The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Elemen warisan juga dirujuk sebagai “tiang seri Perleembagaan Persekutuan”. Terdapat empat elemen warisan yang utama yang menjadi tiang seri Perlembagaan Persekutuan iaitu yang pertama Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Namun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gintsukiaya, 2023-04-05 00:44:04

MPU21032 ELEMEN WARISAN DALAM PERLEMBAGAAN

Elemen warisan juga dirujuk sebagai “tiang seri Perleembagaan Persekutuan”. Terdapat empat elemen warisan yang utama yang menjadi tiang seri Perlembagaan Persekutuan iaitu yang pertama Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Namun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Keywords: warisan,perlembagaan,malaysia

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : ELEMEN WARISAN DALAM PERLEMBAGAAN NAMA KUMPULAN : FATIN NABILAH MAULAD KHAIRI AZMAN (31DUP22F2010) FERESHLYN CORRENIAANAK ANDY (31DUP22F2016) GLORYCIA EMPINAANAK JOHN GARA (31DUP22F2028) VEROLINA CHERURAI ANAK LANGGIE (31DUO22F2015) LYDIAANAK ALIN (31DUP22F2021) QISTINAAMOI RUBI (31DUP22F2027) KELAS : DUP1A NAMA PENSYARAH : ABDUL FATTAH BIN HAMDEEN


PENGENALAN Elemen warisan juga dirujuk sebagai “tiang seri Perleembagaan Perekutuan”. Terdapat empat elemen warisan yang utama yang menjadi tiang seri Perlembagaan Persekutuan iaitu yang pertama Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Namun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan merangkumi peruntukan-peruntukan berkaitan institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu. Dalam perlembagaan Malaysia terdapat beberapa unsur yang dikenali sebagai elemen warisan. Elemen warisan merujuk beberapa perkara yang mendapat persetujuan orang Melayu dengan orang bukan Melayu semasa kemerdekaan dan penggubalan undang-undang pada suatu masa lalu. Seterusnya, Elemen warisan merangkumi agama islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja.


OBJECTIF KAJIAN • Memberi pemahaman tentang apa elemen warisan dalam perlembagaan. • Dapat menambahkan sedikit ilmu pengetahuan dari eleman warisan yang telah dipelajari. • Dapat mengetahui definisi tentang elemen warisan dalam perlembagaan. • Dapat mengetahui isi kandungan yang ada dalam elemen warisan dalam perlembagaan.


INSTITUSI BERAJA Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi traditional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintah dan pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu, yang telah muncul berabad-abad lamanya. Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi traditional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintah dan pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya. Sistem Raja Berperlembagaan, Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembangaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kuasa mutlak. Menerusi sistem Raja Berperlembagaan, DYMM Raja-Raja bagi negeri-negeri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar. Sementara di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dalam semua perkara kecuali dalam beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara.


SISTEM INSTITUSI BERRAJA SISTEM PEMERINTAHAN KUKUH Institusi raja telah membentuk satu sistem pemerintahan yang kukuh dalam sejarah tamadun manusia. Kedudukan institusi raja bertunjang kepada rakyat yang mendaulatkan raja mereka. Bermula dengan Kesultanan Melayu Melaka sebagai kuasa pemerintahan yang meletak kan Raja memerintah dan mentadbir kerajaan. Kesinambungan dari sistem ini telah menubuhkan beberapa negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh Raja-raja Melayu. SISTEM BERAJA BERPERLEMBAGAAN Dalam sistem Raja Berperlembagaan, Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembangaan yang telah ditetapkan, sekali gus menutup ruang kepada kuasa mutlak. Menerusi sistem Raja Berperlembagaan, DYMM Raja-Raja bagi negeri-negeri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar. Sementara di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dalam semua perkara kecuali dalam beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara.


RAJA DAN RAKYAT Raja yang memerintah memerlukan kebijaksanaan, manakala rakyat wajar memberikan ketaatan kepada Raja atau Sultan bagi memastikan ketahan dan keunggulan sesebuah kerajaan. Institusi Raja juga telah diterima sebagai simbol perpaduan. Menerusi Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 153 iaitu menjaga kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa lain.


AGAMA ISLAM Semua rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Islam mengetahui bahawa perlembagaan kita telah menetapkan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan. Bagaimanapun sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri maka agama-agama lain tetap terjamin dan penganut agama lain juga diberikan kebebesan untuk mengamalkan agama mereka masing-masing dalam suasana aman dan harmoni.Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari ini iaitu peruntukan Pekara 3(1) yang menyebut bahawa agama Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kedudukan Islam sebagai Persekutuan menunjukan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Peruntukan ini antara yang terpenting dalam perlembagaan Persekutuan . Hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukan bahawa Islam adalah agama rasmi negera di samping jaminan kebebesan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Meletakkan agama Islam dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya.


KEWARGANEGARAAN Untuk mendapatkan kewarganegaraan, kita mempunyai empat cara untuk mendapatkan kewarganegaraan. Iaitu kerwarganegaraan melalui kuatkuasa melalui undang-undang, kewarganegaraan melalui pendaftaran, kewarganegaraan melalu naturalisasi dan kewarganegaraan pencantuman wilayah. Seterusnya, Kuat kuasa melalui undang undang ialah Setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan merupakan warganegara Persekutuan menurut peruntukan. Dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka. Manakala kewarganegara melalui penndaftaran ialah ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur bawah 21 tahun didaftarkan jadi warganegara. Suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi warganegara Malaysia, dia mesti bermastaututin di Malaysia selama 2 tahun,kelakuan baik,masih berkahwin,perkahwinannya didaftarkan di Malaysia Individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka, jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti berpengetahuan dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal tetap di Malaysia. Kewarganegaraan secara naturalisasi ialah untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mesti berumur bawah 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10 tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu. Seterusnya kewarganegaraan melalui pencantuman wilayah ialah mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak.


BAHASA MELAYU Bahasa Melayu adalah salah satu daripada empat unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan yang merangkumi pemerintahan beraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. Bahasa melayu juga diwujudkan untuk menjadi bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik.Peruntukan ini dianggap penting kerana bahasa merupakan jambatan penghubung antara masyarakat yang berbilang budaya dan etnik. Hal ini kerana kepelbagaian bahasa yang tidak difahami secara meluas antara satu sama lain boleh menimbulkan salah faham yang akhirnya menjurus kepada ketegangan dan konflik. Selain itu, Bahasa Melayu juga menjadi satu lambang penyatuan dan jati diri semua kaum di negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa Jiwa Bangsa”.Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis,dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum


HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU Orang Melayu adalah seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakapMelayu, mengamalkan adat Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. Hak istimewa Orang Melayu pula adalah hak yang telah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu yang telah diberikan kepada orang melayu sebagai cagaran atau gantian kepada kesediaan rakyat melayu di tanah melayu untuk menerima etnik India dan Cina bagi berkongsi kehidupan di tanah melayu secara bersama. Ia dibuat di dalam perlembangaan persekutuan tanahmelayu 1948, sewaktu rundingan kemerdekaan ingin dilaksanakan. Hak ini dipinda bagi melindungi orang melayu kerana pada waktu itu orang melayu tidak mahu menerima kehadiran kaum india dan Cina sebagai rakyat di tanah melayu. Keadaan ini akan menyukarkan proses kemerdekaan pada masa itu kerana masing- masing ingin menegakkan hak kaum sendiri.


HAK ASASI ATAU KEBEBASAN ASASI KEBEBASAN DIRI DAN NYAWA • Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang. • Seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap. • Seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya. • Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah dalam masa 24 jam selepas ditangkap. • Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama melalui kuasa Majistret. KERJA PAKSA DAN PENGABADIAN • Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang. • Seseorang yang dibebaskan daripadasesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama. • Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintah perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baru tentang kes berkenaan.


HAK ASASI ATAU KEBEBASAN ASASI Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebekalangan dan perbicaraan berulang • Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang • Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama. • Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintah perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baru tentang kes berkenaan. Kesamarataan di sisi undang- undang • Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang. • Tiada perbezaan terhadap warga asing dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan, dan taraf ekonomi kecuali jika diperuntukan oleh Perlembagaan.


HAK ASASI DAN KEBEBASAN ASASI Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan • Setiap warganegara boleh bergerak dan bermaustatin di mana-mana negeri dan di Wilayah Persekutuan. • Namun,Parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman atas pesalah. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan • Setiap warganegara bebas memberi padangan , berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. • Namun, Parlimen boleh menyekat kebebasan ini demi keselamatan dan ketenteraman negara.


HAK ASASI DAN KEBEBASAN ASASI KEBEBASAN AGAMA • Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri. • Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama. • Setiap orang boleh mengurus agama sendiri atau menubuhkan yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama. • Namun, Undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepecayaan antara penganut Islam. HAK ATAS HARTA KEPERIBADI • Setiap warganegara berhak mengumpul dan mengagihkan hartanya. • Pampasan harus diberi apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang-undang. • Namun, seseorang atau pesalah boleh dilucutkan hartanya mengikut peruntukan undang- undang.


KESIMPULAN Pada pandangan saya, sepanjang proses saya menyiapkan kertas kerja ini, saya dapat mengenalpasti banyak perara lebih-lebih lagi faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pengabaian kedudukan elemen warisan didalam system perlembagaan Malaysia. Saya dapat melihat bahawa sebenarnya sesuatu permasalahan itu berpunca dari pelbagai pihak. Lain pihak yang memulakan permasalahan tersebut,lainlah akibat yang akan diperoleh. Apayang boleh saya pelajari Ketika saya menyiapkan kertas kerja ini, kita hendaklah berfikir secara lebih mendalam terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan, kerana keputusan yang akan dibuat akan menentukan nasib kita dimasa hadapan. Selain itu sayajuga berpendapat bahawa kita juga perlu menjaga dan mempertahankan hak kita sebaik mungkin kerana ia sesuatu yang amat penting dan berharga untuk kita jaga.


RUJUKKAN • https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kewarganegaraan_Malaysia • https://katamalaysia.my/culture/institusi-beraja-di-malaysia/ • https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Mala ysia • http://ctu101.blogspot.com/2008/04/pengertian-agamaislam.html?m=1 • http://kw500-555-134-147.blogspot.com/p/hak-asasi-atau- kebebasan-asasi-2.html?m=1


Click to View FlipBook Version