The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERJUMPAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI KEDUA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU LATIFAH TARKEP, 2022-08-09 07:00:21

PERJUMPAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI KEDUA

PERJUMPAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI KEDUA

Keywords: KOKURIKULUM

PERJUMPAAN PERSATUAN
BAHASA MELAYU

SELASA : 2 OGOS 2022

SMK AGAMA JOHOR BAHRU

GURU PENASIHAT : CIKGU LATIFAH BINTI TARKEP

TUGASAN KUMPULAN

Bentuk kumpulan kecil ( 4-6 orang )
Pilih satu slaid untuk tugasan kumpulan.
Taipkan nama penuh ahli kumpulan dan
kelas.
Buat laporan dalam bentuk berita tentang
aktiviti penting di sekolah anda.

Muhammad Farhan bin Ab Kadir 5 AF
Ammar Izzuddin bin Roslen 4IR
Seth bin Basarudin 1AB
Isyraf bin Rudy Sham 1OM

KEJOHANAN BALAPAN

DAN PADANG KALI KE- 25

SMK AGAMA JOHOR BAHRU, 30 JUN- SMK Agama Johor Bahru telah
mengadakan Kejohanan Olahraga dan Balapan kali ke 25 dengan
jayanyaperasmian yang disampaikan oleh pengetua SMK Agama Johor Bahru,
Puan Hajah Normala binti Ismail. Selepas upacara menaikkan bendera dan
ikrar kejohanan oleh wakil pelajar, acara kejohanan pun bermula. Pelbagai
acara kejohanan seperti larian 100m, 4X100m dan 4x400m bagi kategori lelaki
bawah 13, 15, 18 telah diadakan. Acara kejohanan diakhiri dengan acara larian
4x100m bawah 18.

Secara keseluruhan, rumah merah ( Ahmar ) mendahului rumah
rumah sukan yang lain dan berjaya meraih johan. Naib johan pula dimenangi
oleh rumah kuning ( Asfar ). Bagi acara perbarisan, rumah biru ( Azraq) berjaya
merangkul tempat pertama. Izz Zahin daripada rumah sukan hijau ( Ahdar) dan
Khadijah daripada rumah sukan kuning (Asfar) masing masing dinobatkan
sebagai olahraga dan olahragawati Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-25.

DHIYA INSYIRAH - 3 ABU BAKAR
FILZAH ANNAWWARAH - 3 ABU BAKAR
AISYAH NAJWA - 3 OMAR
NUR ZARITH SOFIA - 3 OTHMAN

Amirul Aiman Bin Mohd Fauzi & Adam Irfan Bin Md. Said (2AB)

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN KALI KE- 25

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JOHOR BAHRU, Khamis- Kejohanan Olahraga Dan Balapan ke-25 telah diadakan di
Padang SMKAJB bertarikh 9 Julai 2022 daripada pukul 7:30 pagi sehingga pukul 2:00 petang.Kesemua murid-murid dan guru-guru
SMKAJB terlibat dengan kejohanan tersebut.Kejohanan ini telah disempurnakan oleh Tn. HJ. Muhd. Sanusi Bin Md. Noh dengan ucapan

perasmiannya.
Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan pada hari kejohanan tersebut.Selepas sahaja pemberian ucapan daripada Puan
Pengetua SMKAJB, Pn. Hjh. Normala Binti Ismail, acara perbarisan pula berlangsung.Semua ahli pasukan rumah masing-masing telahpun

melaksanakan acara perbarisan berserta persembahan khas dengan cemerlangnya.
Kejohanan tersebut diteruskan lagi dengan acar larian bagi setiap rumah sukan.Kemudian,kejohanan olahraga ini diakhiri dengan Majlis
Penyampaian Hadiah. Tahniah diucapkan kepada Salehuddin Al-Ayubi, johan keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Dan Balapan ke-25,

dengan pengumpulan mata keseluruhan, 406 mata.Bagi acara perbarisan pula, Uqbah Nafiq bergelar sebagai juara dengan tema
'Captain America' bersama kostum bewarna biru menyala.Juara bagi kategori acara menghias khemah rumah sukan pula disandang oleh

Tariq Az-Ziyad dengan perhiasan-perhiasan yang cantik dan menarik.

KEJOHANAN BALAPAN

DAN PADANG KALI KE-25

SMK AGAMA JOHOR BAHRU , 9 Julai 2022 - Hari
Kejohanan Olahraga dan Balapan ke-25 yang
berlangsung pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah
hari. Kejohanan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
SMK Agama Johor Bahru dengan kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Majlis Pembukaan
dirasmikan oleh Encik Mohd Sanusi bin Md Noh.

Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan
seperti larian 400 meter,100 meter dan 200
meter.Segelintir murid mengambil bahagian dalam
acara larian.

Pada akhir kejohanan ini, diumumkan Baitul
Salahudin Al-Ayubi sebagai johan keseluruhan
dengan kutipan markah sebanyak 406.Majlis
berakhir pada pukul 12 dengan jayanya.

ANIS HUMAIRA 2 ALI SHAZWANI 2 ALI IRDINA NADIRAH 2 OMAR

Kejohanan Olahraga dan Balapan kali


ke-25 SMKA JB

JOHOR BAHRU, 9 JULAI - SMKA Johor Bahru telah menganjurkan Kejohanan

Olahraga dan Balapan kali ke-25 yang bertempatkan di padang SMKA Johor

Bahru. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan seperti lontar peluru,

100 meter dan lempar cakera yang menarik minat pengunjung untuk datang

menyaksikan acara tersebut.

Selain itu, kejohanan ini dimulakan dengan perbarisan antara rumah sukan

yang terdiri daripada baitul Salahudin Al-Ayubi dan baitul Tariq Az-

Ziyad.Kejohanan ini tampak lebih sempurna dengan seri kata Puan

Pengetua,Puan Hjh. Normala dalam merasmikan kejohanan ini.

Muhammad Akhif Naufal 1 Harun
Muhammad Adam Rifqi 1 Ali
Muhammad Zafry 4 AF

NUR AIN FATINI - 2 ABU BAKAR Hari Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali Ke-25
SARAH NASUHA - 1 ALI
SUMAYYAH - 1 HARUN JOHOR BAHRU, Khamis - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Johor Bahru telah mengadakan Hari Kejohanan Olahraga dan Balapan
IRDINA DAMIA - 1 HARUN Peringkat Sekolah pada 30 Jun 2022.

Hari kejohanan balapan ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah
dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tujuan hari
kejohanan balapan ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan
semangat kesukanan dalam diri pelajar. Perkara ini juga mampu
meningkatkan kerjasama antara satu sama lain supaya meraih
kejayaan.

Sepanjang majlis hari kejohanan balapan ini berlangsung, pelbagai
acara telah dipertandingkan. Antaranya, lumba lari 400m, 200m,
100m, lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru, perbarisan dan
banyak lagi acara lain.

Hari Kejohanan Olahraga dan Balapan ini telah dimenangi oleh
pasukan Sallehuddin Al-Ayubi sebagai pemenang keseluruhan
dengan mata yang dipungut sebanyak 453 mata.

Laporan Sambutan Hari Raya di SMK Agama Johor Bahru

Pada tanggal 16 Mei 2022 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan
hari raya peringkat sekolah di Dewan Umar Abdul Aziz. Sambutan ini melibatkan

seluruh warga sekolah yang turut disertai oleh ibu bapa.Tujuan sambutan ini
diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga

sekolah. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk meraikan kemenangan
umat islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.



Sepanjang sambutan ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah
diadakan. Antaranya ialah persembahan lakonan musikal daripada pelajar

tingkatan 5. Tambahan pula, terdapat sepuluh gerai yang terdiri daripada aneka
juadah seperti kambing golek dan ais krim. Majlis diakhiri dengan acara
mengambil gambar setiap tingkatan pada jam 2 petang . Kami berharap
sambutan dapat diadakan dengan lebih meriah pada masa akan datang.

Reisya Ainnur Ayme Syafiah

ayme,syafiah,ainnur,reisya

LAPORAN HARI SUKAN SMKAJB
2022

Pada tanggal 30 JUN 2022 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Kejohanan Olahraga dan
Sukan peringkat sekolah kali ke -25 di Padang sekolah SMK Agama Johor Bahru. Sambutan ini

melibatkan seluruh warga sekolah.



Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan
warga sekolah. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam

bidang sukan serta menanam sifat berdaya saing dan bekerjasama dalam pasukan. .



Sepanjang sambutan ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah diadakan.
Antaranya ialah acara padang seperti larian 100m,200m,4x400m dan lain-lain. Keputusan
kejohanan dimenangi oleh Baitul Salehuddin Al-Ayyubi. Kami berharap sambutan dapat diadakan

dengan lebih menarik dan semangat.

HAZIQ, HASYIMI, ILMI

Khutbah Jumaat Terakhir Di Bumi SMKA Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 27 MEI - Pelajar lelaki SMK Agama Johor Bahru telah berkumpul di Surau Ar Rasyidin untuk menunaikan solat Jumaat buat
kali terakhir. Pihak sekolah telah menerima kebenaran untuk menunaikan Solat Jumaat di luar sekolah seperti kebiasaan sebelum pandemik.
Pada hari tersebut, khutbah disampaikan oleh Ustaz Fakhrul Razi guru sekolah tersebut serta diiringi oleh Bilal bertugas, Arif Aiman selaku
Ketua Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR).
Peristiwa ini telah meninggalkan kenangan manis kerana badan kepimpinan pelajar dan pihak sekolah sendiri yang mengendalikan suatu
kewajipan bagi seorang muslim. Ia juga turut dihadiri oleh warga sekolah sendiri dari barisan pentadbir hinggalah ke tukang kebun sekolah.
Namun pada tanggal ini, ianya dihadiri oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi membuat pengisytiharan
kebenaran solat Jumaat di masjid luar.

Sambutan Hari Raya

SMK AGAMA JOHOR BAHRU,16 MEI- Seramai 650
murid dan guru yang telah menyambut
Sambutan Hari Raya. Sambutan ini telah
diadakan di Dewan Umar Abdul Aziz.

Pihak sekolah menjemput beberapa orang
tetamu penting seperti wakil pihak PIBG , dan
Ustaz Sanusi Sambutan ini diadakan untuk
bergembira setelah sebulan telah mengikat perut
berpuasa di bulan ramadhan .

Selepas bersalawat di dewan beramai-ramai
pelajar dan guru menyambut selera dengan
sedapnya.

Danish Irfan bin Zaidi 5AF

NUR IRDINA INSYIRAH 2 HRN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN KE-25
NUR ARYSSA 2 HRN SMKA JOHOR BAHRU
NURIN AMANI 2 OM
Pada 9 Julai 2022, Hari Sukan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Johor Bahru telah dijalankan.
Kejohanan Olahraga dan Balapan kali ke-25 telah
berlangsung dengan jayanya setelah 2 tahun tidak
diadakan akibat daripada pendemik COVID-19. Walaupun
acara berlangsung dalam keadaan padang yang berlecak
akibat hujan, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan
oleh para pelajar amat bagus dan cemerlang. Kejohanan ini
telah dijuarai Baitul Salahudin Al-Ayubi dengan mengumpul
sebanyak 406 markah. Bagi acara perbarisan rumah sukan
pula, Baitul Uqbah Nafiq telah menjadi juara dengan
bertemakan 'Captain America'.

LAPORAN PERlawanan BOLA
JARING MSSD 2022

Pasir Gudang, 2 Ogos 2022 - SMKA Johor Bahru telah menghantar -NURBATRISYA 4 AF
seramai 24 orang wakil dari tingkatan 2,3 dan 4 bagi mewakili sekolah -NURIN FIRZANAH 4 AF
dalam pertandingan MSSD Bola Jaring yang bertempat di Stadium -MARDHIATUL AIDA 4 IS
Tertutup MPPG Pasir Gudang. Pertandingan ini berlangsung selama -NUR HUSNA DALILAH 4 IR
empat hari bermula pada 4 Julai sehingga 7 Julai 2022. -FATHIAH NASUHA 4 IS

Acara ini merupakan acara tahunan yang melibatkan semua
sekolah dalam daerah Pasir Gudang. Para peserta bergerak ke
tempat kejadian daripada sekolah dengan menaiki bas sekolah sejak
awal pagi. Setibanya para peserta di sana, mereka melakukan
senaman ringkas bagi memanaskan badan. Sesudah itu, latihan
ringkas sebelum perlawanan bermula diadakan bagi membuat
persediaan yang lengkap.

Sebelum memasuki gelanggang perlawanan, mereka semua
berkumpul dan membaca doa serta bersorak bagi menaikkan
semangat para pemain. Pemain mempunyai persaan yang bercampur
baur. Inilah detik yang sangat diingati oleh mereka.


Click to View FlipBook Version