Oleh : zaamrilM A K A N A N S E J U K B E K U
Meniti arus pemodenan ini, Industri makanan sejuk beku merupakan industri yang
berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini dikatakan demikian
kerana industri ini menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup kita
yang ringkas dan mudah. Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin
menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan
makanan yang ringkas juga berkhasiat.Menurut definisi Food and Agriculture
Organization (FAO), makanan sejuk beku bermaksud makanan yang disimpan di
dalam peti sejuk yang bersuhu di bawah negatif 18°C. Makanan yang disimpan di
bawah suhu tersebut boleh bertahan lama yang boleh menjamin kualiti dan
kesegaran makanan tersebut. Jangka hayat untuk makanan sejuk beku ialah selama
setahun. Industri makanan sejuk beku ini semakin meningkat permintaannya
dengan perubahan gaya hidup manusia pada zaman moden ini. Peningkatan
makanan konsep ini dijangka berlaku sebanyak 10% pada setiap tahun bermula dari
tahun 2000 hingga sekarang. Peningkatan ini dijangka akan terus berlaku.
Makanan sejuk beku telah mula menarik perhatian ramai orang kerana lebih
mudah disediakan dan menjimatkan masa.
Keistimewaan makanan sejuk beku adalah harganya yang kompetitif. Makanan
yang mudah untuk disediakan dengan hanya melibatkan proses menggoreng,
mengukus dan memanggang.Selain itu, makanan sejuk beku dapat menjimatkan
masa dan dalam masa yang sama dapat menyediakan makanan yang berkhasiat
serta tahan lama. Sumber pendapatan masyarakat juga dapat dipertingkatkan
dengan adanya industri makanan sejuk beku ini.
Apabila kita membicarakan isu makanan sejuk beku,apa yang terlintas di minda
dan hati kita ialah, makanan sejuk beku mempunyai potensi untuk mempunyai
masa hadapan yang sangat cerah dan ia mampu merancakkan lagi industri
makanan.Selain itu, industri ini juga layak untuk memasuki pasaran peringkat
antarabangsa kerana hasil daripada sikap individu yang ingin sentiasa melakukan
sesuatu yang terbaik.Produk sejuk beku ini biasa dijual dalam 3 bentuk iaitu bahan
mentah seperti ayam, daging, itik, dan jejari kentang.Makanan separa proses pula
adalah seperti karipap segera, popia segera, samosa, nugget, pizza, sosej, sushi,
roti jala dan roti canai. Akhir sekali, makanan sedia dimakan seperti ais krim dan
ais krim putar.
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh syarikat pengeluar makanan sejuk beku adalah
makanan sejuk beku menjadi medan persaingan antara pelbagai negara kerana terdapat
banyak lagi negara yang mempunyai produk makanan sejuk beku yang jauh lebih
berkualiti berbanding syarikat tempatan.Bukan itu sahaja, syarikat yang menjadi
sumber pengeluar makanan sejuk beku perlu memartabatkan industri makanan halal
tempatan ke peringkat antarabangsa dan sentiasa memperbaiki atau membangunkan
lagi produk makanan sejuk beku supaya menjadi lebih berkualiti agar dapat bersaing
dengan produk pasaran antarabangsa sepertinya peribahasa yang berbunyi akal akar
berpulas tak patah.
Antara peranan badan-badan yang mampu mengetengahkan industri makanan sejuk
beku ke peringkat antarabangsa ini adalah Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (MATRADE). Mereka bertanggungjawab untuk membantu pengusaha
dengan memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.Mereka mengelolakan latihan
untuk meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia. Selain itu, Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) juga membantu usahawan memasarkan dan
mempromosikan produk makanan sejuk beku dengan lebih efektif.
Sebagai akhir kata, makanan sejuk beku kini menjadi rebutan pelanggan dari dalam atau
luar negara dan juga menjadi pilihan warga Malaysia kerana selaras dengan gaya hidup
harian yang ringkas dan memudahkan rakyat Malaysia.Industri makanan sejuk beku ini
semakin berkembang dek cendawan tumbuh selepas hujan.