The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU LATIFAH TARKEP, 2023-09-15 03:12:13

MODUL BUAH TUTUR : MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH

MODUL BUAH TUTUR

Terkini! PERCUMA! Buah tangan daripada Cikgu L buat murid dan guru Bahasa Melayu se-Malaysia. MODUL BUAH TUTUR BM SPM kini sedia untuk dimanfaatkan. Modul Buah Tutur ini merupakan inisiatif murid-murid kelas Bahasa Melayu Cikgu Latifah tingkatan 4 al-Kindi, 4 al-Khawarizmi dan 5 Ibnu Rusyd di SMK Agama Johor Bahru untuk berkongsi maklumat dan bahan pembelajaran bersama-sama rakan pelajar dan guru Bahasa Melayu se-Malaysia. Modul ini juga diusahakan sebagai Wakaf Ilmu bagi mengumpulkan dana untuk pembelian 'LCD projector' dan 'smartboard' untuk kegunaan PdP Bahasa Melayu. Sumbangan seikhlas hati boleh disalurkan ke akaun ini : Maybank 0012 1801 5675 (Latifah binti Tarkep) Ref : Sumbangan Modul Buah Tutur. Bahan modul akan dikemas kini dari masa ke masa. Tungguu ya


Menjulang Harapan Bumi Bertuah TEMA: 4


Pada pendapat saya, reka cipta moden dalam industri kenderaan akan membantu meningkatkan ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana penciptaan pelbagai kenderaan moden yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi yang serba canggih akan dapat menarik minat para pengguna untuk pasaran dalam dan luar negara. Tamsilnya, dengan penciptaan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang menggunakan teknologi pengesan dan kamera berupaya menyediakan pelbagai ciri keselamatan terkini seperti amaran praperlanggaran dan brek kecemasan automatik. Kenderaan yang memiliki ciri-ciri istimewa berteknologi tinggi akan mendapat permintaan yang tinggi dan secara langsungnya dapat merancakkan aktiviti ekonomi negara. Kenderaan Masa Hadapan Perkembangan teknologi moden yang serba canggih telah menghasilkan pelbagai reka cipta yang memenuhi keperluan semasa dan menyelesaikan masalah pengguna. Sesuai dengan konsep tersebut, kenderaan masa hadapan juga dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna pada masa hadapan. (BT BM KSSM ting 4 : m/s 207) Pada pandangan anda, apakah manfaat reka cipta moden dalam industri kenderaan?


Selain itu, reka cipta kenderaan moden juga akan memudahkan pemanduan. Hal ini dikatakan demikian kerana kenderaan moden akan dilengkapi dengan pelbagai elemen keselamatan yang akan memudahkan para pengguna. Sebagai contohnya, kereta moden yang dilengkapi dengan kamera 360 darjah menawarkan ciri pandangan dari sudut depan, belakang serta kiri dan kanan sewaktu pemandunya mengundurkan kereta di kawasan sempit. Ciri ini berupaya mengelakkan kemalangan sewaktu pemandu memarkir kereta atau keluar dari kawasan parkir di rumah. Perakam video digital yang terdapat dalam kenderaan juga dapat melindungi pemandu sekiranya berlaku kemalangan dengan rakaman video yang boleh dijadikan bukti penyiasatan pihak berkuasa. Ringkasnya dengan teknologi moden yang terdapat dalam kenderaan ini, pengguna akan dapat memandu dengan lebih mudah dan selamat. Kenderaan Masa Hadapan


Pada pendapat saya, perkembangan sains teknologi dan penciptaan pelbagai peralatan moden dapat menjimatkan tenaga fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya teknologi yang lebih maju para pengguna dapat menyelesaikan tugas dengan lebih mudah dan cepat berbantukan mesin dan komputer tanpa menggunakan keupayaan fizikal yang banyak. Sebagai contohnya, penggunaan robot dalam sektor perindustrian elektronik atau mekatronik untuk memasang badan kereta dan enjin kereta dapat mengurangkan penggunakan tenaga kerja fizikal. Senario ini menunjukkan penciptaan teknologi tinggi amat memudahkan tugas perindustrian dan menjimatkan penggunaan tenaga fizikal manusia sebagai pekerja industri pembuatan. Perkembangan sains teknologi dan reka cipta telah mendatangkan banyak faedah kepada manusia? Ulaskan.


Seterusnya, penciptaan peralatan berteknologi tinggi yang berkembang pesat juga akan memudahkan urusan jual beli. Hal ini dikatakan demikian kerana urusan jual beli akan menjadi lebih pantas kerana dapat berhubung secara dalam talian menggunakan peranti elektronik walaupun berada pada jarak yang jauh. Sebagai contohnya urusan jual beli dapat dilakukan secara fizikal dan secara dalam talian dengan adanya teknologi canggih seperti platform perniagaan dalam talian yang dimudahkan dengan adanya perantara seperti shoppe, lazada dan lain-lain. Pengguna dapat melakukan transaksi jual beli dengan mudah tanpa perlu bergerak ke premis perniagaan. Selari dengan perkembangan teknologi media sosial pada hari ini, pengguna dapat membeli pelbagai barangan keperluan menerusi aplikasi Instagram, Tiktok dan Facebook sahaja.


Bincangkan usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat generasi muda masa ini dalam menceburi bidang keusahawanan. Antara cara yang dapat menarik minat generasi masa ini dalam bidang keusahawanan ialah pihak sekolah berperanan untuk memberikan pendedahan awal mengenai ilmu keusahawanan kepada pelajar . Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah melalui kelab dan persatuan boleh menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mencungkil bakat murid dalam bidang keusahawanan . Sebagai contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan bengkel usahawan muda dengan mengundang tokoh usahawan untuk berkongsi pengalaman dan tip keushawanan. Seterusnya pihak sekolah juga boleh mengadakan Hari Keusahawanan di sekolah bagi memberikan peluang kepada para pelajar menimba pengalaman menguruskan gerai dan aktiviti jualan. Sesungguhnya minat murid dalam bidang keusahawanan perlu dipupuk sejak awal lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya . Pemilik nama Puan Hajah Zaiton binti Haji Mohd Yusof ini sememangnya seorang wanita yang kental semangatnya dan berjiwa perkasa. Beliau telah menerima beberapa anugerah atas penglibatan aktif dalam aktiviti perladangan dan khidmat masyarakat. Antaranya , beliau telah menerima pengiktirafan sebagai tokoh Usahawanita yang diberikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu pada tahun 2012. Serikandi Berjasa


Serikandi Berjasa Pada masa yang sama juga minat generasi muda terhadap bidang keusahawanan boleh dipupuk dengan menggunakan media massa sebagai medium penyebaran maklumat. Pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia keusahawanan seperti pengeluar produk dan peniaga boleh mengambil peluang berkongsi ilmu dan kejayaan mereka menerusi platform maya ini. Langkah ini wajar dilakukan kerana kecenderungan generasi muda menggunakan media massa terutamanya media sosial dalam kebanyakan aktiviti harian mereka. Oleh sebab itu penyebaran maklumat berkaitan dunia keusahawanan berbantukan media sosial adalah sangat signifikan dan sesuai untuk dilakukan. Sesungguhnya , media sosial seperti Whatsapp, Telegram, Instagram, Facebook dan TikTok dapat memudahkan para usahawan menyebarkan maklumat dan perkongsian ilmu keusahawanan kepada segenap lapisan masyarakat. Sebagai contohnya , pempengaruh media sosial tersohor, Khairul Aming yang baru saja dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023 telah banyak berkongsi tentang tip perniagaan secara dalam talian di platform Tiktok. Perkongsian ini telah meraih jutaan tanda suka dan pengikut di media sosial tersebut. Sudah terang lagi bersuluh para usahawan dan peniaga perlu menggunakan media massa sebagai medium yang penting dalam menyebarkan dan berkongsi maklumat untuk mendorong minat generasi muda menceburi dunia keusahawanan .


Bidang keusahawanan amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara . Bincangkan langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui bidang ini ? Pada pendapat saya , langkah untuk meningkatkan ekonomi negara melalui bidang keusahawanan melalui peranan Kementerian Perdagangan dan Keusahawanan mempromosikan produk tempatan di laman sesawang dan media sosial. Pelbagai produk buatan tempatan seperti makanan, kraf tangan, pakaian dan barangan kecantikan boleh dipromosikan melalui medium ini. Jika langkah promosi ini dilakukan secara serius pasti produk ini dapat memenuhi permintaan pasaran dan seterusnya membantu pengaliran masuk wang ke dalam negara. Kesungguhan usaha mempromosikan produk tempatan sememangnya dapat membantu merancakkan aktiviti ekonomi negara. Dari sudut pandang yang lain pihak kerajaan perlu menganjurkan karnival keusahwanan yang mengumpulkan golongan usahawan pelbagai kategori bagi memasarkan produk keluaran mereka. Karnival keusahawanan ini dapat membuka peluang kepada para usahawan untuk menjual produk mahupun barang yang berkualiti kepada rakyat Malaysia khususnya dan para pelancong amnya. Contohnya , pengusaha pakaian dan makanan dengan pelbagai jenama boleh memanfaatkan peluang perniagaan semasa karnival keusahawanan ini berlangsung. Serikandi Berjasa


Antara sikap yang perlu diterapkan dalam diri individu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah mempunyai sikap dan minda yang kreatif . Hal ini dikatakan demikian kerana para usahawan perlu mengeluarkan produk yang berkualiti, kompetitif dan harga yang yang berpatutan. Dalam konteks ini seorang usahawan perlu kreatif menggunakan sumber bahan yang relatifnya lebih murah tetapi aoutput yang dihasilkan berkualiti. Sebagai contohnya , pengusaha produk kraf tangan yang kreatif mampu menghasilkan pelbagai barangan kraf yang bukan sahaja cantik tetapi unik dan mempunyai nilai pasaran dengan hanya menggunakan bahan terbuang seperti tempurung kelapa, filem sinar-x, botol plastik dan surat khabar lama. Izharlah bahawa seorang usahawan perlu mempunyai sikap dan minda yang kreatif untuk memastikan kejayaan dalam setiap usahanya. Di samping itu, seorang usahawan yang berjaya perlu berani menanggung risiko . Hal ini dikatakan demikian kerana usahawan perlu sentiasa berani mencuba dalam menghasilkan produk baru dan sanggup menanggung risiko penerimaan pelanggan. Sebagai contohnya, Datuk Mohd. Syukri Ibrahim iaitu pengusaha sabun basuh jenama Do’zee telah membuktikan sikap berani menghadapi risiko dalam dunia perniagaan akhirnya berjaya menghasilkan produk yang digunakan oleh orang ramai. Kini, syarikat sabun ini menjual antara 60,000 hingga 70,000 botol sabun Do’zee sebulan dan pengeluarnya menyasarkan kapasiti pengeluaran mencecah hingga satu juta botol sabun pada masa depan. Serikandi Berjasa Apakah sikap yang perlu ada dalam diri individu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ?


Pada pendapat saya,cara untuk meningkatkan hasil jualan udang bagi memajukan ekonomi negara ialah pengusaha ternakan udang ini perlu mempelbagaikan produk makanan berasaskan udang untuk menarik perhatian masyarakat. Sebagai contohnya, penternak udang boleh bekerjasama dengan pengeluar makanan ringan seperti keropok untuk mengeluarkan pelbagai inovasi keropok udang yang mempunyai pelbagai perisa. Kaedah pembungkusan juga perlu kreatif dan unik bagi memikat hati pembeli. Dengan cara ini, pasaran udang dapat diperluas iaitu jualan basah dan jualan sebagai produk kering dapat dilakukan. Seterusnya, jualan udang perlu diperluas untuk pasaran global. Para penternak dan peniaga udang perlu berusaha gigih memajukan pasaran udang ini sehingga ke luar negara dengan bantuan pihak MARDI dan FAMA. Agensi pertanian dan penternakan ini akan membantu dari segi kaedah pembungkusan dan pemasaran udang. Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak pengusaha kolam udang dan peniaga juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan seperti membungkus udang dalam bentuk sejuk beku. Jika usaha ini dapat dilaksanakan, pasti pasaran udang dapat ditingkatkan bukan saja untuk pasaran dalam negara malahan dapat menembusi pasaran global dan menjadi salah satu sumber ekonomi yang baik untuk negara. Antara spesies udang yang mulai mendapat perhatian masyarakat dan diternak secara besdar besaran ialah udang galah,udang putih,udang kara dan udang harimau.Udang harimau atau nama saintifiknya penanous monodan merupakan spesies udang yang semakin banyak diternak di Malaysia.(m/s 46) Pada pendapat anda,apakah cara yang dapat meningkatkan hasil jualan udang bagi memajukan ekonomi negara? Terbaik dari kolam


Click to View FlipBook Version