Bil Perkara Muka Surat 1 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-47 2 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-47 1. Ucapan YDP PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentang & Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46 4. Membentang & Menerima Laporan Tahunan PIBG dan Sekolah 2022/2023 5. Membentang, Menerima & Meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang Berakhir Pada 31 Disember 2022 6. Membentang, Membahas & Meluluskan Bayaran Sumbangan PIBG dan Bayaran Tambahan Persekolahan 2023/2024 7. Membahaskan & Meluluskan Program Kelestarian Kecemerlangan Akademik, HEM & KokurikulumSABKL 2023 8. Pembentangan Usul-Usul yang Telah Dikemukakan Secara Bertulis 9. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 10. Pelantikan Pengerusi Sementara 11. Pencalonan, Pengundian & Pelantikan AJK PIBG 2023/2024 12. Pemakluman AJK PIBG 2023/2024 13. Pemilihan/Pelantikan AJK KSIB sesi 2023/2024 (Lampiran 2) 14. Hal-hal Lain 15. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-47 ISI KANDUNGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI JALAN KAMPONG PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR TEL : 03 – 92858219 FAX : 03 – 92811905 Email : [email protected] Ruj. Kami : SMKAB 08/01/006 Jld 4 ( ) Tarikh : 08 Jun 2023 Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Yang Berbahagia Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/Encik Notis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-47 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur Berasaskan Kaedah 1 (i) – (vi), Manual Operasi PIBG (Kaedah-kaedah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (Pindaan) 1983), dengan ini notis adalah disampaikan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ke-47 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki bagi tahun 2021 akan diadakan pada:- Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Bestari Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan YDP PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG & Sekolah bagi Tahun 2022/2023 5. Membentang, Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember2022 6. Membentang, Membahas dan Meluluskan Sumbangan PIBG & Bayaran Tambahan P e r s e k o l a h a n 2 0 2 3 / 2 0 2 4 7. M e m b a h a s & M e l u l u s k a n P r o g r a m K e l e s t a r i a n A k a d e m i k , H E M d a n K o k u r i k u l u m 2 0 2 3 / 2 0 2 4 8. Pembentangan Usul yang Telah Dikemukakan Secara Bertulis 9. Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 10. Pelantikan Pengerusi Sementara 11. Pencalonan, Pengundian & Pelantikan AJK PIBG 2023/2024 12. Pemakluman AJK PIBG 2023/2024 13. Pemilihan / Pelantikan AJK KSIB 2023/2024 14. Hal-hal Lain 15. Ucapan Penangguhan 2. Ahli-ahli adalah dengan ini dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-47 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki bagi tahun 2023 Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, norainn …………………………… NOR AINN BINTI HUSAIN Setiausaha Kehormat PIBG 2022/2023 SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 Penasihat Pn. Hjh. Zubidah binti Md Yunos, AAP YDP Datin Ts. Dr. Rozzeta binti Dolah NYDP Dr. Ahmad Marzuki bin Ariffin Setiausaha Kehormat Pn. Nor Ainn binti Husain Bendahari Kehormat Pn. Ching Pei Fong AJK Ibu Bapa 1. En. Teo Yong Jiew 2. Dr. Rabieahtul binti Abu Bakar (Ts., Sr., Gs.) 3. Pn. Nita Aidura binti Mokhtar 4. Pn. Suzana binti Othman 5. En. Sivakumar Veerapan AJK Guru 1. Pn. Roslinda binti Mahali (Pengerusi Kelab Guru) 2. Pn. Nur Shafirah binti Mohd Saupi (Kaunselor) 3. Pn. Hardiyanna binti Shahlan 4. En. Mohd Farith bin Mohd Bikri 5. En. Thong Kum Soon Juru Audit Dalaman Guru – Pn. Khairani binti Othman Ibu bapa – TS Nor Emizan bin Abdul Majid
MEMBENTANG & MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT AGONG KALI KE-46 SESI 2022/2023 Tarikh : 23 JULAI 2022 (SABTU) Masa : 8.30 PAGI Tempat : DEWAN BESTARI SMK AMINUDDIN BAKI Pengerusi : DATIN TS. DR ROZZETA BINTI DOLAH (YDP PIBG SESI 2022/2023) Kehadiran : AJK PIBG 1. DATIN Ts. DR. ROZZETA BINTI DOLAH 2. EN. AHMAD MARZUKI BIN ARIFFIN 3. DR. RABIEAHTUL BINTI ABU BAKAR 4. EN. TEO YONG JIEW 5. EN. SIVAKUMAR VEERAPAN 6. PN. NITA AIDURA BINTI MOKHTAR 7. PN. SUZANA BINTI OTHMAN GURU 1. HJH. ZUBIDAH BINTI MD YUNOS (PENGETUA CEMERLANG) 2. HJH. JAMILAH BINTI HJ. HARUN (PK PENTADBIRAN) 3. PN. SHARIN HANUM BINTI AB RAHMAN (PK HAL EHWAL MURID) 4. PN. ASSEMAH BINTI JOHAN (PK KOKURIKULUM) 5. PN. RASIDAH BINTI JAMALUDIN (GK SAINS DAN MATEMATIK) 6. PN. KALAISELVI KANDEEBAN (GK TEKNIK DAN VOKASIONAL) 7. PN. SUMARNI BINTI MD SAAD (GK BAHASA) 8. ABING BIN SABANG 9. ADIBAH BINTI MOHD NASIR 10. AHMAD SYAZWAN BIN OMAR 11. AIDAH BINTI MISRAN 12. AILEE BINTI AHMAD CHA 13. AMIRRUDIN BIN PAUJAH @ ISMAIL 14. ASHWIN KAUR A/P HARNAM SINGH 15. CHING PEI FONG 16. EE SZE YIN 17. ERNY HASLINDA BINTI ISHAK 18. HABIBAH NADJWA BINTI BAHARI
19. HARDIYANNA BINTI SHAHLAN 20. HASLINDA AKMAR BINTI JAAFAR 21. IYLIA NADHIRAH BINTI MD NAZRI 22. JURAYARD A/P EH LAI 23. KALADEVI A/P KANAGARATNAM 24. KHAIRANI BINTI OTHMAN 25. KHAIRUNNISA ABDULLAH 26. LAI TSAE LING 27. MARDIAH BINTI AB LATIFF 28. MASHITAH BINTI ABDUL MOIN 29. MAZNI BINTI MUSTAFFA 30. MOHD FARITH BINTI MOHD BIKRI 31. MOHD RIDHUWAN BIN ABDULLAH 32. MOHD SHAH RIZAL BIN ABD RAZIB 33. MOK HANG LIEW 34. MUHAMMAD SHAFIQ FITRI BIN ABD ROBANI 35. MUHAMMAD AMINUDDIN BIN AIDRUS 36. NOR AINN BINTI HUSAIN 37. NOR AZLINDA BT ABDUL RAZAK 38. NOR ILHAM BINTI SAID 39. NOR IZATI BINTI ABD WAHAB 40. NOR SAIDA BT SULAIMAN 41. NORSUZILAWANI BINTI JAAFAR 42. NORAZAH BINTI AB AZIZ 43. NORAZLINA BINTI ABDULLAH 44. NORMIZAN BT NAZRI 45. NUR ADLIZA BINTI MOHD FUAD 46. NUR ARIFAH BINTI ZALI 47. NUR ATTIAA AMALIN BINTI NOORASUPPI 48. NUR FARAHIN BINTI BUJANG 49. NUR IZZATI AMIZAH BINTI ZAINI 50. NUR SHAFIRAH BINTI MOHD SAUPI 51. NURAIMI BINTI ABDULLAH 52. NURFARIHA BINTI MAZRI 53. NURUL FATIHAH BINTI AHMAD KHAIDZIR 54. NURUL IDAYAH BINTI MAT ALI 55. NURUL NADIAH YAACOB 56. RASLIDA ABDULLAH 57. ROSLAILI BINTI RUSLAN 58. ROSLINDA MAHALI 59. SALWA BINTI AHMAD 60. SITI NAZILA RAIHAN BINTI OTHMAN 61. SITI NURFAEZAH BINTI AHMAD WAZIR
62. SITTI HARNAH BINTI ABDUL 63. SYAZAN BINTI MUHAMMAD SHAFIE 64. TAN LAI FATT 65. THAYALAN NAGARAJAN 66. THENNARASU A/L PANIR CHELVAM 67. THONG KUM SOON 68. WONG PAK FOUN 69. YUANA BINTI SOPIAN 70. ZAZUAN BIN HAMZAH 71. ZURAINI BINTI HAMZAH IBU BAPA/PENJAGA 1. AHMAD FITHRIE BIN AHMAD TAJALIE 2. AHMAD MARZUKI ARIFFIN 3. AHMAD SHAIDI SAHAMIN 4. ANI MARLINA BINTI ALIAS 5. AZEAN BINTI JAAFAR 6. AZEZEE BIN THALAHA 7. AZILLA HAMDAN 8. AZMAN BIN ABDUL GHANI 9. CHE HASNADI CHE HASSAN 10. DATIN Ts. DR ROZZETA DOLAH 11. FAUZIAH BINTI SYED 12. HARUN SALEH 13. IRWAN BIN HASSAN 14. IRWAN EZADI BIN DATO’ HAJI CHUARI 15. JULI HIRANI BT KIMIN 16. JUMMA’AH BT RAMLI 17. KASNIAH BINTI NENI 18. KHAIRUL NIZAM BIN PUNIRAN 19. KHAIRUNNISA ABDULLAH 20. MARHAYUNE BINTI ABDUL MANAF 21. MARINI JAMLUS 22. MASRIZA AZLIANA BINTI MOHAMED 23. MAZLEEN MOKHTAR 24. MOHD BASRI BI HASHIM 25. MOHD HAFIDZI BIN ADNA 26. MOHD NIZAM MORAD 27. MOHD ZAIROLHISYAM 28. NASRUL BIN MUHAMAD 29. NIK MUSTAFFA BIN MOHAMAD NOOR 30. NITA AIDURA MOKHTAR
31. NOOR AZLIN ADAM 32. NOOR FARIDAH BINTI YAHYA 33. NOR EMIZAN BIN ABDUL MAJID 34. NORSUZILAWANI BINTI JAAFAR 35. NORAZLINA BINTI ABDULLAH 36. NORHALIZA ISMAIL 37. NORIAH BINTI SHAFIE 38. NORLELAWATI BT RAZAK 39. PREMILA 40. RABIEAHTUL BINTI ABU BAKAR 41. RABIMA 42. RASIDAH BINTI JAMALUDIN 43. RASLIDA ABDULLAH 44. ROHAIDATUL AKMAL BIN ROSEDI 45. ROSLAILI BINTI RUSLAN 46. SALWA BINTI AHMAD 47. SHAH RIZAL BIN IBRAHIM SHAH 48. SHAHRUL AZMIR BIN MOHD TAHIR 49. SHEILADEVI SUKUMARAN 50. SIVAKUMAR 51. SUFIZAL AZWAR BIN SULAIMAN 52. SUZANA BINTI OTHMAN 53. TAN EE LIN 54. TEO YONG JIEW 55. Ts. Dr. MANIVANNAN RETHINAM 56. WAN ROAZRINA WAN MOHAMED 57. YONG KOK WAH Hadir bersama (jika ada) : Encik Rohaidatul Akmal bin Rosedi Tidak hadir : - Urus setia/ setiausaha : 1. Puan Nor Ainn binti Husain
Agenda mesyuarat: 1. Ucapan Aluan 1.1 Yang Dipertua PIBG SMK Aminuddin Baki 1.2 Penasihat PIBG SMK Aminuddin Baki 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45 3. Membentang & mengesahkan minit Mesyuarat Tergempar Pemilihan AJK 2021/2022 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG & Sekolah bagi tahun 2021/2022 5. Membentang, Menerima Laporan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 6. Membentang, Membahas dan Meluluskan Bayaran Sumbangan & Bayaran Tambahan Persekolahan bagi Tahun 2022 7. Pembentangan usul-usul yang telah dikemukakan secara bertulis 8. Program Kelestarian Kecemerlangan Akademik, HEM & Kokurikulum SABKL 2022/2023 (Lampiran 1) 9. Pembubaran AJK 2021/2022 10. Pelantikan Pengerusi Sementara 11. Pencalonan, Pengundian & Pelantikan AJK 2022/2023 12. Pemakluman AJK PIBG Sesi 2022/2023 13. Pemakluman Sukarelawan KSIB (Lampiran 2) 14. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan 1. Ucapan Aluan 1.1 Yang Dipertua PIBG SMK Aminuddin Baki (Datin Ts. Dr. Rozzeta binti Dolah) 1.1.1 Yang Dipertua PIBG melahirkan rasa syukur kerana dapat bersama – sama berkumpul dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46. 1.1.2 YDP PIBG juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua ibu bapa dan penjaga. 1.1.3 YDP PIBG juga mengharapkan lebih ramai ibu bapa yang hadir ke majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang sedang berlangsung pada hari ini. 1.1.4 YDP PIBG juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat menjayakan majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali-46 1.1.5 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir sekolah dan para guru kerana bekerja keras untuk memastikan SMK Aminuddin Baki terus cemerlang. 1.1.6 YDP sangat mengalu-alukan pandangan dan pemikiran yang membina dalam kalangan ibu bapa bagi meningkatkan potensi anak – anak khususnya dalam bidang pendidikan. 1.1.7 Beliau juga memaklumkan sumbangan yang telah diberikan oleh para ibu bapa terutamanya dalam bentuk kewangan telah digunakan sebaiknya untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid – murid SMK Aminuddin Baki.
1.1.8 YDP juga sangat berharap dengan kehadiran para ibu bapa dan penjaga ke Mesyuarat Agung Tahunan ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk bersama – sama melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan demi kebaikan anak- anak pelajar. Hal ini kerana, Pendidikan merupakan satu bidang dinamik serta mencabar yang memerlukan perancangan strategik yang teliti, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. 1.1.9 YDP menyatakan segala perancangan dan pelaksanaan program-program sudah tentu memerlukan kos serta sumbangan tenaga dan komitmen yang tinggi. 1.1.10 YDP menyeru kepada semua ibu bapa serta penjaga yang hadir untuk bersama- sama membantu barisan AJK PIBG untuk menjana pendapatan sama ada melalui sumbangan daripada komuniti setempat atau badan – badan korporat bagi memastikan tabung PIBG sekolah mencukupi dan dapat menampung segala perbelanjaan dan keperluan untuk pembangunan para pelajar SABKL. 1.1.11 YDP memaklumkan pada hari ini akan berlaku pemilihan barisan AJK PIBG. Beliau berharap agar Ahli Jawatankuasa yang baru dipilih nanti bukan sahaja berkhidmat demi kepentingan anak sendiri, tetapi membantu secara menyeluruh meliputi semua pelajar sekolah ini. Ini adalah penting untuk memastikan pembangunan sahsiah serta kecemerlangan akademik dan kokurikulum dapat direalisasikan. 1.1.12 Beliau juga berharap agar sokongan dan sokongan daripada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang gembira, ceria dan harmoni iaitu saling menghormati antara satu sama lain. 1.1.13 YDP juga menyeru agar ibu bapa menggunakan medium media sosial dengan baik sekiranya mempunyai pandangan yang ingin diutarakan. Beliau berharap medium ini digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli PIBG. 1.1.14 YDP juga turut menyenaraikan beberapa program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2021/2022, antaranya Program Kecemerlangan SPM, Program Pecutan SPM serta beberapa lagi program kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Hasil daripada programprogram yang dilaksanakan ini, SMK Aminuddin Baki telah berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam SPM 2021. 1.1.15 YDP juga memaklumkan PIBG telah membantu sekolah menyelenggara infrastruktur sekolah dengan harapan dapat memberikan keselesaan kepada warga sekolah. 1.1.16 Beliau juga turut menyatakan Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform terbaik untuk para ibu bapa dan penjaga mencapai kata sepakat serta menambahbaik segala kelemahan yang ada demi kecemerlangan akademik para pelajar SMK Aminuddin Baki. 1.1.17 YDP juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang anaknya telah mencapai keputusan cemerlang. 1.1.18 YDP merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga di atas sokongan padu kepada beliau selama beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2021/2022. 1.1.19 YDP turut membentang beberapa penglibatan AJK PIBG dalam program sekolah, antaranya; i. Pelantikan YDP sebagaisalah seorang juri pertandingan PBL-STEM piala Dato Mohammad Zaki peringkat kebangsaan.
ii. Kejohanan Olahraga Sekolah iii. Membuka gerai jualan semasa Kejohanan Olahraga Sekolah. iv. Mengatasi kesesakan lalulintas di hadapan gate B dengan meminta bantuan daripada Pasukan Polis Trafik Kuala Lumpur bermula 7 Julai 2022. v. Membawa konsultan melihat keadaan padang sekolah yang kurang baik. vi. Merancang untuk membuat papan tanda jalan sehala di jalan berhadapan SMK Dato’ Lokman. vii. Berurusan dengan Menteri Wilayah, Menteri Kerja Raya, DBKL dan Ekovest untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di sekitar Kawasan sekolah. 1.1.20 YDP merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46. Beliau turut memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap dari pihak beliau dan berharap semoga segala usaha murni diberkati oleh-Nya. 1.2 Penasihat PIBG (Pengetua) 1.2.1 Kurikulum i. Analisis SPM 2021 1.2.1.1 Puan Penasihat mengucapkan rasa syukur kerana dapat bersemuka dengan para ibu bapa dan penjaga setelah mendapat kebenaran untuk menunda tarikh mesyuarat daripada pendaftar. 1.2.1.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih buat semua hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46. 1.2.1.3 Puan Penasihat mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK PIBG yang baharu dilantik atas komitmen yang tinggi. 1.2.1.4 Hasil daripada komitmen positif yang diberi oleh para AJK PIBG, AJK PIBG telah banyak membantu pihak sekolah dalam banyak perkara. 1.2.1.5 Puan Penasihat memaklumkan baru – baru ini sekolah telah menganjurkan pertandingan PBL-STEM peringkat kebangsaan. Sebanyak 90 buah sekolah telah menghantar penyertaan dan 30 daripadanya layak ke pusingan akhir. 1.2.1.6 Puan Penasihat memaklumkan, dalam pertandingan tersebut, SMK Aminuddin Baki telah menghantar 12 pasukan yang telah terpilih dalam pertandingan PBL-STEM di peringkat sekolah. Sebanyak 8 pasukan telah mara ke pusingan akhir. 1.2.1.7 Puan Penasihat menayangkan perbandingan gred purata sekolah (GPS) SPM dalam tempoh 5 tahun. GPS SPM 2021 menunjukkan GPS terbaik yang telah dicapai oleh sekolah dalam masa 5 tahun. 1.2.1.8 Beliau menyatakan guru – guru bersungguh – sungguh membantu pelajar semasa sekolah dibuka untuk sesi bersemuka pada tahun lalu. Hasilnya, GPS sekolah berjaya dikecilkan pada SPM 2021. 1.2.1.9 Puan Penasihat menayangkan perbandingan Gred Purata Mata pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran dalam masa 3 tahun. Kebanyakan mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang ketara dan GPMP mengecil dengan banyak. Hal ini menunjukkan kecemerlangan pelajar SMK Aminuddin Baki dalam SPM semakin meningkat. 1.2.1.10 Puan Penasihat turut menyatakan rasa bangga beliau terhadap pelajar – pelajar yang mengambil subjek Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) kerana
bersungguh-sungguh mempelajari subjek tersebut sekaligus menunjukkan peningkatan prestasi walaupun dalam keadaan kekangan ketiadaan guru opsyen yang mengajar subjek tersebut. 1.2.1.11 Beliau memaklumkan sekolah telah membayar guru GKT dari sekolah lain untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan. 1.2.1.12 Puan Penasihat juga menayangkan rumusan pencapaian SPM 2021 dari segi kualiti, dimana i. 4 pelajar mendapat semua A+ ii. 32 pelajar mendapat semua A iii. 14 pelajar mendapat 9A dan 8A. 1.2.1.13 Beliau juga turut menyatakan rasa bangga kerana SMK Aminuddin Baki mencatat bilangan pelajar paling ramai mendapat semua A+ dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 1.2.1.14 Puan Penasihat memberitahu strategi yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah dengan menggunakan headcount di mana setiap pelajar dikelaskan kepada kumpulan emas, perak dan gangsa. 1.2.1.15 Beliau memaklumkan pengelasan yang dibuat bukan untuk membandingkan pelajar tetapi untuk membantu guru fokus membantu pelajar. Kumpulan gangsa yang merupakan pelajar yang mempunyai prestasi yang agak lemah akan diberikan perhatian yang lebih oleh para guru. 1.2.1.16 Puan Penasihat juga memaklumkan beliau membuat program bersama pelajar yang dinamakan sebagai ‘Sentuhan Kasih’. Ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar sekaligus dapat membantu mereka menaikkan semangat untuk menghadapi peperiksaan. 1.2.1.17 Puan Penasihat juga memaklumkan selepas Peperiksaan Percubaan, sekolah akan menjalankan program ‘Sprint for A’. Dalam program ini, pelajarpelajar akan dibekalkan dengan soalan – soalan percubaan dari negeri lain. Markah yang diperoleh akan dicatat dalam Kad Skor A. 1.2.1.18 Puan Penasihat memaklumkan akan meneruskan strategi yang sama untuk pelajar SPM tahun 2022. 1.2.1.19 Puan Penasihat menunjukkan sasaran ETR GPS sekolah bagi SPM 2022 iaitu dari 2.18 kepada 2.08. 1.2.1.20 Beliau juga turut memaparkan ETR GPMP bagisetiap mata pelajaran(Rujuk lampiran) 1.2.1.21 Puan Penasihat memaklumkan, untuk mencapai ETR yang disasarkan, sekolah akan menentukan bilangan pelajar mengikut gred (Rujuk lampiran) ii. Pemerkasaan PBD 1.2.1.22 Puan Penasihat memaklumkan pada tahun 2012 Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) diperkenalkan, kemudian pada tahun 2014, PMR diganti dengan PT3. Manakala pada tahun 2020 dan 2021, PT3 tidak dilaksanakan dan akhirnya pada tahun 2022, PT3 dimansuhkan oleh KPM. 1.2.1.23 Beliau memaklumkan pemansuhan PT3 yang dibuat oleh KPM telah diganti dengan pemerkasaan PBS. 1.2.1.24 Pemerkasaan PBS merupakan, i. Perkembangan dan pencapaian murid. Perkara ini adalah untuk melihat perkembangan dan pencapaian murid setiap tahun. ii. Autonomi kepada sekolah. Perkara ini adalah untuk memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam menguruskan pentaksiran.
iii. Pengiktirafan profesionalisme guru. Perkara ini adalah untuk memartabatkan lagi profesion keguruan. iv. Penambahbaikan PBS. Perkara ini adalah untuk menambahbaik dan memantapkan instrumen, sistem, pengoperasian dan pelaporan PBS. 1.2.1.25 Puan Penasihat memaklumkan bagi Pemerkasaan PBS, ia mencakupi tiga perkara dan hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Tiga perkara tersebut adalah, i. Pentaksiran Psikometrik (PPSi) ii. Pentaksiran Aktiviti jasmani, sukan & kokurikulum (PAJSK) iii. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 1.2.1.26 Tujuan bagi semua perkara yang terlibat adalah untuk kemenjadian murid. Dari segi PPSi, tujuannya adalah untuk menilai sahsiah dan karakter murid. Dengan ini dapat membantu guru mengenali para pelajar melalui personaliti yang ditunjukkan oleh PPSi. 1.2.1.27 Puan Penasihat memaklumkan hasil daripada Pentaksiran Psikometrik (PPSi) akan dapat membantu pelajar dan juga pihak sekolah dalam menentukan aliran murid di samping minat murid semasa di Tingkatan 4. 1.2.1.28 Bagi markah PAJSK, markah yang diperoleh oleh pelajar akan membantu mereka dalam penilaian memasuki universiti kelak. Markah PAJSK dikira sebanyak 10% . Pencapaian PAJSK dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Melalui PAJSK, ia dapat menggalakkan penglibatan murid sekaligus meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Pentaksiran ini juga bersifat standard dan merupakan syarat merit untuk memasuki IPTA. 1.2.1.29 Bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), terdapat dua cara penilaian iaitu secara formatif iaitu penilaian berterusan semasa PdP dan juga penilaian secara sumatif. PBD akan digunakan untuk melihat perkembangan, kemajuan dan pencapaian akademik murid serta untuk melaksanakan intervensi kepada mereka 1.2.1.30 Dari segi pentaksiran, Puan Penasihat memaklumkan bahawa untuk muridmurid tingkatan 1, 2 dan 3 akan melaksanakan pelaporan PBD sebanyak 2 kali setahun iaitu pertengahan sesi akademik dan akhir sesi akademik. 1.2.1.31 Untuk pelaporan pertengahan sesi akademik hanya ada pentaksiran berterusan melalui ujian formatif dan sumatif yang melibatkan kognitif, psikomotor dan afektif. 1.2.1.32 Bagi penilaian semasa akhir sesi akademik, murid akan ditaksir secara berterusan melalui ujian formatif dan sumatif. Kemudian, murid akan menduduki pentaksiran akhir sesi akademik. Pentaksiran akan dijalankan dengan menggunakan bank soalan daripada KPM. 1.2.1.33 Untuk pelaporan pertengahan sesi akademik 2022/2023, para guru akan mendapatkan markah ujian formatif dan sumatif kemudian key-in tahap penguasaan murid di dalam templat yang telah disediakan oleh pihak KPM. Seterusnya, pada bulan Februari akan berlangsung pentaksiran akhir sesi akademik. Pentaksiran akan dijalankan dengan menggunakan bank soalan daripada KPM. Guru – guru akan merekodkan markah murid masing – masing di dalam templat format baru. 1.2.1.34 Puan Penasihat memaklumkan, setelah mendapat taklimat tentang format pelaporan baru, pentaksiran pertengahan tahun yang telah dirancang bagi murid Tingkatan 1, 2 dan 3 pada 9 Ogos sehingga 26 Ogos dibatalkan.
1.2.1.35 Puan Penasihat memaparkan enrolmen terkini murid – murid setiap tingkatan. Ia adalah seperti berikut; Tingkatan Enrolmen 1 222 2 217 3 199 4 176 5 158 Jumlah 972 1.2.1.36 Puan Penasihat memaklumkan pada Tahun 2020, taraf sekolah kawalan bagi SMK Aminuddin Baki telah ditarik. Murid – murid kemasukan baru datang daripada sekolah – sekolah saluran. Untuk tahun ini, murid- murid tingkatan 1 dan 2 adalah daripada sekolah saluran manakala murid – murid tingkatan 3 hingga 5 masih pelajar kawalan. 1.2.2 Hal Ehwal Murid 1.2.2.1 Puan Penasihat memaparkan purata kehadiran tahun 2022 bagi bulan April – Julai , purata kehadiran murid mengikut tingkatan dari bulan April hingga Julai dan purata kehadiran bulanan mengikut tingkatan (April – Julai). (Rujuk Lampiran) 1.2.2.2 Puan Penasihat meminta kepada para ibu bapa dan penjaga yang hadir supaya mengeuar-uarkan kepada ibu bapa lain supaya menghantar anak ke sekolah kerana KPI kehadiran bagi SMK Aminuddin Baki ialah 95%. 1.2.2.3 Puan Penasihat juga turut memaparkan peratus kesalahan disiplin murid serta status pencapaian pengisian dalam sistem sahsiah diri murid (SSDM) bagi tahun 2021(Rujuk Lampiran) 1.2.3 Kokurikulum 1.2.3.1 Puan Penasihat memaparkan GPS PAJSK sekolah dari tahun 2018 hingg 2021, GPS PAJSK keseluruhan mengikut tingkatan, peratus GPS mengikut Kelab Persatuan, Sukan & Permainan serta Badan Beruniform 2021. (Rujuk lampiran) 1.2.3.2 Puan Penasihat juga turut memaparkan pencapaian Ko-Kurikulum bagi tahun 2018 sehingga bulan Mac 2021 iaitu murid – murid yang mendapat johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati. (Rujuk Lampiran) 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke45 2.1 YDP memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45 telah berlangsung pada 9 Oktober 2021 secara atas talian. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Mohammad Wazir bin Sahar selaku Pemangku YDP PIBG 2019/2020. 2.2 Seramai 71 orang guru dan 248 ibu bapa/penjaga telah hadir dalam mesyuarat tersebut. 2.3 Ts. Dr Manivannan A/L Rethinam telah mencadangkan minit untuk disahkan dan disokong oleh Puan Rasidah binti Jamaludin.
3. Membentang & Mengesahkan Minit Mesyuarat Tergempar Pemilihan AJK 2021/2022 3.1 Encik Mohd Shah Rizal bin Abd Razib mencadangkan minit Mesyuarat Tergempar Pemilihan AJK 2021/2022 untuk disahkan dan disokong oleh Puan Roslinda binti Mahali. 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG & Sekolah Bagi Tahun 2021/2022 4.1 Pembentangan laporan tahunan PIBG & sekolah bagi tahun 2021/2022 daripada setiausaha PIBG, Puan Nor Ainn binti Husain. 4.2 Setiausaha mengalu-alukan para hadirin. 4.3 Setiausaha menjemput para hadirin untuk merujuk buku laporan pada muka surat 43 hingga 99 untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti PIBG dan sekolah yang telah dilaksanakan. 4.4 Setiausaha melaporkan pelaksanaan pendaftaran Tingkatan 1 secara atas talian yang disebabkan oleh pandemik. 4.5 Setiausaha melaporkan pelaksanaan hari pelaporan secara atas talian yang melibatkan ibu bapa dan guru tingkatan di mana guru tingkatan membentangkan PBD, PAJSK dan SEGAK. 4.6 Setiausaha membentang penglibatan PIBG dalam kurikulum yang melibatkan Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan SPM 2021 pada 16 Jun 2022. 4.7 Setiausaha membentang penglibatan PIBG dalam kokurikulum di mana pihak PIBG terlibat dalam Sambutan Hari Raya pada 25 Mei 2022. 4.8 Setiausaha membentang penglibatan PIBG dalam pembangunan infrastruktur di mana YDP PIBG dan konsultan datang ke sekolah untuk melihat masalah banjir dan lalu lintas. 4.9 Laporan tahunan PIBG & sekolah bagi tahun 2021/2022 dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Mohd Farith bin Mohd Bikri. Cadangan disokong oleh Puan Kaladevi A/P Kanagaratnam. 5. Membentang, Menerima Laporan dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Yang Berakhir Pada 31 Disember 2021 5.1 Pembentangan laporan penyata kewangan PIBG bermula pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 daripada bendahari PIBG, Puan Ching Pei Fong. 5.2 Bendahari menjemput para hadirin untuk merujuk buku laporan pada muka surat 102 hingga 103. 5.3 Bendahari menyatakan baki awal pada 1 Januari 2021 iaitu sebanyak RM153,087.19. 5.4 Bendahari menyatakan jumlah pendapatan sepanjang tahun iaitu sebanyak RM25,500.00. 5.5 Bendahari menyatakan jumlah perbelanjaan sepanjang tahun iaitu sebanyak RM63,511.43. 5.6 Bendahari menyatakan baki akhir setakat 31 Disember 2021 ialah sebanyak RM115,075.76. 5.7 Ts. Dr. Manivannan Rethinam bertanya sama ada baki akhir merangkumi duit yang berada di dalam akaun simpanan tetap.
5.8 Bendahari menjawab persoalan tersebut dengan menjelaskan bahawa duit yang disimpan di dalam akaun simpanan tetap telah dicairkan secara berperingkat sebanyak RM34,932.81 pada 1 Mac 2018, RM32,915.22 pada 20 April 2018, RM35,127.69 pada 13 Mei 2020 dan RM36,724.26 pada 1 Oktober 2020. 5.9 Laporan penyata kewangan PIBG yang bermula pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Nur Shafirah binti Mohd Saupi. Cadangan disokong oleh Encik Azman bin Abdul Ghani. 6. Membentang, Membahas dan Meluluskan Bayaran Sumbangan & Bayaran Tambahan Persekolahan Bagi Tahun 2022 6.1 Pembentangan bayaran sumbangan dan bayaran tambahan persekolahan bagi tahun 2022 oleh YDP PIBG. 6.2 Para hadirin dijemput untuk merujuk buku laporan pada muka surat 105. 6.3 Permohonan untuk kutipan sumbangan bagi bayaran keseluruhan tahun 2022 adalah sebanyak RM250.00 bagi murid-murid yang berada di tingkatan 1 dan 2. Manakala RM230.00 bagi murid-murid yang berada di tingkatan 3 dan 4, dan RM260.00 bagi murid-murid yang berada di tingkatan 5. 6.4 Yuran koperasi sebanyak RM12.00 adalah wajib dibayar bagi semua murid tingkatan 1 dan 2. 6.5 Lain-lain kutipan atau sumbangan untuk murid asrama bagi Aktiviti Agama Islam, Aktiviti Lain Asrama dan Perkhidmatan Sanitari sebanyak RM75.00. 6.6 Lain-lain kutipan atau sumbangan untuk murid perempuan bukan asrama bagi Perkhidmatan Sanitari sebanyak RM12.00. 6.7 Ts. Dr. Manivannan Rethinam meminta pencerahan berkenaan sumbangan yang diminta dan berharap AJK PIBG dapat mengurangkan sumbangan yang diminta kerana sumbangan mungkin akan membebankan ibu bapa. 6.8 Ts. Dr. Manivannan Rethinam juga mencadangkan supaya pihak sekolah memohon sumbangan daripada PPD untuk memperbaiki prasarana dan infrastruktur sekolah, dan menggunakan duit baki daripada tahun sebelumnya untuk mengurangkan bebanan ibu bapa. 6.9 Pengetua menjelaskan bahawa PPD hanya dapat memberi sebahagian sumbangan untuk memperbaiki prasarana dan infrastruktur sekolah. 6.10 Pihak sekolah memerlukan dana untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat menambah minat dan motivasi kepada para murid untuk hadir ke sekolah. 6.11 Pengetua juga menjelaskan bahawa pihak PIBG tidak membuat apa-apa kutipan pada tahun 2021 kerana akaun PIBG telah dibekukan dan pihak PIBG mempunyai hutang mencecah RM50,000 pada masa tersebut. 6.12 YDP PIBG menerangkan bahawa ibu bapa patut menyumbang demi kelestarian dan kecemerlangan anak-anak di sekolah. 6.13 Terdapat juga ibu bapa yang tidak mampu membayar sumbangan. Oleh itu, ibu bapa yang berkemampuan boleh membayar lebih untuk menyumbang dan menolong ibu bapa yang tidak mampu. 6.14 Yuran PIBG juga tidak diubah dari tahun 2019. 6.15 Pembentangan dan kutipan bayaran sumbangan dan bayaran tambahan persekolahan bagi tahun 2022 dicadangkan untuk diluluskan oleh Encik Mohd Nizam bin Morad. Cadangan disokong oleh Encik Azman bin Abdul
Ghani. Keputusan yang telah diambil ialah semua ibu bapa yang hadir bersetuju dengan kadar kutipan yang telah dicadangkan. Makluman 7. Pembentangan usul-usul yang telah dikemukakan secara bertulis 7.1 YDP memaparkan keseluruhan usul bertulis yang dibincangkan (rujuk lampiran Usul dan Cadangan PIBG 2022) 7.2 Tambahan usul/cadangan yang dikemukakan semasa sesi ialah: BIL USUL/CADANGAN IBU/BAPA MURID JAWAPAN 1 Mengenai status Sekolah En. Shazuan Pengetua mengatakan bahawa kawalan yang telah ditukarkan ke status sekolah harian biasa. Ibu bapa meminta untuk mencuba dapatkan balik status Sekolah Kawalan dengan pertolongan tandatangan ibu bapa usaha ini telah diusahakan bersama dengan barisan PIBG tahun 2020 YDP Datuk Wazir yang telah menolong dengan meminta dapatkan balik status Sekolah kawalan yang masih dalam proses dan belum diluluskan disebabkan oleh PKP. Bagi tahun 2022, Pengetua serahkan hal ini kepada barisan PIBG yang baru dan Datin Ts. Dr Rozetta binti Dolah akan menjadi wakil untuk cuba menyelesaikan masalah ini. Datin Ts. Dr Rozetta binti Dolah mengatakan bahawa kita akan mengumpul petisyen daripada semua ibubapa sebagai Langkah pertama untuk mencuba menyelesaikan masalah ini. 2. Mencadangkan supaya PJ tidak diadakan sejurus selepas perhimpunan rasmi yang menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk menyalin pakaian pada masa yang ditetapkan. En. Shah Rizal Bin Ibrahim Shah Nur Shahira Umairah Binti Shah Rizal - 4 HEMAH Pihak Sekolah memaklumkan bahawa pakaian adalah pakaian rasmi bagi perhimpunan dan pihak sekolah akan mempertimbangkan untuk tidak mengadakan kelas PJ selepas perhimpunan. Mengenai pembaikan tandas pelajar di Blok E Pengetua memaklumkan bahawa terdapat masalah dalam saluran air yang telah tersekat dan hal ini telah diusahakan sejak PIBG sebelum ini. Pengetua menyatakan bahawa kita harus membaiki saluran air tu.
Memaklumkan kepada sekolah untuk mengambil tidakan mengenai najis di koridor kerana ia tidak baik untuk kesihatan dan juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Pihak sekolah mengambil maklum mengenai hal ini dan terdapat musang di bahagian Blok E. Pihak sekolah telah meminta pertolongan DBKL untuk membersihkan Blok E 8. Program Kelestarian kecemerlangan akademik , HEM & Korikulum SABKL 2022/2023 8.1 Puan Pengetua telah membentang program – program kelestarian Akademik, HEM dan Kokurikulum semasa dalam ucapan aluannya. 8.2 Program – program kelestarian yang telah dirancang boleh dirujuk di lampiran. 9. Pembubaran AJK Sesi 2021/2022 9.1 Datin Ts. Dr. Rozzeta binti Dolah selaku YDP PIBG 2021 mengumumkan pembubaran AJK sesi 2021/2022. 10. Pelantikan Pengerusi Sementara 10.1 Pengerusi majlis melantik Puan Assemah binti Johan sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan pencalonan, pengundian dan pelantikan AJK 2022/2023. 11. Pencalonan, Pengundian dan Pelantikan AJK 2022/2023 11.1 Pengerusi sementara mengucapkan terima kasih atas kepercayaan kepada beliau dan memperkenalkan diri secara ringkas. 11.2 Puan Assemah binti Johan membacakan Perlembagaan PIBG SMK Aminuddin Baki bagi menyempurnakan pelantikan AJK PIBG kali ini. (rujuk lampiran) 11.3 Puan Assemah binti Johan membacakan fungsi YDP PIBG yang terdapat dalam perlembagaan sebelum pencalonan. Pencalonan YDP PIBG adalah seperti berikut: Nama Calon : Datin Ts. Dr. Rozetta bt Dolah Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad Pencalonan NYDP PIBG adalah seperti berikut: Nama Calon : Encik Ahmad Marzuki bin Ariffin Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad Pencalonan Setiausaha PIBG adalah seperti berikut:
Nama Calon : Pn Nor Ainn bt Husain Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad Pencalonan Bendahari PIBG adalah seperti berikut: Nama Calon : Pn Ching Pei Fong Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad Pencalonan AJK Ibubapa PIBG adalah seperti berikut: Nama Calon : 1. En Teo Yong Jiew 2. Dr Rabieahtul Bt Abu Bakar 3. Pn Nita Aidura Bt Mokhtar 4. Pn Suzana Bt Othman 5.En Sivakumar Veerapan Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad Pencalonan AJK Guru PIBG adalah seperti berikut: Nama Calon : 1. Pn. Roslinda Binti Mahali 2. Pn. Nur Shafirah Binti Mohd Saupi 3. Pn. Hardiyanna Binti Shahlan 4. En. Mohd Farith Bin Mohd Bikri 5. En. Thong Kum Soon Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad Pencalonan Juru Audit Dalaman PIBG adalah seperti berikut: Nama Calon : 1. Pn. Khairani Binti Othman 2. Ts Nor Emizan B Abdul Majid Dicadang oleh : Pn Sumarni bt Saad Disokong oleh : En Nizam bin Murad
12. Pemakluman AJK PIBG Sesi 2022/2023 12.1 AJK – AJK yang telah dilantik adalah seperti berikut: YDP Datin Ts. Dr. Rozetta Bt Dolah NYDP En. Ahmad Marzuki B Ariffin Setiausaha Kehormat Pn. Nor Ainn Binti Husain Bendahari Kehormat Pn. Ching Pei Fong AJK Ibu Bapa 1. En Teo Yong Jiew 2.Dr Rabieahtul Bt Abu Bakar 3.Pn Nita Aidura Bt Mokhtar 4.Pn Suzana Bt Othman 5.En Sivakumar Veerapan AJK Guru 1. Pn. Roslinda Binti Mahali 2. Pn. Nur Shafirah Binti Mohd Saupi 3. Pn. Hardiyanna Binti Shahlan 4. En. Mohd Farith Bin Mohd Bikri 5. En. Thong Kum Soon Juru Audit Dalaman 1. Pn. Khairani Binti Othman (Guru) 2 Ts. Nor Emizan B Abdul Majid (Ibu bapa) 13. Pemakluman Sukarelawan KSIB (Lampiran 2) 13.1 Pelantikan sukarelawan KSIB (tambahan). AJK Prasarana En. Nizam Bin Morad AJK Penajaan & Kebajikan En. Che Hasnadi bin Che Hassan 14. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan 14.1 Mesyuarat diakhiri dengan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir. 14.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.16 tengah hari.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Nazila (SITI NAZILA RAIHAN BINTI OTHMAN) Ketua Pencatat minit Farahin (NURFARAHIN BINTI BUJANG) Pencatat minit Ashwin (ASHWIN KAUR A/P HARNAM SINGH) Pencatat minit Jurayard (JURAYARD A/P EH LAI) Pencatat minit Adibah (ADIBAH BINTI MOHD NASIR) Pencatat minit Ain (NOR AINN BINTI HUSAIN) Setiausaha Kehormat PIBG 2022/2023 Jamilah (HJH JAMILAH BINTI HARUN) Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum Disahkan oleh: ………………………………………………. (DATIN Ts. DR. ROZZETA BINTI DOLAH) Yang Dipertua PIBG 2022/2023
MEMBENTANG & MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG DAN SEKOLAH 2022/2023
LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR TAHUN 2022/2023 Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur bagi Tahun 2022/2023 yang diterajui oleh YDP PIBG serta barisan AJK baharu yang telah dilantik telah dilantik semula atas persetujuan semua ahli PIBG yang hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-46. Barisan AJK-AJK baharu ini akan terus memantapkan lagi pengurusan PIBG yang sedia ada untuk terus memberi sumbangan ke arah kemajuan dan kecemerlangan sekolah. Selain itu, PIBG juga sentiasa memberikan sumbangan dalam menjayakan sesuatu program sama ada dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral. Aktiviti Utama PIBG adalah : 1.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-45 telah berlangsung pada 23 Julai 2022 secara bersemuka di Dewan Bestari SMK Aminuddin Baki dengan kehadiran En Rohaidatul Akmal bin Rosedi sebagai pemerhati semasa MAT berlangsung. AJK-AJK adalah seperti berikut: - Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2023 Penasihat Pn. Hjh. Zubidah binti Md. Yunos, AAP YDP Datin Ts. Dr. Rozzeta binti Dolah NYDP Dr. Ahmad Marzuki bin Ariffin Setiausaha Kehormat Pn. Nor Ainn binti Husain Bendahari Kehormat Pn. Ching Pei Fong AJK Ibu Bapa 1. En. Teo Yong Jiew 2. Dr. Rabieahtul binti Abu Bakar (Ts., Sr., Gs.) 3. Pn. Nita Aidura binti Mokhtar 4. Pn. Suzana binti Othman 5. En. Sivakumar Veerapan AJK Guru 1. Pn. Roslinda binti Mahali (Pengerusi Kelab Guru) 2. Pn. Nur Shafirah binti Mohd Saupi (Kaunselor) 3. Pn. Hardiyanna binti Shahlan 4. En. Mohd Farith bin Mohd Bikri 5. En. Thong Kum Soon Juru Audit Dalaman Guru – Pn. Khairani binti Othman Ibu bapa – Ts. Nor Emizan bin Abdul Majid
Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah dengan sokongan padu PIBG : Bil JenisAktiviti Tarikh Jumlah yang hadir Jumlah yang sepatutnya hadir Peratus Kehadiran 1 Hari Pendaftaran 20/03/2022 155 155 100% 2 Hari Penetapan Target 25/04/2022 366 366 100% 3 Hari Sukan Tahunan 07/07/2022 320 900 36% 4 Mesyuarat Agung Tahunan 23/07/2022 135 900 15% 5 Hari Bicara Akademik 12/11/2022 500 530 94% 6 Hari Anugerah Cemerlang 26/11/2022 743 949 78% 2.0 PENGLIBATAN & SUMBANGAN PIBG DALAM KURIKULUM Dalam bidang kurikulum, PIBG memberi sokongan sepenuhnya dalam peningkatan dan pencapaian prestasi murid-murid SABKL. Barisan AJK PIBG juga sentiasa menghadiri setiap majlis yang melibatkan kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Biro Akademik begitu aktif menjalankan pelbagai program seperti; BIL PROGRAM TARIKH 1 Program GENIUS HOUR Tingkatan 5 25 Apr– 4 Nov 2022 2 Project Based Learning (PBL) bukan STEM Bermula 9 Mei 2022 3 Program JUSA Tingkatan 2,3, dan 4 27 Ogos 2022 4 MACS 19 Oktober 2022 5 SPRINT A FOR SPM 2022 Bermula 21 November 2022 6 Hari Anugerah Cemerlang 26 November 2022 7 Program Perkampungan Ilmu 9-11 Disember 2022 8 INTENSIVE TOUCH KOHORT 2022 Mac 2022 9 Majlis Mohon Restu SPM 27 Januari 2023 10 Program Penetapan Target SPM 24 Mac 2023 11 Majlis Penyampaian Keputusan Peperiksaan SPM 2022 8 Jun 2023 3.0 PENGLIBATAN & SUMBANGAN PIBG DALAM KOKURIKULUM Barisan AJK PIBG sentiasa tidak ketinggalan dalam memberi sokongan moral dengan sentiasa melibatkan diri menghadiri segala program kokurikulum yang diatur dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Barisan AJK juga turut membantu dalam melaksanakan beberapa program seperti: BIL PROGRAM TARIKH 1 Program Bersepadu Kokurikulum Mac-Oktober 2022 2 Pemantapan Pasukan ELIT & PERKASA – Akuatik Jun-September 2022 3 Memperkasa Pasukan Rintis STEM & RIR Mac-Oktober 2022 4 Merentas Desa 25 Mei 2022 5 Project Based Learning (PBL) & Pertandingan Kokurikulum (Kokurikulum,PIBG &Alumni) 4 Ogos 2022 6 Minggu/Bengkel Kebudayaan – Seni Tari & Muzik 15 September 2022 7 Sambutan Hari Sukan Negara 5 Oktober 2022 8 Jom Bersenam 19 Oktober 2022 9 PRAMAC & MAC – Anugerah Kokurikulum 26 November 2022
10 Sambutan Perayaan RIMUP Tahun Baru Cina 3 Februari 2023 11 Sambutan RIMUP Iftar Ramadan 14 April 2023 12 Sambutan Perayaan RIMUP Aidilfitri 17 Mei 2023 13 Sambutan Perayaan RIMUP Deepavali 28 Oktober 2023 4.0 PENGLIBATAN & SUMBANGAN PIBG DALAM HAL EHWAL MURID Barisan AJK juga sangat aktif dalam program-program sekolah yang melibatkan murid-murid SABKL seperti : BIL PROGRAM TARIKH 1 Program Anti Buli Bermula 18 Julai 2022 2 Sambutan Hari Lahir Murid Sekolah, Murid Asrama & Guru Jan-Disember 3 Program Gotong Royong Kelas 30 Julai 2022 4 Program Minggu PPDa 23-27 Ogos 2022 5 Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah / Pengawas Asrama 27-28 Ogos 2022 6 Bulan Penghayatan Kemerdekaan 16 Jul – 10 Sept 2022 7 Minggu HEM 5-9 September 2022 8 Latihan Kawad Kebakaran 29 Ogos & 17 Nov 2022 9 Karnival Kebitaraan Seni 8-12 November 2022 10 Kempen Remaja Sihat 20 September 2022 11 Program Cintai Sekolah Sepanjang Tahun 12 Program Sabians Madani 17 April 2023 13 Kempen Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Jan-Dis 14 Majlis Solat Hajat 16 Januari 2023 15 Kem Pemimpin Muda Sekolah 13 Mei 2023 16 Kempen 3K : Gotong Royong Perdana 22 Mac 2023 17 SPM Food Drive Sepanjang Peperiksaan SPM 5.0 PENGLIBATAN & SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH PIBG banyak membantu sekolah dalam menyediakan dan menyelenggara infrastruktur sekolah. Antara yang telah dilaksanakan ialah : BIL PROGRAM TARIKH 1 Awan Sepadu Enterprise – Penyelenggaraan Tandas Murid (Menukar Pintu Bilik Air, Cistern Tandas, Eksos Fan, Lampu, Kepala paip dan singki) 3 Jun 2022 2 Ukay Computer System Lampu Dewan Bestari (Igniter, Capasitor, M/H Tube, MH Ballast) 3 Jun 2022 3 Abkhai Enterprise-Cleaning dan Serving Air-Cond Dewan Bestari (New ic board sensor, new water pump and servicing) 29 Ogos 2022 4 Awan Sepadu Enterprise-Penyelenggaran Kerosakan Kecil (Membaik Pulih Saluran Tandas, Paip Najis, Pintu Bilik Darjah, Makmal dan Atap Pondok Pengawal) 26 November 2022 5 Wave System- Deposit PA System Dewan Bestari - (Wireless Handheld Microphone, Wireless Headset Microphone, 16-channels Audio Mixer, Power Amplifier, Audio Feedback Eliminator, Full Range Cabinet Speaker) 8 Februari 2023 6 Infratruktur Dewan Bestari – Compressor dan Gas Air-Cond (IC board c/w sensor, compressor sensor, timer relay dan Recharge Gas) 3 Mac 2023 7 Membekal & Ganti Lampu dan Casing Lampu Syiling Dewan Bestari 4 Mac 2023 8 Pembaikan Sistem Kumbahan Tandas Murid Lelaki Blok A (5 Unit Mangkuk Tandas, Tiles dan Paip UPVV) 22 Mei 2023
6.0 PROGRAM – PROGRAM LAIN PIBG juga banyak membantu pihak sekolah dengan memberi sumbangan dalam menjayakan program sebagai tanda penghargaan terhadap guru dan kakitangan sekolah serta dalam melahirkan murid-murid yang cemerlang. i. Sumbangan untuk guru-guru yang berpindah sekolah dan bersara. Sesungguhnya PIBG SABKL sentiasa berusaha melaksanakan aspirasi semua pihak serta membantu sekolah dalam mengekalkan prestasi serta melakar kejayaan seterusnya. Disediakan oleh , ainn ……………………………….. (NOR AINN BINTI HUSAIN) Setiausaha Kehormat PIBG SABKL 2022/2023
DOKUMENTASI AKTIVITI-AKTIVITI PIBG 2022/2023 KARNIVAL HARI JUALAN 12 NOVEMBER 2022 GELANGGANG TERBUKA SABKL
PERKAMPUNGAN ILMU SPRINT TO SPM 9-11/12/2023 BATC, UTM, KL.
PROGRAM SPM FOOD DRIVE SEPANJANG PEPERIKSAAN SPM SESI 2022
PENETAPAN TARGET ECLAT SPM 2022 24 MAC 2023 DEWAN BESTARI
PROGRAM SEHARI BERSAMA PIBKS PENDIDIKAN INOVASI ERTERAS KESIHATAN & STEM 13 MEI 2023 AUDITORIUM MRANTI PARK (TPM), BUKIT JALIL
PROGRAM RIMUP IFTAR RAMADHAN 13 APRIL 2023 DEWAB BESTARI
MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 8 JUN 2023 DEWAN BESTARI
PEMBAIKAN SISTEM KUMBAHAN TANDAS MURID LELAKI BLOK A JUN 2023
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR Reach higher, See further, Shine brighter
PROGRAM KELESTARIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN APRESIASI SESI 2023/2024