Gerhana Matahari
Gerhana Matahari akan berlaku apabila Bulan melindungi Bumi daripada
cahaya Matahari sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Saiz
Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari, maka bayang-bayang Bulan yang
terbentuk adalah kecil dan tidak cukup besar untuk menutupi keseluruhan
Bumi. Jadi fenomena gerhana Matahari hanya dapat dilihat dari kawasan kecil
di permukaan Bumi.
Matahari
Matahari Cahaya Matahari bergerak
dalam garis lurus dan tidak
dapat menembusi objek
legap seperti Bulan.
Gerhana Matahari boleh berlaku sekurang-kurangnya
dua kali dalam setahun. Tempoh kejadian gerhana
Matahari biasanya hanya beberapa minit sahaja.
168 10.1.2
GERHANA
orbit Bumi
Bulan berada di antara Matahari Gerhana Matahari boleh dilihat
dan Bumi semasa berlakunya di kawasan bayang-bayang
gerhana Matahari. Matahari, Bulan pada waktu siang sahaja.
Bulan dan Bumi berada pada Gerhana Matahari hanya boleh
satu garis lurus. berlaku apabila Bulan berada pada
fasa anak Bulan.
orbit Bulan
Bulan kawasan
gelap penuh
kawasan
gelap separa
Bumi
Bulan menghalang cahaya
Matahari daripada sampai ke
Bumi. Bayang-bayang Bulan
terbentuk di permukaan
Bumi.
KBAT
#GURU Mengapakah tempoh kejadian
gerhana Bulan adalah lebih
lama daripada gerhana
Matahari?
Interaktif simulasi gerhana boleh didapati daripada laman web
http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/37
169
Gambar di bawah menunjukkan peringkat fenomena gerhana Matahari yang
dapat diperhatikan di Bumi. Dalam peringkat tersebut, terdapat dua jenis
gerhana Matahari iaitu gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa.
rhana Matahari separa korona gerhana Matahari sep
ge gerhana ara
Matahari penuh
Semasa gerhana Matahari penuh berlaku, keadaan
persekitaran akan menjadi gelap seperti waktu malam.
Matahari kelihatan sebagai bulatan gelap dikelilingi oleh
gegelang cerah yang dinamakan korona.
Gerhana Matahari #
penuh dapat dilihat
dari kawasan bayang- Jangan sesekali melihat
bayang Bulan yang terus ke arah Matahari
gelap sepenuhnya. tanpa menggunakan
penuras khas kerana
perbuatan ini boleh
merosakkan mata kamu.
Gerhana Matahari
separa dapat dilihat
dari kawasan
bayang-bayang
Bulan yang gelap
separa.
170
GERHANA
Kamera Gerhana Matahari
Tujuan Memerhati gerhana Matahari dengan cara yang selamat
Alat dan Gunting, pisau, tiub simpanan bulu tangkis dan penutup,
Bahan kerajang aluminium, kertas putih, pita pelekat, gam, jarum dan pensel
Langkah-langkah
12 3
Potong kerajang aluminium Tutup hujung bukaan tiub dan Tebuk satu lubang
kepada bentuk bulatan yang lekatkan potongan kerajang di tengah-tengah kerajang
lebih besar daripada hujung aluminium dengan pita pelekat. aluminium menggunakan
bukaan tiub. jarum.
45 6
Potong dan lekat sekeping Tutup hujung bukaan tiub 7 cm 3 cm
kertas putih pada penutup yang lain dengan penutup
tiub. Kertas putih ini akan tiub ini. Potong satu bukaan segi
bertindak sebagai skrin imej empat sama berukuran 3 cm
Matahari. di sebelah tepi tiub pada jarak
7 cm dari hujung tiub.
7
#
Perhatikan imej
Matahari melalui Elakkan daripada
bukaan di tepi tiub. melihat terus ke arah
gerhana Matahari.
1. Apakah pengubahsuaian yang boleh dilakukan pada kamera gerhana
Matahari ini supaya imej yang diperhatikan adalah lebih besar?
2. Apakah cara lain yang selamat untuk memerhati gerhana Matahari?
10.1.2 #GURU 171
Tiub panjang boleh digantikan dengan kotak panjang atau
sambungan beberapa buah kotak.