The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 2021425472, 2022-01-21 23:56:19

10 Makanan Tinggi Antioksidan

10 Makanan Tinggi Antioksidan

10 MAKANAN TINGGI

ANTIOKSIDAN

10 makanan
tinggi

antioksidan

_______________________
Mohd Razidi
Bin Ibrahim

Muhammad Abu Bakar Bin Mohd Shaifuddin
Muhamad Hazman
Bin Mohd Ghazali
Mohammad Adam Bin Rijiaian

Edisi 1.0

Copyright © 2022 oleh Razidi Ibrahim, Hazman Ghazali, Abu Bakar,
Adam Rajiain

Editor
Razidi Ibrahim & Adam Rajiain

Penulis
Razidi Ibrahim, Hazman Ghazali, Abu Bakar, Adam Rajiain

Pereka Buku
Hazman Ghazali & Abu Bakar

Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
cara,baik dengan cara eletronik, mekatronik, fotostat, pengambaraan
semua, perakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada penulis.

ISBN 123-4-567890-0

Di Cetak Oleh Percetakan Musab sdn.bhd Malaysia.

Cetakan edisi pertama 2022

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam Selangor.

Dedikasi

Buku ini dedikasi kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui, memelihara dan
manambah baik kesihatan melalui pemilihan pemakanan yang sihat.

Tajuk buku ini sahaja jelas adalah merupakan sebuah bentuk tarikan yang
membuatkan pembaca ingin mengetahui lebih lanjut tentang keseluruhan isi
kandungan buku ini, di tambah dengan pemilihan gambar dan warna yang
menarik, yang menyenaraikan tentang jenis makanan yang sihat melalui
pemilihan makanan yang tinggi dengan antioksida.

Kepada pensyarah kami yang di hormati, Puan Mudiana Mokhsin@Misron,
jutaan terima kasih dan penghargaan tertinggi di ucapkan kerana memberi
peluang untuk kami menulis dan menerbitkan sebuah buku ilmiah berkaitan
kesihatan.

Sepanjang menghasilkan buku ini, kami mendapati kebanyakan makanan
tinggi antioksida ini mudah didapati dipasaran Malaysia dan nilai harga yang
ditawarkan rata-rata pada tahap yang berpatutan. Ini membuatkan kami lebih
bersemangat untuk terus menghasilkan buku ini kerana kami percaya selepas
membaca, pembaca dapat mencari dengan mudah bahan makanan yang
disenaraikan dan dapat mengubah pengambilan pemakanan kepada yang lebih
sihat.

Juga kepada ahli keluarga kami yang dikasihi, terima kasih diatas segala
sokongan, dokongan dan dorongan sehingga kami dapat menghasilkan buku
yang penuh berilmiah ini.

i

Isi Kandungan

Kandungan Muka Surat

Dedikasi i
Isi Kandungan ii
Kata Penghantar iii
Mukadimah iv
Penghargaan v
Pengenalan-Apakah Itu ANTIOKSIDAN ? vi

Bayam Hijau 1
Kunyit 2
Epal Hijau Dan Epal Merah 3
Teh Hijau 4
Delima 5
Limau Kasturi 6
Brokoli 7
Tomato 8
Bawang Putih 9
Salmon 10

Penutup 11
Kesimpulan 12
Appendix 13
Glosari 14
Bibliografi 15
KataKunci 16

ii

Kata Penghantar

Pada akhir 2019, dunia dikejutkan dengan penemuan sejenis wabak yang
berbahaya dan mudah berjangkit yang dinamakan Covid-19. Kesan daripada
pandemik Covid 19 ini, telah merubah segala aspek gaya hidup harian
penduduk dunia. Antara salah satu kesan adalah dunia mula fokus tentang gaya
penjagaan kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan
bahawa pesakit Covid 19 yang mempunyai masalah kesihatan atau komorbiditi
lebih cenderung mengalami kesan yang teruk daripada wabak ini.

Justeru, Atas asbab inilah, telah menjadi satu percikan awal untuk kami 4
penulis berfikir dan membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah buku
berkenaan jenis makanan-makanan yang sihat untuk membantu menjamin dan
meningkatkan kesihatan manusia. Hasil dari pembacaan yang meluas dari
pakar-pakar yang di iktiraf dan kajian yang dilakukan secara peribadi dengan
pengambilan makanan-makanan yang tinggi antioksida ini terhadap salah
seorang daripada penulis, mendapati tahap kesihatan penulis bertambah baik,
hasil daripada keputusan pemeriksaan dan saringan kesihatan yang dilakukan di
makmal hospital.

Dengan keyakinan dan bukti yang jelas ini,membuatkan kami sebagai
penulis bersama menjadi lebih bersemangat untuk menghasilkan buku ini atas
rasa tanggungjawab dan kasih sayang sesama manusia, dengan harapan setiap
manusia dapat membaiki dan memperoleh kesihatan yang lebih baik dan bukan
hanya pada waktu pandemik ini sahaja, tetapi untuk kehidupan selepas
pandemik ini berakhir.

Barisan penulis terdiri daripada:
i. Encik Mohd Razidi Ibrahim (Pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat UiTM
Shah Alam University, Selangor)
ii. Encik Muhamad Hazman Ghazali (Pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat
UiTM Shah Alam University, Selangor)
iii. Encik Abu Bakar (Pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat UiTM Shah
Alam University, Selangor)
iv. Encik Mohammad Adam Rajiain (Pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat
UiTM Shah Alam University, Selangor)

iii

Mukadimah

Kesihatan adalah suatu nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T yang amat
bernilai. Ia tidak dapat dibeli dimana-mana meskipun seseorang itu
mempunyai jutaan ringgit. Malah ada sebuah kata-kata mengungkapkan
“Mencegah itu lebih baik daripada merawat”. Ungkapan ini amat bersesuain
dengan perihal kesihatan.

Melalui kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar, mendapati kebanyakan
masalah kesihatan terjadi disebabkan oleh faktor pemakanan. Socrates
menyatakan “makanlah untuk hidup, bukan untuk kenyang”. Betapa besar
sekali kesan daripada pemakanan yang diambil. Jika tidak mengambil berat
tentang pemakanan yang diambil, maka kesannya akan dilihat pada masa
hadapan.

Melalui pengambilan makanan yang sihat, Insyaallah kesihatan pada
masa kini dan masa hadapan akan terus dan kekal optimum. Buku ini
menyenaraikan tentang jenis-jenis makanan yang sihat, yang mana
mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Bukan hanya penyenaraian
jenis makanan yang tinggi antioksida sahaja, buku ini turut menerangkan
tentang khasiat-khasiat di dalam makanan tersebut dan kepelbagaian jenis
makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan-bahan yang
selalu di gunakan didalam masakan seharian.

iv

Penghargaan

Tiada Daya Dan Upaya melainkan pertolongan ALLAH S.W.T. Pertama sekali, kami
memanjatkan syukur kehadrat Ilahi, ALLAH S.W.T tuhan sekalian alam, di atas kasih
sayang, rahmat dan keizinanNya dapatlah kami menyiapkan buku ini. Serta junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W atas pengorbanan dan menyampaikan kepada kami
risalah Ilahi yang menjadi cahaya kehidupan.

Kepada pensyarah subjek ICT400 kami yang dihormati dan dikasihi Puan Mudiana
Mokhsin @ Misron, terima kasih kerana memberi peluang, bimbingan, cadangan serta
idea kepada kami sampai terhasil sebuah buku ilmiah ini.

Juga kepada barisan penulis yang tidak mengenal erti penat dan putus asa demi
menghasilkan buku ini, disaat masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap
pekerjaan dan sebagai pelajar separuh masa. Segala usaha yang dilakukan oleh kalian
ini amat menakjubkan dan sangat dihargai.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kedua ibu bapa kami,isteri-isteri dan
anak-anak kami yang memberi sokongan yang tidak putus-putus terhadap kami serta
memahami keadaan kami yang terpaksa mengorbankan waktu bersama keluarga demi
menyiapkan buku ini.

Tidak juga lupa kepada rakan-rakan pengajian NCT1A yang turut sama secara
tidak langsung membantu dalam menghasilkan buku ini.

v

-PENGENALAN-

Apakah Itu

ANTIOKSIDAN ?

Makanan seperti buah-buahan, Anda mungkin biasa atau pernah mendengar perkataan
kekacang, dan sayur-sayuran Antioksida bukan?
Tahukah anda apakah itu Antioksida dan apakah fungsinya.
diantara makanan yang
mempunyai tinggi antioksidan. Antioksidan adalah suatu bahan atau molekul yang
melawan, mencegah dan mengurangkan radikal bebas
daripada menyerang sel-sel didalam badan kita. Jenis-jenis
antioksidan ialah Flavonoid, Antosianin, Beta karoten, Likopen
dan Polifenol.

Radikal bebas adalah sesuatu bahan yang boleh
menyebabkan badan kita mengalami keradangan dan jika
keradangan terlalu tinggi di dalam badan kita,ini akan
menyebabkan kita bakal mempunyai pelbagai penyakit yang di
kaitkan dengan keradangan ini seperti diabetis (Kencing
Manis), sakit jantung, kanser dan pelbagai lagi jenis penyakit.

Atas faktor inilah, betapa pentingnya kita mengambil
makanan-makanan yang tinggi antoksida demi untuk
mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit ini. Melalui
pemilihan makanan tinggi antioksida ini juga, akan dapat
membantu meningkatkan kualiti kesihatan kita.

Tahukah anda, di Malaysia makanan tinggi antioksida
amatlah mudah di dapati dan nilai harga yang ditawarkan
amatlah berpatutan. Malaysia juga turut mengeluarkan sendiri
pelbagai bahan makanan yang tinggi antioksida, tinggal hanya
kita sedar atau tidak tentang khasiat makanan ini yang
sebenarnya telah kita gunakan sekelian lama.

vi

-BAYAM HIJAU- Sayur bayam boleh dimakan secara mentah sebagai ulam

atau boleh juga dimasak terlebih dahulu. Semasa proses
memasak, kandungan antioksidan dalam sayur bayam
"Bayam hijau merupakan tumbuhan akan berkurangan bergantung kepada tempoh dan suhu
daripada keluarga Amaranthacea. memasak. Disarankan untuk dimasak kurang dari 10 minit
Saintifiknya dipanggil Amaranthus dan suhu pula tidak lebih dari 95 darjahb Celcius.
gangeticus. Merupakan sayur yang
popular diseluruh dunia kerana Bayam mampu untuk mengandungi 0.9 mmol
kandungan nutrisinya yang sangat antioksidan per 3.5 ons (100gram). Bayam juga
hebat untuk semua peringkat usia. merupakan sumber lutein dan zeaxanthin yang sangat
Komponen bayam sarat dengan sifat bagus. Kedua-dua sumber antioksidan ini dapat dapat
antioksidan seperti karotenoid, asid menghalang mata dari kesan buruk sinaran UV yang boleh
askorbik, Vitamin A, C ,K, E dan B, menyebabkan katarak. Antioksidan ini berfungsi untuk
melawan kerosakan pada mata yang disebabkan oleh
flavonoid dan asid fenolik." radikal bebas yang menjadi punca utama katarak dan
masalah keadaan mata yang lain.
"Zat besi yang terkandung merupakan
satu keistimewaan buat bayam yang Menurut Fernando Gomez-Pinilla
boleh menurunkan tahap risiko dari
seorang penyelidik di Jabatan
terdedah kepada anemia.
Sayur bayam hijau juga boleh dibuat Kejuruteraan Neurosurgeri dan Sains
jus. Tahap nutrient yang sangat tinggi
yang terkandung dalam bayam mentah Fisiologi, University of California,
dapat membantu dalam pembentukan
Amerika Syarikat, beliau
sel darah merah."
mencadangkan bahawa bayam

dengan kapasiti antioksidan yang

tinggi dikaitkan dengan aktiviti Fernando
mitokondria yang Gomez-Pinilla

bertanggjawab untuk mempengaruhi fungsi kognitif.

Komuponen yang terdapat dalam sayuran ini seperti

kalium, folat dan pelbagai antioksidan diketahui dapat

memberikan manfaat kepada saraf bagi individu yang

selalu memakannya.

Keistimewaan lain bayam hijau ialah membantu
perkembangan fetus. Bayam hijau salah satu pilihan yang
tepat untuk dimakan oleh ibu hamil. Folat yang terdapat
dalam bayam sangat diperlukan oleh janin yang semakin
membesar dan dapat membantu untuk perkembangan
sistem saraf.

1

-KUNYIT-

"Tumbuh di negara-negara beriklim subtropika, kunyit
atau nama saintifiknya Cucuma domestica adalah salah

satu rempah-rempah yang sering digunakan untuk
bahan masakan."

Selain warna dan cita rasanya yang khas, kunyit juga memiliki manfaat yang dapat dijadikan sebagai
ubat untuk mengatasi masalah kesihatan. Bermula dari akar, isi dan daun kunyit, semuanya
mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara bahan aktif penting dalam kunyit disebut kurkumin
dan merupakan antioksidan kuat dengan sifat anti-radang yang kuat.

Kurkumin adalah antioksidan yang sangat kuat untuk menghentikan ‘tindak balas rantai oksidatif’
ini yang penuh dengan radikal bebas. Kerosakan dan degenerasi oksidatif dianggap sebagai salah satu
mekanisme terpenting yang membawa kepada penuaan dan perubahan degenerative. Kajian
menunjukkan bahawa kurkumin meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan keupayaan antioksidan
tubuh.

Komponen antioksidan dan antiradang yang terkandung dalam tumbuhan ini dapat memberikan
kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan
akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti eczema dan rosacea. Dalam
aspek penjagaan kulit, antioksidan dapatmembantu menjaga radikal bebas dari memusnahkan sel-sel
sihat. Ia sekali gus menghalang hiperpigmentasi, parut, dan masalah kulit jangka panjang yang lain.

Kajian yang diterbitkan di Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine mencatatkan keupayaan
bahan antioksidan tersebut dalam merencatkan proses pengoksidaan kerosakan selular yang
disebabkan oleh radikal. Radikal bebas yang menyebabkan proses pengoksidan dan kerosakan
tersebut sebenarnya merupakan antara punca penuaan selular yang boleh dilihat secara fizikal melalui
kulit kusam dan kelihatan tidak bermaya atau tua.

Disamping itu, daun kunyit juga dapat dijadikan sebagai antikulat dan antibakteria. Kajian para
penyelidik dari Kerala, India telah mendedahkan bahawa daun kunyit mempunyai minyak pati yang
mampu merencatkan pertumbuhan kulat A. flavus dan toksin yang dihasilkan kulat seperti aflatoksin.
Kandungan bioaktif dalam daun kunyit seperti a-phellandrene, p-cymene dan terpinolene mampu
merencatkan pertumbuhan mikrob seperti kulat dan bakteria.

"Daun kunyit pula mengandungi
b-sesquiphellandrene (22.8%) dan terpinolene (9.5%) sebagai ejen antioksidan yang dinyatakan

dalam kertas kajian yang diterbitkan di Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine."

2

Buah yang paling popular didunia, buah epal atau Sebiji epal yang bersaiz sederhana dengan
nama saintifiknya Malus domestica. Khasiat buah berat 182 gram mengandungi pelbagai
epal telah banyak dibuktikan dengan kajian-kajian nutrient penting. Antaranya ialah
sains dan perubatan. Ada yang hijau dan ada pula
merah. Dari segi rasa, epal merah dan epal hijau tenaga: 94.6 kcal
adalah berbeza. Epal merah lebih manis manakala protein: 0.47 gram
epal hijau mempunyai gabungan rasa manis dan lemak: 0.31 gram
masam. serat: 4.4 gram
kalsium: 10.9 miligram
Jika dibuat perbandingan antara epal merah dan zat besi: 0.22 miligram
epal hijau, kandungan karoten beta epal merah lebih fosforus: 20 miligram
tinggi berbanding epal hijau sehinggan 50 peratus. magnesium: 9.1 miligram
Kandungan karoten beta berfungsi sebagai vitamin C: 8.4 miligram
antioksidan. vitamin A: 5.5 mikrogram
Kalium: 195 miligram
Antioksidan dalam epal merah juga didapati Buah epal juga kaya dengan polifenol,
daripada pigmen anthocyanin yang memberikan sebatian yang biasa dijumpai dalam buah-
warna merah kepada kulit epal. Selain bertindak buahan dan sayur-sayuran, herba, rempah,
sebagai antioksidan dan mencegah radikal bebas, teh dan coklat gelap yang bertindak sebagai
anthocyanin juga berperanan sebagai anti-radang, antioksidan. Elakkan dari mengupas kulit
antivirus dan anti-kanser. buah epal kerana kulitnya juga mengandungi
separuh daripada serat dan banyak polifenol.

-EPAL HIJAU DAN
EPAL MERAH-

Kajian-kajian mendapati buah epal mengandungi antioksidan dan
fitokimia dan khasiatnya boleh
membantu mencegah atau mengurangkan risiko
kanser, penyakit jantung, kencing manis, asma, penyakit Alzhaimer dan
banyak lagi.

Risiko penyakit jantung dapat dikurangkan dengan pengambilan buah epal. Satu kajian terhadap

sekumpulan wanita di Finland yang mengambil 71 gram atau lebih buah epal sehari mengalami

pengurangan sebanyak 43% kematian akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak Makan

buah epal. Untuk kaum lelaki pula, terdapat pengurangan sebanyak 19% berbanding kumpulan yang

tidak makan buah epal. Kajian ini telah disokong dengan kajian yang dijalankan di Belanda dimana

warga tua Belanda yang makan buah epal dalam purata 69 gram sehari menunjukkan pengurangan

kematian akibat serangan jantung. 3

Menurut Dr Siti Juariah Perunding Kesihatan D’Jue Wellness,

beliau berkata teh hijau merupakan antara minuman paling

berkhasiat dalam planet ini. Menurutnya lagi, kebaikan

teh hijau bukan sahaja menambahkan fungsi otak malah

membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser

dan banyak lagi. Kajian saintifik yang dikongsi oleh

Dr Siti Juriah menyatakan bahawa terdapat banyak

kompaun bioaktif dalam daun teh yang membawa

kepada minuman yang mempunyai banyak kandungan

zat penting makanan. Teh hijau mengandungi banyak

polyphenol seperti flavonoids and catechins yang Dr Siti Juriah

berfungi sebagai antioksida yang kuat. Bahan-bahan ini

boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan, melindungi sel-sel dan molekul

daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Radikal bebas bertanggungjawab dalam penuaan badan dan

menjadi seseorang itu awet muda.

-TEH HIJAU-

Teh hijau atau nama saintifiknya ‘Camelia
Sinensis’ kaya dengan bahan-bahan khasiat
untuk mencegah penyakit dan bertindak
sebagai antioksidan. Epigallocatechin-3-
gallate (EGCG) ialah bahan antioksidan yang
paling banyak dan paling kuat dalam teh hijau.

Sumber antioksidan yang tinggi dalam teh hijau ini dapat membantu mengurangkan beberapa jenis
kanser seperti kanser payudara. Kajian daripada meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh
hijau mempunyai risiko kanser payudara 22 peratus lebih rendah berbanding wanita lain. Selain itu,
risiko kanser kelenjar prostat juga dapat dikurangkan. Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum
teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48 peratus berbanding lelaki lain. Seterusnya,kanser usus
dan kajian terhadap 69,719 wanita China yang minum teh hijau mendapati mereka kurang mendapat
kanser usus sebanyak 67 peratus.

Teh hijau boleh mengurangkan kolestrol dan triglycerides
pemium. Ini membolehkan risiko penyakit jantung dapat dikurangkan. Teh
hijau juga meningkatkan keupayaan antioksidan darah. Ini membantu
melindungi partikel LDL kolestrol daripada proses pengoksidan yang
membawa kepda sakit jantung. Kesannya, dapat membantu peminum teh
hijau daripada bahaya sakit jantung sebanyak 31 peratus.

4

-DELIMA-

Buah delima atau Punica granatum yang berasal dari
kawasan Asia Barat Daya iaitu di kawasan sempadan
Timur Tengah.

Delima kaya dengan antioksidan. Bijinya yang cerah turut mengandungi polifenol yang merupakan zat

antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas. Jus buah delima pula mengandungi kadar

antioksidan yang lebih tinggi. Berbanding buah-buahan lain. Malah kadar antioksidan

buah delima tiga kali ganda berbanding teh hijau dan

anggur. Kandungan antioksidan dalam jus delima dapat

membantu memperlambatkan kerosakan sel otak

(Alzheimer). Antioksidan dalam jus delima yang tinggi

diyakini dapat meningkatkan daya ingatan.

Antara kandungan gizi buah delima Keistimewaan khasiat buah delima untuk lelaki ialah
dari Food Data Central U.S boleh melambatkan pembiakan sel kanser prostat dan
Department of Agriculture ialah: mendorong kematian sel dalam sel-sel kanser. Antigen
spesifik prostat (PSA) adalah petanda darah untuk kanser
Air 77.93 gram prostat dan kajian mendapati bahawa 237 mililiter (8 oz)
Protein 1.67 gram jus delima setiap hari mampu memanjangkan masa
Fosfor (P) 36 miligram penggandaan PSA dari 15 bulan hingga 54 bulan. Kajian ini
Vitamin C 10.2 miligram membuktikan bahawa jus delima membantu lelaki
Riboflavin0.053 miligram mengurangkan risiko kanser prostat iaitu dengan
Zat besi (Fe) 0.3 miligram menghalang pertumbuhan kanser dan menurunkan risiko
kematian.
Buah delima mempunyai dua bahan
unik yang amat berkhasiat iaitu Keistimewaan khasiat buah delima untuk wanita pula
Punicalagins dan Asid Punicic. ialah dapat mengelakkan dari kanser payudara. Ekstrak
Punicalagins merupakan antioksidan delima telah terbukti dapat menghalang pembiakan sel-sel
yang terdapat dalam jus dan kulit kanser payudara dan melawan sel tersebut daripada terus
buah delima. Manakala, Asid Punicic merebak. Kajian dari Washington University mendapati
pula terdapat dalam biji delima dan bahawa jus delima mampu membantu menguatkan dan
merupakan asid linoleic gabungan mengelakkan kecederaan tisu dalam placenta.
yang amat berkesan dari segi biologi.
5

Limau kasturi ini banyak digunakan di negara-negara
Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Singapura,
Indonesia dan Filipina. Khasiat limau kasturi mungkin
tidak ramai ketahui. Seperti buat sitrus yang lain, buah
limau kasturi juga tinggi dengan kandungan antioksidan
seperti vitamin C dan sebatian flavonoid yang
mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk kesihatan.

Kajian menunjukkan bahawa limau kasturi LIMAU KASTURI
mengandungi sebatian flavonoid seperti diosmin,
hesperetin, naringin, quercetin dan hesperidin. Citrus microcarpa atau lebih
Kandungan fenol dan flavonoid dalam limau kasturi biasa dikenali sebagai limau
menyumbang kepada aktiviti antioksidan. kasturi. Limau kasturi juga
adalah daripada keluarga buah-
Selain itu, limau kasturi juga mengandungi limonoid buahan sitrus seperti buah
iaitu sebatian yang menyebabkan rasa pahit pada buah
ini. Limonoid ini dipercayai mempunyai banyak khasiat limau nipis. Limau kasturi
untuk kesihatan seperti bersifat antikanser, antibakteria, biasanya digunakan dalam
antikulat dan antioksidan. makanan dan minuman seperti
jus, sirap limau, sambal belacan
Satu kajian tentang limau kasturi telah lakukan di atau penambah rasa dalam
University of Glasgow, Scotland, United Kingdom pada
2005 hingga 2008 dan diterbitkan dalam 'Journal of makanan.
Agriculture and

Food Chemistry' pada tahun 2011. Hasil kajian mendapati limau kasturi kaya bahan berkhasiat yang
dikenali sebagai vitexin rhamnoside. Bahan ini paling banyak dalam kulit limau kasturi dan boleh
meningkatkan aliran darah dalam jantung dan menstabilkan degupan jantung. Bahan ini juga banyak
dalam "hawthorn berry" atau nama saintifiknya Crataegus oxyacantha.

Walaupun tanpa bukti saintifik, masyarakat dahulu dan sekarang percaya dan telah mengamalkan
penggunaan limau kasturi untuk kegunaan seperti melunturkan jeragat, menghilangkan jerawat,
mengubati batuk dan lain-lain lagi.

Tumbuhan ini telah digunakan berabad lamanya sebagai tonik
jantung, membaiki fungsi jantung dan membantu aliran darah.
Untuk mendapatkan khasiatnya dengan mudah dan banyak,
minumlah jus bersama sedikit kulit limau kasturi (setelah dicelur
dan dikisar) bersama Madu.

6

-BROKOLI-

Brokoli berasal dari keluarga kubis dan dikategorikan sebagai tanaman hijau yang boleh dimakan. Brokoli
merupakan salah satu superfood yang kaya dengan antioksidan dan vitamin. Menurut Healthline, brokoli
memiliki kandungan gizi yang bermanfaat untuk kesihatan antaranya karbohidrat, protein, kalium, fosfor,
selenium dan vitamin. Brokoli mentah memiliki nutrisi yang berbeza dan brokoli

Brokoli memiliki kandungan kalsium, boleh dihidang dengan merebus, mengukus, menumis
fosfor dan vitamin K yang sangat dimana kandungan nutrisi boleh berubah. Menurut 'Mdical
tinggi. Kandungan nutrisi ini News Today', brokoli mengandungi pelbagai antioksidan.
Salah satu antioksidan yang terkandung dalam brokoli ialah
bermanfaat untuk menjaga kepadatan sulforaphane.
tulang, memperkuatkan tulang dan
Vitamin C adalah antioksidan yang dapat menunjang
sendi serta mencegah penyakit sistem daya tahan tubuh. Antioksidan ini juga dapat
osteoporosis. Kalsium dan kolagen mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, katarak dan
bekerjasama untuk menghasilkan anemia. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu
tulang yang kuat. Lebih dari 99 mengurangkan gejala selsema dan hidung tersumbat.
peratus kalsium tubuh ada di tulang Disamping itu, vitamin C membantu tubuh menghasilkan
kolagen yang merupakan system utama untuk sel, organ
dan gigi. tubuh termasuk kulit. Sebagai antioksidan, vitamin C juga
dapat membantu proses penuaan kulit dan mencegah
kerosakan pada kulit seperti herpes zoster dan kanser kulit.

Serat, kalium dan antioksidan dalam brokoli juga dapat
mencegah penyakit pembuluh darah dan strok. Kajian yang
dijalankan menunjukkan wanita yang makan banyak

sayuran seperti brokoli memiliki risiko lebih rendah mengalami aterosklerosis. Aterosklerosis ialah
keadaan yang menyebabkan serangan jantung atau strok. Manfaat ini didapati dari kandungan
antioksidan dari brokoli terutamanya sulforaphane.

Untuk ibu yang sedang hamil, pengambilan brokoli mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak pada
bayi. Brokoli mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin K yang boleh menguatkan tulang ibu hamil
serta folat untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi dalam kandungan.

7

Warna merah pada tomato disebabkan oleh lycopene iaitu

karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna

merah dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi

yang baik untuk kesihatan badan. Selain lycopene, tomato juga

kaya dengan sumber lain seperti lutein dan beta-karoten yang

merupakan antioksidan kuat yang bermanfaat untuk melindungi

mata terhadap kerosakan yang disebabkan oleh cahaya, -TOMATO-
perkembangan katarak dan degenarasi macula yang berkaitan
dengan usia (AMD). Kajian Penyakit Mata Berkaitan Umur

(AREDS) mendapati terdapat pengurangan sebanyak 35% dalam Tomato atau nama saintifiknya
risiko AMD neovaskular bagi orang yang mengandungi asid tinggi Solanum lycopersicum
karotenoid lutein dan zeaxanthin yang hadir dalam tomato.
merupakan sejenis sayur jenis

Tomato dianggap sangat bagus untuk kesihatan buah yang menjadi makanan
kulit.Makanan yang berasakan tomato yang kaya dengan kepada manusia di merata
lycopene dan sebatian tumbuhan lain boleh melindungi kulit
daripada serapan sinar matahari. Menurut kajian, 40% kesan dunia. Pokok tomato
sunburn berkurangan apabila memakan 40 gram pes tomato. dibahagikan kepada dua
Antioksidan flavonoid seperti lycopene dan zeaxanthin yang
menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas sekali kumpulan besar iaitu
gusmenjadikan kulit lebih awet muda. Minyak biji tomato juga tumbuhan menegak
boleh membantu merawat masalah (determinate) dan tumbuhan
kulit seperti jerawat, kulit kasar dan tanda penuaan seperti menjalar (indeterminate).
garis halus pada wajah. Berikut merupakan anggaran
nutrian yang terkandung
Kajian telah menunjukkan bahawa dalam tomato mentah berjisim
pesakit diabetes jenis 1 yang 100 gram, kalori: 18, air:
menggunakan diet berserat tinggi 95%, protein: 0.9 gram,
mempunyai tahap glukosa darah karbohidrat: 3.9 gram, gula:
yang lebih rendah. 2.6 gram, serat: 1.2 gram dan
lemak: 0.2 gram.

Manakala pesakit diabetes jenis 2 menunjukkan peningkatan pada kadar gula darah, lipid dan

insulin. Untuk mengawal penyakit diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan memakan

sekitar 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan dianggarkan 38 gram untuk lelaki.

Terdapat banyak khasiat tomato terhadap kesihatan kerana ianya mempunyai kandungan air yang
tinggi, makronutrien, serat, vitamin dan mineral serta sebatian tumbuhan seperti likopena. Setiap satu
komponen dalam tomato ini dapat memberi manfaat terhadap kesihatan jantung, tulang, antikanser
serta untuk kecantikkan kulit.

8

-BAWANG PUTIH-

Bawang putih atau Allium sativum merupakan sejenis
tumbuhan dari genus bawang.

Para saintis menyatakan banyak manfaat kesihatan disebabkan Bau yang menyengat pada
oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila bawang putih bawang putih berasal dari
dicincang, dihancurkan atau dikunyah. Ini kerana, bawang putih kandungan sulphur organic
mengandungi sebatian yang dikenali sebagai allicin. Allicin
merupakan sebatian yang tidak stabil dimana ianya hadir ketika yang juga bermanfaat
bawang putih segar dipotong atau dihancurkan. Sebatian lain untuk menjaga kesihatan
yang memainkan peranan dalam manfaat bawang putih tubuh badan. 100 gram
termasuklah diallyl disulphide dan s-allyl cysteine.
bawang putih mentah
Kerosakan oksidatif daripada radikal bebas telah mengandungi nutrisi
menyumbang kepada proses penuaan. Bawang putih seperti protein: 6.3 gram,
mengandungi antioksidan yang menyokong mekanisma lemak: 0.5 gram,
perlindungan tubuh terhadap kerosakan oksidatif. Dos yang tinggi karbohidrat: 33 gram,
dalam bawang putih ini telah menunjukkan fungsinya dalam serat: 2.1 gram, kalsium:
meningkatkan enzim antioksidan pada manusia serta 181 miligram, zat besi: 1.7
mengurangkan tekanan oksidatif dengan ketara terhadap mereka miligram, magnesium: 25
yang mengalami tekanan darah tinggi. Risiko penyakit seperti miligram, fosfor: 153
Alzheimer dan demensia dapat dikurangkan hasil dari kesan miligram dan 401 miligram
gabungan untuk mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan kalium. Bawang putih juga
sifat antioksidan. mengandungi bahan yang
berfungsi sebagai
Bawang putih mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik antioksidan, antibakteria,
daripada allicin yang boleh membantu membunuh bakteria yang antikanser dan anti-
menyebabkan masalah jerawat. Selain itu, ianya juga boleh
mengurangkan keradangan dan memperbaiki peredaran darah radang.
dalam badan manusia. Khasiat bawang putih ini dapat memberi
ruang kepada kulit untuk menerima lebih banyak nutrient
seterusnya mengurangkan risiko masalah jerawat.

9

-SALMON-

Ikan salmon merupakan ikan yang dikenali makanan paling

"Salmon mengandungi kalium yang bernutrisi kerana mengandungi asam lemak omega-3 (EPA
sangat tinggi terutamanya salmon liar dan DHA), vitamin A, B dan D serta antioksidan yang baik
yang mengandungi 18% RDI per 3.5 untuk kesihatan. 100 gram ikan salmon, mengandungi 140
auns berbanding 11% untuk salmon kalori dan berbagai nutrisi. Antaranya ialah protein: 20 gram,
lemak: 6.4 gram, magnesium: 30 miligram, kalium: 480-500
ternakan. Kalium dapat membantu miligram, zink: 0.6 miligram, selenium: 36.5 mikrogram dan
mengawal tekanan darah serta 25 mikrogram folat.
mengurangkan risiko berlakunya

strok." Pigmen merah pada ikan salmon adalah dari astaxanthin.

Astaxanthin dari keluarga antioksidan karotenoid dan
merupakan sebatian yang dikaitkan dengan beberapa kesan
"Asam lemak omega-3 dari salmon kesihatan yang kuat. Astaxanthin dapat menurunkan risiko
dipercayai dapat membuatkan kulit penyakit jantung dengan mengurangkan pengoksidaan
nampak lebih kenyal dan bersinar. kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL
Terbitan dari International Journal of (baik). Selain itu, astaxanthin bekerjasama dengan asid
Cosmetic Science membuktikan 90% omega-3 salmon untuk melindungi otak dan sistem saraf dari
hasil kajian mengalami pembaikan keradangan. Terbitan Acta Biochimica Polonica pada tahun
pada kulit setelah pemakaian krim 2012, kandungan astaxanthin dalam salmon mampu menjaga
yang mengandungi 3% DNA sperma kulit tetap awet muda dari dalam. Astaxanthin ialah jenis

salmon."

antioksidan dan anti-radang yang baik untuk kulit. Tambahan
lagi, astaxanthin dapat membantu merangsang penghasilan kolagen didalam kulit. Kolagen ialah protein

khusus untuk membuat kulit nampak kenyal dan lembap.

Banyak kajian menunjukkan bahawa salmon merupaka salah satu makanan yang dapat
meningkatkan fungsi otak. Lemak ikan dan minyak ikan dapat mengurangkan simtom kemurungan,
melindungi kesihatan otak janin semasa kehamilan, mengurangkan kegelisahan, kehilangan ingatan yang
berkaitan dengan usia dan menurunkan risiko demensia. Pengambilan ikan berlemak sekurang-
kurangnya dua kali seminggu dikaitkan dengan penurunan 13% masalah ingatan yang berkaitan dengan
usia lebih perlahan daripada pengambilan ikan berlemak kurang dari sekali seminggu hasil dari satu
kajian mengenai orang yang berumur 65 tahun ke atas.

10

Penutup



Di dalam buku ini, kami menyenaraikan dan menerangkan tentang khasiat
makanan-makanan yang tinggi antioksidan yang terdiri daripada buah-buahan,
sayur-sayuran dan juga bahan yang sering di gunakan di dalam masakan
khusunya pada masakan rakyat Malaysia amnya. Keberkesanan makanan yang
tinggi antioksida ini telah di uji sendiri oleh penulis. Keputusan yang di peroleh
melalui ujian makmal yang di lakukan di sebuah hospital menunjukkan
keputusan yang amat baik. Melalui fakta yang diperoleh hasil dari pembacaan
dan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar di dalam bidang ini ditambah
dengan ujian kesihatan peribadi oleh penulis, kami berkeyakinan para pembaca
yang membaca dan mengamalkan makanan yang tinggi antioksida akan mampu
menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan.

11

Kesimpulan



Kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan individu adalah berpunca daripada
pengambilan makanan. Setiap individu perlu menjaga tahap kesihatan dari peringkat
awal, kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat. Dengan mengambil makanan
yang sihat, terutamanya makanan yang tinggi antioksidan, Insyaallah segala jenis
penyakit dapat dihindarkan dan di jauhkan. Contohnya dengan mengambil makanan tinggi
antioksida, penyakit seperti kanser dapat dijauhkan dan berpontensi untuk sembuh
kerana antioksida berperanan membaiki keradangan yang berlaku di dalam tubuh badan
di samping mendapat rawatan daripada pakar kesihatan.

Perlu di ingatkan juga, makanan antioksida ini memerlukan masa untuk mendapat
keberkesanannya, oleh itu setiap orang yang mengamalkan makanan ini, hendaklah
berterusan pengambilannya. Ini kerana badan seseorang memerlukan masa untuk
membaiki keradangan yang berlaku. Harapan kami barisan penulis agar, setiap pembaca
mengambil langkah awal dengan terus mengamalkan makanan yang tinggi antioksida
selepas membaca buku ini agar kesihatan terus terpelihara dan bagi yang mempunyai
penyakit,mudah-mudahan dapat sembuh semula seperti sedia kala.

Akhir kata nikmat kesihatan adalah antara nikmat yang besar yang dikurniakan oleh
ALLAH S.W.T kepada manusia. Jaga dan peliharalah kesihatan, kerana ianya tidak dapat
di ganti dengan wang ringgit mahupun pangkat yang besar.

12

Appendix

Gambar 01
Fernando Gomez-Pinilla, berasal dari Sepanyol dan merupakan seorang
penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Neurosurgeri dan Sains Fisiologi, University
of California, Amerika Syarikat.

Gambar 02
Dr Siti Juariah binti Kusni, Perunding Kesihatan D’Jue Wellness. Di lahirkan di
Sungai Besar Selangor pada 21/04/1962. Seorang Doktor perubatan yang
tamat pengajian dalam ilmu perubatan dari Univesiti Kebangsaan Malaysia pada
bulan Ogos 1987.

13

Glosari

Molekul : Ialah zarah neutral yang
terdiri daripada dua atau lebih atom yang
bergabung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud sendirian

Ilmiah : Bersifat (secara) ilmu pengetahuan,keilmuan,akademik :
penerbitan, majalah-majalah.

Keradangan : Sel-sel didalam badan bertindak tidak normal

Zat : Sesuatu yang menyebabkan wujudnya sesuatu benda atau terdiri
daripada sesuatu benda, pati atau inti daripada sesuatu (makanan).

Optimum : Kedudukan (jumlah, paras) yang terbaik atau paling
menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran,
perkembangan).

Kolestrol : Kompenan asid lemak tepu.

Biologi : Sains yang berkaitan struktur, fungsi, perkembangan, taburan dan
proses benda hidup.

Glukosa : Sejenis gula ringkas (bio).

Fakta : Sesuatu yang benar dan boleh di buktikan.

Komorbiditi : Keadaan dimana seseorang mempunyai lebih dari dua penyakit.

Saintifik : Sesuatu yang dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains.

14

Bibliografi

Dr. Kevin Adrian. (2019, November 07). Beberapa MakananTinggi
Antioksidan dan Jenisnya. Alodokter. Diambil dari


https://www.alodokter.com/beberapa-makanan-tinggi-antioksidan-dan

jenisnya
Dr. Fatimah Salim, Noorazlina Adnan, NorsyarmilaShuib, Raihana Mohd Yusof. 08

Jun 2021. Antioksidan dan Makanan: Apa yang Perlu Kita Tahu, Majalah Sains.
Diambil dari http://www.majalahsains.com/antioksidan-dan-makanan-apa
yang-perlu-kita-tahu/
Azimah Ghazali. (2019, April 17). 1,001 manfaat teh hijau.Sinar Harian.
7 Khasiat Limau Kasturi Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian. Jiwa Sihat. 19
September 2021.
HamidisP. (2019, Januari 29). Khasiat Limau Kasturi TinggiAntioksidan. Sentiasa
Panas.
Putu Elmira. (2019, Jun 25). 6 Manfaat Luar Biasa Kunyit bagiKesehatan, Salah
Satunya Cegah Penuaan Dini. Liputan 6.
Dr. Sienny Agustin. (2019, April 12). 7 Manfaat Bayam dan Cara Mengolahnya.
Alodokter. Diambil darihttps://www.alodokter.com/mengolah-manfaat-bayam
menjadi-hidangan-sehari-hari
Iskandar Zulkarnain. 7 Khasiat Buah Epal Merah dan EpalHijau. Jiwa Sihat. 28
Februari 2021.
Mahardini ur Afifah. (2020, Jun 02). 8 Manfaat Brokoli untuk Kesehatan,
Kompas.com.
Sila ambil tahu! Buah delima... khasiatnya mampu tingkatkanprestasi seksual!.
Famili. Mstar. 13 September 2020.
Dr. Sienny Agustin. (2021, Mac 30). 5 Manfaat Bawang Putihbagi Kesehatan.
Alodokter. Diambil darihttps://www.alodokter.com/apa-manfaat-bawang
putih-bagi-kesehatan
Kenali 5 Kandungan Bawang Putih yang Bermanfaat untukKesehatan. Sayurbox. 12
Disember 2019.
Dr. Verury Verona Handayani. (2020, Mac 23). Kaya Antioksidan, Ini Sejuta
Manfaat Tomat. Halodoc. Diambil darihttps://www.halodoc.com/artikel/kaya
antioksidan-ini-sejuta-manfaat-tomat
Ahmad Farid. Memang Untung Bagi Penggemar Tomato, Membantu Melawan Diabetes
& Melindungi Jantung Anda!.hellodoktor. 02 September 2020.
Dr.Kevin Adrian. (2021, Oktober 14). Manfaat Ikan Salmon danKadungan Gizinya.
Alodokter. Diambil darihttps://www.alodokter.com/kelengkapan-gizi-di-balik
manfaat-ikan-salmon

15

Kata Kunci

A- -R-
Antioksidan : vi, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11,12 Radikal : vi, 1, 2, 3, 4, 5, 8, 9
-B-
Bakteria : 2, 6, 9 -S-
-C- Saintifik : 1, 2, 3, 4, 6, 8, 14
-D- -T-
Darah : 1, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 Teh : 3, 4, 5
-E- -U-
Epal : 3 -V-
-F- Vitamin : 1, 3, 5, 6, 7, 8, 10
-W-
-G- Wanita : 3, 4, 5, 7, 8
Glukosa : 8, 14
-H- -X-
Hijau : 1, 3, 4, 5, 7 -Y-
-Z-
-I- Zat : 1, 3, 4, 5, 9, 14
-J-
Jantung : vi, 3, 4, 6, 7, 8, 10 16
Jus : 1, 5, 6
-K-
Kajian : iii, iv, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10
Keradangan : vi, 9, 10, 12, 14
Kanser : vi, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 12
-L-
Lemak : 3, 4, 8, 10, 14
-M-
Malaysia : i, iii, vi, 6, 11, 13
-N-
Nutrisi : 1, 7, 9, 10
-O-
Oksidatif : 2, 9
-P-
Pandemik : iii
-Q-


Click to View FlipBook Version