makanan sejuk beku di
persada dunia
OLEH: AKIF,ANIQ,AZIM
Makanan sejuk beku boleh ditakrifkan sebagai salah satu cara pengawetan
makanan tanpa melibatkan bahan kimia pad suhu negatif 18 darjah Celcius.
Tahukah anda jika industri ini semakin berkembang bak cendawan tumbuh
selepas hujan? Malaysia juga merupakan di antara negara yang yang giat
memajukan industri ini kesan daripada gaya hidup rakyat yang ringkas dan
mudah.
Apabila kita mula membicarakan berkaitan industri makanan sejuk beku,
sudah pasti apa yang terlintas dalam hati dan minda ialah kedai ataupun gerai
kecil-kecilan yang menjual makanan sejuk beku atau lebih dikenali sebagai
Industri Kecil Sederhana (IKS).
Persoalannya, apakah cabaran yang dihadapi oleh pengusaha Industri
Makanan Sejuk Beku.
Marilah sama-sama kita mengenali dengan lebih mendalam pihak yang
bertanggungjawab dalam menguruskan permasalahan dalam industri Makanan
Sejuk Beku di Malaysia.
Kebanyakan pengusaha Industri Makanan Sejuk Beku tidak mempunyai
pengetahuan serta modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan.
SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) ialah agensi penyelaras pusat
(CCA) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan untuk perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) merentasi semua Kementerian dan agensi berkaitan.
Pihak SME Corp. Malaysia ini bertindak sebagai pusat rujukan untuk
penyelidikan dan penyebaran data mengenai PKS dan usahawan, serta
menyediakan khidmat nasihat perniagaan untuk PKS. Misalnya, memacu
pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan
sokongan infrastruktur, bantuan kewangan. , khidmat nasihat, akses pasaran
dan pelbagai program sokongan lain.
Jika ditinjau dari sudut yang lain pula, makanan yang ingin dikomersialkan
perlu mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) terlebih dahulu. Namun terdapat isu yang timbul di mana produk yang
dipasarkan tidak mendapat pengiktirafan dari JAKIM atau tidak mencapai
piawaian yang ditetapkan. JAKIM berperanan memastikan status halal produk
pada setiap peringkat dan pada setiap proses yang terlibat dengan
menjalankan pemeriksaan tapak rasmi ke atas loji dengan tujuan untuk meneliti
bagaimana status halal bahan mentah itu dikekalkan dan dipantau sepanjang
masa. Contoh yang dapat kita lihat ialah produk Burger Ramly yang telah
diiktiraf oleh JAKIM dan telah dipasarkan di pasaran global.
Beralih kepada perspektif yang seterusnya, kebanyakan produk sejuk
beku tidak dapat dipromosikan di peringkat global. Melihat potensi yang ada
pada produk ini, Federal Agricultural Marketing Authority atau lebih dikenali
sebagai FAMA telah mengorak langkah dalam membantu usahawan
memasarkan dan mempromosikan produk melalui pelbagai medium.
Tamsilnya, Agrobazar Online, Pembaikan Imej pembungkusan Produk dan
Agropreneur Muda.
Akhir kata, jelaslah bahawa terdapat banyak pihak yang membantu dalam
memajukan Industri Makanan Sejuk Beku di Malaysia. Masyarakat seharusnya
sedar akan potensi yang ada pada industri sejuk beku ini dan berusaha
menyokong produk ini sepenuhnya. Harapan kami agar pengusaha Industri
tidak berputus asa dalam mempromosikan makanan mereka umpama sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain.