ARCA
AWAM
Ditulis oleh Amir dan Baihaqi
“DOME OF DISAPPEARANCE”, ARCA PUTIH
BERBENTUK KUBAH MASJID DAN SEAKAN-
AKAN ‘SANGKAR’ MENGHIASI RUANG DI
HADAPAN JAMBATAN TEMPAT TINJAUAN
MASJID JAMEK. – AGENSI
Seni arca bukan sahaja dapat
menyerlahkan keindahan sesuatu
kawasan, malah ia boleh menjadi
identiti serta mercu tanda tarikan
pelancong bagi sesebuah kota
metropolitan
Seni rekaan arca terbaharu yang unik
baru-baru ini muncul di tengah-
tengah kesibukan ibu kota Kuala
Lumpur atas inisiatif Agensi
Pembangunan Ekonomi Kebudayaan
(Cendana), menerusi program ‘Art In
the City’.
Cendana adalah agensi di bawah
naungan Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian, Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia
.Pada 2018, Cendana, dengan
kerjasama Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) melancarkan program
Art in the City yang bertujuan
mengetengahkan hasil karya seni
artis muda tempatan di samping
mengiktiraf bakat mereka untuk
tatapan umum.
Program dengan kerjasama Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang
berlangsung selama 10 hari itu
menampilkan tiga arca awam dan karya
seni instalasi berhampiran tapak ‘River of
Life’ (RoL) dan sekitar tempat tinjauan
Masjid Jamek. – Agensi