Karya Aizzat Zarith Danial
Copyright @ CCA, UITM 2023 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian artikel, il ustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UITM. Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. E-mel: [email protected] Penerbit UITM adalah anggota MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pereka Kulit Buku: Aizzat Zarith Danial Pereka Lukis: Aizzat Zarith Danial Dicetak di Malaysia oleh: Pusat Percetakan UiTM Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA 40450, Shah Alam Selangor
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah bersyukur diatas kesenangan dan kesempatan yang telah diberikan-Nya kepada penulis sepanjang penghasilan buku in. Penulis sangat berterima kash kepada sema individu yang telah membantu melancarkan projek " Warisan Warisan Kulit Kelantan". Penghargaan istimewa kepada ibu bapa serta ahli keluarga penulis yang tidaklelah mendoakan, memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan. Selain itu, penghargaan istimewa juga kepada pensyarah yang telah mencurahkan ilmu dan memberikan bimbingan kepada penulis. Izin mengingatkan bahawa penceritan dalam buku ini merupakan adaptasi melalui kisah hikayat, mengandungi fakta, sejarah, latar tempat, tokoh sejarah dicampuri dengan aspek-aspek rekaan dan imaginasi penulis. Buku ini dihasilkan bertujuan untuk menarik minat golongan muda untuk membaca kisah rakyat tempatan sambil dijadikan hiburan dan mengambil pengajaran menerusi kisah yang disampaikan
Rayyan dan Ari pulang ke Kelantan kerana sudah lama tidak bertemu Tok Aki yang berada kampung halaman.
Rayyan dan Ari kelihatan begitu gembira kerana dapat bertemu Tok Aki setelah sekian lama tidak mengunjunginya.
Pada petang itu, Tok Aki membawa Rayyan dan Ari ke ruang tamu lalu menunjukkan koleksi wayang kulit miliknya.
Wayang kulit disebut sebagai wayang golek kerana bentuknya seperti boneka dan boleh digerakan. Wayang kulit juga diperbuat daripada kulit haiwan seperti lembu dan kambing.
Lalu, Tok Aki memberikan wayang kulit kepada Rayyan dan Ari lalu mereka bermain bersama dengan begitu riang.
Tiba-tiba, Rayyan kedengaran sesuatu lalu menolehkan kepalanya ke arah suara tersebut.
Semasa Ari seronok bermain, Ari tidak sengaja mematahkan wayang kulit milik Tok Aki. Ari kelihatan begitu sedih.
Kemudian, Rayyan memberitahu perkara tersebut kepada Tok Aki dan dia kelihatan terkejut.
Ari berasa serba salah disebabkan sikapnya yang cuai. Tok Aki memaafkan Ari dan cuba memujuk Ari semula.
Maka, Tok Aki pun mulalah menceritakan bagaimana wayang kulit dihasilkan dan hikayat yang sering dimainkan dalam pertunjukan wayang kulit.
Pada mulanya kulit haiwan yang telah dijemur akan diukir membentuk sebuah boneka dan kemudian diwarnakan.
Antara alat muzik untuk Wayang Kulit Kelantan ialah Gong (Tetawak), Gendang, Geduk, Gedombak, Canang, Mong, Serunai dan Kesi. Cerita-cerita yang disampaikan adalah berdasarkan kisah Hikayat Sri Rama yang disadur dari kitab Epik Hindu iaitu Hikayat Ramayana.
Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir.
Maka, Tok Aki pun mengakhiri kisahnya dengan begitu menarik sekali. Rayyan dan Ari berasa sangat kagum akan keindahan warisan wayang kulit Kelantan.