Un it ELEKTRIK
Eh, mengapakah televisyen
ini tidak dapat dihidupkan?
Ana, cuba kamu lihat. Ada Walaupun satu mentol
satu mentol yang rosak. lampu perayaan itu telah
rosak, mentol yang lain
masih menyala.
Perhatikan situasi di atas. Mengapakah situasi ini berlaku?
115
SUMBER TENAGA ELEKTRIK
Kita menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupan harian. Tenaga elektrik
digunakan untuk menghasilkan cahaya, haba, bunyi dan menggerakkan
sesuatu objek. Apakah sumber yang menghasilkan tenaga elektrik?
STESEN JANA KUASA
Stesen jana kuasa seperti stesen jana kuasa angin, stesen jana kuasa
ombak dan stesen jana kuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik
untuk menggerakkan turbin dan menjanakan tenaga elektrik.
SEL SURIA
Sel suria menukarkan tenaga cahaya matahari
kepada tenaga elektrik. Sel suria digunakan
pada alat seperti satelit dan kalkulator.
116
5.1.1
SEL KERING DINAMO AKUMULATOR PENJANA
Sel kering Apabila tayar Akumulator Penjana
menyimpan tenaga berputar, roda kecil menukarkan menukarkan
kimia. Tenaga pada dinamo turut tenaga kimia tenaga kimia
kimia ditukarkan berputar. Dinamo kepada tenaga daripada bahan
kepada tenaga menukarkan elektrik. Akumulator api fosil kepada
elektrik untuk tenaga kinetik digunakan untuk tenaga elektrik.
menggerakkan kepada tenaga menggerakkan
alat seperti kereta elektrik yang dapat kenderaan
mainan. Sel kering menyalakan lampu bermotor seperti
sering digunakan pada basikal. kereta.
kerana saiznya kecil
dan mudah dibawa.
Jelaskan contoh sumber
tenaga elektrik.
NOTA Tenaga daripada cahaya matahari
GURU juga dikenali sebagai tenaga suria.
117ZAKI
LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI
Mentol dan komponen elektrik boleh disambungkan dalam litar elektrik
dengan dua jenis susunan, iaitu bersiri atau selari.
LITAR BERSIRI
Dalam litar bersiri, setiap mentol disusun dalam bentuk satu rantai.
sel kering
satu rantai litar elektrik
suis mentol
Berdasarkan susunan litar yang telah kamu
pelajari, berapakah laluan arus elektrik yang
mengalir dalam litar bersiri dan litar selari?
Litar bersiri mempunyai satu laluan untuk arus elektrik mengalir.
satu laluan arus elektrik
118
5.2.1
Perhatikan litar bersiri dan litar selari di bawah. Apakah perbezaan ZAKI
antara susunan mentol secara bersiri dengan susunan mentol
secara selari dalam litar elektrik yang lengkap?
LITAR SELARI
Dalam litar selari, mentol disusun dalam bentuk cabang yang selari
antara satu sama lain.
sel kering
cabang litar elektrik pertama
suis mentol cabang litar elektrik kedua
suis mentol yang terletak secara
selari dengan cabang litar
elektrik pertama
Litar selari mempunyai lebih daripada satu laluan untuk arus
elektrik mengalir.
laluan arus
elektrik pertama
laluan arus
elektrik kedua
119
LAKARAN MENGGUNAKAN SIMBOL
Dalam rajah litar, simbol elektrik digunakan untuk ZAKI
mewakili komponen pada suatu litar elektrik.
Mari kita lihat simbol bagi komponen
yang terdapat pada litar elektrik.
KOMPONEN SIMBOL
Sel kering
1 sel kering
Suis 2 sel kering
suis terbuka suis tertutup suis terbuka
Mentol suis tertutup
Lakaran menggunakan simbol lebih mudah difahami dan dapat
menunjukkan sambungan komponen elektrik yang lebih jelas
berbanding dengan gambar komponen elektrik sebenar.
120 5.2.2
Mari kita lakar rajah 1. Lakarkan simbol sel kering.
litar bersiri ini.
2. Kemudian, lakarkan simbol mentol. 3. Lakarkan sambungan sel kering
dengan mentol secara lurus. Akhir
sekali, letakkan simbol suis.
Bagaimanakah saya
hendak melakar litar
selari pula?
1. Lakarkan cabang litar elektrik 2. Kemudian, lakarkan cabang
yang pertama. litar elektrik kedua secara selari.
121
AKTIVITI RIA MELAKAR RAJAH
LITAR ELEKTRIK
ALAT DAN BAHAN MENGGUNAKAN SIMBOL
Susunan litar bersiri dan litar selari,
pensel, kertas A4 dan pembaris.
LANGKAH-LANGKAH
1. Perhatikan susunan litar 2. Secara bergilir, lakarkan simbol
bersiri. Kemudian, lakarkan simbol bagi setiap sel kering, suis dan mentol
sel kering pada kertas A4. yang terdapat dalam litar bersiri.
3. Sambungkan semua simbol 4. Ulang Langkah 1 hingga Langkah 3
komponen dengan simbol wayar dengan menggunakan susunan litar
penyambung secara lurus. selari pula.
5. Kongsikan hasil lakaran gambar rajah simbol komponen litar elektrik
kumpulan kamu di hadapan kelas.
(a) Jelaskan semua simbol komponen elektrik yang telah dilakarkan.
(b) Bandingkan kedudukan komponen sebenar dengan kedudukan
simbol komponen yang dilakar pada kertas. Adakah sambungan
komponen pada lakaran berjaya ditunjukkan dengan jelas?
122 5.2.2, 5.2.7 NOTA Guru akan menyediakan susunan litar bersiri
GURU dan litar selari.
KECERAHAN MENTOL
Apakah perbezaan dari segi kecerahan pada mentol yang disusun
secara bersiri dengan mentol yang disusun secara selari?
C
A B D
Litar Bersiri Litar Selari
Wah, nampaknya mentol yang disusun secara selari menyala lebih
cerah berbanding dengan mentol yang disusun secara bersiri!
Mengapakah mentol yang disusun
dalam litar selari menyala lebih cerah?
Litar bersiri mempunyai satu laluan
untuk arus elektrik mengalir. Semua
mentol akan berkongsi arus elektrik.
Keadaan ini menyebabkan nyalaan
Mentol A dan Mentol B kurang cerah
A B berbanding dengan mentol yang
disusun secara selari.
Litar selari mempunyai lebih daripada satu laluan
untuk arus elektrik mengalir. Jumlah tenaga elektrik
C yang mengalir melalui setiap laluan adalah sama.
Keadaan ini menyebabkan nyalaan Mentol C
dan Mentol D lebih cerah berbanding dengan mentol
D yang disusun secara bersiri.
123
5.2.3
KECERAHAN MENTOL
TUJUAN Menyiasat hubungan antara jenis litar dengan
kecerahan mentol.
ALAT DAN BAHAN Empat mentol, empat pemegang mentol, empat sel
kering, empat pemegang sel kering, dua suis
dan wayar penyambung berklip buaya.
LANGKAH-LANGKAH
1. Bina satu litar bersiri dengan 2. Kemudian, bina satu litar selari
menggunakan dua mentol. juga dengan menggunakan
dua mentol.
3. Tutup suis pada kedua-dua litar 4. Perhatikan kecerahan mentol pada
pada masa yang sama. kedua-dua litar.
(a) Apakah pemerhatian kamu terhadap kecerahan mentol dalam
aktiviti ini? Jelaskan.
(b) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan pemerhatian kamu?
Ozair menyusun lima mentol pada dua susunan litar yang berbeza. Mentol
dalam litar yang manakah menyala dengan lebih cerah? Mengapa?
124 Litar A Litar B
5.2.3, 5.2.7
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECERAHAN MENTOL
DALAM LITAR BERSIRI
BILANGAN SEL KERING
Dapatkah kita jadikan mentol
dalam litar bersiri ini menyala
dengan lebih cerah?
Jika kita tambah Mari kita uji hipotesis ini
bilangan sel kering, dengan menjalankan
tentu mentol akan satu eksperimen.
menyala dengan
lebih cerah.
1. Tujuan
Menentukan faktor yang mempengaruhi kecerahan mentol
dalam litar bersiri.
2. Penyataan masalah
Adakah bilangan sel kering mempengaruhi kecerahan mentol
dalam litar bersiri?
3. Hipotesis
Semakin bertambah bilangan sel kering, semakin bertambah kecerahan
mentol dalam litar bersiri.
4. Pemboleh ubah
• dimanipulasikan: bilangan sel kering.
• bergerak balas: kecerahan mentol.
• dimalarkan: bilangan mentol dan jenis litar.
5. Alat dan bahan
Tiga mentol, tiga pemegang mentol, enam sel kering,
enam pemegang sel kering, tiga suis dan wayar 5.2.3, 5.2.4, 5.2.5 125
penyambung berklip buaya.
6. Langkah-langkah
(a) Bina tiga litar bersiri seperti yang berikut:
(i) Litar bersiri pertama dibina dengan menggunakan satu mentol
dan satu sel kering.
(ii) Litar bersiri kedua dibina dengan menggunakan satu mentol
dan dua sel kering.
(iii) Litar bersiri ketiga dibina dengan menggunakan satu mentol
dan tiga sel kering.
(b) Kemudian, tutup suis ketiga-tiga litar secara serentak.
(c) Perhatikan kecerahan mentol dan catatkan pemerhatian ke dalam jadual.
7. Data
Bilangan sel kering Kecerahan mentol
1 paling cerah cerah kurang cerah
2
3
8. Kesimpulan
(a) Hipotesis (diterima/tidak diterima).
(b) Semakin _____ bilangan sel kering, semakin _____ kecerahan mentol.
BILANGAN MENTOL
Melia, pada pendapat kamu, adakah kecerahan mentol dalam
litar bersiri akan bertambah jika bilangan mentol ditambah?
Tidak, Chan. Pada pendapat saya, kecerahan mentol dalam
litar bersiri akan berkurang jika bilangan mentol bertambah.
Mari kita jalankan eksperimen ini sekali
lagi untuk membuktikan hipotesis di atas.
126
DALAM LITAR SELARI
BILANGAN SEL KERING
Adakah perubahan bilangan
sel kering mempengaruhi kecerahan
mentol dalam litar selari?
Bagaimanakah Kecerahan mentol dapat diubah dengan pertambahan
kecerahan mentol bilangan sel kering. Pertambahan bilangan sel kering
pada litar selari akan memberikan lebih tenaga elektrik kepada litar. Lebih
dapat diubah? banyak arus elektrik yang mengalir pada setiap cabang
litar akan menyebabkan mentol menyala lebih cerah.
Semakin bertambah
bilangan sel kering,
semakin bertambah
kecerahan mentol
dalam litar selari.
satu sel kering dua sel kering tiga sel kering
Litar A Litar B Litar C
Berdasarkan rajah Litar A, Litar B dan Litar C, jalankan 127
eksperimen untuk menyiasat adakah bilangan sel kering
mempengaruhi kecerahan mentol dalam litar selari?
BILANGAN MENTOL Saya tidak fikir begitu, Ravi
kerana litar selari mempunyai
Ana, pada pendapat lebih daripada satu laluan
kamu, adakah untuk arus elektrik mengalir.
kecerahan mentol Oleh itu, jumlah tenaga elektrik
dalam litar selari akan yang mengalir pada setiap
berkurang jika bilangan cabang juga adalah sama.
mentol bertambah?
Kamu boleh jalankan
Saya setuju dengan kamu, Ana. eksperimen untuk
Apabila bilangan mentol membuktikan
bertambah, kecerahan mentol hipotesis tersebut.
tidak berubah dalam litar selari.
satu mentol dua mentol tiga mentol
Wah, mentol dalam Litar A
ketiga-tiga litar selari
ini menyala dengan Litar B
kecerahan yang sama!
Eksperimen ini membuktikan
bahawa kecerahan mentol Litar C
dalam litar selari tidak berubah
jika bilangan mentol bertambah.
Apakah kesimpulan kamu tentang faktor
yang mempengaruhi kecerahan mentol
dalam litar bersiri dan litar selari?
128
SUIS DITUTUP, SUIS DIBUKA
Ravi membina litar bersiri. Dia meletakkan dua suis pada litar tersebut
untuk melihat keadaan mentol apabila suis-suis itu ditutup atau dibuka.
Bagaimanakah keadaan mentol
jika saya buka atau tutup suis-suis
pada litar bersiri ini?
Suis X dibuka Suis Y ditutup Suis X ditutup Suis Y dibuka
Mengapakah kedua-dua mentol dalam litar bersiri ini
tidak menyala jika satu daripada suisnya dibuka?
Apabila satu daripada Suis X atau Suis Y pada litar
bersiri dibuka, kedua-dua mentol tidak akan menyala
kerana litar tersebut telah menjadi litar tidak lengkap
dan arus elektrik tidak dapat mengalir melaluinya.
129
5.2.6
Chan menguji keadaan mentol apabila satu daripada suis dibuka
atau ditutup pada litar selari yang dibinanya.
Mengapakah satu daripada mentol ini masih
menyala walaupun satu daripada suis
dalam litar selari ini telah dibuka?
Suis X dibuka A Suis X ditutup A
Suis Y ditutup B Suis Y dibuka B
Apabila Suis X pada cabang litar Apabila Suis Y pada cabang litar
elektrik pertama dibuka, Mentol A elektrik kedua dibuka, Mentol B pada
pada cabang litar tersebut tidak cabang litar tersebut tidak menyala
menyala kerana litar telah menjadi kerana litar telah menjadi litar tidak
litar tidak lengkap dan arus elektrik lengkap dan arus elektrik tidak dapat
tidak dapat mengalir melaluinya. mengalir melaluinya.
Mentol B pada cabang litar elektrik Mentol A pada cabang
kedua masih menyala kerana litar elektrik pertama
arus elektrik masih dapat mengalir masih menyala kerana
pada cabang litar tersebut. arus elektrik masih dapat
mengalir pada cabang
130 litar tersebut.
TUTUP SUIS, BUKA SUIS
TUJUAN Menyiasat hubungan antara keadaan suis
dengan keadaan mentol.
ALAT DAN BAHAN Enam mentol, enam pemegang mentol, empat sel
kering, empat pemegang sel kering, enam suis
dan wayar penyambung berklip buaya.
LANGKAH-LANGKAH
1. Bina litar bersiri dengan 2. Bina litar selari dengan menggunakan
menggunakan tiga mentol dan tiga mentol dan tiga suis. Labelkan
tiga suis. Labelkan setiap mentol setiap mentol sebagai D, E, F dan suis
sebagai A, B, C dan suis sebagai sebagai S4, S5, S6.
S1, S2, S3.
3. Tutup suis pada kedua-dua litar pada masa yang sama.
4. Kemudian, buka dan tutup suis seperti arahan dalam jadual di bawah
dan catatkan pemerhatian kamu.
Litar Keadaan suis Keadaan mentol
S1 S2 S3 ABC
Litar ditutup dibuka dibuka tidak menyala tidak menyala tidak menyala
bersiri dibuka ditutup dibuka
dibuka dibuka ditutup DE F
Litar S4 S5 S6
selari ditutup dibuka dibuka
dibuka ditutup dibuka
dibuka dibuka ditutup
(a) Nyatakan keadaan mentol jika suis S1 ditutup manakala S2 dan S3 131
dibuka. Berikan inferens terhadap pemerhatian kamu.
(b) Mentol yang manakah akan menyala jika suis S5 ditutup manakala
S4 dan S6 dibuka?
5.2.6, 5.2.7
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN
TENAGA ELEKTRIK
Tenaga elektrik menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa.
Penggunaan peralatan elektrik secara tidak berhemah menyebabkan
penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Kita perlu menanggung kos tenaga
elektrik yang digunakan. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemah
dapat mengurangkan bil elektrik bulanan kita.
Menggunakan kipas berbanding
dengan penyaman udara.
Menutup suis lampu
semasa tidur.
Tidak membiarkan peralatan Tidak membiarkan peti sejuk
elektrik terpasang jika tidak terbuka untuk jangka masa
digunakan. yang lama.
132
5.3.1
Apakah faktor yang mempengaruhi
penggunaan tenaga elektrik?
Petunjuk:
Jenis peralatan elektrik yang digunakan
Tempoh penggunaan peralatan elektrik
INFO SAINS
Teknologi hijau ialah kaedah penghasilan produk atau pengeluaran yang mampan,
dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar semula, bersifat mesra alam dan
tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar. Contoh aplikasi teknologi hijau adalah
dengan menggunakan lampu diod pancaran cahaya (light-emitting diode, LED) untuk
pencahayaan yang menjimatkan tenaga elektrik.
Mengurangkan penggunaan
pemanas air semasa mandi.
lampu LED lampu lampu filamen
kalimantang
padat
Menggunakan lampu jimat tenaga
seperti lampu LED dan lampu kalimantang
padat berbanding dengan lampu filamen.
XYZ 789
Nyatakan amalan yang dapat menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik dalam situasi di atas.
133
MENGANALISIS
AKTIVITI RIA P E N G G U N A A N T E N A G A
ELEKTRIK DI RUMAH
ALAT DAN BAHAN Salinan bil elektrik bulanan.
LANGKAH-LANGKAH
Jumlah Bayaran (RM)
500 Bil Elektrik
400
300
200
100
0 Mac Bulan
April Mei
1. Kumpulkan bil elektrik kediaman 2. Perhatikan jumlah bil yang perlu
seorang rakan kamu untuk dibayar pada setiap bulan.
beberapa bulan yang lalu. Bina carta palang berdasarkan
maklumat yang dikumpulkan.
Gunakan peralatan
elektrik yang
cekap tenaga
dan menjimatkan.
Jemur pakaian CARA Padam lampu
di bawah cahaya MENJIMATKAN yang tidak
matahari berbanding PENGGUNAAN digunakan.
dengan menggunakan
TENAGA Gunakan kipas
alat pengering angin berbanding
pakaian. ELEKTRIK
dengan
penyaman udara.
Tanggalkan plag Tutup pintu
peralatan peti sejuk
elektrik yang setelah
tidak digunakan. digunakan.
3. Dapatkan maklumat tentang cara 4. Cadangkan cara-cara untuk
penggunaan peralatan elektrik menjimatkan penggunaan tenaga
di rumah tersebut secara temu elektrik di kediaman tersebut
bual atau lawatan. dalam bentuk peta pemikiran.
Nyatakan cara-cara untuk mengurangkan penggunaan
tenaga elektrik di sesebuah kediaman.
134
5.3.1, 5.3.4
KECUAIAN PENGENDALIAN PERALATAN ELEKTRIK
Kebakaran ini berlaku
akibat litar pintas.
Elektrik mempunyai pelbagai kegunaan. Walau bagaimanapun, kecuaian
dalam pengendalian peralatan elektrik adalah sangat berbahaya.
Yang berikut ialah contoh kecuaian dalam pengendalian peralatan elektrik.
Renjatan elektrik
Menyentuh suis atau peralatan Memasukkan objek bersifat
elektrik dengan tangan yang konduktor elektrik ke dalam soket.
lembap atau basah.
135
5.3.2
Litar pintas
Menggunakan peralatan elektrik Membuat penyambungan yang
dengan wayar yang rosak. berlebihan pada satu soket.
Kebakaran
Tidak mengendalikan peralatan Membiarkan peralatan elektrik
elektrik dengan betul. dicas terlalu lama.
Siti menutup mentol lampu di biliknya dengan menggunakan
tuala untuk mendapat cahaya yang lebih malap. Berdasarkan
perbuatan Siti, apakah kesan yang akan berlaku?
136
MENGENDALIKAN PERALATAN ELEKTRIK DENGAN SELAMAT
Apabila kita terkena arus elektrik secara berlebihan, kita akan mengalami
kecederaan dan boleh membawa maut. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan
langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik.
Bagaimanakah kita boleh menggunakan
peralatan elektrik dengan selamat?
Peralatan elektrik yang rosak hendaklah dibaiki oleh
pihak yang bertauliah.
Pastikan tangan kering semasa menyentuh suis. 137
5.3.3
Sambungkan hanya satu plag pada satu soket.
Suis pada soket perlu dimatikan sebelum mencabut plag daripada soket.
Wayar yang rosak perlu digantikan dengan wayar yang baharu.
138
KAD KESELAMATAN
AKTIVITI RIA D A N P E N J I M A T A N
TENAGA ELEKTRIK
ALAT DAN BAHAN Komputer, capaian Internet, gunting, gam,
kad manila dan pita pelekat.
LANGKAH-LANGKAH
1. Kenal pasti peralatan elektrik 2. Dengan menggunakan komputer
di sekolah kamu, seperti di kantin, dan Internet, cari maklumat tentang
makmal komputer dan pusat langkah keselamatan dan cara
sumber. Tandakan lokasi yang penjimatan tenaga elektrik ketika
mempunyai peralatan elektrik mengendalikan peralatan elektrik.
dengan menggunakan pita pelekat. Cetak maklumat yang diperoleh.
3. Guntingkan kad manila menjadi 4. Lekatkan kad yang dihasilkan
kad-kad kecil. Tampalkan di lokasi yang telah ditandakan.
maklumat pada kad manila untuk Bentangkan hasil kerja kumpulan
menghasilkan kad keselamatan kamu kepada kumpulan yang lain.
dan penjimatan tenaga elektrik.
Jelaskan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi 139
semasa mengendalikan peralatan elektrik.
5.3.3, 5.3.4
SANTAI SAINS K U I Z P A P A N L I T A R
Hasilkan kuiz papan litar dengan Kuiz papan litar
menggunakan kad keras, kertas
berwarna, klip kertas, pita pelekat,
wayar penyambung berklip buaya,
sel kering, mentol, pemegang sel
kering, penebuk lubang dan gam.
LANGKAH-LANGKAH
1. Sediakan soalan dan 2. Tebuk lubang di bahagian 3. Masukkan klip kertas
jawapan kuiz secara bertulis atas kad. pada setiap sisi kad yang
atau bercetak di atas kertas mempunyai soalan
berwarna. Tampalkan
soalan dan jawapan di atas dan jawapan.
kad keras secara rawak.
4. Bina litar elektrik dengan 5. Masukkan bahagian mentol 6. Sambungkan klip kertas
menggunakan wayar ke dalam lubang dari pada soalan dengan klip
penyambung berklip buaya belakang kad. Lekatkan kertas pada jawapan yang
seperti gambar di atas. dengan pita pelekat. betul dengan menggunakan
wayar penyambung
di bahagian belakang kad.
7. Sentuhkan hujung klip buaya
pada klip kertas di bahagian
soalan. Sentuh hujung klip
buaya yang lain pada klip
140 kertas di bahagian jawapan.
IMBAS KEMBALI
1. Sumber tenaga elektrik adalah daripada stesen jana kuasa seperti stesen
jana kuasa angin, stesen jana kuasa ombak, stesen jana kuasa hidroelektrik,
sel suria, sel kering, dinamo, akumulator dan penjana.
2. Mentol boleh disusun secara bersiri atau selari.
3. Contoh lakaran litar untuk susunan secara bersiri dan selari menggunakan
simbol adalah seperti yang berikut:
lakaran litar bersiri lakaran litar selari
4. Kecerahan mentol dalam litar boleh diubah dengan cara:
• mengubah bilangan mentol atau bilangan sel kering pada litar bersiri.
• mengubah bilangan sel kering pada litar selari.
5. Perbezaan keadaan mentol antara litar bersiri dengan litar selari
apabila satu suis dibuka adalah seperti yang berikut:
Litar bersiri Litar selari
Suis X dibuka A
Suis X dibuka Suis Y ditutup Suis Y ditutup
Semua mentol tidak menyala. B
Mentol pada cabang Y masih menyala.
6. Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik: 141
• Menggunakan kipas berbanding dengan penyaman udara.
• Menutup suis lampu semasa tidur.
• Tidak membiarkan peralatan elektrik terpasang jika tidak digunakan.
• Tidak membiarkan peti sejuk terbuka untuk jangka masa yang lama.
• Mengurangkan penggunaan pemanas air semasa mandi.
• Menggunakan lampu jimat tenaga seperti lampu LED berbanding
dengan lampu filamen.
7. Kesan kecuaian semasa pengendalian peralatan elektrik:
• renjatan elektrik.
• litar pintas.
• kebakaran.
8. Langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik:
• Peralatan elektrik yang rosak hendaklah dibaiki oleh pihak yang bertauliah.
• Pastikan tangan kering semasa menyentuh suis.
• Sambungkan hanya satu plag pada satu soket.
• Suis pada soket perlu dimatikan sebelum mencabut plag daripada soket.
• Wayar yang rosak perlu digantikan dengan wayar yang baharu.
ASAH MINDA
Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Nyatakan semua sumber yang menghasilkan tenaga elektrik.
2. Perhatikan komponen litar di bawah:
mentol suis sel kering wayar penyambung
berklip buaya
(a) Dengan menggunakan semua komponen di atas, hasilkan lakaran
gambar rajah bagi dua jenis litar yang berbeza menggunakan simbol.
(b) Mentol dalam susunan yang manakah menyala lebih cerah? Mengapa?
(c) Jelaskan perbezaan antara susunan mentol dalam litar bersiri dengan
litar selari dalam jadual di bawah.
Litar Bersiri Selari
Susunan mentol
142