The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT AKHIR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tulusain08, 2022-07-26 10:55:58

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT AKHIR 2022

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM PERINGKAT AKHIR

PPD SEBERANG PERAI UTARA

PERTANDINGAN

PENGUCAPAN

AWAM

TARIKH:27 JULAI 2022
MASA:8.30 PAGI

SECARA DALAM TALIAN

ANJURAN:

UNIT KELAB DAN PERSATUAN
P USAT TINGKATAN ENAM
SMK TELOK AIR TAWAR

DENGAN KERJASAMA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG
PERAI UTARA

TENTATIF PROGRAM

MASA

8.30 PAGI – 9.00 PAGI : PENDAFTARAN PERTANDINGAN

9.00 PAGI – 10.00 PAGI : PERTANDINGAN BERMULA

10.00 PAGI – 11.00 PAGI : BERHENTI REHAT / HAKIM BERMESYUARAT

11.00 PAGI – 11.30 PAGI : PENYERAHAN KEPUTUSAN KEPADA TUAN

RUMAH

11.30 PAGI : PERASMIAN DAN PENUTUPAN

PERTANDINGAN

1. BACAAN DOA.

2. UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA

PENGETUA.

3. UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

DARIPADA TUAN PPD.

4. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PUSINGAN

KEDUA.

LATAR BELAKANG

1.Pertandingan Pengucapan Awam 2022 diadakan sebagai
langkah awal persediaan para pelajar Tingkatan Enam di
Pusat Tingkatan Enam Daerah Seberang Perai Utara menjadi
pelajar yang menguasai kemahiran berkomunikasi sama ada
secara lisan mahupun secara bertulis sebelum melangkah
masuk ke menara gading.

2.Sehubungan dengan itu, Unit Kelab dan Persatuan PTE SMK
Telok Air Tawar bercadang mengadakan Pertandingan
Pengucapan Awam Bahasa Melayu supaya ilmu dalam
kemahiran komunikasi dapat diaplikasikan oleh para pelajar.
Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan
diri dan keberanian pelajar, serta meningkatkan kemahiran
petah berbicara atau berpidato.

OBJEKTIF

1.Memberikan ruang dan galakan kepada pelajar sekolah
menggunakan bahasa Melayu baku yang akhirnya akan
melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik
dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.
2.Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan
berketerampilan serta berkebolehan berhujah dan
mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan
baik dan berkesan.
3. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan
koakademik dengan bimbingan guru dalam mencari idea
yang bernas dan fakta yang tepat tentang tajuk yang
dibincangkan. Secara tidak langsung, pertandingan ini
membina hubungan kerjasama antara pelajar, dan pelajar
dengan guru.

AJK PROGRAM

AJK PROGRAM

PERSATUAN SEJARAH PERSATUAN BAHASA DAN
DAN PATRIOTISME PENGAJIAN AM

(KETUA:PN SOFIAH BINTI (KETUA:CIK UMA DEWI A/P
OTHMAN) NADARAJAN)

SETIAUSAHA PENYELARAS
Pn. Sofiah Binti Othman Pn. Uma Devi a/p S. Nadarajan
Armita Sari (6B5) Nur Aisyah Aqilah bt Dzulkifli (6A5)
Ain’Nur Najwa bt Taharim (6A5)
DOKUMENTASI Tan Jing Rou (6A3)
 Pn. Sakinah binti Saleh Anna Loo (6A2)
Pn. Wan Hanifah Teh Hui Chee (6A2)
Pn. Rosadah binti Abu Hassan
 Nur Izzati Zahidah (6A5) BENDAHARI
  Pn. Azuana binti Abdul Waris
Pn. Ang Kooi Hua
PERSATUAN BAHASA DAN
PENGAJIAN AM
Oon Soo Qing (6A2)


Goh Tzi Dee (6A4)
PENGACARA / MODERATOR Looi Yuen Hooi (6A4)
Pn Nurul Khalidah binti Khalid
Pn. Rasyidah binti Salleh

Siti Aisyah Bt Muhamad Nizam (6A5)
PERSATUAN BAHASA DAN
PENGAJIAN AM



TEKS UCAPAN
Pn Azuana bt Abdul Waris
Pn Noorafiza binti Abdul Rahim
En. Muhammad Amirul

PENYEDIAAN SOALAN
Pn P’ng Siew Weng
En. Shanmuganathan a/l
Kallidason
Chin Zhi Yin (6A4)
Tan Yun Xi (6A6)

AJK PROGRAM

PERSATUAN SAINS PERSATUAN SAINS
MATEMATIK DAN INOVASI MATEMATIK DAN INOVASI

(KETUA:PN KOH MEI YING)

PENDAFTARAN PESERTA PENGURUS PESERTA
Pn. Suzana binti Abd. Aziz Pn. Koh Mei Ying
Pn. Nor Azlin binti Abdullah Nuur Liyana Binti Noor Muhamad
Lee Woei Ming (6A1) (6A3)
Lim Jing Kai (6A1) Kaviarasi A/P Kumaran (6A4)
Leong Jing Qian (6A2) Jayesri A/P Parthiban (6A4)
Thoe Hui Ying (6A4)
PERSIAPAN BANNER/
JEMPUTAN PERASMI / PESERTA / HAKIM BACKDROP DAN PROMOSI(DIGITAL)
Pn. Nasirah Binti Abdul Rahman Pn. Noor Liza binti Abdullah
K’ng Hui Xian (6A2) Wong Shan Yan (6A1)
Tan Jia Qi (6A2) Chan Min Xuan (6A1)
Liew Chun Hen (6A1) Teh Kai Yang (6A4)
Nagaloshini A/P Kaniapen (6A4)

KELAB KECERIAAN KELAB KECERIAAN
DAN ALAM SEKITAR DAN ALAM SEKITAR

(KETUA:EN CHANDER SEGAR PILLAY) TEKNIKAL
En. Chander Segar Pillay
BACAAN DOA Pn. Koh Mei Ying
Pn. Shakila binti Saidin Tee Yong Jian (6A1)
Mohamad Noval Fahrozi (6A5) Tan Zhi Wen (6A1)
Muhammad Fakhrulazi Bin Azhar
PEMILIHAN PEMENANG (6A3)
En. Kaldip Singh Muhammad Amirul Firdaus Bin
Nurul Syafikah Binti Rosmadi (6A5) Ramli (6A3)
Shooman A/L Kalaihrasan (6A5) Cheah Ting Hang (6A4)
Liow Yi Xin (6A2) Ooi Wei Xuan (6A1)
Tang Teik Hean (6A1)
Sherraan A/L Kalaiahrasan (6A5)

AJK PROGRAM

KELAB KECERIAAN KELAB KEUSAHAWANAN
DAN ALAM SEKITAR
(KETUA:PN ZAINI BINTI ZAINUL ABIDIN)

KERTAS KONSEP SIJIL DAN HADIAH SERTA
En. Chander Segar Pillay PENYAMPAIAN HADIAH
Tan Yee Ling (6A4) Pn Nor Liyana binti Ismail
Menarasii A/P Samynathan (6A4) Pn. Rosmuni Azirah binti Derani
Syifa Nafeesa Binti Noor Idzuandi (6A6) Pn. Nor Hidayah binti Mohd Yusof
Teh Young Thing (6A3) Nur Nadia Athiqah bt Mohd Salleh (6A3)
Tang Jia Qi (6A1) Nurhazliza bt Mohd Azhar (6A3)
David Lee Chi Siang (6A4)
HAKIM Kuah Yoong Geap (6A4)
Pn. Lo Min Yien Nur Syamimi Nabilah bt Sahidan (6A3)
Pn. Khairul Fadzilah binti Mohamad
Cindy Ooi Zi Wen (6A4) BUKU PROGRAM
Keng You Hern (6A4) Pn. Zaini binti Zainul Abidin
Lim En Yi (6A4) Pn. Hasni binti Rusli
Lim Yi Jun (6A4) Ummu Ainaa bt A'Azman (6A3)
Yeap Wen Hui (6A4) Siti Nur Aisyah bt Ahmad Nazree (6A3)

SKOP PENGUCAPAN AWAM

Tema : Alam Sekitar
Untuk pusingan pertama, setiap pasukan diberikan kebebasan membina tajuk

pengucapan awam masing-masing berdasarkan tema yang ditetapkan.
Bagi pasukan yang terpilih ke pusingan kedua, setiap pasukan menggunakan
tajuk pengucapan awam yang sama dengan tajuk yang diguna dalam pusingan

pertama.

PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan enam pusat-pusat tingkatan
enam di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Daerah
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Kesemua lima buah Pusat Tingkatan Enam di Daerah Seberang Perai Utara
berpeluang untuk menyertai pertandingan ini.

Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

Setiap sekolah hanya boleh menghantar dua (2) orang peserta sahaja.
Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang guru pengiring.

Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini ditanggung sepenuhnya oleh
setiap pasukan.

Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh yang

ditetapkan iaitu pada
Pautan Borang Penyertaan : https://forms.gle/EDGkJ92LCmKv1cAb7
Penghantaran Rakaman Video : https://forms.gle/7bcwMChu2KndPjvt8

KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian dengan dua pusingan pengendalian, iaitu:
Pusingan Pertama - Rakaman video Pengucapan awam peserta dirakam terus menggunakan
kamera digital, kamera video atau telefon bimbit.

Rakaman video setiap pasukan perlu dimuat naik ke laman Google Drive
dengan nama sekolah dan tajuk pengucapan awam.

Pusingan Kedua: Pertandingan pada pusingan kedua dilaksanakan secara dalam talian
menerusi aplikasi video telesidang "Google Meet".
Pelaksanaan pertandingan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa dan
Garis Panduan Pelaksanaan Akitviti Kokurikulum KPM yang sedang berkuat kuasa bagi
mencegah penularan wabak COVID-19

PERATURAN PERTANDINGAN

Peraturan Am Pertandingan
1.Pengucapan awam hendaklah dipersembahkan dalam bahasa Melayu.
2.Setiap peserta diberikan masa selama tujuh (7) minit untuk menyampaikan
pengucapan awam.
3.Setiap peserta mesti menghuraikan sekurang-kurangnya tiga isi berhubung
dengan tajuk yang diberikan.
4.Untuk pusingan kedua loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa
tamat dan dua kali apabila masa tamat.
Markah tidak akan diberikan selepas masa tamat.
5.Setiap peserta perlu memakai pakaian kasual.
6.Setiap peserta tidak dibenarkan sama sekali menimbulkan isu-isu sensitif yang
bertentangan dengan undang-undang, perpaduan kaum, agama, tatasusila dan
kepentingan negara.
7.Setiap peserta tidak dibenarkan mendapatkan atau menggunakan bantuan
daripada sumber atau pihak luar semasa pertandingan dijalankan dalam apa jua
kaedah.
8.Bagi pusingan kedua, para peserta akan diberikan soalan spontan. Satu minit
untuk masa persediaan dan tiga minit pula diberikan kepada peserta bagi
pengucapan awam.
9. Hasil video hendaklah belum pernah disiarkan atau digunakan untuk menyertai
mana-mana pertandingan.
10. Setiap pasukan perlu memberi jaminan bahawa semua jenis gambar, muzik
atau apa-apa bahan penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar
manamana hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang undang
atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran jaminan ini, penganjur
tidak akan bertanggungjawab dan segala kerugian ditanggung oleh peserta.
11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang
melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak berfungsi.
12. Pihak penganjur berhak berkongsi video yang terpilih untuk dimuat naik dalam
media sosial rasmi penganjur tanpa sebarang tuntutan oleh peserta.
13. Perlakuan yang kurang sopan seperti menunjukkan isyarat lucah, kesat dan
sebagainya semasa pertandingan adalah dilarang. Pihak penganjur berhak
menegur dan mengambil tindakan kepada peserta sekiranya berlaku perkara
sedemikian.

PEMARKAHAN

1.Markah peserta dinilai daripada aspek:
Bahasa - 25
Gaya Persembahan - 20
Isi - 30
Kelancaran - 25
Soalan spontan (bagi pusingan kedua) - 30

2. Pusingan kedua selepas persembahan melalui google meet akan disusuli dengan
soalan spontan.
4. Peserta dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim mendapati ada
peserta yang merujuk teks melebihi daripada yang sepatutnya (5 kali), markah
maksimum yang akan dipotong ialah 5 markah daripada keseluruhan markah
penyampaian.
5. Sebarang pandangan yang disampaikan oleh peserta setelah loceng penamat
dibunyikan tidak akan diberikan markah.

PENGHAKIMAN

Tiga atau lima orang hakim akan menghakimi pertandingan pusingan
pertama dan pusingan kedua, termasuk ketua hakim.



Hakim pertandingan terdiri daripada SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Utara.

Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak
akan dilayan.

HADIAH

Hadiah berbentuk wang tunai (bank in) dengan kadar seperti berikut :
Tempat pertama - RM100.00
Tempat kedua - RM80.00
Tempat ketiga - RM50.00
Saguhati 1 - RM30.00
Saguhati 2 - RM30.00

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan guru pengiring.


Click to View FlipBook Version