The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skshazrina, 2021-05-18 23:50:11

Buku Teks Tahun 6 (ms 77 - ms 89)

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

5 PEMELIHARAAN
DAN PEMULIHARAAN

Zaman dinosaur

Zaman ais

Mengapakah haiwan-haiwan ini tidak lagi wujud pada masa sekarang?
Apakah yang menyebabkan haiwan-haiwan ini mengalami kepupusan?

77

Kepupusan Haiwan

Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan
di bumi ini. Kita hanya mengetahui kewujudannya melalui penemuan fosil,
sejarah dan penyelidikan.

Haiwan dalam
Kenangan

T-Rex menyerupai cicak raksasa
yang hidup di zaman dinosaur.
Selain T-Rex, hampir semua haiwan
zaman dinosaur telah pupus.

Hipotesis kepupusan dinosaur daripada muka bumi

ini yang paling rasional ialah pelanggaran komet atau

tahi bintang yang menghentam bumi. Hentaman yang

dahsyat menyebabkan dinosaur tidak dapat meneruskan

kehidupannya. Sumber: www.geocities.ws

Burung dodo ialah burung jinak dari kepulauan
Mauritius. Burung ini tidak boleh terbang. Haiwan ini
pupus kerana diburu oleh pelayar yang singgah di situ.
Manakala telurnya dimakan oleh tikus dan kucing.

Haiwan-haiwan yang berasal dari Asia ini juga telah pupus:

harimau dahan ikan lumba-lumba singa laut Jepun harimau Jawa

Taiwan sungai China

78 5.1.1

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

Quagga mempunyai badan yang
sebahagiannya menyerupai kuda
dan sebahagian lagi menyerupai
kuda belang. Haiwan ini diburu oleh
manusia untuk mendapatkan kulit
dan dagingnya.

Mamot yang menyerupai
seekor gajah hidup pada
zaman ais.

Harimau bertaring
lengkung mempunyai
taring sepanjang 30 cm.

Berikan contoh-contoh
haiwan lain yang telah
pupus.

TUGASAN

1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang
haiwan-haiwan lain yang telah pupus.

2. Secara kreatif, hasilkan sebuah blog persembahan yang
mengandungi maklumat tentang haiwan-haiwan pupus
yang telah kamu peroleh.

79

Diancam Kepupusan

Kini, semakin banyak bilangan spesies haiwan dan
tumbuhan yang semakin berkurangan dari tahun ke
tahun. Lama-kelamaan hidupan ini boleh menjadi pupus.
Hidupan ini dikatakan mengalami ancaman kepupusan.

Berikut ialah jenis-jenis haiwan dan
tumbuhan yang diancam kepupusan.

anggerik merpati

orkid selipar

periuk kera badak sumbu
Rafflesia

kacip fatimah

Dugong yang hanya Hidupan laut seperti Tumbuhan seperti
makan rumput laut penyu sering kali mati tongkat ali dieksploitasi
di pinggir laut terancam terperangkap dalam untuk menghasilkan
akibat pembangunan di tepi jaring ikan dan pukat ramuan ubat tradisional.
pantai. tarik.

80 5.1.2

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

orang utan

cengal keruing meranti

gajah

tapir harimau

Kebanyakan haiwan yang Senaraikan haiwan dan tumbuhan
terancam bersaiz besar. terancam yang kamu tahu.
Mengapa? Hasilkan sebuah peta minda
tentang haiwan dan tumbuhan
yang terancam di Malaysia
di dalam buku latihan Sains kamu.

Panda semakin Habitat pokok bakau
terancam kerana ditambak untuk
habitatnya iaitu hutan membangunkan
buluh yang semakin kawasan pelancongan.
berkurangan.

81

Aktiviti yang Mengancam
Haiwan dan Tumbuhan

Apakah faktor yang pembakaran
menyebabkan haiwan dan hutan
tumbuhan diancam kepupusan?

Aktiviti manusia menjadi faktor utama
ancaman kepada haiwan dan tumbuhan.
Antaranya ialah pembalakan, pemburuan,
penerokaan kawasan dan pencemaran.

pembuangan
sampah

Penerokaan hutan secara tidak terancang untuk
pembalakan, pembangunan dan pembinaan
jalan raya menyebabkan kemusnahan habitat
semula jadi hidupan liar.

82 5.1.3 Daging, kulit, bulu, gading, tanduk, lemak, dan sumbu
daripada haiwan ialah hasil buruan secara haram
untuk dijadikan pakaian, makanan, perhiasan mahupun
ubat tradisional. Pemburuan haram yang berleluasa
menyebabkan haiwan liar diancam kepupusan.

tumpahan minyak PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

Tumpahan minyak, pembuangan Selain daripada aktiviti
sampah serta bahan buangan manusia, haiwan
toksik ke persekitaran mengancam dan tumbuhan turut
kehidupan haiwan dan tumbuhan. terancam akibat
bencana alam.

Bencana alam seperti banjir,
gempa bumi dan ribut taufan turut
memusnahkan habitat haiwan
dan tumbuhan. Bencana alam
mengakibatkan banyak haiwan mati
kerana tidak dapat melarikan diri.

puting beliung

gempa bumi

banjir 83

Blog Haiwan dan Tumbuhan Terancam

Tujuan Membina bahan persembahan digital tentang haiwan dan
tumbuhan terancam dan memuat naik ke dalam blog

Alat dan Komputer, talian Internet, akaun blog dan perisian MS PowerPoint
Bahan

Langkah-langkah

1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Dengan menggunakan talian Internet, dapatkan maklumat tentang

haiwan dan tumbuhan lain di dunia yang terancam, seperti:
• nama haiwan
• habitat
• bilangan yang masih hidup
3. Berdasarkan maklumat yang kamu peroleh, jelaskan faktor-faktor
ancaman terhadap haiwan dan tumbuhan tersebut dan kelaskan faktor
ancaman kepada kategori berikut.
• aktiviti manusia
• bencana alam
• pencemaran
4. Dengan menggunakan perisian MS PowerPoint, hasilkan sebuah
persembahan yang berkaitan dengan haiwan dan tumbuhan yang
diancam kepupusan.
5. Muat naik persembahan MS PowerPoint kamu ke dalam platform VLE
untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan.

1. Nyatakan maksud pupus dan diancam kepupusan.
2. Berdasarkan maklumat yang kamu perolehi, cadangkan cara-cara

mengatasi ancaman yang dihadapi oleh haiwan dan tumbuhan ini.

Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Dengan melayari laman web http://
Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan www.nga.gov/content/ngaweb/
kerajaan antarabangsa yang menyokong education/kids/kids-jungle.html kamu
dan menjalankan usaha pemeliharaan dan boleh membina hutan kamu secara
pemuliharaan serta menjalankan kajian ke atas maya menggunakan haiwan dan
flora dan fauna. Pertumbuhan ini mempunyai tumbuhan yang kamu kehendaki.
cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

84 5.1.2
5.1.3
5.1.4

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Haiwan dan Tumbuhan

Usaha-usaha
pemeliharaan dan
pemuliharaan perlu
dilakukan bagi
menyelamatkan
haiwan dan tumbuhan
daripada terus diancam
kepupusan.

Besarnya Eh, jinak Badak sumbu ini
badak sumbu! pulak tu. dipelihara di zoo sebagai
satu cara melindungi
haiwan yang diancam
kepupusan.

Apakah maksud Dapatkah kamu memerihalkan
pemeliharaan dan cara-cara pemeliharaan dan
pemuliharaan? pemuliharaan haiwan dan
tumbuhan?

Pemeliharaan haiwan dan tumbuhan

Pemeliharaan bermaksud
mengekalkan keadaan
asal haiwan dan tumbuhan
daripada musnah.

5.2.1 85
5.2.2
5.2.3

Berikut ialah aktiviti-aktiviti
pemeliharaan.

Menganjurkan kempen yang
menentang pembalakan dan
pemburuan haram

Mendidik masyarakat tentang melindungi
haiwan dan tumbuhan daripada ancaman
kepupusan

Elakkan membeli produk yang Mewartakan hutan sebagai
diperbuat daripada bahagian badan hutan simpan
spesies haiwan yang terancam

Mewartakan spesies haiwan dan Menebang pokok terpilih sahaja
tumbuhan sebagai spesies yang bagi mengelakkan kepupusan
dilindungi tumbuhan

86

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

Menguatkuasakan undang-undang dan Taman laut digazetkan untuk
peraturan untuk mereka yang membunuh, melindungi habitat haiwan dan
memburu dan menyeludup spesies haiwan tumbuhan di dasar lautan.
terancam.

Tapak Ramsar Konvensyen Tanah
Pulau Kukup, Johor. Lembap atau Ramsar
menyediakan rangka kerja
Sesetengah kawasan paya bakau diwartakan bagi memelihara dan
sebagai tapak Ramsar untuk melindungi flora memulihara tanah lembap
dan fauna di kawasan paya bakau. daripada terus musnah.

Pusat rehabilitasi orang utan
diwujudkan bagi memulihara orang
utan. Pusat rehabilitasi ini merupakan
contoh pemuliharaan. Tahukah kamu,
apakah yang dimaksudkan dengan
pemuliharaan?

TUGASAN

1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang hidupan
yang terancam di Malaysia.

2. Secara kreatif, hasilkan sebuah blog persembahan yang mengandungi
maklumat tentang hidupan yang telah kamu peroleh.

87

Pemuliharaan haiwan dan tumbuhan

Pemuliharaan bermaksud Mari kita lihat aktiviti
mengembalikan haiwan dan pemuliharaan yang
tumbuhan kepada keadaan asal terdapat di Malaysia.
supaya dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.

Pusat pemuliharaan penyu memastikan Selepas pemuliharaan
penyu mempunyai peluang yang tinggi
untuk hidup di habitat semula jadi.

Sebelum pemuliharaan Aktiviti pemuliharaan

Menanam semula pokok di kawasan pembalakan menggantikan
habitat yang telah musnah

TUGASAN

Dengan menggunakan talian Internet atau pelbagai sumber media yang
lain, cari maklumat tentang haiwan dan tumbuhan lain yang diancam
kepupusan serta faktor ancaman terhadap tumbuhan dan haiwan tersebut.
Cadangkan cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan yang sesuai serta
jelaskan peranan manusia dalam memelihara dan memulihara haiwan dan
tumbuhan. Gunakan perisian MS PowerPoint dan bentangkan tugasan kamu
di hadapan kelas.

88

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

Haiwan terancam Tumbuhan terancam

tapir orang utan anggerik periuk
badak merpati kera

HAIWAN DAN Rafflesia
TUMBUHAN TERANCAM

Faktor Ancaman

Aktiviti Manusia Bencana Alam Pencemaran

• pembalakan haram • banjir • air
• pemburuan haiwan • gempa bumi - tumpahan minyak
• penerokaan kawasan untuk • ribut taufan - pembuangan sampah

pertanian, pembangunan, dan toksik
perindustrian dan pelancongan • udara
• pembinaan jalan raya - asap daripada kilang
• pencemaran air, udara
dan tanah dan pembakaran hutan
• tanah
- pembuangan sampah

dan toksik

Cara Mengatasi

Pemeliharaan dan Pemuliharaan

• mendidik masyarakat tentang • mewartakan spesies hidupan yang
melindungi haiwan dan dilindungi
tumbuhan yang diancam
kepupusan • menebang pokok secara terpilih
• menguatkuasakan undang-undang
• menganjurkan kempen yang
menentang pembalakan dan dan peraturan pemburuan dan
pemburuan haram penyeludupan haram
• mewartakan taman laut
• elakkan membeli produk yang • mewartakan kawasan paya bakau
diperbuat daripada bahagian (Ramsar)
spesies yang terancam • mewujudkan pusat rehabilitasi haiwan
• penanaman semula pokok hutan
• mewartakan hutan simpan
89


Click to View FlipBook Version