ZAMAN
BERALIH,MUSIM
BERTUKAR
DITULIS OLEH :
DANISH IRFAN , YUNUS ARIFF & ARIF DANIAL
MAKANAN SEJUK BEKU
Industri makanan sejuk-beku (frozen foods) merupakan bidang yang semakin
berkembang di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konsep ini semakin
menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan
makanan yang ringkas juga berkhasiat.Menurut definisi Food and Agriculture
Organization (FAO), makanan sejuk beku bermaksud makanan yang disimpan di
dalam peti sejuk yang bersuhu di bawah negatif 18°C. Makanan yang disimpan di
bawah suhu tersebut boleh bertahan lama yang boleh menjamin kualiti dan
kesegaran makanan tersebut.
Jangka hayat untuk makanan sejuk beku ialah selama setahun. Industri
makanan sejuk beku ini semakin meningkat permintaannya dengan perubahan
gaya hidup manusia pada zaman moden ini. Peningkatan makanan konsep ini
dijangka berlaku sebanyak 10% pada setiap tahun bermula dari tahun 2000
hingga sekarang. Makanan sejuk beku telah mula menarik perhatian ramai
orang kerana lebih mudah disediakan dan menjimatkan masa.Harga yang
kompetitif serta berkhasiat menjadikan makanan
sejuk beku dihati pengguna.Kerajaan perlu
mengetengahkan industri makanan sejuk beku APAKAH
kerana potensinya yang amat besar untuk KATEGORINYA?
dipasarkan ke pasaran global.
Bahan mentah
Separa proses
Sedia dimakan
CABARAN
PEMASARAN
Selari dengan era moden, persaingan dalam memasarkan
produk sejuk beku kian meningkat. Hal ini dikatakan demikian
kerana semakin ramai masyarakat yang menceburi bidang
perniagaan produk ini.
Terdapat beberapa cabaran yang perlu peniaga hadapi
sebelum industri produk sejuk beku negara mendapat
tempat dalam pasaran global.
Modal bagi menguruskan pemasaran secara global adalah
sangat tinggi dari segi kos pembungkusan, penghantaran
dan pengiklanan. Peniaga perlu menyediakan modal yang
besar bagi menampung segala kos dengan mengambil
risiko sekiranya berlaku kerugian yang besar. Contohnya,
peniaga perlu menyiapkan produk yang dipesan dalam
kuantiti yang besar dalam masa yang singkat.
MODAL PEMASARAN
Selain itu, tenaga kerja yang diperlukan untuk dipasarkan
di peringkat global bertambah bagi menguruskan pasaran
secara global. Sekiranya majikan mengambil pekerja yang
terlalu ramai, terdapat risiko pekerja yang kurang cekap
dan tidak proaktif yang akan merugikan syarikat.
USAHA KERAJAAN UNTUK
MEMASARKAN PRODUK DI
PERINGKAT GLOBAL
Terdapat pelbagai agensi yang terlibat dalam membantu
memasarkan produk di peringkat global antaranya adalah
MARTRADE dan FAMA
MATRADE adalah agensi di bawah MITI.MATRADE merancang 150
program dalam mempromosikan produk tempatan ke luar negara
sepanjang tahun ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Selain itu, terdapat juga agensi lain seperti FAMA yang mengambil
peranan untuk mengedarkan komoditi ternakan serta menstabilkan
rantaian bekalan bagi komoditi berkenaan. FAMA telah
mewujudkan sebanyak 12 pusat pemprosesan buah-buahan sejuk
beku dan empat pusat memproses makanan di seluruh negara
berakreditasi Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) oleh
Kementerian Kesihatan.