ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 ISI KANDUNGAN i
2 iii
3 SETITIS TINTA SEULAS BICARA v
4 vi
5 PENDAHULUAN
1
5.1 MATLAMAT & OBJEKTIF 2
3
5.2 SINOPSIS KARYA KREATIF INDIVIDU
4
5.3 BUKU DRASMIK 5
Mohamad Shahril bin Mat Isa 6
5.4 Pemulihan Khas 7
5.5 PERMAINAN BOOGLE JAWI 8
Faizal bin Jailani
5.6 Panitia Pendidikan Islam
5.7 SELAGU
Nur Ihwani binti Baharuddin
5.8 Panitia Sains
SUPER WORD BOARD
Kayalvile a/p Vijaya Kumar
Panitia Bahasa Inggeris
CARTA BINA AYAT
Hani bin Abd Rahman
Panitia Bahasa Melayu
M-PUZZLE
Aniza binti Sarman
Panitia Matematik
KAD VISUAL BOOSTER
Afzerina binti Jumadi
Program NILAM
TRAFIK DETAK DETIK NOT MUZIK
Azura binti Harun
Panitia Pendidikan Muzik
i
BIL PERKARA MUKA SURAT
5.9 9
PERMAINAN EMOSI BINGGO
Mariathulqibthiyah binti Maso'od
Unit Bimbingan dan Kaunseling
5.10 KIT D & J 10
Hafizah binti Mohd Said
Panitia Bahasa Melayu
5.11 NASYID "CELIK AL-QURAN MATLAMAT KITA"
Azreza binti Yopzafran 11
Panitia Pendidikan Islam
6 SINOPSIS KARYA KREATIF BERKUMPULAN
6.1
JEJARI BALUK 12
6.2 Azura binti Harun
Azlini binti Abd Razak
Panitia Pendidikan Muzik
KHOMSAH ASOBI 13
Jamilah binti Othman
Husnul Khatimah binti Abdullah Sahimi
Panitia Pendidikan Islam
6.3 BIZZY BOOK 14
Azura binti Harun
Mazita binti Paat
Panitia Bahasa Inggeris
6.4 KIT UTILITI PAK 21 15
Azreza binti Yopzafran
Azzah Hasniza binti Abdullah Sahimi
Pengurusan Kelas
6.5 JEJAK WARISAN 16
Azura binti Harun
Afzerina binti Jumadi
Kebudayaan dan Kesenian
6.5 CRYPTO JAWI
Faizal bin Jailani 17
Siti Aishah binti Mohmmad Iesan
Nur Azzah Hasniza binti Abdullah Sahimi
ii
SETITIS TINTA SEULAS BICARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam skarian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izinNYA , "Perkongsian Karya Kreatif" SK Abdul Rahman Yassin
berjaya dilaksanakan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa yang terlibat
atas usaha murni menganjurkan "Perkongsian Karya Kreatif" pada
julung kalinya. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada
barisan pentadbir, guru- guru, PIBG, murid- murid yang terlibat
serta warga SK Abdul Rahman Yassin kerana sama-sama
menjayakan "Perkongsian Karya Kreatif" SK Abdul Rahman
Yassin. Usaha membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam
kalangan guru- guru dapat mempertingkatkan nilai profesional
guru serta ke arah kemenjadian murid-murid.
Perkongsian ilmu ini, bertepatan dengan peranan guru sebagai
barisan hadapan demi mengekalkan jiwa pendidik dan menjadikan
penyelidikan sebagai satu amalan. ”Perkongsian Karya Kreatif”
merupakan platform guru-guru berkongsi amalan terbaik ke arah
sekolah berkualiti. Dengan adanya amalan “Perkongsian Karya
Kreatif”, warga pendidik SK Abdul Rahman Yassin dapat
memastikan semua murid mencapai potensi sepenuhnya dalam
mencapai aspirasi yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Di mana 6 aspirasi murid
ditekankan iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran
Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian serta
Identiti Nasional.
iii
“Perkongsian Karya Kreatif” diharapkan mampu menjadi medan
kepada semua guru untuk bertukar maklumat, pandangan dan
idea secara kritis berkaitan amalan pedagogi dalam bilik darjah.
Dari itu, semoga manfaat yang diperolehi melalui amalan karya
kreatif meningkatkan kualiliti pengajaran dan pembelajaran.
Diharapkan semoga hasil karya kreatif dapat dikongsi bersama
bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.
"Perkongsian Karya Kreatif" seumpama ini dapat membugarkan
semangat kecintaan terhadap profesion keguruan. Saya
berkeyakinan dengan adanya hasil dapatan Karya Kreatif mampu
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru- guru
hendaklah sentiasa bersemangat, kreatif dan tidak mudah putus
asa dalam mendidik anak bangsa. Bak kata pepatah Melayu,
"genggam bara api biar sampai jadi arang"
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak kerana telah berjaya
menganjurkan "Perkongsian Karya Kreatif" yang amat bermakna
ini. Semoga memberi manfaat kepada warga sekolah, seterusnya
kemenjadian murid serta melonjakkan kecemerlangan SK Abdul
Rahman Yassin
Sekian, wassalam.
(MOHD JOEHADI BIN HJ. PARCHO)
Guru Besar
SK Abdul Rahman Yassin
"Sekolah Aspirasi Negara"
"Sekolah TS25"
iv
PENDAHULUAN
Program “Perkongsian Karya Kreatif” merupakan
medan perkongsian ilmu bagi mengaplikasikan amalan
PdP terbaik dan berfokus. Program inovasi yang
diwujudkan ini, bertujuan melahirkan guru-guru yang
kompeten dan beraspirasi tinggi. Dari itu, sekolah
berkualiti dapat direalisasikan dengan wujudnya
persekitaran pembelajaran yang berkesan. Seterusnya
dapat melahirkan modal insan unggul melalui
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
melalui penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi
bermakna.
Di samping itu, dapat meningkatkan kemenjadian murid
selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Program amalan terbaik ini, dapat
meningkatkan kualiti guru dari aspek pengurusan,
strategi dan kaedah pembelajaran. Oleh yang
demikian, program ini dirangka untuk mengatasi
masalah pembelajaran dan seterusnya menjadikan
Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin sebuah
sekolah berkualiti.
v
MATLAMAT
Melahirkan guru-guru yang beraspirasi tinggi
dengan suasana pembelajaran bermakna ke arah
kemenjadian murid.
OBJEKTIF
Meningkatkan budaya perkongsian ilmu dalam
kalangan guru Sekolah Kebangsaan Abdul
Rahman Yassin.
Meningkatkan amalan PdP terbaik dan berfokus
dalam kalangan guru Sekolah Kebangsaan
Abdul Rahman Yassin.
Meningkatkan kualiti dan kemenjadian murid
Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin
vi
SINOPSIS
KERTAS KERJA
KARYA KREATIF
INDIVIDU
KERTAS KERJA 1
BUKU DRASMIK
Mohamad Shahril bin Mat Isa
Pemulihan Khas
SINOPSIS
Bahan inovasi yang dihasilkan adalah ‘BUKU DRASMIK’ iaitu
pembentukan perkataan daripada susunan suku kata daripada
huruf yang akan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
literasi di SK Abdul Rahman Yassin, Kluang. Bahan sokongan yang
digunakan adalah dalam bentuk bola ping pong yang beserta huruf,
kad gambar, tapak suku kata dan kotak asas. Jumlah kos yang
diperlukan adalah antara RM20 hingga RM25.
Menerusi inovasi BUKU DRASMIK ini juga, ia digabungkan dengan
modul pengukuhan drastik yang menggunakan kaedah yang sama
iaitu cantuman suku kata sebagai pengukuhan kepada murid murid
dan mendedahkan kepada murid soalan soalan sebenar dalam ujian
pelepasan pemulihan.
Murid di SK Abdul Rahman Yassin menghadapi masalah
pembelajaran kerana kekurangan minat dalam pembelajaran di
kelas perdana. Melalui teknik belajar sambil bermain ini bagai
menjadi pendorong untuk sentiasa berfokus dalam pembelajaran.
Bahan inovasi yang terhasil bukan sahaja dapat mempercepatkan
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran, juga sebagai satu
bukti bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid
pemulihan di SK Abdul Rahman Yassin. Pelaksanaan bahan inovasi
BUKU DRASMIK telah memberi impak positif kepada peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan membantu guru-
guru literasi yang lain.
1
KERTAS KERJA 2
BOOGLE JAWI
Faizal bin Jailani
Panitia Pendidikan Islam
SINOPSIS
BUKU:
Pengalaman mengajar Pendidikan Islam membolehkan saya
mengenalpasti kelemahan tahap penguasaan murid dalam jawi.
Pada 2019, saya dan rakan guru, ustazah Nur Azzah Hasniza telah
memberikan Latihan Asas Pengenalan Jawi kepada murid lemah
jawi yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber, diolah semula
dan disatukan dalam buku bertajuk Buku Latihan Celik Jawi yang
merangkumi pelajaran jawi dari Tahun 1 – 5.
BOOGLE JAWI:
Sebuah permainan hasil daripada idea pemerhatian terhadap
inovasi kad-kad jawi yang ada dipasaran dan dicantum dengan
‘cryptex’ hasil tontonan saya dalam filem Da Vinci Code. Objektif
utama adalah memudahkan murid mengecam bentuk huruf jawi
yang bersambung dan tidak bersambung. Ini menambahkan lagi
keseronokkan murid dalam proses pdp dan menggalakkan guru
memikirkan lebih banyak lagi corak permainan yang ada untuk
disesuaikan dengan Boogle Jawi dan juga corak pdp yang mereka
akan berikan pada murid di bawah pengajaran guru tersebut.
2
KERTAS KERJA 3
SELAGU
Nur Ihwani binti Baharuddin
Panitia Sains
SINOPSIS
“Selagu” diinspirasikan menggunakan irama lagu yang sama
(Mengantuk : Lagu Didi and Friends) untuk mengingat kesemua
fakta Sains dalam silibus Tahun 3. Seramai 20 orang murid
dikenalpasti melalui pemerhatian dan ujian pengesanan. Inovasi ini,
menarik minat murid untuk mengingat fakta Sains dengan lebih baik
dan mudah.
Murid memulakan proses mengingat dengan mendengar dahulu lagu
terlebih dahulu kemudian menulis semua lirik lagu tersebut di dalam
buku. Lagu tersebut diulang nyanyi untuk membantu murid
mengingat dengan baik.
Irama lagu yang sama bagi semua lagu mengikut tajuk memudahkan
murid menyanyikan “Selagu” dan dapat mengingat fakta sains
dengan baik. Penjimatan masa dapat diamalkan dengan menjadikan
“Selagu” sebagai rutin dalam setiap kelas Sains. Hafalan fakta
daripada “Selagu” sekurang-kurangnya membantu murid-murid
menjawab soalan pengetahuan dengan betul.
3
KERTAS KERJA 4
SUPER WORD BOARD
Kayalvile a/p Vijaya Kumar
Panitia Bahasa Inggeris
SINOPSIS
Tujuan mencipta “Super Word Board“ ini adalah untuk membolehkan
murid-murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris dapat sekurang-
kurangnya kuasai ‘vocabulary’ kosa kata dalam Bahasa Inggeris
dan juga membolehkan mereka menguasai ‘spelling skill’ mengeja
perkataan dengan efektif.
Selain itu, murid juga dapat mengenali ‘noun’ kata nama, ‘verb’ kata
kerja dan ‘adjective’ kata sifat dengan lebih baik.
“Super Word Board“ ini merupakan satu permainan papan berupa
Scrabble yang dipermudahkan dan diubahsuai mengikut keperluan
pembelajaran dan keupayaan murid yang lemah subjek BI.
Permainan ini dapat mencungkil minat murid untuk mengenali lebih
banyak perkataan BI dan secara langsung ini dapat meningkatkan
minat mereka terhadap pembelajaran subjek Bahasa Inggeris.
“Super Word Board“ ini juga mewujudkan suasana pembelajaran
aktif dan pembelajaran berfokuskan murid dalam kelas.
4
KERTAS KERJA 5
CARTA BINA AYAT
Hani bin Abd Rahman
Panitia Bahasa Melayu
SINOPSIS
Idea untuk mencipta sesuatu aplikasi tercetus hasil keinginan untuk
membantu murid supaya memahami setiap subjek dan predikat ayat
Bahasa Melayu yang diajar.
Inovasi “Carta Bina Ayat “ merupakan permainan alat bantu
mengajar berkonsepkan didik hibur yang membantu para murid
serta pemain menguasai Subjek Ayat yang terdiri bahagian Subjek
dan Predikat keterangan ayat, yang mewujudkan suasana
pembelajaran aktif serta interaktif antara guru dan murid.
Bersesuaian dengan PAK21, penerapan elemen Didik Hibur dan
Akses Kendiri dalam setiap inovasi yang dihasilkan.
5
KERTAS KERJA 6
M-PUZZLE
Aniza binti Sarman
Panitia Matematik
SINOPSIS
Idea untuk mencipta sesuatu bahan bantu mengajar tercetus hasil
keinginan untuk membantu murid lebih memahami konsep asas luas
dan perimeter, permainan puzzle dan mereka cipta bentuk 2 dimensi.
Inovasi “M-Puzzle“ merupakan permainan alat bantu mengajar
berkonsepkan didik hibur. “M-Puzzle” membantu murid-murid
menguasai konsep asas luas di samping melakukan pelbagai aktiviti
kreatif mereka cipta bentuk 2 dimensi.
“M-puzzle” mewujudkan suasana pembelajaran aktif serta interaktif
antara guru dan murid. Bersesuaian dengan PAK21, penerapan
elemen Didik Hibur dan Akses Kendiri dalam setiap inovasi yang
dihasilkan.
6
KERTAS KERJA 7
KAD VISUAL BOOSTER
Afzerina binti Jumadi
Program NILAM
SINOPSIS
Inovasi ini diinpirasikan lantaran tercetus rasa ingin melihat murid
lemah dalam penguasaan membaca untuk mengusai kemahiran
diagraf.
Berdasarkan kepada beberapa responden awal yang diambil
mendapati mereka lemah dalam membaca perkataan diagraf.
Namun begitu, kebiasaannya, murid yang sangat lemah membaca,
mampu menguasai kv dan kvk. Justeru, pengkaji telah memilih untuk
menggunakan literasi visual untuk menghasilkan inovasi supaya
murid mampu mengeja, membaca dan menguasai sekurang-
kurangnya tiga perkataan yang mnegandungi diagraf.
Dengan menggunakan KAD VISUAL BOOSTER, murid- murid
berupaya untuk membaca, mentafsir dan memahami maklumat yang
dipaparkan melalui imej bergambar atau grafik. KAD VISUAL
BOOSTER juga berperanan untuk membantu kefahaman terhadap
maklumat yang ingin disampaikan dan meningkatkan perkembangan
bahasa terutama apabila murid membaca perkataan yang
mengandungi diagraph. Setelah murid menguasai diagraf, murid
diminta menyampaikan semula bahan yang telah dibaca di hadapan
pentas.
7
KERTAS KERJA 8
TRAFIK DETAK DETIK MUZIK
Azura binti Harun
Panitia Pendidikan Muzik
SINOPSIS
“Trafik Detak Detik Muzik” adalah untuk menerangkan detik bagi
not muzik. Ada dua not muzik dapat diterangkan di dalam papan ini
iaitu not krocet dan minim. Kedua-dua not muzik ini mempunyai detik
yang berbeza dimana krocet mempunyai nilai satu detik dan minim
pula bernilai dua detik.
Masalah yang selalu ditimbulkan oleh murid apabila membunyikan
alat muzik tanpa mengikut nilai not muzik. Dengan menggunakan
“Trafik Detak Detik Muzik”, lampu pada papan ini akan membantu
murid supaya bermain alat muzik megikut nilai not muzik. Murid akan
bermain rekoder sambil melihat Papan Notasi Muzik ini. Semua murid
akan bermain alat muzik dengan seragam.
Melalui “Trafik Detak Detik Muzik” ini, not rehat juga akan
digunakan dan tanda rehat adalah mengikut symbol not muzik
masing-masing. Not rehat jugak mempunyai nilai yang sama dengan
not muzik. Terdapat dua lampu di dalam eksperimen ini iaitu lampu
hijau dan lampu merah. Apabila hijau bernyala, murid dikehendaki
meniup rekoder sehingga lampu bertukar warna. Warna merah pula
adalah bagi not rehat dimana murid tidak perlu meniup sehingga
warna merah bertukar warna lain pula.
8
KERTAS KERJA 9
PERMAINAN EMOSI BINGGO
Mariathulqibthiyah binti Maso'od
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SINOPSIS
“Permainan Emosi Bingo” ini diadaptasi daripada permainan Bingo
supaya dapat menarik minat murid untuk mengenali dan mengetahui
tentang emosi. “Permainan Emosi Bingo” ini boleh dimainkan
berdasarkan situasi. Murid akan meneka dan memadankan emosi
berdasarkan situasi yang dibaca atau memadankan perkataan
emosi yang dibaca dengan emoji.
“Permainan Emosi Bingo” ini juga dapat meningkatkan kemahiran
sosial dan ekspresi diri murid. Permainan ini memerlukan murid
berkomunikasi untuk memastikan permainan dapat dijalankan secara
lancar dan berjaya. Mereka memerlukan kemahiran untuk
menghuraikan kedudukan kad berdasarkan situasi atau padanan
perkataan dengan kad emoji. Murid perlu memberikan penumpuan
terhadap kad situasi yang dibaca atau perkataan emosi yang
disebut untuk mendapatkan padanan gambar emosi dan emoji yang
tepat sehingga murid berjaya mendapatkan Bingo.
Ia adalah asas pembelajaran murid untuk mendisiplinkan diri.
“Permainan Emosi Bingo” ini juga dapat menerapkan psikologi
menang dan kalah. Setiap permainan mesti ada pemenang dan yang
kalah. Menang dan kalah adalah perkara biasa dalam kehidupan
harian kita.
9
KERTAS KERJA 10
KIT D & J
Hafizah binti Mohd Said
Panitia Bahasa Melayu
SINOPSIS
“Kit D & J″ adalah cetusan idea untuk membantu dan menarik minat
murid bagi mengatasi kekeliruan penggunaan Imbuhan Awalan dan
Kata Sendi Nama “di″ dan “ke″ yang perlu dirapatkan atau
dijarakkan di dalam penulisan Bahasa Melayu.
Kit D & J ini merupakan alat bantu mengajar yang mudah untuk
murid memahami dan menguasai Tatabahasa dan seterusnya dapat
membina ayat dan penulisan yang lebih gramatis.
Kit D & J menggunakan Akronim (D)KAT dan (Jr)_ ATM bagi
memudahkan murid mengingat penggunaan “di″ dan “ke″ yang perlu
ditulis rapat/dekat atau perlu dijarakkan. Kit ini direka bertujuan
meningkatkan penguasaan dalam Aspek Tatabahasa yang dipelajari
setiap hari dengan lebih menarik pendekatan yang lebih mudah
diikuti.
Pembelajaran daripada kit ini juga dapat diaplikasikan oleh murid
dalam kehidupan seharian dan boleh dijadikan aktiviti santai
permainan bahasa sama ada di dalam atau luar bilik darjah.
10
KERTAS KERJA 11
NASYID "CELIK AL QURAN MATLAMAT KITA"
BUNTING DENGAN PENDEKATAN MAKHRAJ HURUF
Azreza binti Yopzafran
Panitia Pendidikan Islam
SINOPSIS
Inovasi ini merupakan pendekatan didik hibur dengan kaedah
nyanyian/nasyid serta sebagai teknik latih tubi dalam pengajaran.
Tajuk nasyid ini berjudul “Celik Al-Quran Matlamat Kita” yang
liriknya dipaparkan melalui bunting sebagai visual bagi memudahkan
murid melihat dan mengenal pasti bentuk dan bunyi huruf sekaligus
ianya menjadi bahan bantu mengajar bagi tujuan publisiti.
Pendekatan Makhraj Huruf bermaksud mengenali huruf hijaiyyah
fathah/atas mengikut tempat keluar huruf yang menggunakan
konsep warna yang mewakili simbol tempat keluar huruf
sebagaimana yang terdapat dalam buku teks mengikut silibus
Kementerian Pelajaran Malaysia.
11
SINOPSIS
KERTAS KERJA
KARYA KREATIF
BERKUMPULAN
KERTAS KERJA 12
JEJARI BALUK
Azura binti Harun
Azlini binti Abd Razak
Panitia Pendidikan Muzik
SINOPSIS
”Jejari Baluk” dibuat untuk murid yang mempunyai masalah untuk
mengingati Not Muzik. Inovasi menggunakan “Jejari Baluk” dapat
menjimatkan masa untuk murid mengenalpasti kedudukan not pada
baluk. Murid perlu mengenal not sebelum mempelajari alatan muzik
terutama rekoder yang memang terdapat di dalam buku teks.
“Jejari Baluk” juga menyediakan aktiviti menampal not yang
diperbuat daripada kain felt di kedudukan yang tepat pada baluk.
Secara tidak langsung, proses penilaian pengetahuan murid dapat
dikesan.
Penggunaan “Jejari Baluk” juga adalah langkah kedua untuk
mengingat Not Muzik. Penggunaan “Jejari Baluk” dapat digunakan
pada bila-bila masa dan juga dimana sahaja. Kedua-dua teknik ini
perlu mengingat satu ayat iaitu “Emak Gosok Baju Dengan Febreze”
dan satu lagu perkataan F A C E.
12
KERTAS KERJA 13
"KHOMSAH ASOBI"
Jamilah binti Othman
Husnul Khatimah Abdullah Sahimi
Panitia Pendidikan Islam
SINOPSIS
Ilmu Tajwid adalah sangat penting yang perlu dipelajari oleh setiap
Muslim. Dengan adanya bahan inovasi Khomsah Asobi’ ini dapat
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Al Quran
khususnya bagi bidang Tajwid. Memandangkan hukum tajwid Nun
Mati atau Tanwin ini terdapat di dalam silibus tahun 1, 3 dan tahun 6,
maka terciptalah satu inovasi yang dikenali sebagai Khomsah Asobi’
yang hanya menggunakan kaedah jari.
Seramai 12 orang murid melalui kaedah latih tubi dan lisan dapat
dikenalpasti tidak menguasai tajuk ini terutamanya tahun 6
sedangkan hukum tajwid Nun Mati atau tanwin ini merupakan asas
dalam pembacaan Al Quran.
Inovasi ini dapat menarik minat murid kerana hanya menggunakan
jari mereka sahaja dan murid dapat mengaplikasinya terutamanya
ketika menjawab soalan peperiksaan. Bahan inovasi yang dicipta ini
menggunakan kad kadbod keras yang telah dipotong berbentuk jari
dan mempunyai 3 tahap.
13
KERTAS KERJA 14
"BIZZY BOOK"
Azura binti Harun
Mazita binti Paat
Panitia Bahasa Inggeris
SINOPSIS
“BIZZY BOOK” adalah gabungan daripada konsep Big Book dan
juga Busy Book. Saiz buku yang besar ditambah dengan gambar
watak kartun yang terkenal dapat menarik minat murid untuk
membaca ayat-ayat ringkas dalam Bahasa Inggeris sambil
beraktiviti.
Fokus di dalam buku ini adalah ADJECTIVE WORDS (kata sifat)
seperti ‘beautiful’, ‘high’, ‘long’, ‘big’ dan sebagainya. Perkataan
adjektif disimpan di dalam poket pada setiap watak kartun.
Seramai 10 orang murid telah membuat aktiviti ini di dalam kelas.
Murid membaca ringkasan cerita dan murid perlu memadankan
ADJECTIVE WORDS pada gambar. Terdapat empat cerita di dalam
buku ini iaitu Cinderalla, Snow White, Rapunzel dan The Red Riding
Hood.
Buku ini boleh diaplikasikan di banyak tempat di sekitar sekolah
terutama di sudut bacaan di dalam setiap kelas. Buku ini juga boleh
digunakan sebagai salah satu bahan bacaan di dalam kelas SLIM.
Secara tidak langsung, murid dapat menambah vocabulary
terutama kata sifat.
14
KERTAS KERJA 15
KIT UTILITI PAK21
Azreza binti Yopzafran
Azzah Hasniza Abdullah Sahimi
Pengurusan Kelas
SINOPSIS
Kit dari segi bahasa ialah set bahagian-bahagian yang sedia untuk
dipasang manakala Utiliti bermaksud perkakas/aturcara yang
membantu dan memudahkan penggunaan.
Kit Utiliti yang terilham adalah bermaksud set bahagian yang sedia
ada yang terdiri daripada bekas untuk meletakkan traffic light dan
bekas untuk murid-murid mengasah pensel, pensel warna dan
membuang sampah-sampah kecil terutama dilaksanakan ketika
mata pelajaran PSV kemudian di pasang atau dihimpunkan menjadi
kit utility.
Ianya tercetus bagi memudahkan murid-murid tanpa mereka perlu
bergerak ke bakul sampah yang berada di belakang kelas.
Tambahan PAK21 adalah kerana ianya juga digunakan untuk
meletakkan traffic light bagi memudahkan murid menggunakannya
ketika PdPc dilaksanakan.
15
KERTAS KERJA 16
JEJAK WARISAN
Azura binti Harun
Afzerina binti Jumadi
Kesenian dan Kebudayaan
SINOPSIS
“Jejak Warisan” diwujudkan bagi mendedahkan murid-murid untuk
belajar ragam zapin. Dengan meletakkan tapak kaki di atas karpet
hijau yang kosong, dan menomborkan tapak kaki dapat membantu
pelajar untuk belajar zapin dalam waktu yang singkat tanpa
pengawasan guru.
Langkah tapak kaki yang pelbagai ragam dapat ditonjolkan di
dalam laman ini. Penggunaan langkah tapak kaki mengambil masa
yang singkat berbanding dengan meniru gaya guru. Dengan ini,
ramai murid mendapat ilmu zapin terutama mereka yang tidak
terpilih sebagai wakil sekolah. Zapin untuk semua adalah tujuan
“Jejak Warisan” ini diwujudkan.
16
KERTAS KERJA 17
CYRPTO JAWI
Faizal bin Jailani
Siti Aishah binti Mohmmad Iesan
Nur Azzah Hasniza binti Abdullah Sahimi
Panitia Pendidikan Islam
SINOPSIS
Hasil daripada dua inovasi individu yang saya telah saya buat untuk
murid-murid 3 Al Razi 2020 dan tahun 4 Al Razi 2021, maka kami
telah mengembangkan idea kami untuk memperbanyakkan bahan
maujud untuk menggalakkan murid-murid seronok belajar jawi. Kali
ini kami perkenalkan Crypto Jawi cetusan inovasi daripada Cryptic
idea asal Leonardo Da Vinci.
Objektif utama adalah memudahkan murid mengecam bentuk huruf
jawi yang bersambung dan tidak bersambung dan menulis
perkataan dalam tulisan jawi berdasarkan susunan KVKVK. Ini
menambahkan lagi keseronokkan murid dalam proses pdp dan
menggalakkan guru memikirkan lebih banyak lagi corak permainan
yang ada untuk disesuaikan dengan KRYPTO JAWI dan juga corak
pdp yang mereka akan berikan pada murid di bawah pengajaran
guru tersebut. Secara mudahnya kalau Boggle Jawi berfokus
kepada huruf-huruf jawi yang bersambung atau tidak, Krypto Jawi
memfokuskan kepada struktur perkataan jawi itu sendiri yang dibina
berdasarkan susunan KVKVK.
17