The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Unit 12 : Mesin
Mesin Kompleks
Penciptaan Mesin Yang Lestari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skshazrina, 2021-09-01 00:22:30

Buku Teks Sains Tahun 6 (ms 197 - ms 205)

Unit 12 : Mesin
Mesin Kompleks
Penciptaan Mesin Yang Lestari

MESIN

Mesin Kompleks

Sesetengah alat lebih mudah digunakan untuk melakukan kerja jika
beberapa mesin ringkas digabungkan. Perhatikan situasi di bawah.

Bagaimanakah Dua bilah besi ini merupakan dua baji yang dicantumkan
gunting ini dengan skru. Skru menjadi fulkrum kepada dua baji tadi.
berfungsi? Maka gunting lebih mudah digerakkan melalui sistem tuas.

Gunting sebenarnya
ialah gabungan
tiga mesin ringkas
iaitu baji, skru dan
tuas. Gabungan ini
memudahkan kerja
memotong.

Gabungan mesin ringkas baji, skru dan tuas
menjadikan gunting sebuah mesin yang dipanggil
mesin kompleks. Apakah yang akan berlaku jika
skru pada gunting ditanggalkan. Mengapa?

Perhatikan gambar di bawah, kenal pasti Mengapakah objek seperti
mesin ringkas yang terdapat pada alat gambar di atas merupakan
di bawah. mesin kompleks?

pengasah pensel jangka lukis kereta mainan
12.2.1
197

Kenali mesin kompleks

Perhatikan situasi keluarga Lim yang sedang
bergotong-royong pada hujung minggu.
Apakah mesin kompleks yang dapat kamu
perhatikan dalam gambar ini? Terangkan jenis
mesin ringkas yang dapat kamu kenal pasti
dalam mesin kompleks tersebut?

Kereta sorong
ialah sejenis mesin
kompleks. Mengapa?

Jam tangan memerlukan Mesin rumput ialah
gear untuk menggerakkan mesin kompleks. Kenal
jarumnya. Apakah mesin pasti mesin-mesin
ringkas lain yang terdapat ringkas yang terdapat
dalam jam tangan ini? dalam mesin rumput.

Basikal terdiri daripada gabungan Kerja menjadi mudah
beberapa mesin ringkas. Perihalkan dan cepat dengan
bahagian-bahagian basikal yang menggunakan mesin
merupakan mesin ringkas. kompleks.

198 12.1.2

MESIN

Gunting pagar sama seperti gunting
biasa yang terdiri daripada gabungan
beberapa mesin ringkas. Apakah
mesin ringkas tersebut?

Apakah mesin ringkas KBAT
yang terdapat pada
tangga? Bagaimanakah roda
pada pintu pagar ini
Adakah cangkul sejenis berfungsi sebagai
mesin ringkas atau mesin takal?
kompleks? Mengapa?

Kereta ialah sejenis mesin
kompleks, apakah mesin
ringkas yang digunakan
di dalam kereta?

Kebanyakan alat yang terdapat di sekeliling kita merupakan
mesin kompleks. Mesin kompleks ialah alat yang terdiri
daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas.

199

Mesin dalam Mesin

Tujuan Menyiasat mesin ringkas yang terdapat dalam mesin kompleks

Alat dan
Bahan Kertas dan alat tulis

Langkah-langkah

1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Kenal pasti beberapa mesin kompleks yang terdapat di sekeliling kamu.
3. Lakarkan mesin kompleks yang telah ditemui.
4. Label dan nyatakan jenis mesin ringkas yang terdapat pada mesin

kompleks tersebut.
5. Laporkan hasil penyiasatan kamu.

Apakah perbezaan antara mesin ringkas dengan mesin kompleks?

1. Apakah mesin ringkas yang 2. Gerudi tangan terdiri daripada
terdapat dalam alat ini? gabungan beberapa mesin
• Baji • Satah condong ringkas. Nyatakan mesin
• Gear • Tuas ringkas yang terdapat pada
gerudi tangan ini.
12.2.1
200 12.2.2

12.2.4

MESIN

Penciptaan Mesin yang Lestari

Mesin dicipta untuk membantu kita dalam menyelesaikan pelbagai
kerja harian. Mesin yang lestari akan dicipta dari semasa ke semasa
untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada manusia.
Apakah maksud mesin yang lestari? Perkataan lestari bermaksud tidak
berubah-ubah, kekal dan tetap. Mesin yang lestari ialah mesin yang
tahan lama, tidak mudah rosak, menguntungkan, tidak memberi kesan
buruk kepada alam sekitar, mudah dan selamat digunakan.

Mengapakah penciptaan mesin yang lestari penting
kepada manusia? Mari kita perhatikan situasi di bawah.

Pertanian sekarang dahulu sekarang

dahulu

membajak tanah menuai padi

Gambar di atas menunjukkan dua kaedah yang digunakan oleh petani untuk
membajak tanah dan menuai padi. Apakah kepentingan penciptaan mesin
pembajak tanah dan jentera penuai padi?

Perindustrian mesin bermotor mesin manual jentera bermotor

manual

membancuh simen di tapak binaan mengangkat beban di gudang

Bagaimanakah mesin-mesin yang ditunjukkan dalam situasi di atas dapat
membantu pekerja menyelesaikan kerja dengan lebih berkesan? Terangkan
kepentingan penciptaan mesin lestari yang lain dalam perindustrian.

12.2.3 201

Kehidupan Harian

mesin ringkas mesin kompleks Kedua-dua jenis mesin pengasah
pensel yang ditunjukkan dalam
gambar di sebelah mempunyai
fungsi yang sama. Mesin yang
manakah lebih lestari? Mengapa?

manual mesin
bermotor

Alat pengisar makanan dapat
membantu ibu kamu mengisar bahan
makanan. Alatan pengisar yang
manakah lebih lestari? Mengapa?

menggunakan menggunakan
tangan mesin basuh

Penciptaan mesin basuh penting dalam
kehidupan seharian manusia. Apakah
yang akan berlaku jika mesin basuh
tidak dicipta? Mengapa?

kayuhan gear bermotor

Kedua-dua kenderaan ini
membantu manusia bergerak ke
tempat yang jauh. Penggunaan
kenderaan yang manakah lebih
lestari? Mengapa?

TUGASAN

Pilih satu jenis mesin lestari yang dapat kamu kenal pasti di sekeliling kamu.
Cari dan kumpul maklumat tentang kepentingan penciptaan mesin lestari
tersebut. Tulis tentang kepentingan mesin lestari tersebut dan hasilkan
sebuah buku skrap yang kreatif.

202

MESIN

Bot Layar

Tujuan Mencipta model bot layar berdasarkan
beberapa jenis mesin ringkas dan konsep sains

Alat dan Pisau, pembaris, pensel, penebuk lubang, botol plastik (500 ml),
Bahan kadbod plastik, straw, gelang getah, benang, lidi sate, beg plastik,

mentol, bateri AA, pemegang mentol, pemegang bateri, wayar dan
pita pelekat

Langkah-langkah
1 Penyediaan badan bot.

2 cm 3 cm pita pelekat

6 cm 4 cm 3 cm #
5 cm 12 cm 10 cm

Potong kadbod plastik. Berhati-hati ketika
botol menggunakan alat

tajam seperti pisau.

straw

Lekatkan straw dan botol pada kadbod.

2 Membuat dan memasang pengayuh.

6cm
6 cm

3 cm 1.5 cm

celah

Potong 4 kepingan kadbod Selitkan 2 keping kadbod lidi pengayuh
plastik. Buat celah di untuk membentuk pengayuh. sate
bahagian tengah
3 Memasang gelang Masukkan lidi sate menerusi
#TIP getah pada pengayuh. straw. Cucuk pengayuh pada
Gelang getah pada kedua-dua hujung lidi sate.
pengayuh boleh
dipanjangkan dengan
menggabung dua
gelang getah.

Selitkan gelang lekatkan gelang
getah pada lidi sate. getah pada botol

12.3.1 203
12.3.2

4 Memasang layar dan mentol bot.

membuat potong masukkan tiang
tiang layar layar pada lubang

ikat tebuk lubang kecil ikat benang
dengan
benang

potong beg lekatkan layar
plastik untuk pada tiang layar
membuat layar
16cm

14cm sambungkan litar lengkap lekatkan mentol
di atas botol
selit gelang
getah masukkan litar
lengkap

lekatkan getah

5 Untuk menggerakkan bot layar kamu, putarkan KBAT

pengayuh bot layar dan lepaskannya di permukaan air. Ramalkan apakah
6 Persembahkan model bot layar kamu di hadapan kelas yang akan berlaku

dan terangkan cara model bot layar kamu berfungsi. jika pengayuh bot

layar diputarkan

1. Kenal pasti mesin ringkas yang terdapat pada bot layar ke arah yang
kamu. Terangkan tentang mesin-mesin ringkas yang bertentangan?
terdapat pada bot layar. Mengapa?

2. Jelaskan konsep sains yang ditunjukkan oleh bot layar kamu.

TUGASAN

Berpandukan model mesin di atas, reka bentuk model lain dan gabungkan
dengan beberapa konsep sains seperti elektrik, kelajuan, cahaya dan
magnet. Persembahkan model ciptaan kamu dan nyatakan kelestarian
yang terdapat pada model tersebut.

#GURU
• Guru perlu membimbing murid tentang konsep sains yang

204 diaplikasikan dan kelestarian model di atas.

MESIN

Mesin

Mesin Ringkas Mesin Kompleks

satah gear Gabungan lebih daripada
condong satu mesin ringkas

beban daya roda 2 mata pisau
fulkrum dan
tuas gandar + baji

skru

gunting

skru
baji

takal Contoh

Kepentingan Dari aspek: pengasah
Penciptaan Mesin • penggunaan bahan pensel
• jangka hayat
Lestari • penyelenggaraan jangka
• menjimatkan kos lukis
• mesra alam
• keselamatan kereta
mainan

205


Click to View FlipBook Version