The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KELAS DSB 1A SESI 2 2021-2022
MUHD HAIMAN ZAKWAN BIN PURNAMA
MUHD IMAN RAMADHAN BIN ZULKEFLI
MUHD IKHMAL HAQIEMY BIN RIDUAN
MUHD ZULFHLI BIN ZULHABRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haimanzakwan10, 2022-05-28 09:20:30

E FOLIO SUKAN DAN PERPADUAN

KELAS DSB 1A SESI 2 2021-2022
MUHD HAIMAN ZAKWAN BIN PURNAMA
MUHD IMAN RAMADHAN BIN ZULKEFLI
MUHD IKHMAL HAQIEMY BIN RIDUAN
MUHD ZULFHLI BIN ZULHABRI

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SUKAN DAN
PERPADUAN

PROGRAM: DIPLOMA SENI BINA
NAMA PENSYARAH: PUAN NUR KHAMSIAH BINTI ADAN

SESI 2 : 2021/2022
AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD IKHMAL HAQIEMY BIN RIDUAN
MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZULHABRI
MUHAMMAD HAIMAN ZAKWAN BIN PURNAMA
MUHAMMAD IMAN RAMADHAN BIN ZULKEFLI

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 3

2. OBJEKTIF 5

3. FAEDAH SUKAN KEPADA MALAYSIA 6

4. SUKAN MENGERATKAN PERPADUAN? 8

5. KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN 9

6. KENAPA SUKAN DIIDAMKAN OLEH SETIAP NEGARA? 10

7. KESIMPULAN 11

2

PENGENALAN

Sukan adalah amalan latihan fizikal yang teratur dan kompetitif . Sukan boleh menjadi rekreasi,
profesional, atau sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan. Sukan yang merangkumi pelbagai
bidang masyarakat kita mempunyai kerumitan simbolik dalam dimensi sosial dan budaya, kerana sukan
kini merupakan latihan, tontonan dan gaya hidup .

Salah satu sukan yang terkenal sebagai persembahan adalah bola sepak dan besbol . Mereka dicirikan
oleh pertandingan antara dua pasukan, atau lebih dari dua jika itu adalah kejohanan, dengan atlet yang
mematuhi peraturan permainan membuat pertunjukan untuk penonton mereka. Kerana
penyelewengan yang menunjukkan perniagaan telah dihasilkan dengan satu-satunya objektif untuk
mencapai kemenangan, kini konsep permainan adil atau 'permainan adil' ditekankan sebagai tingkah
laku sukan yang ideal.

Sukan adalah sinonim dengan permainan, gimnastik, senaman fizikal, rekreasi dan riadah. Sukan
berasal dari deportare Latin yang bermaksud bergerak atau mengangkut ke luar tembok kota. Istilah ini
mula berubah secara konseptual menjadi rekreasi (sejak dipraktikkan di luar dinding dan di udara
terbuka) digunakan untuk pertama kalinya di Cantar del Mío Cid dengan kata kerja dideportasi sebagai
sinonim untuk 'keseronokan' dan bukan 'pemindahan'.

Deportare kemudian diturunkan ke bahasa romantis lain seperti dihantar pulang dalam bahasa
Provencal, dihantar pulang dalam bahasa Catalan, sukan dalam bahasa Perancis, sukan dalam bahasa
Itali, sukan dalam bahasa Portugis dan sukan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud senaman fizikal
dan semua jenis permainan dan hiburan yang melibatkan korporat .

3

◦ Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
◦ Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu
negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni.
◦ Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai
jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api
dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum
di Malaysia.

4

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. MENGETAHUI DEFINISI SUKAN.
2. MENGETAHUI DEFINISI PERPADUAN.
3. MEMBINCANGKAN KEPENTINGAN SUKAN DAN PERPADUAN.
4. MENGETAHUI KEPENTINGAN PERPADUAN.
5. MEMBINCANGKAN ADAKAH SUKAN MENGERATKAN

PERPADUAN.
6. MENGETAHUI KESAN JIKA TIDAK BERSATU PADU.
7. MEMBINCANGKAN KELEBIHAN BERSUKAN .

5

FAEDAH-FEADAH BERSUKAN KEPADA MALAYSIA.

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil
mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa
falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan
profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang
sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan
mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan
profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal
kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah
kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan
sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata
pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis
dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali
pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan
bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang
berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan
oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang
sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap
individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa
lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa
lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan
ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang
dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan
melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari
ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

6

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan
dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan
dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu,
hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan
ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan
pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat
bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.

Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran
profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana
pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran
wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda
yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional,
pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga
dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan
menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga
mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju
yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan
masyarakat.

7

SUKAN MENGERATKAN PERPADUAN?

Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen
perpaduan. Contohnya,aktiviti bersukan dapat menggeratkan
hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh
menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Selain
itu,Negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya
Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang mana dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton.
Di samping itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan,
menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat
mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta ini dapat
mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain.

8

KEPENTINGAN SUKAN
DAN PERPADUAN

◦ Sukan adalah cara yang terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dan
pelbagai kaum di setiap negara.Selain itu sukan juga dapat menerapkan sikap nilai murni dalam diri
setiap individu,dimana masyarakat akan belajar berinteraksi dan berkomunikasi secara meluas
antara pelbagai kaum.Oleh hal yang demikian, mereka akan mengenali antara satu sama lain
malahan dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam diri masing-masing.Seperti yang disedia
maklumkan bahawa masyarakat perlulah melakukan aktiviti sukan walau apa jua sukan
sekalipun.Pentingnya bersukan adalah kerana sukan dapat membentuk jati diri dan membina
sahsiah diri serta memperbaik keseimbangan emosi seseorang. Masyarakat boleh melakukan apa
jua aktiviti sukan sama ada sukan indoor atau outdoor seperti bola sepak,futsal,badminton dan
bukan sahaja permainan tradisional.Tujuan utama kita adakan sukan adalah untuk memantapkan
perpaduan pelbagai kaum disamping dapat memupuk amalan hidup sihat dan untuk jadikan
Malaysia sebagai negara yang bersukan.Oleh itu ,untuk membuktikan bahawa sukan dapat
memupuk perpaduan ialah dengan melihat perwatakan anak-anak muda atau orang dewasa yang
mana mereka saling menyokong dan bersorak bersama-sama sekiranya pertandingan sukan di
adakan seperti pertandingan bola sepak yang dimainkan di stadium.Sukan menjadi penjana dalam
mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara.Keamanan negara juga dapat dicapai
sekiranya setiap negara menitikberatkan fungsi sebenar sukan dalam membentuk hubungan global
yang baik.Jadi jelaslah bahawa sukan adalah aktiviti yang penting bagi setiap individu.

9

KENAPA PERPADUAN DIIDAMKAN
OLEH SETIAP NEGARA?

◦ Sukan adalah kuasa untuk mengubah dunia.Bayangkan sekiranya sukan
telah diterapkan dalam kehidupan masing-masing,negara akan menjadi aman
damai kerana sikap dan tingkah laku masyarakat yang harmoni. Tambahan pula,Ia
dapat mengeratkan hubungan dan mengekalkan perpaduan dalam
negara.Malahan sukan juga dapat mengharumkan nama negara.Ini kerana
masyarakat tidak mementingkan diri sendiri dan saling bekerjasama tidak kira apa
jua kaum sama ada kaum Melayu,kaum Cina dan India dalam melakukan pelbagai
aktiviti.Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang
betul.Kalah atau menang adalah adab pertandingan.Jadi tidak perlu untuk
bergaduh dan bertengkar antara satu sama lain sekiranya kalah dalam
pertandingan.Dengan kegagalan kita akan beroleh pengalaman dan dapat
membangkitkan usaha dalam diri sehingga memperolehi kemenangan.Sukan juga
dapat memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menjadi etnik yang
berjaya.Dengan ini mereka akan menggunakan masa mereka dengan perkara yang
berfaedah dan tidak sia-siakan masa yang ada.Sekiranya perluang ini terbuka luas
maka mereka juga dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri masing-
masing.Di samping itu ia dapat melahirkan keperibadian yang unggul dan dapat
membentuk tingkah laku disiplin yang baik kerana setiap permainan mempunyai
peraturan-peraturannya sendiri.

10

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan
antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan
dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu.
Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk
masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui
sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum,
menanam rasa cinta. kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan
kedaulatan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif
dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras
dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam
kalangan masyarakat.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di
peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran
diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat,
sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia
meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

11

Yang lebih penting lagi untuk difahami
dan diperhatikan ialah perbezaan hakiki
yang tidak dapat dipersamakan. Jika
hakikat ini tidak difahami dan dasar-
dasar serta usaha mempersamakan
antara pelbagai hakikat tersebut
dilancarkan, akan berlakulah
persamaan-persamaan palsu yang
menzalimi kesemua hakikat-hakikat
tersebut. Segala usaha untuk memberi
tafsiran bertujuan melenyapkan
perbezaan-perbezaan itu akan
menimbulkan kemarahan, kebencian
dan persengketaan

ETIKA
DAN PERADABAN


Click to View FlipBook Version