The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skshazrina, 2021-09-01 00:17:44

Buku Teks Sains Tahun 6 (ms 189 - ms 196)

Unit 12 : Mesin
Mesin Ringkas

12 MESIN MESIN

Tajamnya Senangnya melukis
gunting ini. bulatan yang berlainan
saiz dengan menggunakan
jangka lukis ini.

Biar saya tajamkan
pensel ini.

Mari lihat ini, troli dapat
menaiki papan condong
dengan mudah apabila
ditarik beban.

Amir, Lim, Dina dan Rani sedang menjalankan penyiasatan. Kenal pasti
alat-alat yang digunakan dalam gambar di atas?
Apakah kegunaan alatan mesin tersebut?

189

Mesin Ringkas

Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita
melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
Terdapat pelbagai mesin ringkas di sekeliling kita.
Setiap mesin mempunyai kegunaannya yang tertentu.
Perhatikan dan kenal pasti mesin ringkas dalam
situasi di bawah.

Skru digunakan untuk Takal yang dipasang pada
menyatukan dan menara tinjau digunakan
mengetatkan kepingan papan untuk menaikkan beban
tanda pada sebatang kayu. dengan lebih mudah
ke atas menara.

Papan disendengkan
menjadi satah condong
untuk memudahkan kerja
menggerakkan beban ke aras
yang berbeza ketinggian.

Gear yang dipasang pada
basikal berguna untuk
menggerakkan roda basikal
pada kelajuan yang berbeza.

Roda dan gandar pada
pedal basikal menggerakkan
gear dan seterusnya
memutarkan roda basikal.

190 12.1.1

MESIN

Takal pada tiang bendera
digunakan untuk menaikkan
dan menurunkan bendera.

Jelaskan dengan contoh jenis dan
kegunaan mesin ringkas yang
terdapat di persekitaran kamu.

Sudu digunakan sebagai
tuas untuk membuka
penutup tin makanan.

Baji pada kapak
memudahkan kerja
memisahkan atau
membelah batang kayu.

Mari kita lihat mesin-mesin
ringkas ini berfungsi.

191

Satah condong

Satah condong ialah satu permukaan yang
disendengkan dengan kedua-dua hujungnya
diletakkan pada ketinggian yang berbeza.
Bagaimanakah satah condong berfungsi?

Satah condong
memudahkan kita bergerak
dan menggerakkan beban
dari satu aras ke aras yang
lebih tinggi.

tangga jalan raya bertingkat

Satah condong memudahkan Jelaskan kegunaan satah
pergerakan orang kurang upaya. condong dalam kehidupan
harian kamu dan berikan
satu contoh yang lain.

Skru bebenang

Skru ialah sejenis mesin ringkas yang mempunyai
satah condong berlingkar yang dinamakan bebenang.
Skru digunakan untuk menyatukan dan mengetatkan
dua kepingan objek yang bergabung.

skru

bebenang bebenang bebenang
skru pada mentol skru pada botol
skru pada pemegang
192 12.1.1 kaki retort

Bagaimanakah skru digunakan dalam
kehidupan harian kamu? Berikan satu contoh
yang lain dan jelaskan kegunaannya.

Tuas MESIN

Susahnya hendak Ala... senang je, gunakan
buka penutup tin sudu. Sudu bertindak
ini! Tolong...! sebagai tuas untuk
membuka penutup tin ini
dengan mudah.

Penutup tin bertindak sebagai beban, hujung sudu daya
yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum, sementara fulkrum
tangan Rani yang menolak pemegang sudu ke bawah
bertindak sebagai daya.

Tuas terdiri daripada sebatang rod yang
bergerak pada satu titik tetap yang dinamakan
fulkrum. Tuas membantu kita untuk
mengangkat dan menggerakkan objek dengan beban
mudah. Perhatikan gambar di sebelah, tuas
terdiri daripada tiga bahagian iaitu beban,
daya dan fulkrum.

daya KBAT

fulkrum daya Lengan kita ialah mesin
daya fulkrum beban ringkas. Bagaimanakah
lengan kita berfungsi
beban sebagai mesin ringkas?

fulkrum

beban

Jelaskan satu contoh
Contoh-contoh tuas di atas memudahkan lain kegunaan tuas
kerja-kerja harian kita. Bagaimanakah tuas dalam kehidupan
digunakan dalam setiap situasi di atas? kamu.

12.1.1 193

Takal roda
beralur
Takal terdiri daripada sebuah roda beralur yang boleh

bergerak bebas. Takal boleh digunakan untuk mengangkat,

menurunkan atau menarik beban apabila seutas tali atau

rantai dilalukan pada alur tersebut. Bagaimanakah takal

seperti gambar di bawah digunakan?

takal pada tiang bendera takal digunakan
dalam kapal layar
takal untuk
Apakah contoh penggunaan takal mengangkat beban
yanglain? Berikan satu contoh dan jelaskan
kegunaannya. gandar
roda
Roda dan gandar
roda
Roda dan gandar digunakan untuk menggerakkan gandar
atau memutarkan sesuatu objek. Mesin ringkas ini
terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang pemutar skru
rod yang dinamakan gandar.

roda

gandar

gandar

roda

sepana pili

Perhatikan gambar di atas, bagaimanakah roda
dan gandar digunakan? Jelaskan kegunaan
roda dan gandar dalam kehidupan harian kamu
dan berikan satu contoh yang lain.

194 12.1.1

MESIN

Baji

Baji ialah mesin ringkas yang mempunyai satu atau dua
satah condong yang tajam hujungnya. Baji digunakan
untuk memisah, memotong atau menggerakkan,
memegang dan memberhentikan objek. Jelaskan kegunaan
baji seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

cangkul penyendal pintu paku

Bagaimanakah baji berguna dalam Bagaimanakah gigi
kehidupan harian kamu. Berikan bertindak sebagai baji?
satu contoh lain dan jelaskan
kegunaannya.

Gear

Gear ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda
atau silinder bergigi. Gear berfungsi untuk mengubah
arah dan kelajuan pergerakan bahagian-bahagian lain
dalam sesuatu mesin yang lebih kompleks. Jelaskan
kegunaan gear seperti yang ditunjukkan dalam
gambar di bawah.

gear
gear
silinder bergigi

gear pemutar telur
jam tangan

pita Apakah contoh kegunaan gear lain dalam
pembetulan kehidupan harian kamu? Berikan satu
contoh dan jelaskan kegunaannya.

12.1.1 195

Kerja Menjadi Mudah

Tujuan Menyiasat cara mesin ringkas boleh memudahkan kerja
Alat dan
Bahan Neraca spring, blok kayu, papan, buku, pensel, benang dan kertas

Langkah-langkah angkat
neraca
1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. spring
2. Susun peralatan seperti Rajah A.
3. Angkat blok kayu dan ambil bacaan pada

neraca spring.
4. Sediakan peralatan seperti Rajah B.
5. Tarik blok kayu dan ambil bacaan pada neraca spring.

neraca
spring

tarik ke atas

blok kayu

satah buku blok kayu
condong
Rajah A
Rajah B
KBAT
6. Catat bacaan neraca spring dalam jadual di bawah. 7.1.1
7. Laporkan hasil penyiasatan kamu. Jika me7s.1in.5roda dan
gandar dipasang pada
Kaedah menarik beban Bacaan neraca spring blok kayu pada Rajah B,
Satah condong ramalkan bacaan pada
Tanpa satah condong neraca spring. Mengapa?

1. Antara dua kaedah dalam aktiviti ini, bacaan neraca spring yang manakah
lebih tinggi? Mengapa?

2. Apakah kesimpulan penyiasatan ini?

#GURU
• Pemanjangan regangan spring boleh digunakan untuk mengukur
daya yang diperlukan dalam aktiviti ini jika tiada neraca spring.
• Blok kayu ditarik menaiki satah condong dengan kelajuan yang tetap
dan berterusan.

196 12.1.1
12.1.2


Click to View FlipBook Version