The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraziey75, 2021-07-28 22:33:51

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd

Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd.Yusop
Sinopsis: Bab 1

 Sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima berada di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Bukit Melawati,Selangor untuk
mencerap bintang. Mereka terdiri daripada 15 orang
murid dan tiga orang pengiring.

 Nurul Hafsa yang baru bertugas sebagai pegawai sains
di Balai Cerap Sultan Salahuddin pada hari itu rasa
gelisah kerana langit yang terlalu cerah menyebabkan
hanya dua bintang dalam buruj Orion yang dapat
dilihat.

Sinopsis: Bab 1(sambungan)

 Nurul Hafsa memulakan ucapan selamat dan memperkenalkan diri. Dia
bertanggungjawab memandu pencarian bintang pada malam itu. Nurul
Hafsa bersoal jawab tentang nama bintang dalam buruj Orion.

 Nurul Hafsa menjelaskan bahawa nama-nama bintang dalam burij Orion
diambil daripada perkataan Arab. Nama Orion pula berasal dari lagenda
Grik, seorang pemburu gagah yang dicintai oleh Dewi Artemis.

 Dia juga menjelaskan lagenda buruj Orion tiada dalam tamadun Islam
kerana ilmuwan Islam percaya bahawa alam semesta hanya diperintah
oleh kekuasaan Tuhan dan tiada kaitan dengan kepercayaan karut dan
emosi manusia.

Sinopsis: Bab 1(sambungan)

 Nurul Hafsa menjelaskan bahawa mereka hanya dapat melihat sebahagian
buruj Orion kerana langit di Kuala Selangor terlalu cerah yang disebabkan
oleh pencemaran cahaya.

 Penjelasan itu dipersoalkan oleh Puan Wickham, salah seorang pengiring
rombongan tersebut yang mengatakan bahawa Kuala Selangor terkenal
sebagai tumpuan para peminat kaji bintang.

 Nurul Hafsa mengakui hal tersebut tetapi Kuala Selangor telah mengalami
kesan negatif daripada pembangunan yang pesat yang berlaku dalam masa
yang singkat.

 Nurul Hafsa agak terkejut apabila diberitahu rombongan itu juga tidak dapat
melihat kelip-kelip, sedangkan Kuala Selangor memang terkenal dengan
pencerapan bintang dan kelip-kelip.

Sinopsis: Bab 1(sambungan)

 Pada malam sebelumnya, Nurul Hafsa telah berdoa dan berazam untuk
menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam dengan penuh
dedikasi.

 Pada malam itu, Nurul Hafsa berazam untuk bertindak supaya bintang-
bintang di langit dapat dilihat dengan mata kasar dan kegiatan
mencerap bintang secara amatur menjadi meriah.

 Nurul Hafsa meluahkan rasa dukacita kerana lawatan kanak-kanak itu ke
Kuala Selangor mengecewakan mereka dan dia berjanji akan
memulihkan keadaan tersebut sedaya upaya.

Sinopsis: Bab 1(sambungan)

 Puan Wichkam mengatakan bahawa janji itu sukar ditunaikan kerana
mustahil seorang manusia boleh menggerakkan bintang kembali ke
Kuala Selangor.

 Nurul Hafsa menjelaskan bahawa bintang-bintang memang sudah ada di
langit tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia kerana terlalu banyak
cahaya.

 Puan Wickham memuji kebijaksanaan Nurul Hafsa berhujah dan
mendoakan agar Nurul Hafsa berjaya membawa bintang itu kembali ke
Selangor.

 Nurul Hafsa membaca kebimbangan pada wajah Puan Wickham sebagai
tanda keikhlasannya dan berterima kasih kepada Puan Wickham.


Click to View FlipBook Version