BAB 6: KESULTANAN JOHOR RIAU Kesultanan Johor Riau (KJR) telah mewarisi sistem pemerintahan dan wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka (KMM). Selain itu KJR juga telah mewarisi kegemilangan dan keagungan Kerajaan Awal di Alam Melayu 6.1 PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Pengasasan Kesultanan Johor Riau (KJR) • Kesultanan Johor Riau (KJR) telah diasaskan oleh putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah iaitu Raja Ali. • Semasa pemerintahan, baginda telah menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I. • Baginda telah menitahkan Bendahara Seri Nara Diraja untuk menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di persisir Sungai Johor
• Sultan Alauddin Riayat Shah I telah membuka pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada 1528. • Kota Kara yang terletak berhampiran dengan sungai yang lebar memudahkan kapal keluar masuk • Kota Kara juga sesuai dijadikan sebagai benteng pertahanan kerana terletak di kawasan berbukit bukau
• Walaubagaimanapun, pusat pemerintahan di Kota Kara diserang oleh Portugis pada 1535 dan memaksa Sultan Alaudin Riayat Shah I berundur ke Kota Sayong • Kota Sayong dipilih sebagai pusat pemerintahan kerana lebih selamat dan kapal perang sukar untuk masuk kerana kawasan sungai yang sempit
• Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I sekali lagi memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Tanjung Lama. • Pusat pemerintahan Kota Batu, Johor Lama juga dikenali sebagai Tanjung Batu.
• KJR telah diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I • KJR telah berkembang dan diperintah oleh sultan daripada dua keturunan. • Antara tahun 1528-1699, KJR telah diperintah oleh waris keturunan Kesultanan Melayu Melaka. • Antara tahun 1699-1824 pula, KJR telah diperintah oleh waris keturunan Bendahara Johor.
Berdasarkan topik yang dipelajari, kita mengetahui bahawa • Sultan Alauddin Riayat Shah I ingin memastikan pentadbiran kerajaannya tidak dikuasai oleh penjajah. • Baginda juga ingin memastikan rakyat dibawah pemerintahan sentiasa selamat dari ancaman peperangan • Oleh yang demikian baginda bersikap kreatif dan inovatif dengan memindahkan pusat pemerintahan KJR berkali kali untuk mengelakkan dari ancaman musuh. • Baginda juga menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang geografi untuk memilih tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat pemerintahan. Sikap yang ditunjukkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah jelas menunjukkan bahawa baginda merupakan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat dalam sesebuah negara
Cabaran ke arah kegemilangan Kesultanan Johor Riau (KJR) telah menghadapi beberapa cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya. Antara cabaran yang dihadapi oleh KJR ialah seperti berikut :- Persaingan Johor-Acheh-Portugis Perang Johor-Jambi Konflik Pembesar Ancaman Raja Kechil
Persaingan Johor-Acheh-Portugis • Persaingan ini juga dikenali sebagai Perang Tiga Segi. • Perang Tiga Segi berlaku kerana Johor, Acheh dan Portugis ingin menguasai kawasan di Selat Melaka. • Perang Tiga Segi berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis • Acheh pula lemah selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani
Perang Johor-Jambi • Perang Johor-Jambi tercetus kerana tuntutan Johor terhadap wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi. • Perang ini berlangsung daripada tahun 1659 sehingga 1679 • Johor menyerang Jambi pada bulan Jun 1679. Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau.
Konflik Pembesar • Konflik antara pembesar berlaku di Johor kerana ingin menguasai pemerintahan Kerajaan Johor-Riau • Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau. • Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu. Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau. Tun Habib meninggal dunia dan dikenali dengan gelaran Bendahara Padang Saujana. Jawatan Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.
Ancaman Raja Kechil • Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 kerana menuntut takhta kerajaan Johor. Baginda mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I • Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya membantu Raja Sulaiman mengusir Raja Kechil. • Apabila Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mengalahkan Raja Kechil, Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor • Daeng Merewah pula telah dilantik menjadi Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor.
Strategi Menghadapi Cabaran Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran yang menggugat kedaulatannya dengan menggunakan beberapa strategi seperti berikut:- Pemindahan Pusat Pentadbiran Membina Kota Pertahanan Menjalinkan hubungan dengan Belanda
Pemindahan Pusat Pentadbiran • Sebahagian besar pusat pemerintahan KJR terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. • Kepulauan Riau Lingga menjadi pusat pemerintahan baharu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. • Pusat pemerintahan KJR sering berpindah sebagai keperluan strategi pertahanan dan muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis
Membina Kota Pertahanan Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri. Contoh Kota Pertahanan yang dibina oleh KJR ialah Kota Kara • Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. • Terletak di Kuala Sungai Telor. • Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter). • Diperkuatkan dengan bedil dan meriam
Menjalinkan Hubungan Dengan Belanda • KJR melaksanakan dasar berbaik-baik dengan Belanda untuk menghadapi ancaman Portugis dan Acheh. • Hubungan Johor-Belanda bermula pada apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh. • Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani di atas kapal Belanda bernama Oranje. • Selepas perjanjian tersebut, Johor membantu Belanda mengepung Portugis dengan menggali parit kubu.
• KJR melaksanakan dasar berbaik-baik dengan Belanda untuk menghadapi ancaman Portugis dan Acheh. • Hubungan Johor-Belanda bermula pada apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh. • Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani di atas kapal Belanda bernama Oranje. • Selepas perjanjian tersebut, Johor membantu Belanda mengepung Portugis dengan menggali parit kubu. Menjalinkan Hubungan Dengan Belanda
Berdasarkan topik yang telah kita pelajari, kita memperolehi iktibar serta pengajaran antaranya:- • Pemimpin berwibawa penentu kejayaan perjuangan • Bersikap kreatif dan inovatif • Menghayati prinsip Rukun Negara • Mengelakkan pentadbiran negara dikuasai penjajah