PPIM
TARIKH 21 September 2022 ( Rabu )
MASA
8.00 Pagi - 4.00 Petang
TEMPAT
SK WIRA, Kuantan
Yb Datuk Seri Saifuddin bin Abdullah
( Menteri Luar Negeri )
PENDAHULUAN
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara
sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di
seluruh Malaysia.
Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-
potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
Sebagai mengikuti arus perkembangan murid yang berketrampilan dan mampu memimpin, pihak PPIM menganjurkan
Karnmival Hari Puteri yang melibatkan penyertaan ahli Puteri Islam sekolah Menengah dan Sekolah Rendah sebagai
peserta Karnival dan ahli Puteri dari beberapa buah sekolah terpilih akan menjadi ajk pengelola booth.
Ini sedikit sebanyak akan mendedahkan para pelajar tentang pengendalian aktiviti dan sekaligus memberi
pengalaman berharga kepada mereka. Selain dari memupuk rasa tanggungjawab kepada pelajar, mereka juga akan
membina kemahiran berinteraksi dan secara langsung membina keyakinan diri mereka dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan. Aktiviti di 20 booth yang dirancang selaras dengan kurikulum PPIM yang melayakkan ahli puteri
mendapat persijilan.
MATLAMAT
Melahirkan ahli puteri yang bakal menjadi pemimpin yang berilmu, memahami konsep dan carakerja sistematik dan
memupuk semangat kerja berpasukan serta mempraktikan ilmu yang disampaikan dan mengaplikasikan modul-modul
aktiviti PPIM bagi melengkapkan penilaian seterusnya menerima pengiktirafan ahli PPIM mengikut tahap yang telah
ditetapkan.
RASIONAL
Karnival ini diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan khususnya kepada ahli puteri tentang modul aktiviti dalam
penilaian sijil serta membantu mencetuskan idea kepada guru pemimpin dalam mengendalikan PPIM peringkat
sekolah khususnya dan matlamat PPIM Perhubungan Daerah Kuantan agar lebih ramai ahli puteri yang layak
mendapat sijil dimasa akan datang.
OBJEKTIF
Membina dan mengembangkan ilmu, kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan ahli puteri dan guru
pemimpin mengenai perkembangan terkini PPIM
Memastikan ahli puteri yang terpilih sebagai ajk pengelola mendapat peluang dan pengalaman berharga
setelah menyertai karnival ini.
Melahirkan ahli puteri yang mahir dalam aktiviti dan modul khusus berkaitan PPIM
Memastikan semua ahli berdaftar supaya mereka boleh mengikuti aktiviti dan program yang dijalankan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
Memastikan bilangan ahli puteri yang mendapat sijil pengiktirafan mengikut tahap bertambah
Melahirkan bakal pemimpin yang berwawasan,proaktif dan mengamalkan isi kandungan kurikulum PPIM,
kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup
Pengerusi : Puan Nor Azizah Binti Abd Hadi
Puan Normah Binti Seliman
Setiausaha : Puan Izam Nooraza Binti Mohd Nor @ Abd Razak
Bendahari : Puan Nor Aina Binti Mohamad Said
Juruacara : Puan Intan Nur Hamimah Binti Mohamed Kassim
: Puan Nor Azlina Binti Isof
Bacaan Doa : Puan Nor Asimah Binti Teh
Jemputan & : Puan Asliza Binti Alias @ Ismail
Publisiti
Makanan : Puan Norasdelah Binti Abdullah
Puan Asliza Binti Alias @ Ismail
Fotografi & : Puan Zaharah Binti Abd Aziz
Dokumentasi Puan Nor Azlina Binti Isof
Brosur : Puan Rafida Anim Binti Rasid
e-Sijil & : Puan Nor Aina Binti Mohd. Said
Banner
Pendaftaran : Puan Norasdelah Binti Abdullah
Puan Asliza Binti Alias @ Ismail
Montaj : Puan Nor Laila Binti Omar
Booth & : Puan Nor Liza binti Mamat
Aktiviti Puan Wan Noriati Binti Wan Abdullah
Persiapan : Puan Fauziah Binti Mat Jusoh
Tempat & Puan Hariati Binti Jaaffar
Peralatan Puan Zaharah Binti Abdul Azizi
( Teknikal ) Dibantu Guru Penasihat PPIM SK WIRA
Aturcara Majlis
8.00 pagi : Pendaftaran (Pengesahan Kehadiran)
8.30 pagi : Taklimat Ringkas di Padang
8.45 pagi : Senamrobik
: Aktiviti Karnival bermula.
10.00-10.30 pagi : Rehat
10.30 pagi - 1.00 petang : Sambungan Aktiviti Karnival
1.00 - 2.00 petang : Makan Tengahari & Solat Zohor
2.00 - 2.45 petang : Persediaan Majlis Penutup.
2.45 - 3.00 petang : Ketibaan Jemputan
3.00 petang : Bacaan Selawat dan Asmaul Husna
: Nyanyian Lagu Puteri
: Bacaan Doa
: Ucapan Pengerusi
: Ucapan Perasmi
: Gimik Perasmian
: Majlis Tamat.
4.00-4.30 petang : Jamuan VIP
Asmaul Husna