The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NATASHA AIDA AZMI @ F: Kembara Si Koko.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 666-1-natasha, 2024-02-23 15:00:16

Kembara Si Koko

NATASHA AIDA AZMI @ F: Kembara Si Koko.

Kembara Si Koko NATASHA AIDA AZMI @ F


Langit yang sebelumnya cerah kini diseliputi dengan awan yang mendung. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat memaksa semua haiwan di hutan rimba mencari tempat untuk berteduh. Namun, terdapat seekor haiwan yang masih kelihatan berjalan-jalan dengan sehelai daun keladi yang cukup besar di tangannya iaitu beruang yang bernama Koko. “Tiada siapa yang mahu berkawan denganku... ” Terdengar keluhan berat keluar daripada mulutnya yang kecil. Dengan wajah yang muram, Koko berhenti dan duduk di sebelah semak sambil mengenang nasibnya yang malang. Koko tidak mempunyai kawan mahupun keluarga. Dia sebatang kara di hutan yang besar ini. Langit yang sebelumnya cerah kini diseliputi dengan awan yang mendung. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat memaksa semua haiwan di hutan rimba mencari tempat untuk berteduh. Namun, terdapat seekor haiwan yang masih kelihatan berjalan-jalan dengan sehelai daun keladi yang cukup besar di tangannya iaitu beruang yang bernama Koko. “Tiada siapa yang mahu berkawan denganku... ” Terdengar keluhan berat keluar daripada mulutnya yang kecil. Dengan wajah yang muram, Koko berhenti dan duduk di sebelah semak sambil mengenang nasibnya yang malang. Koko tidak mempunyai kawan mahupun keluarga. Dia sebatang kara di hutan yang besar ini.


Kesedihannya hanya bertambah apabila dia melihat sekumpulan keluarga semut berjalan dihadapannya untuk kembali ke sarang mereka. “Oh, alangkah gembiranya hidupku jika aku mempunyai sebuah rumah yang hangat dan keluarga yang setiasa berada di sampingku seperti semut-semut ini.” Memikirkan keadaan itu, Koko mendapat satu akal. “Bagaimana jika aku mengembara bagi mencari tempat yang sesuai untuk dianggap sebagai rumah?” Dengan persoalan yang ada di dalam kepalanya itu, Koko bangun dari posisi duduknya dan mula berjalan di bawah hujan yang lebat. Kesedihannya hanya bertambah apabila dia melihat sekumpulan keluarga semut berjalan dihadapannya untuk kembali ke sarang mereka. “Oh, alangkah gembiranya hidupku jika aku mempunyai sebuah rumah yang hangat dan keluarga yang setiasa berada di sampingku seperti semut-semut ini.” Memikirkan keadaan itu, Koko mendapat satu akal. “Bagaimana jika aku mengembara bagi mencari tempat yang sesuai untuk dianggap sebagai rumah?” Dengan persoalan yang ada di dalam kepalanya itu, Koko bangun dari posisi duduknya dan mula berjalan di bawah hujan yang lebat.


Langkah kaki Koko semakin laju dan berselang seli dengan lompatan kecil. Koko berasa gembira kerana dia kini mempunyai tujuan dalam hidupnya. “LaLaLa~ ” Koko berjalan di dalam hutan rimba itu dengan diiringi senandung kecil yang keluar daripada mulutnya. Namun, senandung Koko tiba-tiba terhenti apabila dia ternampak seekor ular yang kelihatan seperti dalam kesakitan. Dengan langkah yang dipercepatkan, Koko mendekati ular itu. “Wahai ular, adakah kamu baik-baik sahaja? ” Koko bertanya dengan nada yang risau melihatkan keadaan ular yang penuh dengan luka di seluruh badannya. Langkah kaki Koko semakin laju dan berselang seli dengan lompatan kecil. Koko berasa gembira kerana dia kini mempunyai tujuan dalam hidupnya. “LaLaLa~ ” Koko berjalan di dalam hutan rimba itu dengan diiringi senandung kecil yang keluar daripada mulutnya. Namun, senandung Koko tiba-tiba terhenti apabila dia ternampak seekor ular yang kelihatan seperti dalam kesakitan. Dengan langkah yang dipercepatkan, Koko mendekati ular itu. “Wahai ular, adakah kamu baik-baik sahaja? ” Koko bertanya dengan nada yang risau melihatkan keadaan ular yang penuh dengan luka di seluruh badannya.


“Aku sedang dalam kesakitan. Haiwan lain memukulku kerana mereka takut akan aku yang merupakan haiwan pemangsa. Tiada yang mahu membantuku dan kamu juga pasti akan memperlakukan aku seperti haiwan-haiwan yang lain.” Dengan nada yang kesal, ular tersebut memeluk tubuhnya dengan menggunakan ekornya dan mengabaikan Koko yang kelihatan risau akan keadaannya. Reaksi ular itu membuatkan Koko berasa simpati. “Wahai ular, namaku Koko dan aku kini sedang mengembara untuk mencari sebuah rumah yang hangat untuk didiami. ” Ular yang diam-diam mendengar kata-kata Koko itu, perlahanlahan mengangkat kepalanya. Koko kelihatan tersenyum dengan tangan yang sudah dijangkau kearah ular. “Mahukah kamu menjadi sahabatku dan mengikutiku dalam pengembaraan ini? Kita boleh menjadi sebuah keluarga jika kita bersama-sama.” Tanya Koko kepada ular. “Aku sedang dalam kesakitan. Haiwan lain memukulku kerana mereka takut akan aku yang merupakan haiwan pemangsa. Tiada yang mahu membantuku dan kamu juga pasti akan memperlakukan aku seperti haiwan-haiwan yang lain.” Dengan nada yang kesal, ular tersebut memeluk tubuhnya dengan menggunakan ekornya dan mengabaikan Koko yang kelihatan risau akan keadaannya. Reaksi ular itu membuatkan Koko berasa simpati. “Wahai ular, namaku Koko dan aku kini sedang mengembara untuk mencari sebuah rumah yang hangat untuk didiami. ” Ular yang diam-diam mendengar kata-kata Koko itu, perlahanlahan mengangkat kepalanya. Koko kelihatan tersenyum dengan tangan yang sudah dijangkau kearah ular. “Mahukah kamu menjadi sahabatku dan mengikutiku dalam pengembaraan ini? Kita boleh menjadi sebuah keluarga jika kita bersama-sama.” Tanya Koko kepada ular.


Ular terdiam sebelum perlahan-lahan menundukkan pandangan. Tidak lama kemudian, ular menganggukkan kepalanya tanda setuju. “Baiklah. Mulai sekarang kita bersahabat. Namaku Lola si ular.” Lola menggapai tangan Koko dengan menggunakan ekornya dan mereka berdua memulakan perjalanan bersama-sama setelah Koko merawat luka Lola. Akan tetapi, perjalanan mereka yang disangka akan seronok hanya bertemankan bunyi hujan apabila keduanya-duanya tidak bercakap sepanjang perjalanan. Namun, kesunyian itu terhenti apabila Koko dan Lola tiba-tiba terdengar suatu suara yang sedang gembira menyanyi di dalam hujan yang lebat itu. Ular terdiam sebelum perlahan-lahan menundukkan pandangan. Tidak lama kemudian, ular menganggukkan kepalanya tanda setuju. “Baiklah. Mulai sekarang kita bersahabat. Namaku Lola si ular.” Lola menggapai tangan Koko dengan menggunakan ekornya dan mereka berdua memulakan perjalanan bersama-sama setelah Koko merawat luka Lola. Akan tetapi, perjalanan mereka yang disangka akan seronok hanya bertemankan bunyi hujan apabila keduanya-duanya tidak bercakap sepanjang perjalanan. Namun, kesunyian itu terhenti apabila Koko dan Lola tiba-tiba terdengar suatu suara yang sedang gembira menyanyi di dalam hujan yang lebat itu.


Mengikuti arah suara itu datang, Koko dan Lola melihat seekor katak sedang melompat-lompat di dalam hujan dengan riang. “Lompat si katak lompat (lompat),” “Lompatlah dengan girang (girang),” “Apabila katak menyanyi,” “Hujan pasti menyusul,” “Lompat si katak lompat (lompat),” “Lompatlah dengan riang (riang),” “Kemana katak pergi,” “Hujan pasti menemani,” “Badan katak mudah kering,” “Harus duduk tempat lembap,” “Lalalalala” “Lalalalala” “Barulah katak gembira.” Mengikuti arah suara itu datang, Koko dan Lola melihat seekor katak sedang melompat-lompat di dalam hujan dengan riang. “Lompat si katak lompat (lompat),” “Lompatlah dengan girang (girang),” “Apabila katak menyanyi,” “Hujan pasti menyusul,” “Lompat si katak lompat (lompat),” “Lompatlah dengan riang (riang),” “Kemana katak pergi,” “Hujan pasti menemani,” “Badan katak mudah kering,” “Harus duduk tempat lembap,” “Lalalalala” “Lalalalala” “Barulah katak gembira.”


Nyanyian katak itu membuatkan Koko dan Lola tersenyum girang walaupun suasana hujan ketika tu membuatkan keadaan sekililing kelihatan muram. Mereka berdua mendekati katak tersebut dengan fikiran yang sama. “Sungguh merdu nyanyianmu, wahai sang katak. Jika tidak keberatan, mahukah kamu menjadi sahabat kami dan menemani kami dalam pengembaraan ini bersama-sama? ” “Pengembaraan? Bunyinya kedengaran seronok! ” Pertanyaan Koko itu dibalas dengan nada yang gembira oleh katak. Katak tersebut suka menyanyi namun nyanyiannya yang merdu menyebabkan haiwan-haiwan lain di hutan membencinya kerana hujan selalu mengganggu aktiviti mereka. Oleh itu, pertanyaan Koko itu memberikan kegembiraan kepada katak. “Namaku Kuro, selamat berkenalan! ” Katak pun bersetuju untuk mengikuti pengembaraan Koko. Maka, perjalanan Koko dan Lola kini ditemani dengan nyanyian merdu Kuro. Nyanyian katak itu membuatkan Koko dan Lola tersenyum girang walaupun suasana hujan ketika tu membuatkan keadaan sekililing kelihatan muram. Mereka berdua mendekati katak tersebut dengan fikiran yang sama. “Sungguh merdu nyanyianmu, wahai sang katak. Jika tidak keberatan, mahukah kamu menjadi sahabat kami dan menemani kami dalam pengembaraan ini bersama-sama? ” “Pengembaraan? Bunyinya kedengaran seronok! ” Pertanyaan Koko itu dibalas dengan nada yang gembira oleh katak. Katak tersebut suka menyanyi namun nyanyiannya yang merdu menyebabkan haiwan-haiwan lain di hutan membencinya kerana hujan selalu mengganggu aktiviti mereka. Oleh itu, pertanyaan Koko itu memberikan kegembiraan kepada katak. “Namaku Kuro, selamat berkenalan! ” Katak pun bersetuju untuk mengikuti pengembaraan Koko. Maka, perjalanan Koko dan Lola kini ditemani dengan nyanyian merdu Kuro.


Hujan yang turun kini semakin lebat, Koko bersama sahabatnya berjalan di bawah daun besar bersama-sama. Perjalanan mereka sekali lagi terhenti apabila mereka menemukan seekor anak burung kecil yang keseorangan. “Wahai anak burung, dimanakah ibumu? ” Koko bertanya kepada anak burung yang kini sudah basah kerana hujan. “Baru sebentar tadi, seekor musang telah menyerang sarangku dan aku telah kehilangan ibuku kerananya.” Jawab anak burung dengan wajah yang sedih sambil mengenangkan nasib ibunya yang malang. Hujan yang turun kini semakin lebat, Koko bersama sahabatnya berjalan di bawah daun besar bersama-sama. Perjalanan mereka sekali lagi terhenti apabila mereka menemukan seekor anak burung kecil yang keseorangan. “Wahai anak burung, dimanakah ibumu? ” Koko bertanya kepada anak burung yang kini sudah basah kerana hujan. “Baru sebentar tadi, seekor musang telah menyerang sarangku dan aku telah kehilangan ibuku kerananya.” Jawab anak burung dengan wajah yang sedih sambil mengenangkan nasib ibunya yang malang.


Koko yang tekun mendengar cerita anak burung tersebut berasa simpati lalu mengajak anak burung untuk turut mengembara bersama-samanya. “Mulai sekarang, anggaplah kami sebagai keluargamu, wahai anak burung. Persahabatan kita akan menjadi utuh seperti sebuah keluarga.” Koko dengan gembiranya meneruskan perjalanan dan kini dia ditemani dengan sahabat baharu yang bernama Riri si anak burung. Koko yang tekun mendengar cerita anak burung tersebut berasa simpati lalu mengajak anak burung untuk turut mengembara bersama-samanya. “Mulai sekarang, anggaplah kami sebagai keluargamu, wahai anak burung. Persahabatan kita akan menjadi utuh seperti sebuah keluarga.” Koko dengan gembiranya meneruskan perjalanan dan kini dia ditemani dengan sahabat baharu yang bernama Riri si anak burung.


Di pertengahan perjalanan, mereka memutuskan untuk berehat di pinggir hutan. Ketika itu, perut Lola tiba-tiba berbunyi membuatkan matanya tertancap pada tubuh Riri yang sedang tidur. Perlahan-lahan Lola bersesis sambil menyusur ke arah Riri dan dengan cepat berusaha menyerang. Mereka semua terkejut dengan kejadian itu kerana perubahan sikap Lola yang disangka baik tetapi sebenarnya Lola ialah musuh dalam selimut! "Lola, berhenti! Kita harus saling melindungi dan bekerja sama. Kita semua mencari rumah yang aman, bukan menciptakan masalah! " Terkejut melihat bahaya yang mengancam, Koko dengan cepat melindungi Riri dan memperingatkan Lola tentang tujuan pengembaraan mereka. Di pertengahan perjalanan, mereka memutuskan untuk berehat di pinggir hutan. Ketika itu, perut Lola tiba-tiba berbunyi membuatkan matanya tertancap pada tubuh Riri yang sedang tidur. Perlahan-lahan Lola bersesis sambil menyusur ke arah Riri dan dengan cepat berusaha menyerang. Mereka semua terkejut dengan kejadian itu kerana perubahan sikap Lola yang disangka baik tetapi sebenarnya Lola ialah musuh dalam selimut! "Lola, berhenti! Kita harus saling melindungi dan bekerja sama. Kita semua mencari rumah yang aman, bukan menciptakan masalah! " Terkejut melihat bahaya yang mengancam, Koko dengan cepat melindungi Riri dan memperingatkan Lola tentang tujuan pengembaraan mereka.


Lola akhirnya sedar akan kesalahannya. Perutnya yang kosong membuatkan Lola hilang kawalan diri. Dengan penuh penyesalan, Lola meminta maaf kepada sahabatnya dan bersumpah untuk mengawal nafsu makannya dengan lebih baik. “Maafkan aku, wahai sahabat-sahabatku. Aku berasa sungguh lapar dan tanpa sedar perasaan itu membuatkan aku berubah menjadi ganas. Aku tidak berniat untuk menakutkan kamu semua.” “Tidak mengapa jika kamu mengetahui kesalahanmu. Kami maafkan kamu kerana kamu ialah sahabat dan keluarga kami, Lola.” Mereka berpelukan sebelum melanjutkan perjalanan. Kejadian ini mengajar mereka bahawa persahabatan sejati memerlukan kepercayaan dan kefahaman antara satu sama lain. Walaupun Lola sempat menunjukkan sisi gelapnya, mereka tetap bersatu dan bertekad dengan tujuan mereka. Lola akhirnya sedar akan kesalahannya. Perutnya yang kosong membuatkan Lola hilang kawalan diri. Dengan penuh penyesalan, Lola meminta maaf kepada sahabatnya dan bersumpah untuk mengawal nafsu makannya dengan lebih baik. “Maafkan aku, wahai sahabat-sahabatku. Aku berasa sungguh lapar dan tanpa sedar perasaan itu membuatkan aku berubah menjadi ganas. Aku tidak berniat untuk menakutkan kamu semua.” “Tidak mengapa jika kamu mengetahui kesalahanmu. Kami maafkan kamu kerana kamu ialah sahabat dan keluarga kami, Lola.” Mereka berpelukan sebelum melanjutkan perjalanan. Kejadian ini mengajar mereka bahawa persahabatan sejati memerlukan kepercayaan dan kefahaman antara satu sama lain. Walaupun Lola sempat menunjukkan sisi gelapnya, mereka tetap bersatu dan bertekad dengan tujuan mereka.


Koko dan kawan-kawannya akhirnya tiba di kawasan hutan yang kelihatan tenang dan damai. Mereka menemukan gua yang cukup besar dan nyaman untuk dijadikan rumah. Koko, Lola, Kuro, dan Riri merasa begitu gembira kerana mereka berjaya menemukan tempat yang hangat untuk tinggal bersamasama sebagai sebuah keluarga. Koko dan kawan-kawannya akhirnya tiba di kawasan hutan yang kelihatan tenang dan damai. Mereka menemukan gua yang cukup besar dan nyaman untuk dijadikan rumah. Koko, Lola, Kuro, dan Riri merasa begitu gembira kerana mereka berjaya menemukan tempat yang hangat untuk tinggal bersamasama sebagai sebuah keluarga.


TAMAT


Click to View FlipBook Version