The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syed.shuhaimie, 2021-08-17 20:02:12

Buku Mesyuarat Agung PIBG 2021

Buku Mesyuarat Agung PIBG 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUANTAN ( INTEK )
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SBPIK
KALI KE-18 TAHUN 2021

TARIKH : 21 OGOS 2021 (SABTU)

MASA : 9. 00 PAGI

TEMPAT : DI TEMPAT MASING-MASING

APLIKASI : STREAMYARD

KANDUNGAN

1. Kandungan Muka Surat
2. Maklumat Organisasi
3. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SBPIK Kali Ke-18 2
4. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SBPIK Kali Ke-17 3
5. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SBPIK 2020 4
6. Penyata Kewangan PIBG SBPIK 2020 5 - 13
7. Senarai Bayaran PIBG Sesi Pengajian 2021 14 - 17
8. Senarai Pernyataan Usul 18 – 19
9. Lampiran Sumbangan PIBG 2020 20
10. Lampiran Bayaran Majalah Sekolah 2020 21 - 22
11. Borang Ahli Jawatankuasa 2021-2023 23
24
25

-2-

MAKLUMAT ORGANISASI

Nama Organisasi:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) – CRA 4001
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan ( INTEK )

Tarikh Penubuhan:
20 Oktober 2003

Penasihat/Ex-Officio: – Pengetua INTEK
En Azhar bin Daud - GPK Pentadbiran
Pn Hajah Norsiati Binti Razali@Mohd Ghazali - GPK Hal Ehwal Murid
En Mat Hatta Bin Hassan - GPK Kokurikulum
Pn Zalini binti Mat Zain

Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG Sesi 2019/21 :

En Ahmad Fakaruddin bin Md Salleh - Yang Dipertua (YDP)
Naib Yang Dipertua
Tn Syed Zahari bin Syed MahmUd - AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
En. Mansor bin Mokhtar - AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
En. Ramiza bin Ramli - AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
En. Faizul Haslizi bin Ramli - AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
Pn. Sziyusni binti Ya - AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
Pn. Roslina bte Mohd Deros - AJK mewakili Ibu Bapa Pelajar INTEK
AJK mewakili Guru-Guru INTEK
En. Mohd Jasmi bin Sidik - AJK mewakili Guru-Guru INTEK
AJK mewakili Guru-Guru INTEK
En. Khairul Arifin bin Mat Yit -
AJK mewakili Guru-Guru INTEK
En. Hazri Dahalan bin Md Razip - AJK mewakili Guru-Guru INTEK
AJK mewakili Guru-Guru INTEK
En. Ahmad Rashidi bin Ismail -
AJK mewakili Guru-Guru INTEK
Pn. Dr Nurjasmine Aida binti Jamani -

Pn. Nor Faizah binti Othman @ Yahaya -

En. Wan Mohd Naziran bin Wan Draman -

En. Mohamad Saifuddin bin Said -

En. Mohadzir bin Mokhtar -

En. Mohd Haqiqil bin Hamidun -

Pn. Fatin Qurratu’aini binti Mohd Nasri -

En. Mohd Syafiq bn Ngaiman -

Tn. Haji Mohd Fakhzan bin Zulkawi -

Urusetia PIBG: - Setiausaha Kehormat
En. Asmui bin Mustapa - Penolong Setiausaha Kehormat
- Bendahari Kehormat
Cik. Zurina binti Jaafar - Penolong Bendahari Kehormat
Pn. Maisyarah Fatimah binti Mohd Rodzi
Pn. Siti Fatimah bt Ayub

Pejabat Berdaftar PIBG:
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang DM

Pemeriksa Kira-Kira:

Pn. Nur Liyana bt Roslan
En Samsuddin bin Abd Ghani

-3-

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
INTEK KALI KE-18 ( 2021 )

1. Mukadimah Yang Dipertua PIBG INTEK, En Ahmad Fakaruddin bin Md Salleh yang
bertanggungjawab mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG SBPIK Kali Ke-17 yang berlangsung pada
13 Mac 2020.

3. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa PIBG SBPIK 2020.
4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG SBPIK berakhir

31 Disember 2020.
5. Membentang dan Menerima Cadangan Sumbangan PIBG 2021.
6. Membentang dan Menerima Cadangan Bayaran Majalah Sekolah 2021.
7. Membahaskan dan menimbangkan usul-usul daripada Ibu Bapa.
8. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019 – 2021.
9. Pelantikan Pengerusi Sementara PIBG.
10. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021-2023.
11. Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang) Sesi 2021-2023
12. Ucapan Penangguhan.

-4-

TARIKH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KEHADIRAN
INTEK KALI KE-17 TAHUN 2020

: 13 MAC 2020 (JUMAAT)
: 8.30 Pagi
: Lampiran

AGENDA MESYUARAT :

1.0 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Syed Zahari bin Syed Mahmud.
Naib Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) INTEK.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pentadbir, khususnya Tuan
Pengetua dan semua AJK PIBG sesi 2019-2021 ke mesyuarat pada
hari ini.
1.3 Pengerusi juga menyampaikan salam takzim Yang Dipertua PIBG En
Ahmad Fakaruddin bin Mohd Salleh yang tidak dapat hadir atas faktor
kesihatan dan rawatan kepada hadirin dan hadirat sekalian.
1.4 Pengerusi menyifatkan kehadiran dan komitmen ibu bapa dalam
mesyuarat ini menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
1.5 Selain itu, Pengerusi mengharapkan peranan ibu bapa tidak harus
melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada
guru semata-mata.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Setiausaha, En Asmui Mustapa membentangkan laporan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-16 2019 yang tertera pada
2.2 muka surat 6 hingga muka surat 12.
2.3 En. Mohd Redzwan bin Busu mencadangkan minit mesyuarat kali
ke-16 tahun 2019 diterima dan disahkan.
En. Wazira bin Kamarudin menyokong cadangan tersebut.

-5-

3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG INTEK 2019
3.1
Setiausaha, En Asmui bin Mustapa membentangkan laporan tahunan
3.2
PIBG INTEK dari muka surat 21- 23 dalam Buku Mesyuarat.

En. Asmui bin Mustapa memaklumkan bahawa pelbagai program telah

dilakasanakan pada tahun lepas dan dana yang ada digunakan

sepenuhnya untuk pembangunan anak-anak pelajar INTEK. Beliau

juga memaklumkan AJK ibu bapa PIBG sentiasa turun padang untuk

memberi sokongan kepada anak-anak dalam program yang disertai

sepanjang 2019.

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

4.1 Bendahari PIBG, Pn. Maisyarah Fatimah binti Mohd Radzi
membentangkan penyata bagi tempoh mulai 01 Januari 2019 hingga
31 Disember 2019.

4.2 Ibu bapa diminta merujuk penyata yang disediakan dari muka surat 24
dan 25. Perincian perbelanjaan boleh rujuk kepada QR Code yang
disediakan.

4.3 En. Mohd Redzuan bin Busu bangkitkan jumlah baki wang dana yang
masih banyak dan mencadangkan wang tersebut digunakan untuk
perbelanjaan pelajar pada tahun 2020 tanpa perlu mengutip lagi wang
dari ibu bapa.

4.4 Pengetua menjelaskan bahawa baki tersebut sehingga 31 Disember
2019. Baki wang itu sudah dibelanjakan oleh sekolah, sehingga ke hari ini
sebanyak RM40,000.00. Antaranya menyediakan bas untuk menghantar
dan mengambil pelajar solat Jumaat di masjid Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Indera Mahkota, penyediaan modul pelajar,
bayaran penyertaan aktiviti pelajar, keceriaan dan sebagainya.

4.5 En.Baharuddin bin Ismail mencadangkan supaya penyata kewangan
2019 yang berakhir pada 31 Disember 2019 diterima dan disahkan.

4.6 En. Bahari bin Abd Mubin menyokong cadangan tersebut.

-6-

5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA CADANGAN SUMBANGAN PIBG DAN
SUMBANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN MURID 2020 DAN
BAYARAN MAJALAH 2020

5.1 Pengerusi mohon membentangkan dan menerima cadangan
sumbangan PIBG INTEK bagi 2020.

5.2 En Wazira mencadangkan wang sumbangan dinaikkan kepada
RM80.00, tetapi ditolak oleh majoriti ibu bapa.

5.3 Encik Mohamad bin Daud mencadangkan supaya sumbangan RM50.00
dikekalkan.

5.4 Cadangan di atas disokong oleh En Redzuan Busu.
5.5 Cadangan diterima sebulat suara.

6.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA CADANGAN BAYARAN MAJALAH 2020

6.1 Pengerusi mohon membentangkan dan menerima cadangan bayaran
majalah sekolah INTEK bagi tahun 2020.

6.2 Pn Azlindawati binti Mohamad mencadangkan bayaran majalah sekolah
bagi tahun 2020 dikekalkan, iaitu sebanyak RM20.00.

6.3 En Baharuddin bin Ismail menyokong cadangan ini.
6.4 Mesyuarat terima sebulat suara dikekalkan kutipan sebanyak RM20.00

daripada setiap pelajar.
.
7.0 MEMBAHAS DAN MENIMBANG USUL-USUL DARIPADA IBU BAPA
7.1 Usul 1: Mencadangkan naik taraf surau dengan memasang
pendingin hawa. Usul dibawa oleh En Ahmad Fairuz bin Mat
Pilus
Komen Pengetua: Pengetua menjelaskan kos memasang
pendingin hawa di surau memerlukan kos yang besar antara
RM130K hingga RM150K dan mesti mendapat kelulusan
JKR. Untuk itu, KIV dahulu.

-7-

7.2 Usul 2: Mencadangkan semua ampaian di hadapan dan belakang
kamar Mursyid Bukahari dan Mutiara Bukhari dibaiki bagi memudahkan
pelajar menyidai kain. Pembawa Usul En Zulkifli b Mohamad hadir.
Komen Pengetua: Pengetua tidak bersetuju ada ampaian di hadapan
dorm dan akan dusahakan di tempat lain.

7.3 Usul 3: Dibawa oleh Dr Norazam (Tidak Hadir)

a. Mencadangkan membenarkan seorang wakil setiap dorm untuk

memegang handphone (bukan smart phone) bagi tujuan

komunikasi dengan ibu bapa.

b. Memastikan kantin sekolah dibuka pada sertiap hujung minggu,

iaitu minggu bukan pelajar balik wajib.

c. Membenarkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak ke

hadapan asrama perempuan sewaktu hujung minggu seperti

amalan sebelum ini.

Komen Pengetua: Pengetua tidak benarkan pelajar membawa

handphone ke sekolah. Untuk perhubungan kecemasan, handphone

dibekalkan kepada Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar selain

telefon awam.

7.4 Usul 4 : (Pembawa Usul Tidak Hadir)
Mencadangkan supaya membenarkan kenderaan ibu bapa masuk
sampai ke kawasan asrama bagi memudahkan mengangkut beg
dan barang semasa menghantar anak ke asrama
Komen Pengetua: Pengetua tidak benarkan untuk mengelak
berlakunya kemalangan. Bagaimanapun kenderaan ibu bapa boleh
parking di belakang bangunan akademik untuk hari Sabtu dan Ahad

-8-

7.5 Usul 5 : Usul dibawa oleh En Hisham bin Abdul Hamid.
Mencadangkan ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga pukul 2.00
petang untuk memasuki kawasan sekolah dan berjumpa dengan
anak pada hujung minggu (sekiranya anak tiada aktiviti atau program
pada hujung minggu tersebut).
Komen Pengetua: Pengetua membenarkan parent yang datang dari
jauh berjumpa dengan anak mereka tetapi perlulah hubungan GPK HEM
terlebih dahulu.

7.6 Usul 6: Pembawa Usul En Mohd Zaharizan bin Majid.
Mohon dibaiki kipas di surau bagi memastikan anak-anak pelajar
lebih selesa menjalani ibadah.
Komen Pengetua: Pengetua mencadangkan supaya dipasang kipas
besar. Untuk itu, akan dibincangkan dengan Ahli Jawatankuasa PIBG.

7.7 Usul 7: Pembawa Usul Tidak Hadir
Mohon pihak sekolah menyediakan P.A System (untuk pengumuman)
di bilik pengawal di pintu pagar utama
Komen Pengetua: Pengetua menjelaskan kos yang tinggi jika P.A System
dipasang dipondok pengawal kerana penggunaan kabel yang panjang.
Bagaimanapun, P.A System ada disediakan di pintu utama asrama lelaki,
dan ada pelajar yang bertugas untuk pengumuman.

7.8 Usul 8: Pembawa usul tidak hadir.

Mencadangkan bagi mengurangkan risiko kemalangan di hadapan

sekolah, dengan cara membenarkan kenderaan ibu bapa masuk ke

kawasan sekolah secara terkawal – dicadangkan mengikut zon masa

dan zon kawasan supaya dapat meminimumkan gangguan laluan

warden-warden

Komen Pengetua: (Rujuk Usul 4)

-9-

7.9 Usul 9: Pembawa Usul En Khairul Azmi bin Mohd Sharip
Cadang membenarkan ibu atau wakil perempuan membantu
menghantar barangan pelajar perempuan sampai ke pintu bilik setiap
kali selepas pelajar balik bermalam
Komen Pengetua: Kebenaran hanya diberi pada hari pertama
pendaftaran sahaja. Hari-hari lain tidak dibenarkan kerana keadaan
tidak terkawal , tetapi boleh minta bantuan pelajar lain hantar.

7.10 Usul 10: Pn Siti Hajar bt Hamdan
Mencadangkan pihak sekolah menyediakan kemudahan memanggil
anak di pondok pengawal sahaja tanpa perlu ke asrama
Komen Pengetua: (seperti usul 7)

7.11 Usul 11: Pembawa usul Tidak hadir
Mencadangkan pihak sekolah membenarkan pelajar
membawa komputer riba ke sekolah
Komen Pengetua: Tidak benarkan membawa komputer riba ke
sekolah kecuali jika ada sebab-sebab tertentu. Untuk itu, ada
boring khas disediakan.

7.12 Usul 12: Pembawa Usul Tidak Hadir peneraju
Mohon supaya proses pembayaraan tuntutan wang yayasan
dipercepatkan.

Komen Pengetua: Pihak sekolah tidak pernah melewatkan pengeluaran
bantuan pelajar. Cuma mungkin berlaku bantuan sudah diperoleh
pelajar, tetapi ibu bapa tidak tahu.

- 10 -

7.13 Usul 13 : Pembawa Usul En Khairul Arifin bin Mat Yit (AJK PIBG)

USUL AJK : Mencadangkan supaya kebenaran kutipan sumbangan PIBG

dibuat untuk DUA Tahun sekali. Hal ini perlu bagi membolehkan bayaran

awal boleh dibuat oleh ibu bapa ketika mendaftar anak masuk ke asrama

setiap tahun tanpa menunggu keputusan mesyuarat agung PIBG akan

datang

Komen : USUL disetuju dan diterima sebulat suara.

7.14 Usul 14 : USUL AJK PIBG Oleh En Mohd Fakhzan bin Zulkawi
Mohon benarkan pelajar menggunakan kad Debit Bank Rakyat bagi
mengelakkan kecurian duit tunai
Komen Pengetua: Usul ini penting untuk mengelakkan pelajar
memegang wang tunai yang boleh berlakunya kecurian. Walau
bagaimanapun cadangan ini mungkin boleh dilaksanakan oleh ibu bapa
yang mampu sahaja.

7.15 Usul 15: Pembawa Usul En Ahmad Fairuz bin Mat Pilus
Mencadangkan pihak sekolah meletakkan mesin ATM di sekolah.
Komen Pengetua: pihaknya tidak sanggup bimbang ada rompakan
mesen ATM di sekolah.

7.16 Usul 16: Pembawa Usul Pn Nur Aida bte Mohd Shukor
Mencadangkan pihak sekolah mewujudkan whatsapp group antara
guru kelas dengan ibu bapa pelajar mengikut kelas untuk
memudahkan komunikasi serta menyampaikan maklumat penting.
Komen Pengetua: Sudah ada grup whatsapp antara guru dan ibu bapa..

7.17 Usul 17: Pembawa Usul Pn Zarina binti Muda
Mohon pihak sekolah mengatasi masalah kemudahan air yang
kritikal di Asrama Puteri, terutamanya dengan segera. sangat

- 11 -

Komen Pengetua: Pihaknya tidak menerima maklumat sebelum ini
berkaitan air perlahan. Pam yang dpasang di asrama tidak berfungsi.
Bagaimanapun pam di aras Sumaiyyah telah dibaiki.

7.18 Usul 18: Pembawa Usul Pn Nik Zaliha Mat Yassin
Mencadangkan hanya murid yang cemerlang akademik sahaja dibenarkan
mewakili sekolah bagi permainan sebagai pemangkin untuk murid
lebih berusaha.
Komen Pengetua: Pihaknya tiada halangan membenarkan pelajar
mewakili sekolah sekiranya pelajar boleh mengurus diri. Pelajar-pelajar
yang aktif ini perlu bertanya rakan jika tertinggal kelas.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-17
8.1 Naib Yang Dipertua Pibg, Tn Syed Zahari merakamkan berbanyak
terima kasih atas kerjasama semua pihak bagi melancarkan Mesyuarat
Agung Pibg Kali Ke-17. Beliau mengharapkan sekiranya ibu bapa
berhadapan dengan apa-apa masalah, bolehlah jumpa pentadbir, JK
PIBG dan guru. Beliau juga memohon maaf jika ada kesalahan
sepanjang mengemudikan mesyuarat pada hari ini.

8.2 Pengetua INTEK En Azhar bin Daud – Beliau memaklumkan kerja-
kerja membaiki tingkap di asrama akan dimulakan tidak lama lagi.
Kontraktor akan memulakan kerja apabila asrama kosong. Untuk itu,
pelajar-pelajar akan ditempatkan di kuarters dan rumah Penolong Kanan
serta Pengetua yang kosong sepanjang kerja-kerja tersebut.
Pengetua juga memberi respons tentang perkembangan Covid-19.
Beliau memaklumkan keadaan terkawal. Pihak sekolah menangguhkan
program Ragbi. Drebar (Abd Rahman) telah dikuarantinkan dua minggu
kerana bimbang terlibat dengan Kluster Tabligh Masjid Sri Petaling yang

- 12 -

diuar-uarkan. Sepoanjang cuti persekolahan ini, ibu bapa
bertanggungjawab mengawal pergerakan anak-anak semasa di
rumah.Pihak sekolah juga telah membekalkan kerja rumah kepada pelajar-
pelajar dan beliau mengharapkan ibu bapa dapat mengawasi anak- anak.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.15 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. …………………………………………
( ASMUI BIN MUSTAPA ) (AHMAD FAKARUDDIN BIN MD SALLEH)
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SBP Integrasi Kuantan SBP Integrasi Kuantan

- 13 -

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI PIBG INTEK 2020

Dengan sukacitanya, bagi pihak Yang DiPertua dan Jawatankuasa PIBG INTEK, saya
membentangkan Laporan Tahunan bermula dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.
Pengurusan Operasi PIBG
Bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan INTEK, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesi ini
masih mengekalkan biro yang terdiri daripada ibu bapa dan guru. Para ibu bapa yang bukan
daripada AJK dipilih daripada mesyuarat agung juga digalakkan menyertai dalam biro ini. Berikut
ialah senarai Biro dan AJK dalam PIBG sesi 2020

BIL BIRO AJK

1 Biro Komunikasi dan 1) En. Ahmad Fakaruddin bin Md Salleh
Perhubungan 2) En. Tn. Syed Zahari bin Syed Mahmud
3) En. Asmui bin Mustapa
2 Biro Kejayaan Kurikulum 4) En. Mohd Fauzi bin Ali

3 Biro Kecemerlangan 1) En. Khairul Arifin bin Mat Yit
Kokurikulum 2) En. Ahmad Rashidi bin Ismail
3) Pn. Sziyusni binti Ya
4 Biro Kebajikan 4) En. Mohamed bin Masri

5 Biro Bina Insan 1) En Mansor bin Mokhtar
2) En. Mohd Jasmi bin Sidik
6 Biro Perkembangan Dana 3) En. Mohd Haqiqil bin Hamidun
PIBG
1) En. Mohd Ramiza bin Ramli
2) En. Mohd Fakhzan bin Zulkawi
3) Pn. Fatin Qurratu’aini binti Mohd Nasri
4) En. Mohamad Saifuddin bin Said

1) En. Faizul Hazlizi bin Ramli
2) En. Hazri Dahalan bin Md Razip
3) Dr. Nurjasmine Aida binti Jamani
4) En. Wan Mohd Naziran bin Wan Draman
5) En. Muhammad Syafiq bin Ngaiman

1) Pn. Roslina binti Md Deros
2) Pn. Nor Faizah binti Othman@Yahaya
3) Pn. Maisyarah Fatimah bt Mohd Rodzi

Pn. Siti Fatimah binti Ayub

- 14 -

Pada tahun 2020, PIBG telah membelanjakan wang sebanyak RM106,429.81 bagi perbelanjaan
berkaitan program akademik, aktiviti kokurikulum, keceriaan serta sahsiah para pelajar INTEK,
berbanding dengan tahun 2019 Pibg berbelanja sebanyak RM 142,432.89. Pengurangan ini
tentulah sekali dapat dijangka apabila negara diserang pandemik, dan sudah tentu banyak
aktiviti tidak dapat dilaksanakan.

Perkembangan Utama PIBG pada sesi 2020
Sepanjang tahun 2020, kita tahu sesi persekolahan banyak terjejas akibat cuti Covid yang
membimbangkan. Guru-guru dikehendaki mengajar dari rumah dalam bentuk PDPR. Sekalipun
kaedah ini diragui keberkesanannya, tetapi itulah kaedah yang ada dan termampu. Dalam sela
waktu pelajar di sekolah, PIBG sentiasa memberi komitmen kepada pihak sekolah untuk
merealisasikan pelbagai program kecemerlangan akademik dan kokurikulum pelajar,
pembangunan dan keceriaan serta turut membantu meningkatkan sahsiah para pelajar. PIBG
banyak menyumbangkan dana bagi menyokong pelbagai program sekolah dan aktiviti-aktiviti
kecemerlangan pelajar.

Dalam bidang akademik, PIBG membantu pihak sekolah melaksanaan program
kecemerlangan akademik kepada semua pelajar. Pelajar-pelajar dibekalkan dengan modul
kecemerlangan pelajar, kelas-kelas tuisyen, bengkel teknik menjawab peperiksaan , Seminar
dan ceramah. Selain itu PPBG juga membantu sekolah dalam melaksanakan program Don’t
Leave Me Behind dan Lompatan Saujana Trial SPM 2020.

Bagi membina sahsiah dan jati diri pelajar, PIBG membantu pihak sekolah dalam beberapa
program seperti Kursus Kepimpinan BADAR DAN NUQOBA’, Program Suit Pakej Sistem S-Taas
V1001 On-Line, Bengkel Jiwa Takwa dan Minda Sihat, Majlis Hala Tuju dan Aku Janji Akademik
Pelajar Tingkatan tiga dan Lima.

Dalam bidang kokurikulum pula, PIBG turut membantu menjayakan setiap program yang
dirancang oleh pihak sekolah. PIBG telah membiayai kos Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan
Sekolah, Kejohanan Bola Jaring MSSD Kuantan 2020, Kejohanan Hoki MSSD Kuantan, Program
Pembangunan Sukan Hoki INTEK, dan Pembelian Tiket Menonton Teater Muzikal Mahsuri di SBP
Integrasi Gombak.

Kekurangan dana sekolah pada peringkat awal buka sesi persekolahan menyebabkan PIBG
menurunkan sumbangan. PIBG membantu kos menyelenggara tandas Blok Akademik,
membayar sagu hati perkhidmatan pekerja membersihkan kawasan luar pagar sekolah,
Menaiktarafkan bilik Bahasa Inggeris, membiayai Program Scholarship Leaf, Membeli LCD
Projektor Makmal Fizik dan Kimia, dan membeli Alatan Ceracah (Staging) Surau An-Nur.

- 15 -

Di bawah kepimpinan Pengetua En Azhar Daud, keceriaan sangat dititikberatkan. Beberapa siri
gotong-royong yang melibatkan ibu bapa dan guru diadakan. Antaranya Gotong-royong Fasa 1
dan Fasa 2 dibuat dalam bulan Januari 2020. Selain itu, PIBG membantu aktiviti Mengecat
Bangunan Sekolah, Membekal dan Memasang Signboard, Keceriaan Sekolah “Sekolahku Indah”,
Membekal dan Memasang Banner “INTEK 2020” dan banyak lagi.

Pihak PIBG juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seorang bapa Tn Haji
Amiruddin yang mengambil inisiatif yang tinggi merealisasikan hasrat guru dan pelajar untuk
memasang kipas gergasi di Surau An-Nur. Dengan adanya kipas tersebut, pelajar-pelajar
kita boleh menjalankan aktiviti keagamaan di surau dengan lebih selesa dan nyaman. Selain itu,
Tuan Haji Amiruddin juga menambah empat mesin Coway lagi untuk keperluan pelajar di
bangunan akademik. Dengan adanya mesin Coway tersebut, banyak membantu pelajar
mendapatkan air bersih yang bertapis. Syukur.

Dalam usaha kolaboraatif ini, PIBG sentiasa menyokong dan membantu program-program
sekolah sama ada secara dekat atau jauh. Pihak AJK menjemput dan mempelawa mana-mana
ibu bapa di sini yang ada mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu tampil membantu
anak-anak kita supaya mereka dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang mungkin tiada
dilakukan di bilik darjah. Penglibatan sarana ibu bapa dan komuniti boleh memberi nilai tambah
yang berguna kepada anak-anak kita yang masanya lebih banyak dihabiskan di sekolah
berbanding bersama ibu bapa di rumah.

Sesungguhnya, PIBG dan pihak sekolah ini diibaratkan bagai aur dengan tebing. Kami sentiasa
bekerjasama dan saling membantu demi mencemerlangkan anak-anak, demi mencapai visi
sekolah Menjelang tahun 2020 SBP Integrasi Kuantan menjadi sebuah sekolah unggul bagi
melahirkan modal insan kelas pertama.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

ASMUI BIN MUSTAPA
Setiausaha Kehormat PIBG
Sesi 2019/2021

- 16 -

RINGKASAN PENGLIBATAN PIBG DALAM PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH

NO BIDANG SUMBANGAN

1 AKADEMIK - Modul kecemerlangan pelajar, kelas-kelas tuisyen, bengkel teknik
menjawab peperiksaan , seminar dan ceramah.

- melaksanakan program Don’t Leave Me Behind dan Lompatan
Saujana Trial SPM 2020.

2 SAHSIAH DAN - Kursus Kepimpinan BADAR DAN NUQOBA’.
JATI DIRI - Program Suit Pakej Sistem S-Taas V1001 On-Line.
- Bengkel Jiwa Takwa dan Minda Sihat.
- Majlis Hala Tuju dan Aku Janji Akademik Pelajar Tingkatan Tiga

dan Lima.

3 KOKURIKULUM - Biayai kos Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah,
Kejohanan Bola Jaring MSSD Kuantan 2020 dan Kejohanan Hoki
MSSD Kuantan.

- Program Pembangunan Sukan Hoki INTEK.
- Pembelian Tiket Menonton Teater Muzikal Mahsuri di SBP Integrasi

Gombak.

4 KEBAJIKAN - Membiayai kos menyelenggara tandas Blok Akademik.
- Membayar sagu hati perkhidmatan pekerja membersihkan kawasan

luar pagar sekolah.
- Menaiktarafkan bilik Bahasa Inggeris.
- Membiayai Program Scholarship Leaf, Membeli LCD Projektor

Makmal Fizik dan Kimia.

- Membeli Alatan Ceracah (Staging) Surau An-Nur.

5 KECERIAAN - Gotong-royong Fasa 1 dan Fasa 2 dibuat dalam bulan Januari 2020.
- Membantu aktiviti Mengecat Bangunan Sekolah.
- Membekal dan Memasang Signboard, Keceriaan Sekolah

“Sekolahku Indah”.
- Membekal dan Memasang Banner “INTEK 2020”.

6 SUMBANGAN - Kipas gergasi di Surau An-Nur.
PERIBADI - Empat mesin coway.

- 17 -

- 18 -

- 19 -

- 20 -

USUL / CADANGAN DI BAWAH UNTUK DIBAHASKAN DAN DIBINCANGKAN
SEPERTI BERIKUT:

1 Usul : Mencadangkan ibu bapa yang berada di luar Kuantan mengikuti
mesyuarat PIBG secara online.
Pembawa Usul : En Rosman Bin Misdal 011 32510323
Anak : Ibnu Qayyum Bin Rosman 5 Al-Biruni

2 Usul : i. Apabila covid pupus,outing dibenarkan dari pukul 10 pagi.

ii. Mencadangkan pelajar dibenarkan membawa telefon ke
sekolah sementara musim covid ini.

Pembawa Usul : Puan Khairul Muna binti Mahusain 019 286 0871

Anak : Nabilah Zaini binti Ahmad Anwar Zaini 3 Aktuari

3 Usul : Mohon penjelasan status berkaitan yuran yang telah
dibayar.tetapi pelajar tidak belajar di sekolah.

Pembawa Usul : Mohd Fakhrul Razi bin Ghazali 013 9885956
Anak : Muhammad Afiq Azfar bin Mohd Fakhrul Razi 1 Anatomi

- 21 -

4 Usul :
i. Mencadangkan pihak sekolah menyediakan ampaian terbuka
diblok
asrama. Adalah difahamkan bahawa ampaian di asrama adalah
berbumbung. Jadi tiada cahaya atau pengudaraan yang baik. Baju
yang dijemur susah utk kering. ( mungkin salah satu faktor lain

adalah baju dijemur terlalu rapat).

ii. Sediakan satu lagi tempat ampaian berbumbung untuk atasi baju
dijemur terlalu rapat.

Pembawa Usul : Noor Irni binti Ishak 019 4792019

Anak : Nur Amalina binti Bongsu 4 Al-Biruni

5 Usul : Pelajar haruslah ambik vaksin sebelum pulang ke asrama.

Pembawa Usul : Abdullah bin Othman 016 9222012
Anak : Muhammad Firdaus bin Abdullah 3 Astronomi

- 22 -

LAMPIRAN A : SUMBANGAN PIBG

MAKLUMAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021
SEPERTI YANG DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK/SMK SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI
KUANTAN ( INTEK ) yang diadakan pada 21 OGOS 2021 SABTU telah mempersetujui bayaran
majalah sekolah tahun 2021 adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN
SUMBANGAN

1 Sumbangan PIBG RM50.00 1 Keluarga bagi 1
sumbangan sahaja

Disahkan oleh :

…………………………… ........................................ ………………………………………............
(AZHAR BIN DAUD) ()
Pengetua Yang Dipertua PIBG
SBP Integrasi Kuantan SBP Integrasi Kuantan

- 23 -

LAMPIRAN B : BAYARAN MAJALAH

MAKLUMAN BAYARAN MAJALAH TAHUN 2021
SEPERTI YANG DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK/SMK SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI
KUANTAN (INTEK) yang diadakan pada 21 OGOS 2021 SABTU telah mempersetujui bayaran
majalah sekolah tahun 2020 adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH BAHYARAN CATATAN

1 Majalah Sekolah RM20.00 1 BUAH BAGI 1
(INTEGRITI) KELUARGA

Disahkan oleh : ………………………………………............

…………………………… .. ( )
(AZHAR BIN DAUD) Yang Dipertua PIBG
Pengetua SBP Integrasi Kuantan
SBP Integrasi Kuantan

- 24 -

AHLI JAWATANKUASA PIBG INTEK
SESI 2021 / 2023

Yang Dipertua : ____________________________________________
Naib Yang Dipertua : ____________________________________________

AJK Mewakili Ibu Bapa: 7. _________________________
1. _________________________ 8. _________________________
2. _________________________ 9. _________________________
3. _________________________ 10. _________________________
4. _________________________ 11. _________________________
5. _________________________
6. _________________________

AJK Mewakili Guru: 5. __________________________
1. ________________________ 6. __________________________
2. ________________________ 7. __________________________
3. ________________________
4. ________________________

Pemeriksa Kira-Kira: 2. _________________________
1. _________________________

Setiausaha Kehormat : _______________________________
Penolong Setiausaha : _______________________________
Bendahari Kehormat : _______________________________
Penolong Bendahari : _______________________________

- 25 -


Click to View FlipBook Version