NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN:
SINOPSIS: BAB 1
Raiha meneliti filem sinar X milik Unong Siron di pejabatnya dan merasakan ada
sesuatu yang tidak kena pada filem itu. Kes Unong Siron sebelum itu ditangani
oleh Doktor Uwang yang pada saat akhir meminta Raiha menangani kes tersebut.
Raiha meminta penjelasan daripada Doktor Uwang, tetapi Doktor Uwang
menganggap Raiha cuba mempertikaikan kewibawaannya sebagai pakar bedah.
Raiha teringat ketika dia sebagai siswi pada tahun pertama, Doktor Uwang
menjadi pengajarnya tentang pembedahan . Beberapa tahun kemudian dia
bertemu Doktor Uwang di sebuah hospital kerajaan dan dia sering membantu
Doktor Uwang di bilik pembedahan. Raiha mengkagumi Doktor Uwang dan
dalam diam dia jatuh cinta kepada Doktor Uwang, tetapi dia sedar cintanya hanya
satu mimpi kerana Doktor Uwang telah beristeri.
SINOPSIS: BAB 1
Raiha kemudiannya menerima lamaran Doktor Sadiz, seorang duda beranak dua
yang lebih tua daripada bapanya. Bapa Raiha tidak suka dengan hubungan tersebut
namun tidak dapat menghalang kehendak Raiha.
Setelah beberapa tahun, Raiha sedar sebab bapanya menghalang perkahwinannya
dengan Doktor Sadiz. Sepuluh tahun kemudian, Raiha meninggalkan Doktor Sadiz
kerana peristiwa hitam dalam antara dia dengan Doktor Sadiz. Raiha tidak kembali
kepada bapanya, tetapi dia menerima pelawaan Dokor Uwang untuk menyertainya di
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Kini sudah enam bulan dia bertugas di PRPK
SINOPSIS: BAB 1
Raiha sendirian di pejabatnya selepas beberapa minit pembedahan ke atas Unong
Siron. Dia teringat akan arwah ibunya yang hanya dikenali melalui gambar. Ibu
Raiha meninggal sewaktu melahirkannya.
Kemudian dia teringat akan arwah bapanya yang bangga akan kejayaan dua orang
anak lelakinya yang menjadi hakim dan pengarah di jabatan kerajaan.
Bapa Raiha pernah menentang impian Raiha untuk menjadi pakar bedah kerana
kerjaya itu tidak sesuai untuk wanita. Dia tidak mahu Raiha menjadi seperti arwah
ibunya yang masih meneruskan kerjaya sebagai jururawat selepas berkahwin
sehingga tiada masa untuk keluarga.
SINOPSIS: BAB 1
Raiha seterusnya teringat akan peristiwa malang yang menyebabkan
kematian anak kesayangannya. Peristiwa itu sentiasa menghantui
perasaannya.
Raiha kembali meneliti filem sinar X milik Unong Siron. Dia terbayang akan
Unong Siron yang kesakitan semasa di bawa ke bilik bedah. Dia
membayangkan wajah Unong Siron yang gebu dulu tetapi kini kurus
cengkung dan pucat.
Raiha teringat perbincangannya bersama Doktor Alex Ng dan Doktor
Mohammad sebelum menjalankan pembedahan ke atas Unong Siron. Dia
memastikan tugasnya benar-benar memuaskan hati semua pihak.
SINOPSIS: BAB 1
Raiha gelisah mengingatkan pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron yang
dilakukannya, kelima-lima pembedahan sebelum itu dijalankan oleh Doktor Uwang
sendiri. Unong Siron baru saja meraih sarjana dan dijangka melanjutkan pelajaran ke
luar negara terpaksa ditunda kerana penyakitnya.
Felicia Landosi teringat akan kata-kata Raiha yang mempersoalkan ikrar dan sumpah
yang pernah dilafazkannya. Kata-kata itu membuatkan dada Felicia terasa sesak,
namun Felicia tahu akan sebab kemarahan Raiha kepadanya.
Dia juga teringat akan kata-kata Doktor Uwang yang memberinya amaran supaya ingat
akan sumpahnya. Felicia terikat akan sumpahnya keran dengan sumpahnya itu dia
dibayar dengan gaji yang lumayan. Ingatan itu mengganggu ketenangannya dan dia
menangis kepiluan.
SINOPSIS: BAB 1
Felicia teringat akan dosa silamnya yang berlaku sepuluh tahun yang lalu. Dosa itu menyebabkan kerjayanya
sebagai jururawat di PRPK ialah penjara baginya. Dia benar-benar berharap dia dapat melupakan peristiwa hitam
pada malam itu.
Lisa Chung menegur Felicia yang kelihatan pucat seperti tidak sihat. Felicia cuba berpura-pura kerana bimbang Lisa
Chung dapat meneka rahsia hitamnya. Lisa Chung meneka Felicia telah bergaduh dengan Doktor Mohammad.
Felicia terbayang wajah kacak Doktor Mohammad yang beberapa tahun lebih muda daripadanya. Doktor itu
pernah menggoda Felicia dengan gerak tubuhnya. Felicia cuba menghindari untuk menerima godaan Doktor
Mohammad biarpun tercetus keinginan untuk menerimanya . Telah sepuluh tahun berlalu, kini perhatian Doktor
Muhammad beralih ke arah jururawat lain.
Tiba-tiba Felicia teringat jeritan seorang kanak-kanak perempuan. Dia terbayang Doktor Raiha yang terkejut dari
tidurnya dan meronta-ronta untuk cuba menyelamatkan kanak-kanak itu tetapi dihalang oleh ramai. Peristiwa
hitam itu sering menghantui fikiran dan menggganggu emosinya hingga dia berasa tidak tenteram berada di PRPK.
SINOPSIS: BAB 1
Felicia telah mengambil ubat batuk di farmasi secara curi-curi bagi mengurangkan
gangguan halusinasi dan melupakan kenangan hitam yang dialaminya.
Felicia menegur Ariana Abdullah yang leka berbual di telefon hingga orang luar mudah
masuk dan menyamar sebagai doctor di PRPK. Ariana menjelaskan bahawa dia terpaksa
menjawab panggilan Doktor Mohammad yang bertanya jika mereka ada kes kecemasan.
.
Felicia teringat ketegangan akibat rasa tidak puas hati Doktor Raiha terhadap layanannya
kepada ibu Unong Siron tempoh hari. Kini, dia bertugas pada waktu malam dan tidak perlu
melayan pesakit, sebaliknya hanya perlu memastikan semua pesakit tidur. Jadi, dia tidak
perlu berpura-pura bersikap ramah dengan pesakit.