The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU LATIFAH TARKEP, 2023-09-20 12:37:39

MODUL BUAH TUTUR : MEREALISASIKAN IMPIAN

TEMA SUKAN

Impian MEREALISASIKAN TEMA : SUKAN AIR TEMA : SUKAN AIR MANFAAT SUKAN AIR CARA MENGATASI KEMALANGAN DI AIR USAHA MEMPERKASAKAN SUKAN AIR MANFAAT SUKAN AIR CARA MENGATASI KEMALANGAN DI AIR USAHA MEMPERKASAKAN SUKAN AIR NURNAZIMAH_NURAMANINA


JAWAPAN : ISI 1 Pada pendapat saya, aktiviti sukan air akan dapat meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan remaja. Tidak dapat dinafikan bahawa sukan air merupakan aktiviti yang menyeronokkan sekali gus mengurangkan tekanan emosi dan stres. Sebagai contohnya, ketika melakukan aktiviti bersnorkel dan selam skuba kita dapat melihat keindahan hidupan laut yang luar biasa. Pastinya ketika ini kita akan berasa tenang dan lupa akan segala masalah yang berkaitan kerja dan keluarga. Sudah terang lagi bersuluh , aktiviti sukan air boleh menjadi terapi minda yang membantu mengurangkan tekanan akibat asakan tugas di tempat kerja atau sekolah. sOALAN 1 ; Sukan air bukan sahaja merupakan aktiviti yang menyeronokkan , malah dapat memberi banyak manfaat . Pada pendapat anda , apakah kelebihan sukan air terhadap golongan remaja ? Sila imbas kod QR untuk audio :


JAWAPAN : ISI 1 Antara kelebihan sukan air adalah dapat meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan remaja. Sesungguhnya, sukan air merupakan aktiviti yang menyeronokkan sekaligus mengurangkan tekanan emosi dan stres . Contohnya , kita dapat melihat keindahan hidupan laut melalui aktiviti bersnorkel dan selam skuba . Sudah terang lagi bersuluh ,kesihatan mental dalam kalangan remaja dapat ditingkatkan dengan melakukan aktiviti sukan air secara berkala . ISI 2 Aktiviti sukan air juga mampu memperkukuh hubungan remaja dengan keluarga . Umum mengetahui bahawa , remaja kini mempunyai masa yang terhad untuk diluangkan bersama sama keluarga . oleh itu , aktiviti sukan air seperti berkayak bersama sama keluarga dapat menambahkan keseronokan sesebuah keluarga sekaligus menjadikan seseorang remaja itu lebih menghargai masa bersama keluarga . Tuntasnya , sukan air dapat membantu seseorang remajauntukmenjagahubungandenganahlikeluargasOALAN 1 ; Sukan air bukan sahaja merupakan aktiviti yang menyeronokkan , malah dapat memberi banyak manfaat . Pada pendapat anda , apakah kelebihan sukan air terhadap golongan remaja ?


JAWAPAN : Setiap individu perlulah mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan tentang asas berenang . Pengetahuan asas berenang akan dapat mengurangkan risiko seseorang untuk lemas di air . Misalnya , individu yang tahu cara mengapungkan diri dan berenang akan mudah menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan seperti terlibat dengan kemalangan di air. Seyogianya seseorang remaja itu menyertai sesi kelas berenang dan kursus asas berenang sebagai persediaan diri. Jelaslah bahawa pengetahuah asas berenang amatlah penting bagi memastikan individu sentiasa selamat semasa melakukan aktiviti sukan air. Selain itu, seseorang individu juga sewajarnya menyediakan alatan dan kelengkapan aktiviti sukan air dan pastikan alatan itu berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan . Oleh itu , individu mestilah membuat pemeriksaan dengan teliti terlebih dahulu terhadap alatan dan kelengkapan aktiviti sukan air bagi memastikan tiada sebarang kerosakan yang berlaku . Tamsilnya , bagi aktiviti selam skuba , pastikan tangki oksigen tiada sebarang kebocoran agar oksigen mencukupi semasa aktiviti dijalankan . Tegasnya , keadaan alatan dan kelengkapan aktiviti sukan air yang baik amatlah penting bagi memastikan keselamatan individu lebih terjamin. soalan 2 Sukan air merupakan aktiviti yang diminati ramai, namun begitu pada hakikatnya terdapat banyak kemalangan yang berlaku asbab daripada aktiviti ini. Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini?


JAWAPAN: Pada hemat saya, pihak kerajaan boleh menarik minat pelajar dalam aktiviti sukan air dengan melaksanakan program di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu , Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengadakan aktiviti sukan air yang melibatkan semua pelajar dan guru pada hari sukan. Sebagai contohnya, pada waktu cuti persekolahan hujung minggu dan cuti persekolahan yang panjang KPM boleh menganjurkan beberapa acara sukan air seperti luncur air, kapal layar dan kayak. Sudah terang lagi bersuluh , penganjuran aktiviti sukan air mampu menarik minat murid terhadap sukan air dan mempopularkannya di segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ibu bapa juga perlulah memberikan sokongan kepada anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan air . Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka untuk mengikuti kelas dan kursus sukan air. Pada masa yang sama ibu bapa juga seyogianya turut serta dalam permainan sukan air bersama-sama anak seperti luncur air , selam skuba , bersnorkel dan luncur jet. Impaknya, anak akan lebih berani untuk mencuba aktiviti sukan air ini dengan ditemani oleh ibu bapa. Tegasnya , sokongan ibu bapa terhadap anak anak dalam aktivtiti sukan air amat membantu dalam kelangsungan sukan air bukan sahaja pada masa kini malahan pada masa akan datang . Soalan 3 Walaupun sukan air semakin dikenali ramai, namun terdapat segelintir masyarakat yang kurang meminati sukan ini. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mempopularkan sukan air.


Tema: Sukan Merealisasikan Impian kelebihan bersukan langkah untuk meningkatkan minat bersukan kepentingan seni pertahanan diri


Pada pendapat saya, bersukan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja dapat membina keyakinan diri dengan menyertai pertandingan sukan. Sesungguhnya, menyertai pertandingan sukan mampu meningkatkan semangat bara dalam diri mereka. Contohnya, bermain badminton di peringkat sekolah mampu meningkatkan keyakinan mereka sehingga menjejakkan kaki ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi. Jelaslah bahawa bersukan mempunyai banyak kebaikan seperti meningkatkan keyakinan diri dalam golongan remaja. Soalan 1: Aktiviti bersukan mempunyai banyak manfaat dan kebaikan. Pada pendapat anda, apakah kelebihan bersukan dalam golongan remaja. Jawapan Isi 1: Isi 2: Selain itu, bersukan mampu meningkatkan tahap disiplin dalam diri remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana sukan seperti silat amat mementingkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan mereka. Keperluan ini menyebabkan mereka perlu menjaga pemakanan seharian mereka seterusnya meningkatkan disiplin mereka. Sebagai contoh, seorang atlet silat perlu menjaga pemakanan sehariannya untuk memperoleh tahap kesihatan yang optimum agar dapat bersilat dengan baik walaupun sudah terlanjur usia. Jelaslah bahawa bersukan mampu meningkatkan tahap disiplin seseorang. Sila imbas kod qr untuk audio:


Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan amalan bersukan dalam golongan remaja. Ibu bapa hendaklah mengajak anak mereka bersukan sejak kecil lagi supaya mereka terdedah dengan amalan bersukan kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya mereka didedahkan dari awal lagi, pasti anak mereka lebih gemar bersukan berbanding bermain permainan video . Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajak anak bersukan dan riada h di taman pada hujung minggu dan hari cuti untuk memupuk sikap suka bersukan dalam diri anak mereka. Jelaslah bahawa amalan bersukan dapat dipupuk dalam golongan remaja oleh ibu bapa walaupun pada era teknologi. Soalan 2: Amalan bersukan semakin luntur dalam golongan remaja akibat daripada permainan digital. Berikan cadangan untuk meningkatkan amalan bersukan dalam golongan remaja. jawapan Isi 1: Isi 2: Selain itu, pihak sekolah melalui kelab sukan dan permainan hendaklah mengadakan satu hari satu sukan pada setiap minggu. Langkah ini akan memberikan peluang kepada setiap murid untuk bermain sukan seterusnya menimbulkan rasa cinta terhadap sukan. Sebagai contoh, Kelab Badminton di sekolah mengadakan hari sukan badminton sebulan sekali terbuka untuk semua murid bagi menarik minat remaja menyertai sukan ini. Jelaslah di sini bahawa amalan bersukan dalam golongan remaja dapat dipupuk menerusi peranan pihak sekolah khususnya kelab sukan dan permainan. . Sila imbas kod qr untuk audio:


Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan persembahan seni pertahanan diri di sekolah. Penganjuran program seperti ini akan dapat menimbulkan rasa minat murid untuk menyertai dan mempelajari seni pertahanan diri seperti silat, taekwando dan kung fu. Secara tuntasnya, penglibatan murid dalam seni pertahanan diri dapat meningkatkan stamina dan disiplin murid dan seterusnya mendorong mereka untuk terampil dalam aktiviti kokurikulum. Jelaslah di sini peranan pihak sekolah sangat signifikan dalam memupuk minat remaja untuk menyertai seni pertahan diri. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan amalan seni pertahanan diri dalam golongan remaja. Ibu bapa boleh mengambil inisiatif dengan menghantar anak mereka ke kelas seni pertahanan diri. Terdapat banyak seni pertahanan diri seperti Silat, Tae Kwan Do, Kung Fu dan lain-lain. Sesungguhnya, seni pertahanan diri amat penting untuk melindungi mereka daripada ancaman manusia. Kemahiran ini akan digunakan oleh anak untuk menyelamatkan diri ketika berhadapan dengan situasi cemas Jelaslah bahawa dengan ibu bapa menghantar anak ke kelas seni pertahanan diri mampu memupuk minat remaja untuk meneruskan seni pertahanan diri. Soalan 3: Seni pertahanan diri seperti silat semakin ditelan zaman. Berikan cara-cara untuk mempopularkan seni pertahanan diri dalam golongan remaja. jawapan Isi 1: Isi 2: Sila imbas kod qr untuk audio:


Antara inisiatif yang wajar dilaksanakan ialah pihak kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan memberikan dana secara konsisten kepada penggiat permainan tradisonal di seluruh negara. Permainan tradisional masih lagi dimainkan oleh sekumpulan kecil masyarakat yang duduk di kampung atau desa. Maka, pihak berkuasa sewajarnya membantu penggiat sukan tradisional yang meneruskan tradisi nenek moyang kita ini untuk kekal relevan dan diperhatikan oleh seluruh masyarakat dalam negara. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah dengan membawa penggiat permainan tradisonal ini ke sekolahsekolah atau institusi yang melibatkan masyarakat secara amnya. Dengan cara ini, mereka dapat memperkenalkan permainan tradisional mereka dengan lebih berkesan. Contohnya, pemain gasing boleh menunjukkan jenis-jenis gasing yang ada dan menunjukkan demonstrasi atau cara permainan gasing dilakukan. Tambahan pula, penggiat permainan tradisional ini boleh mengambil peluang membuka kedai cenderamata berasaskan gasing untuk dibeli oleh para pengunjung. Intihanya, sokongan yang konsisten daripada kerajaan kepada penggiat permainan tradisional dapat membantu mereka untuk kekal relevan dan menjadi popular. Jawapan Isi 1


Isi 2 Pada masa yang sama, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan boleh mengekalkan permainan ini dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan. Melalui penganjuran program ini rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh memperluas permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata bahawa permainan warisan kita dapat dibawa ke peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, ramai pelancong asing akan melawat ke Malaysia Pesta layang-Layang Antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang Johor. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman akan datang.


Click to View FlipBook Version