The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Aktiviti membaca berpasangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 942-16-arisya, 2022-05-28 12:24:32

Arnab dan Kura-Kura

Aktiviti membaca berpasangan

AKTIVITI 2

arnab dan
kura-kura

Arahan
Secara berpasangan, baca cerita
yang berjudul Arnab dan Kura-

kura di hadapan kelas

Pada zaman dahulu di sebuah rimba,
tinggal beberapa jenis haiwan termasuk
arnab dan kura-kura. Si arnab sering
berlari ke sana-sini dengan laju dan
mengejek kura-kura kerana terlalu
lembap! Si kura-kura berkata, “Memang
betul aku lembap! Tapi aku ingin
mencabar kau untuk berlumba!”.

Si arnab setelah mendengar cabaran
kura-kura itu mula ketawa terbahak-
bahak dengan kuat. Haiwan-haiwan
lain terdengar ketawa si arnab itu
dan bertanyakan kenapa dan si
arnab pun menerangkan kepada
mereka.

Mereka bersetuju untuk melihat
perlumbaan tersebut dan menjadi saksi
kepada pemenangnya. Malam itu kura-
kura tidur awal untuk mendapatkan rehat
yang cukup, manakala si arnab yang
terlebih yakin itu terus bermain-main dan
tidur lewat.

Keesokan harinya setelah perlumbaan bermula, si arnab
lari dengan pantas dan berasa penat, lalu berehat di
bawah pokok kerana yakin dia akan menang dan si kura-
kura tidak akan mengatasinya.
Sementara si arnab tidur nyenyak, kura-kura yang
berjalan itu, walaupun perlahan, tetapi tidak berhenti
dan berjaya melepasi arnab yang masih tidur di bawah
pokok.

Selepas beberapa ketika, si arnab terjaga dan
menyedari bahawa dia tertidur terlalu lama dan
si kura-kura hampir ke garisan tamat!

Si arnab pun cepat-cepat berlari tetapi sering
terlanggar batu-bata, pokok, dan macam-macam
lagi, dan akhirnya kura-kura pun berjaya melintasi
garisan penamat sebelum si arnab dan memenangi
perlumbaan tersebut.

pengajaran

Jangan angkuh
dengan bakat

sendiri dan
mengejek
kelemahan
orang lain


Click to View FlipBook Version