The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skshazrina, 2021-09-08 08:20:17

Buku Teks Sains Tahun 5 (ms 208 - ms 213)

Unit 9 : Fasa Bulan Dan Buruj
Buruj

BURUJ

Tuan, anak-anak kapal Bagus. Diharapkan kita memperoleh
kita sudah bersedia untuk hasil yang banyak di lokasi ini.
menaikkan pukat.

Lihat buruj itu. Ada daratan
di sebelah sana. Ayuh, kita
jual hasil tangkapan di situ!

Ayuh, semua! Kita bergerak Betul kata tuan, berkat
ke utara sementara hasil usaha kita, hasil tangkapan
tangkapan kita masih segar. kita hampir habis dijual.

Baik, tuan!

Ikan segar! Mari
beli ikan segar!

Pernahkah kamu melihat buruj? Pada zaman dahulu,
buruj amat berguna kepada pelayar-pelayar ketika
208 9.2.1 belayar. Apakah yang dimaksudkan dengan buruj?

Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak
tertentu di langit pada waktu malam. Bukan semua buruj dapat dilihat
dari semua lokasi di bumi. Sebahagian daripada buruj dapat dilihat
di hemisfera utara, sebahagian lagi di hemisfera selatan dan ada yang
dapat dilihat di antara hemisfera utara dengan hemisfera selatan.

Buruj Biduk dapat dilihat Buruj Belantik
di hemisfera utara. dapat dilihat di antara
hemisfera utara dengan
hemisfera selatan.

hemisfera utara

buruj Biduk

buruj Belantik

hemisfera selatan

buruj Pari buruj Skorpio

Buruj Pari dapat dilihat Buruj Skorpio dapat dilihat
di hemisfera selatan. di hemisfera selatan.

209

Jika kita sambungkan gugusan bintang tadi
dengan garisan, apakah corak yang terbentuk
pada buruj tersebut?

Buruj Biduk INFO SAINS
Buruj Biduk terbentuk
daripada gugusan Buruj Biduk merupakan
tujuh bintang. Buruj sebahagian daripada
ini membentuk corak buruj Ursa Major atau
seperti gayung beruang besar.
atau senduk.

Buruj Belantik
Buruj Belantik membentuk corak
seperti pemburu yang memakai tali
pinggang dan memegang senjata.

Buruj Pari
Buruj Pari merupakan buruj yang paling kecil.
Buruj ini terdiri daripada gugusan empat bintang
yang membentuk corak seperti layang-layang.

Buruj Skorpio
Buruj Skorpio terdiri
daripada gugusan bintang
yang membentuk corak
seperti kala jengking.

210

KEGUNAAN BURUJ

Buruj sangat berguna kerana membantu manusia untuk mengenal pasti
bintang-bintang tertentu di langit. Arah sesuatu tempat dapat dikenal
pasti dengan mudah apabila melihat corak-corak bintang.

Bagaimanakah manusia
menggunakan buruj dalam
kehidupan harian mereka?

PETUNJUK ARAH utara

Buruj digunakan Buruj Biduk Buruj Pari selatan
sebagai kompas untuk sentiasa sentiasa
menentukan arah menunjuk ke menunjuk ke
bagi pengembara arah utara. arah selatan.
dan pelayar.
Jangan risau. Kita
Kita sudah sesat. berehat dahulu.
Bagaimanakah kita Malam nanti kita cari
hendak mencari jalan keluar.
jalan keluar?

Lihat buruj Pari itu.
Arah selatan di sebelah
sana. Ayuh, ikut saya!

211

9.2.2

PETUNJUK MUSIM

Pada zaman dahulu, sebelum kalendar dicipta, petani di kawasan empat
musim di hemisfera utara melihat buruj untuk mengenal pasti musim-musim
tertentu. Buruj-buruj ini membantu mereka merancang masa untuk
menanam dan menuai tanaman.

Bilakah kita hendak mula Tunggulah buruj Biduk
menanam gandum? muncul dahulu.

Buruj Biduk digunakan sebagai
petunjuk musim menanam.

Buruj Belantik digunakan sebagai Nampaknya, musim
petunjuk musim sejuk. sejuk telah tiba.
Mujur hasil tanaman
Kita sudah boleh telah disimpan
menuaikah? sebagai bekalan.

Buruj Skorpio digunakan sebagai Ya, malam kelmarin buruj
petunjuk musim menuai. Skorpio sudah kelihatan.

212

AKTIVITI RIA M O D E L B U R U J

ALAT DAN BAHAN Komputer, capaian Internet,
plastisin dan lidi sate.

LANGKAH-LANGKAH

1. Bentukkan sebanyak tujuh bebola 2. Potong lidi sate mengikut panjang

kecil daripada plastisin untuk yang dikehendaki. Kemudian, dengan

membentuk model gugusan bintang. menggunakan bebola plastisin,

sambungkan gugusan bintang untuk

membentuk model buruj Biduk.

3. Hasilkan model buruj Belantik, 4. Hasilkan beberapa model buruj
buruj Pari dan buruj Skorpio lain yang wujud di langit dengan
dengan menggunakan cara mencari maklumat melalui Internet.
yang sama.

5. Bincangkan ciri-ciri buruj yang telah kamu bina di hadapan kelas.

Berhati-hati menggunakan alat tajam ketika memotong lidi sate.

Berdasarkan model buruj yang telah kamu bina, nyatakan kegunaan 213
buruj kepada manusia.

9.2.1, 9.2.2, 9.2.3


Click to View FlipBook Version