GERHANA
10 GERHANA
Gambar di atas menunjukkan keadaan persekitaran yang dialami oleh
manusia di Bumi semasa berlakunya fenomena gerhana. Perhatikan
ke arah langit, apakah yang berlaku kepada Matahari? Pernahkah kamu
mengalaminya? Bagaimanakah fenomena gerhana berlaku?
163
Gerhana Bulan
Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi melindungi Bulan daripada cahaya
Matahari. Bayang-bayang Bumi akan terbentuk di permukaan Bulan.
Perhatikan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan dalam gambar rajah
di bawah. Bagaimanakah gerhana Bulan berlaku?
Matahari
Matahari merupakan sumber cahaya dalam Sistem
Suria. Cahaya Matahari bergerak dalam garis lurus dan
tidak dapat menembusi objek legap seperti Bumi.
Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga tiga kali dalam setahun. Tempoh
fenomena gerhana Bulan biasanya berlaku sehingga beberapa jam.
164 10.1.1 #GURU
• Fenomena gerhana ialah kejadian semula jadi yang berlaku apabila
seluruh atau sebahagian daripada cahaya Matahari terlindung oleh
Bulan atau Bumi.
• Rajah di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz dan jarak yang
sebenar tetapi rajah dibuat untuk memudahkan pemahaman murid.
• Interaktif simulasi gerhana boleh didapati daripada laman web:
http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/36
GERHANA
Bumi berada di antara Gerhana Bulan
Matahari dan Bulan semasa berlaku pada waktu
gerhana Bulan berlaku. malam apabila Bulan
Matahari, Bumi dan Bulan berada pada fasa
berada pada satu garis lurus. bulan purnama.
orbit Bulan
kawasan gelap separa
kawasan gelap penuh
Bulan kawasan gelap separa
Bumi Bumi menghalang cahaya
orbit Bumi Matahari daripada sampai
ke Bulan. Bayang-bayang Bumi
terbentuk di permukaan Bulan.
KBAT Jika kamu ialah seorang angkasawan
Malaysia yang sedang berada di Bulan
Mengapakah gerhana ketika gerhana Bulan terjadi, apakah
bulan hanya berlaku yang akan kamu lihat?
semasa fasa bulan
purnama? Kawasan gelap penuh atau umbra ialah kawasan yang
dihalang sepenuhnya daripada cahaya Matahari. Kawasan
gelap separa atau penumbra ialah kawasan yang dihalang
oleh sebahagian sahaja daripada cahaya Matahari.
165
Gerhana Bulan penuh dan separa
Gambar di bawah menunjukkan peringkat fenomena gerhana Bulan
yang dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar. Dalam peringkat
tersebut, kita dapat melihat dua jenis gerhana Bulan iaitu gerhana Bulan
penuh dan gerhana Bulan separa. Bagaimanakah peringkat-peringkat
gerhana Bulan berlaku?
Gerhana Bulan separa akan Gerhana Bulan penuh dapat Gerhana Bulan separa mula
kelihatan semula apabila dilihat apabila seluruh bahagian kelihatan apabila Bulan
Bulan bergerak keluar dari Bulan berada dalam kawasan mula bergerak keluar dari
kawasan gelap penuh gelap penuh. kawasan gelap separa ke
ke kawasan gelap separa. kawasan gelap penuh.
gekalawpasseapnara kawasan gelakpawseapsaarna
gelap penuh
orbit Bulan Bulan tidak kelihatan gelap semasa
166 gerhana Bulan penuh tetapi
berwarna perang kemerahan.
Ini adalah kesan serakan dan
pembiasan cahaya apabila cahaya
Matahari melalui atmosfera Bumi.
Kesan ini jelas diperhatikan semasa
Matahari terbit dan Matahari
terbenam.
GERHANA
Simulasi Gerhana Bulan
Tujuan Memahami gerhana Bulan dengan menggunakan model simulasi
gerhana
Alat dan Lampu suluh, tanah liat, lidi sate, pinggan polistirena, gelung kadbod berukuran
Bahan 10 cm dan kepingan polistirena segi empat sama berukuran 30 cm
Langkah-langkah 2 3
1
Letakkan pinggan Bentukkan model Bulan Cucuk model Bulan pada
polistirena di atas dan Bumi dengan hujung lidi sate dan letak
kepingan polistirena segi menggunakan tanah liat. di tepi pinggan polistirena.
empat sama.
56
4
Letakkan model Bumi Selaraskan kedudukan Nyalakan lampu suluh dan
pada gelung kadbod dan model Bulan, Bumi dan halakan ke arah model
letak di tengah pinggan lampu suluh supaya Bumi. Putarkan pinggan
polistirena. berada pada satu garis polistirena dan perhatikan
lurus. Lakukan simulasi ini bayang-bayang Bumi pada
di dalam bilik gelap. permukaan Bulan.
7. Lakarkan model gerhana Bulan yang dihasilkan.
1. Berpandukan simulasi gerhana ini, terangkan KBAT
mengapakah gerhana Bulan tidak boleh berlaku
sekiranya kedudukan Bumi adalah lebih tinggi atau lebih Adakah planet lain juga
rendah daripada kedudukan Bulan? mengalami fenomena
gerhana? Mengapa?
2. Jelaskan kejadian fenomena gerhana Bulan berdasarkan
aktiviti yang telah dijalankan.
10.1.1 #GURU 167
10.1.3 Model simulasi gerhana Bulan ini boleh diguna
semula untuk membuat simulasi gerhana Matahari.