarkan bekalan
makanan tersebut secara selamat dan tepat.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 35

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

NOTA
Udara di sekeliling kita akan bertindak menentang gerakan dan
menghasilkan geseran. Geseran udara atau seretan diambil kira dalam
reka bentuk payung terjun.
Apabila suatu objek bergerak lebih laju dalam udara, seretan akan
bertambah. Seretan ke atas payung terjun dapat meningkatkan masa
kejatuhan untuk mendaratkan beban dengan selamat.
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi masa kejatuhan payung terjun.

Geseran
udara atau
seretan

Graviti

Bahan untuk mengendalikan aktiviti:
1. Plastik sampah nipis (14”x14”, 7”x7”)
2. Benang
3. ‘Masking Tape’ - 2.5 cm lebar
4. Pemberat 0.2N (200g)
5. Gunting /pisau
6. Pembaris meter
7. Reinforcement Hole Sticker
8. Jam randik

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 36

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 8.1 Tujuan:

Aktiviti 8.1

Faktor 1: Saiz payung
terjun

Saiz: Hipotesis:
Pemboleh ubah manipulasi:
Payung terjun 1 (Nipis): Pemboleh ubah bergerak balas:
36 x 36 cm (14” x 14”)

Payung terjun 2 (Nipis):
18 x 18 cm ( 7” x 7 “)

Panjang benang – 35 cm

Bandingkan masa kejatuhan

bagi kedua-dua payung Pemboleh ubah malar:
terjun berlainan saiz.

Lakarkan bentuk kedua-dua Lakaran:
payung terjun semasa jatuh
pada ruangan yang di beri.

Keputusan: Masa kejatuhan (s)
Payung 1 2 3 Purata
terjun

Payung
terjun 1
Payung
terjun 2

Kesimpulan:

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 37

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Aktiviti 8.2 Tujuan:
Hipotesis:
Faktor 2 : Panjang
Benang Pemboleh ubah manipulasi:
Pemboleh ubah bergerak balas:
Payung terjun 3 (Nipis): Pemboleh ubah malar:
36 x 36 cm (14” x 14”)
Benang – 55 cm

Payung terjun 4(Nipis): 36
x 36 cm (14” x 14”)
Benang – 35 cm

Bandingkan masa
kejatuhan payung terjun
yang berbeza panjang
benang.

Lakarkan bentuk kedua-dua
payung terjun semasa jatuh
pada raungan yang diberi.

Lakaran:

Keputusan: Masa kejatuhan (s)
Payung terjun

1 2 3 Purata

Payung terjun 3

Payung terjun 4

Kesimpulan:

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 38

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Jawab semua soalan.
Soalan 1
Anda telah mengkaji dan menilai 2 faktor yang dapat mempengaruhi masa kejatuhan
payung terjun.
Buat satu kesimpulan umum tentang 2 faktor yang perlu bagi payung terjun yang
membolehkan beban dihantar secara selamat.

.

Soalan 2
Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi pendaratan paying terjun?

Soalan 3
Semasa payung terjun berada di udara, geseran udara menyebabkannya berayun.
Ayunan ini menyebabkan pendaratan sukar menepati sasaran.
Cadangkan satu cara supaya payung terjun jatuh tepat pada lokasi. Jelaskan
jawapan anda.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 39

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

SELAMAT TINGGAL KERAK KAPUR

Unit ini menguji kemahiran menyelesaikan masalah kehidupan harian murid menggunakan
asid.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
2 6.2.2 Menerangkan dengan contoh penggunaan proses

peneutralan dalam kehidupan harian.

Apakah kerak kapur?

Kerak kapur ialah suatu pepejal keras
berwarna putih yang terdiri daripada kalsium
karbonat.

Kerak kapur boleh terbentuk di dalam cerek
air, mangkuk tandas, pili air, paip lama, dan
lain-lain.

Asid cair boleh digunakan untuk
menanggalkan kesan kerak kapur kerana
asid bertindak balas dengan kalsium
karbonat untuk menghasilkan garam, air dan
karbon dioksida.

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 40

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 9.1

Aktiviti 9.1

Sesi menonton video LIMESCALE (video).mp4

Berdasarkan video, jawab soalan berikut:
1. Mengapa lemon digunakan untuk menghilangkan kerak kapur?

2. Apakah bahan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan lemon?

3. Mengapakah air di dalam cerek dipanaskan?

4. Manakah antara set berikut dapat menghilangkan kerak kapur paling cepat?
Tandakan (√) bagi jawapan yang betul.

Asid + Air Sejuk Asid + Air Panas

Kerak kapur Kerak kapur

Air sejuk Air panas
Tap water

Kerak kapur Kerak kapur

Apa yang anda simpulkan daripada aktiviti ini?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 41

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

KEBANGKITAN KUASA: PLAT TEKTONIK

Unit ini memberi penjelasan mengenai fosil, plat tektonik dan hanyutan benua.

Tingkatan Standard Pembelajaran yang berkaitan
1
9.3.1 Berkomunikasi mengenai proses eksogen dan endogen.
9.5.3 Berkomunikasi mengenai fosil.

NOTA:

Fosil boleh terbentuk daripada seluruh atau sebahagian daripada satu
organisma. Tulang, kerang, bulu pelepah, dan daun semuanya boleh menjadi
fosil.

Fosil boleh menjadi sangat besar atau sangat kecil. Mikrofosil hanya boleh
dilihat dengan mikroskop. Contoh mikrofosil ialah bakteria, plankton dan debunga.
Macrofosil boleh bersaiz beberapa meter panjang dan berat beberapa tan. Contoh
macrofosil ialah pokok atau tulang dinosaur.

Tinggalan benda hidup yang mati menjadi fosil setelah mencapai kira-kira
10,000 tahun. Fosil boleh berasal dari era Archaeaean Eon (yang bermula hampir
4 bilion tahun yang lalu) hingga ke era Holocene Epoch (yang berterusan hingga
ke hari ini). Gigi fosil dari mammoth berbulu adalah sebahagian daripada fosil
paling baru ini ditemui. Sebahagian daripada fosil tertua adalah alga purba yang
hidup di lautan lebih daripada 3 bilion tahun yang lalu.

Mikrofosil (alga tua) Makrofosil (Mammoth)

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 42

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

Lembaran Kerja Murid 10.1
Aktiviti 10.1:
Soalan 1

a) Apakah nama makhluk di bawah ini?

b) Ahli sains mendakwa bahawa makhluk ini wujud di Bumi pada zaman dahulu.
Bagaimana ahli sains megetahuinya?

c) Berdasarkan jawapan dalam soalan 1(b), jelaskan jawapan anda

d) Di bahagian manakah ahli sains menjumpai fosil-fosil ini?

e) Fosil sepatutnya dijumpai jauh di bawah permukaan bumi.
Bagaimankah ahli sains dapat menjumpai fosil-fosil itu berdekatan dengan
permukaan bumi?

f) Apakah itu plat tektonik?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 43

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

g) Peta di bawah menunjukkan hanyutan plat-plat tektonik pada permukaan
Bumi. Nyatakan satu bukti bagi hanyutan ini.

h) Apakah berlaku kepada lautan apabila plat-plat tektonik ini dinaikkan?

i) Apakah bukti bahawa aras laut telah menjadi lebih rendah?

Soalan 2
Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada Grand Canyon di Amerika
Syarikat.

Grand Canyon, Amerika Syarikat 44

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah

Bahan Sumber Inkuiri SAINS

a) Apakah yang menyebabkan Grand Canyon mempunyai landskap (muka bumi)
sedemikian?
.

b) Apakah bukti bahawa proses yang disebutkan itu telah berlaku?

c) Grand Canyon merupakan satu contoh batuan sedimen. Mengapa batuan ini
mempunyai lapisan-lapsian yang berbeza?

Soalan 3
Gambarajah di bawah menunjukkan fosil haiwan berbeza yang ditemui dalam lapisan satu
batu sedimen.

Bagaimana anda tahu bahawa amonit dan triobit mempunyai usia yang hampir
sama?

Bahan Sumber Inkuiri Sains Menengah Rendah 45


Click to View FlipBook Version