FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (KEPUJIAN)
KERTAS KERJA
LIBERALISME DAN PLURALISME
DISEDIAKAN OLEH: 2021673786
2021229638
(1) MUHAMMAD ALIF IMRAN BIN KHUSAINI - KETUA 2021243534
(2) SITI NURLIYANA IZZATI BINTI MUHAMAD AZHAN 2021425472
(3) MUHAMAD ADDIN BIN HATTA
(4) MUHAMAD HAZMAN BIN MOHD GHAZALI
Laporan Pembentangan Dihantar kepada Cik Siti Nasuhah binti Baharudin dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk
CTU552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)
SEMESTER 1
SESI OKTOBER 2021 (20214)
ISI KANDUNGAN i
1–3
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 2
1.2 Objektif Kajian 3
1.3 Kepentingan Kajian 4 – 22
2.0 ISI DAN HURAIAN 4–6
2.1 Pemikiran Liberalisme 7–8
2.2 Pluralisme Agama 9 – 12
2.3 Pandangan Islam Terhadap Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme 9 – 10
11 – 12
2.3.1 Pandangan Islam Terhadap Fahaman Liberalisme 13 – 16
2.3.2 Pandangan Islam Terhadap Fahaman Pluralisme 13 – 14
2.4 Punca Timbul Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme 15 – 16
2.4.1 Punca Timbul Fahaman Liberalisme 17 – 18
2.4.2 Punca Timbul Fahaman Pluralisme 19 – 22
2.5 Kesan Liberalisme Dan Pluralisme
2.6 Peranan Umat Islam Dalam Membendung Perkembangan Fahaman 20 – 21
Liberalisme Dan Pluralisme 21
2.6.1 Individu 22
2.6.2 Majlis Agama
2.6.3 Institusi Pendidikan 23 – 25
23
3.0 KESIMPULAN
3.1 Rumusan 24 – 25
3.2 Cadangan 26 – 28
4.0 RUJUKAN 29 – 30
5.0 LAMPIRAN
6.0 PERAKUAN 31
i
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian yang dilakukan dalam kertas kerja ini adalah bagi mengkaji dan mengupas
mengenai liberalisme dan pluralisme. Umum mengetahui bahawa di abad ke-21 ini,
semua maklumat berada di hujung jari seiring dengan peredaran zaman dan
perkembangan teknologi yang pesat. Masyarakat yang kini semakin moden dan
berpandangan jauh ke hadapan kadang kala terlalu berfikiran terbuka sehinggakan
terikut-ikut dengan budaya dan pemikiran Barat. Buktinya, liberalisme dan pluralisme di
negara kita bukannya perkara baharu ekoran fahaman ini telah lama bertapak di
Malaysia. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang masih belum
mengetahui dengan lebih jelas mengenai hal ini. Oleh itu, hal ini perlu dikupas dengan
mendalam dengan harapan masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam bersiap sedia
agar tidak mudah terpengaruh dengan fahaman ini dengan cara berpegang teguh pada
Al Quran dan sunnah sebagai benteng pertahanan diri.
Menurut penceramah bebas, Yunan Abdul Samad dalam wawacana beliau
bersama Berita Harian bertajuk Benteng Hadapi Liberalisme, Pluralisme, bagi mengatasi
sesuatu masalah, kita harus mengenali dan memahami masalah tersebut terlebih dahulu,
begitu juga dengan isu ini. Secara ringkasnya, menurut Majlis Fatwa Negeri Sabah
(2017), pandangan Islam terhadap fahaman ini adalah :
(a) Liberalisme bermaksud suatu aliran pemikiran atau fahaman di mana
kebebasan mutlak diberikan kepada individu dalam menafsirkan ajaran Islam tanpa
menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan.
(b) Pluralisme bermaksud suatu fahaman atau keyakinan bahawa agama Islam
bukanlah satu-satunya agama yang benar kerana semua agama adalah sama dan tiada
agama yang lebih benar dari agama lain.
(c) Kesimpulannya, kedua-dua aliran pemikiran dan fahaman ini adalah sesat
dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.
1
1.2 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
1. Mengenal pasti bahaya pemikiran liberalisme dan pluralisme agama yang
bercanggah dengan Al Quran dan sunnah yang turut berkait rapat dengan akidah
umat Islam.
2. Mengenal pasti perbezaan di antara pluralisme agama, pluraliti agama dan
toleransi agama agar masyarakat tidak terkeliru dengan ketiga-tiga istilah ini.
3. Menghuraikan pandangan Islam terhadap kedua-dua fahaman ini, liberalisme dan
pluralisme yang sudah terang lagi bersuluh bertentangan dengan ajaran agama
Islam.
4. Melihat punca timbulnya fahaman liberalisme dan pluralisme dan bagaimana ia
mula menapak di Malaysia.
5. Membincangkan impak negatif liberalisme dan pluralisme terhadap akidah umat
Islam.
6. Mengkaji peranan semua umat Islam dalam membendung fahaman liberalisme
dan pluralisme dari berleluasa.
2
1.3 Kepentingan Kajian
Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu lebih ramai masyarakat Malaysia
terutamanya umat Islam dalam memahami dengan lebih jelas mengenai fahaman
liberalisme dan pluralisme serta betapa bercanggahnya fahaman ini dengan ajaran
agama Islam. Di Malaysia, menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (2014), aliran
fahaman liberalisme atau turut dikenali sebagai pemikiran liberal telah difatwakan
sebagai ajaran sesat dan menyelewang daripada syariat Islam. Terdapat dua komponen
yang menjadi kepentingan kepada kajian ini iaitu umat Islam dan golongan pengikut
fahaman liberalisme dan pluralisme.
Bagi umat Islam, dengan kajian ini diharapkan masyarakat memahami bahawa
kedua-dua fahaman ini adalah salah dan ditentang oleh agama Islam dan menyedari
betapa besarnya ancaman fahaman ini kepada masyarakat. Menurut penceramah
bebas, Yunan Abdul Samad lagi, untuk mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh
dengan fahaman liberalisme serta pluralisme, umat Islam seharusnya menambah
kefahaman terhadap akidah, fiqh dan tasawuf berdasarkan kerangka Ahli Sunnah Wal
Jamaah (ASWJ).
Bagi golongan pengikut fahaman liberalisme dan pluralisme, diharapkan bahawa
dengan kajian ini, mereka dapat menyedari bahawa fahaman ini adalah sama sekali tidak
benar dan kembali berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnah.
3
2.0 ISI DAN HURAIAN
2.1 Pemikiran Liberalisme
Menurut Majlis Agama Islam Selangor (2020), dalam artikel Sinar Harian yang bertajuk
Fahaman Sesat Musnahkan Akidah, liberalisme merupakan antara salah satu fahaman
sesat yang besar di Malaysia pada masa kini. Liberalisme adalah aliran pemikiran di
mana kebebasan diberikan kepada individu tanpa sekatan atau halangan dalam aspek
agama, sosial politik dan undang-undang kehidupan. Secara amnya, fahaman ini
memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan hak individu dalam pelbagai aspek.
Menurut Burhanuddin (2017), liberalisme adalah satu bentuk fahaman
sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama untuk membolehkan sesuatu tindakan atau
amalan bebas dari ketentuan agama. Mengikut fahaman ini, seseorang individu tidak
perlu meletakkan ajaran agama sebagai pengukur batas sebelum melakukan sesuatu
perkara atau perbuatan.
Liberalisme berasal daripada bahasa Inggeris yang bermaksud kebebasan, ia
merujuk kepada ‘liberte’ dari bahasa Perancis atau ‘liberty’ dalam bahasa Inggeris yang
bermaksud bebas. Fahaman ini mulai menular di kalangan umat Islam apabila falsafah
liberalisme Barat kian berkembang dalam seluruh bidang kehidupan.
Liberalisme merupakan faktor terbentuknya aliran Islam Liberal. Islam Liberal
merujuk kepada aliran yang memberikan keterbukaan dan kebebasan yang lebih
daripada ajaran agama Islam yang sebenarnya. Golongan ini berpegang dengan konsep
pluralisme agama di mana semua agama adalah sama. Tujuannya adalah untuk
menyamatarafkan Islam dengan agama-agama yang lain sedangkan Islam merupakan
satu-satunya agama yang diterima dan benar di sisi Allah S.W.T. Menurut Mohammad
(2006), golongan Islam Liberal menafikan bahawa mereka menolak ajaran agama Islam.
Menurut golongan ini, mereka hanya ingin mengkaji semula ajaran dan hukum agama
Islam agar relevan dengan peredaran zaman dan mereka lebih mengutamakan logik akal
daripada Al Quran dan sunnah. Hal ini kerana, asas kepada liberalisme adalah akal di
4
mana akal menjadi sumber hukum pengikut fahaman ini bukannya Al Quran dan sunnah
seperti ajaran agama Islam.
Ciri-ciri liberalisme boleh dilihat dengan mudah jika dikategorikan mengikut aspek
akidah dan syariah. Dari aspek akidah, ciri-ciri liberalisme adalah pengikut fahaman ini
berpegang dengan konsep pluralisme. Selain itu, mereka juga menganggap akal fikiran
sebagai wahyu tidak bertulis. Fahaman ini bahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu
wahyu bertulis (Al Quran) dan wahyu tidak bertulis (akal). Mereka beranggapan bahawa
wahyu tidak bertulis iaitu akal bertujuan untuk menghidupkan Al Quran mengikut
kesesuaian peredaran zaman. Seterusnya, mereka juga meragui ketulenan Al Quran.
Menurut mereka, tiada lagi kesahihan Al Quran ekoran Al Quran telah diresapi dengan
budaya arab kerana bahasa arab merupakan bahasa ibunda bangsa arab sedangkan
Allah S.W.T. memilih bahasa arab untuk menjadi bahasa Al Quran untuk dibaca dan
difahami oleh hamba-Nya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. :
﴾٢﴿ ِإ َّنا أَن َز ْل َناهُ قُ ْرآ ًنا َع َر ِب ًّيا َّلعَ َّل ُك ْم تَ ْع ِقلُو َن
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Al Quran yang dibaca
dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”
(2 : Yusuf)
Ciri-ciri liberalisme dari aspek syariah pula adalah pengikut fahaman liberalisme
mempersoalkan metodologi pentafsiran Al Quran dan hadis. Mereka berpegang dengan
kebebasan untuk membuat takwilan sendiri terhadap ajaran Al Quran yang bertentangan
dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Selain itu, mereka juga menggesa
agar dibuat pembaharuan tafsiran konsep ibadat. Di samping itu, pengikut fahaman ini
mengambil tujuan hukum bukannya bentuk hukum apabila merujuk kepada hukum-
hukum fiqh. Seterusnya, mereka mempertikaikan kemuliaan dan akhlak kenabian
dengan mengatakan sesiapa sahaja boleh mempunyai sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh
Rasulullah S.A.W. Akhir sekali, mereka juga prejudis terhadap ilmu Islam seperti Usul al-
Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith dan lain-lain ilmu Islam dengan beranggapan bahawa
ilmu-ilmu tersebut adalah buatan manusia.
5
Sesungguhnya, aliran pemikiran liberalisme adalah bertentangan dengan ajaran
agama Islam terutamanya aliran Islam Liberal yang kononnya membawa perjuangan
Islam tetapi ianya bukan ajaran Islam yang sebenarnya. Walaupun sudah terang lagi
bersuluh bahawa fahaman yang diikuti oleh golongan Islam Liberal ini adalah
bertentangan dengan ajaran agama Islam, mereka tanpa segan silu tetap menggunakan
nama agama Islam untuk menarik perhatian lebih ramai umat Islam untuk mengikuti
mereka atas dasar perjuangan dalam memajukan pemikiran umat Islam dan tamadun
Islam seperti kemajuan di negara Barat.
6
2.2 Pluralisme Agama
Berdasarkan artikel dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pluralisme agama
berpegang kepada prinsip bahawa agama yang benar tidak hanya eksklusif kepada
agama Islam sahaja. Dengan kata lain, pengikut fahaman ini berpegang kepada
pendirian bahawa bukan sahaja Islam agama yang benar serta memimpin manusia
masuk ke syurga, bahkan agama-agama lain juga boleh membawa penganutnya ke
syurga dan selamat dari neraka sedangkan satu-satunya agama yang benar dan diterima
di sisi Allah S.W.T. adalah agama Islam.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, pluralisme agama adalah satu istilah yang
merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada
dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana
agama.
Apabila dibincangkan mengenai pluralisme agama, terdapat segelintir pihak yang
menyamakan pluralisme agama dengan pluraliti agama. Namun begitu, pluralisme
agama dan pluraliti agama merupakan dua perkara yang berbeza. Hal ini kerana,
menurut tesis PhD oleh Ahmad Sabri bin Osman yang bertajuk Konsep Tauhid Menurut
Ismail Raji al-Faruqi: Analisis Terhadap Isu-Isu dalam Pluralisme Agama, majoriti sarjana
Islam menggunakan dan mengiktiraf istilah pluraliti atau kepelbagaian untuk merujuk
kepada fenomena agama yang majmuk seperti di Malaysia. Istilah ini dianggap yang
paling sesuai untuk menggambarkan realiti kepelbagaian agama. Jika pluraliti agama
berkaitan dengan fenomena agama yang majmuk, pluralisme agama pula berkaitan
dengan falsafah di sebalik fenomena agama yang majmuk itu. Pluralisme agama
mengambil berat tentang isu dakwaan kebenaran agama yang majmuk (plural truth claim)
malah boleh membawa kepada masalah akidah kerana ia akan sampai kepada
kesimpulan bahawa semua agama adalah sama.
7
Seterusnya, ada juga yang beranggapan bahawa pluralisme agama adalah sama
dengan toleransi agama namun anggapan ini adalah tidak benar. Buktinya, Profesor
Diana L. Eck, pengarah The Pluralism Project di Universiti Harvard, Amerika Syarikat
mendefinisikan pluralisme dengan “pluralism is not just tolerance, but the active seeking
of understanding across lines of difference” yang bermaksud pluralisme bukanlah
sekadar toleransi semata-mata tetapi pluralisme adalah satu pencarian persefahaman
yang aktif melangkaui perbezaan antara agama. Toleransi agama berhubung dengan
sikap toleransi dan keterbukaan dalam berinteraksi dengan orang yang bukan Islam, jika
dilihat di dalam Al Quran, terdapat beberapa ayat yang boleh dijadikan bukti wujudnya
pengiktirafan tersebut seperti ayat di bawah :
﴾ َوََل أَ َنا َعا ِب ٌد َما٣﴿ ﴾ َوََل أَ ْنتُ ْم َعا ِب ُدو َن َما أَ ْعبُ ُد٢﴿ ﴾ ََل أَ ْعبُ ُد َما تَ ْعبُ ُدو َن١﴿ قُ ْل يَا أَيُّ َها ا ْل َكا ِف ُرو َن
﴾٦﴿ ﴾ لَ ُك ْم ِدينُ ُك ْم َو ِل َي ِدي ِن٥﴿ ﴾ َوََل أَ ْنتُ ْم َعا ِب ُدو َن َما أَ ْعبُ ُد٤﴿ َعبَ ْدتُ ْم
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!; "Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah; "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang
aku sembah; "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat; "Dan kamu pula
tidak mahu beribadat secara aku beribadat; "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku
agamaku".
(1-6 : Al-Kafirun)
Walau bagaimanapun, pengiktirafan ini hanyalah tentang kewujudan agama-agama itu
sahaja, bukan bermaksud pengiktirafan tentang kebenaran agama-agama itu.
8
Menurut Mohd Tamyes (2014), liberalisme adalah serangan pemikiran yang
mengarah kepada keterbukaan dan kebebasan dalam mentafsirkan agama dari
belenggu tafsiran lama kepada tafsiran baru yang lebih segar mengikut kehendak
semasa tanpa mengambilkira nas-nas qat’ie yang telah disepakati oleh para ulama
terdahulu. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong
itu). Katakanlah (kepada mereka) : "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah
petunjuk yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.
(120 : Al Baqarah)
Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa kaum Yahudi telah lama berusaha untuk
mengelirukan umat Islam agar umat Islam makin jauh dari landasan ajaran agama yang
sebenarnya dengan agenda-agenda mereka. Liberalisme adalah antara salah satu
agenda mereka dalam usaha mengelirukan umat Islam dengan cara menerapkan
kemodenan dalam agama Islam dengan menjadikan falsafah Barat sebagai landasan.
10
2.3.2 Pandangan Islam Terhadap Fahaman Pluralisme
Padangan Islam terhadap pluralisme adalah fahaman ini juga merupakan fahaman yang
sesat dan menyelewang dari ajaran agama Islam. Hal ini kerana pluralisme berpegang
kepada prinsip bahawa Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar. Menurut
golongan pengikut fahaman ini, semua agama ada sama dan tidak ada agama yang
boleh menyatakan bahawa agama itu lebih benar dari agama-agama lain. Menurut Mohd
Tamyes (2014), pengikut fahaman pluralisme juga beranggapan bahawa semua manusia
walaupun berlainan agama boleh sampai ke Tuhan yang sama sedangkan Allah S.W.T.
berfirman dalam surah Ali Imran ayat 19 dan 85 yang bermaksud :
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…”
(19 : Ali Imran)
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.”
(85 : Ali Imran)
Berdasarkan ayat-ayat ini, jelaslah bahawa hanya agama Islam yang diterima di
sisi Allah S.W.T. Namun begitu, walaupun telah jelas bahawa Islam merupakan satu-
satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah S.W.T, Islam tetap mengakui
perbezaan dan identiti agama lain. Hal ini disebut sebagai toleransi agama. Ia berhubung
dengan sikap toleransi umat Islam dalam berinteraksi dengan orang bukan Islam seperti
dalam ayat Al Quran di bawah yang bermaksud :
ِ﴾٦﴿ َل ُك ْم ِدينُ ُك ْم َو ِل َي ِدين
(6 : Al-Kafirun)
Maksudnya : “untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku”
11
Berdasarkan ayat ini, jelaslah menunjukkan bahawa Islam menghargai toleransi
agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain
Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan
yang disembah oleh agama lain.
12
2.4 Punca Timbul Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme
2.4.1 Punca Timbul Fahaman Liberalisme
Menurut Idris (2006), pada mulanya liberalisme muncul di Eropah dan bukannya dari
negara Islam. Fahaman ini mulai meresap ke dalam masyarakat Islam berikutan
penjajahan dan pembaratan pada sekitar abad ke 18/19. Pada masa tersebut, terdapat
dua reaksi dari umat Islam iaitu gologan yang menolak pengaruh Barat dan golongan
yang menerima. Golongan yang menolak merupakan golongan yang berpegang teguh
kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya manakala golongan yang menerima
fahaman ini adalah golongan yang mendapat pendidikan Barat dan kagum dengan
kemajuan di Barat dan beranggapan jika mereka mengikut cara Barat maka mereka akan
maju seperti masyarakat di Barat. Oleh sebab itu, mereka mulai menerima fahaman ini
dan mengikut segala yang dilakukan oleh masyarakat Barat.
Menurut Ismail (2015), liberalisme yang merupakan kebebasan individu tanpa had
pada awalnya bermula sebagai falsafah politik Barat yang kemudiannya mulai masuk ke
dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Fahaman ini terus berkembang
sehinggalah berlakunya zaman kebangkitan atau Renaissance iaitu golongan intelektual
menyerang pentadbiran gereja sekitar abad ke-16 dan ke-17 Masihi. Pada masa
tersebut, institusi gereja dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan hidup
penganutnya maka timbullah pemikiran di mana agama dianggap sebagai benteng yang
menghalang masyarakat dari terus maju.
Bermula dari isu inilah, fahaman liberalisme mulai merebak ke dalam aspek
agama dan mempengaruhi masyarakat Islam. Fahaman ini mulai mempengaruhi dunia
Islam melalui tokoh Islam di Timur Tengah pada abad ke-20. Pada awalnya, fahaman ini
digunakan dalam bidang pendidikan untuk membebaskan umat Islam ketika zaman itu
daripada sifat taqlid buta. Hal ini kerana, fahaman ini memperjuangkan usaha untuk
membebaskan masyarakat dari tradisinya, maka tokoh Islam terdahulu ingin gunakan
fahaman ini untuk menyeru umat Islam untuk beragama berdasarkan ilmu bukannya
13
terus beragama secara taqlid buta. Sesungguhnya Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud :
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya
pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan
dipersoalkan."
(36 : Al-Isra)
Berdasarkan ayat ini, jelaslah Allah S.W.T. melarang umat Islam dari beragama
secara taqlid buta. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang tidak memahami konsep
fahaman ini yang kemudiannya mereka menjadikan rasionalisme sebagai prinsip dalam
setiap pendekatan yang diambil.
Seterusnya, punca timbulnya fahaman ini lagi adalah apabila imej Islam tercemar
dengan imej sebagai agama teroris, anti Barat dan anti pemodenan. Apabila timbulnya
isu ini maka terdapat sekelompok pihak yang ingin membela agama Islam dengan cara
mulai menerima fahaman liberalisme dalam agama Islam sehingga terlahirnya Islam
Liberal. Islam Liberal merupakan usaha mereka dalam menjenamakan dan
membersihkan semula imej Islam yang tercemar tersebut.
Pada sekitar tahun 1998, terdapat dua buah buku diterbitkan mengenai Islam
Liberal yang bertajuk “Liberal Islam : A Source Book” dan “Islamic Liberalism : A Critique
of Development Ideologies”. Menurut Ismail (2015) lagi, dengan terbitnya buku ini, ia
membuktikan bahawa fahaman ini telah lama wujud dalam kalangan umat Islam dan ini
merupakan salah satu dari usaha masyarakat Barat dalam mengelirukan umat Islam.
Di Malaysia, penularan aliran Islam Liberal dalam kalangan masyarakat boleh
dilihat dengan kemunculan gerakan anti hadis yang diterajui oleh Kassim Ahmad dan
beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantu memperjuangkan isu-isu
yang diusulkan oleh golongan fahaman ini.
14
2.4.2 Punca Timbul Fahaman Pluralisme
Fahaman pluralisme ini yang pada mulanya berkembang di Barat mulai mendapat
perhatian global semenjak akhir kurun ke-20. Timbulnya fahaman ini ekoran dari fahaman
liberalisme yang kian berkembang. Di Malaysia, gerakan golongan liberalisme dari
Indonesia merupakan antara faktor besar yang membawa kepada perkembangan
pluralisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Menurut Latifah Majid et al (2012), faktor penyebaran fahaman pluralisme agama
di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Kategori pertama adalah
penyebaran melalui media massa seperti buku, majalah dan akhbar (media cetak) serta
televisyen, radio dan internet (media elektronik). Golongan pengikut fahaman ini
berusaha untuk menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan masyarakat dengan
menerbitkan bahan bacaan untuk dijual dan dipasarkan kepada umum. Buku yang
dipasarkan bukan sahaja karya terbitan dalam negara malahan mereka turut
memasarkan karya terbitan penerbit dari Indonesia. Golongan ini turut menterjemahkan
beberapa buah buku bagi menarik perhatian sekaligus memudahkan masyarakat
membaca bahan bacaan mengenai fahaman ini tanpa jurang perbezaan bahasa
(language barrier) seperti Islam Tanpa Keekstreman : Berhujah Untuk Kebebasan (2016)
oleh Mustafa Akyol. Namun begitu, terdapat juga beberapa buah buku yang telah
diharamkan oleh kerajaan dari dijual atau disebarkan kepada umum seperti buku yang
bertajuk Refleksi Pembaharuan Pemikiran Islam 70 tahun oleh Harun Nasution pada
tahun 1989. Selain itu, terdapat juga beberapa filem yang mengandungi unsur pluralisme
agama ditayangkan kepada masyarakat. Sebagai contoh, dalam filem Sepet arahan
Yasmin Ahmad ditunjukkan babak percintaan dwi-agama. Seterusnya, golongan ini turut
menggunakan medium internet sebagai platform penyebaran fahaman mereka. Sebagai
contoh, mereka menyediakan pelbagai maklumat berkaitan fahaman mereka untuk
dibaca oleh masyarakat di laman web dan akaun media sosial mereka.
15
Kategori kedua faktor penyebaran fahaman ini adalah melalui kursus kepimpinan
dan pengurusan. Sebagai contoh, kursus Emotional Spiritual Quotion (ESQ). Kursus ini
adalah kursus kepimpinan dan pengurusan yang dianjurkan oleh Ary Ginanjar Agustian
di bawah syarikat ESQ Leadership Centre yang berpusat di Jakarta mengandungi
elemen-elemen pluralisme agama. Kursus ini telah tersebar melalui penubuhan
beberapa pusat kursus ini di negara kita.
Kategori ketiga faktor penyebaran fahaman ini adalah melalui Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO). Penyebaran ini boleh dilihat melalui Malaysian Interfaith Network (MIN).
MIN mempunyai 20 badan gabungan di dalamnya di mana mereka menyokong kepada
penyebaran pluralisme agama di Malaysia. NGO membantu penyebaran fahaman ini
dengan menyalurkan bantuan kewangan. Sebagai contoh, Yayasan Konrad Adenauer
Stiftung telah membiayai Persidangan Kebangsaan “Towards the Formation of the
Interfaith Commission of Malaysia” yang diadakan pada 24-25 Februari 2005 di Bangi.
Secara amnya, bukan hanya faktor-faktor ini sahaja yang menyebabkan
pluralisme berkembang di Malaysia, terdapat juga pelbagai faktor lain yang secara tidak
langsung turut menyumbang kepada perkembangan fahaman ini. Sebagai contoh,
individu atau organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia dan anti hadis,
walaupun individu atau organisasi ini tidak bertujuan untuk menyebarkan fahaman ini,
namun secara tidak langsung mereka turut mempromosikan fahaman ini kepada
masyarakat.
16
2.5 Kesan Liberalisme Dan Pluralisme
Kesan liberalisme dan pluralisme kepada pengikut fahaman ini dan masyarakat setempat
sudah pasti bukannya kesan yang positif tetapi membawa kesan yang negatif kerana
kedua-dua fahaman ini adalah fahaman sesat yang jauh menyeleweng dari ajaran agama
Islam.
Menurut Majlis Agama Islam Selangor (2021), kesan pertama liberalisme dan
pluralisme adalah pengikut fahaman ini menghalalkan perkara yang haram. Hal ini kerana
sekiranya terdapat sesuatu perkara yang ingin dilakukan oleh mereka namun perkara
tersebut ditentang oleh ajaran agama, maka mereka akan menggunakan akal fikiran dan
bukannya merujuk kepada Al Quran dan sunnah untuk menghalalkan perkara tersebut.
Sebagai contoh, pengikut fahaman liberalisme menyokong LGBT (lesbian, gay, biseksual
dan transgender) sebagaimana masyarakat di Barat sedangkan LGBT adalah kaum
songsang yang dimurkai oleh Allah S.W.T.
Selain itu, kesan buruk kedua-dua fahaman ini adalah para pengikutnya
normalisasikan hukum murtad dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana, pluralisme
berpegang kepada konsep di mana mereka beranggapan bahawa agama Islam bukanlah
satu-satunya agama yang benar. Jika begitu, sudah pasti isu murtad tidak lagi akan
dipandang serius kerana masyarakat diberikan kebebasan untuk mencuba agama-
agama lain tanpa sebarang sekatan kerana bagi mereka semua agama adalah sama
rata. Hal ini amatlah berbahaya kepada umat Islam kerana ia berkait dengan akidah.
Seterusnya, kesannya adalah usaha dakwah kepada penganut agama lain bakal
sia-sia. Umat Islam berdakwah dan mengajak penganut agama lain untuk mendalami
Islam sekaligus mencintai Islam dan menganut agama Islam untuk memastikan Islam
berada di seluruh pelusuk dunia. Namun begitu, sekiranya fahaman pluralisme telah
sebati dalam jiwa pengikut fahaman ini maka tiada keperluan bagi mereka untuk
berdakwah kepada penganut agama lain kerana pada pandangan mereka, semua
agama adalah sama namun jika diteliti dengan lebih mendalam, sekiranya semua agama
adalah sama maka nescaya Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat tidak akan
bertungkus lumus memperluaskan ajaran agama Islam ke mana-mana sahaja.
17
Akhir sekali, kesan fahaman liberalisme dan pluralisme kepada pengikut fahaman
ini adalah mereka secara tidak langsung meremehkan ijtihad para ulama silam. Hal ini
kerana, liberalisme memperjuangkan konsep mengkaji semula ajaran dan hukum agama
Islam agar bersesuaian dengan peredaran zaman. Jadi, sudah pasti dalam minda
pengikut fahaman ini, pandangan para ulama silam sudah tidak relevan lagi sedangkan
sehingga ke hari ini, pandangan dan hasil ijtihad tokoh-tokoh mazhab unggul terdahulu
masih berada di kedudukan yang tinggi dalam hati umat Islam.
18
2.6 Peranan Umat Islam Dalam Membendung Perkembangan Fahaman
Liberalisme Dan Pluralisme
Menjadi tuntutan bagi setiap umat Islam untuk mengambil peranan dalam membendung
perkembangan fahaman liberalisme dan pluralisme dari semakin berleluasa terutamanya
di negara kita, Malaysia kerana ianya berkait dengan akidah. Tambahan pula, terdapat
hadis sahih yang menyeru agar kita semua mencegah perkara-perkara yang mungkar :
أَ ْض َع ُف َوذَ ِل َك ،فَ ِب َق ْلبِ ِه يَ ْستَ ِط ْع َل ْم فَإِ ْن ،يَ ْستَ ِط ْع فَ ِب ِل َسانِ ِه َل ْم َفإِ ْن ،ِبيَ ِد ِه ُفَ ْليُ َغ ِي ْره ُم ْن َك ًرا ِم ْن ُك ْم َرأَى َم ْن
ا ْْ ِلي َما ِن
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia
mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan
apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-
lemah iman.” [Riwayat muslim (78)]
Peranan umat Islam dalam membendung perkembangan fahaman liberalisme dan
pluralisme dalam kajian ini dipecahkan kepada tiga kategori iaitu dari segi Individu, Majlis
Agama dan Institusi Pendidikan.
19
Terjemahan : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al Quran) dan
(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(59 : An-Nisa)
2.6.2 Majlis Agama
Berdasarkan artikel Utusan Malaysia oleh Dr. Mohd. Hasrul Shuhari, menurut Pengerusi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan 582 aktiviti melibatkan sesi
penjelasan, seminar, konvensyen, risikan dan siasatan bagi menangani fahaman
liberalisme dan pluralisme di Malaysia pada 2014 hingga 2019. Selain itu, media sosial
dan penerbitan buku berkenaan fahaman ini juga turut dipantau oleh pihak berkuasa.
Sekiranya terdapat sebarang terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan
pluralisme agama, terbitan tersebut akan diharamkan dan dirampas oleh pihak berkuasa.
Usaha ini dilakukan bagi mengekang penyebaran fahaman ini dari terus berleluasa dalam
kalangan masyarakat.
Di samping itu, di Johor pula, bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri
Johor (JAINJ) mewujudkan Jabatan Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertujuan
memperkukuhkan fahaman tersebut dan juga sebagai benteng bagi memerangi fahaman
yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Penasihat Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadot dalam wawacana khas beliau
bersama pihak Berita Harian, menerusi MAINJ dan JAINJ yang bertugas di semua
daerah, Briged akan menjadi perisik ibarat telinga dan mata kerajaan dalam melaporkan
dengan kadar segera kewujudan maklumat bercanggah dengan fahaman akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
21
2.6.3 Institusi Pendidikan
Menurut Nor Khayati Basir dalam artikel beliau yang bertajuk, Peranan Pendidikan Islam
Dalam Menangani Fahaman Liberalisme, institusi pendidikan kini perlu sentiasa
memperkasakan dan menambahbaik kurikulum Pendidikan Islam agar seiring dengan
peredaran zaman agar ia terus relevan dengan konteks semasa selagi tidak
bertentangan dengan syarak. Hal ini bermaksud, isu-isu semasa yang berkaitan dengan
fahaman sesat seperti liberalisme dan pluralisme perlu dimasukkan di dalam silibus untuk
memberi pendedahan kepada pelajar agar dapat menilai kelemahan dan kepincangan
fahaman tersebut sedari awal, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menurut beliau lagi, Pendidikan Islam perlu diajar sebagai matapelajaran al Din, bukan
sekadar menyampaikan pengetahuan dan kemahiran semata-mata tetapi hendaklah
diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada
Allah S.W.T.
Selain itu, dalam artikel ini turut membincangkan mengenai usaha meningkatkan
kualiti guru-guru muslim bukannya hanya tertumpu kepada guru Pendidikan Islam
semata-mata. Hal ini kerana, guru-guru merupakan barisan hadapan institusi pendidikan
yang memainkan peranan yang besar dalam hal ini terutamanya dalam usaha menjawab
persoalan pelajar mengenai permasalahan atau kekeliruan agama serta isu semasa.
Terutamanya di zaman moden ini di mana semuanya berada di hujung jari, sudah pasti
golongan pendidik harus sentiasa bersiap sedia untuk menjawab sebarang persoalan
yang diutarakan oleh pelajar dalam fasa ingin tahu mereka yang sedang membuak-buak.
Setiap guru muslim dalam apa jua bidang ilmu perlu menerapkan elemen-elemen Islamik
melalui amalan pengajaran terutama dari aspek teknik dan cara pengajaran. Dengan
kefahaman yang jelas berkaitan konsep ketuhanan sebagai asas ilmu Islam yang
sebenar, guru yang baik akan sentiasa mengaitkan isi pengajaran dengan kekuasaan
Allah S.W.T. (Mohamad Faizal et al. 2014) dengan mengemukakan hujah-hujah daripada
dalil dan nas Al Quran dan hadis. Kegagalan guru dalam memberi kesedaran seperti ini
akan membuka ruang kepada unsur fahaman seperti liberalisme dan pluralisme
mempengaruhi pemikiran para pelajar.
22
3.0 KESIMPULAN
3.1 Rumusan Terhadap Dapatan Kajian
Secara keseluruhannya, menerusi kajian ini didapati bahawa fahaman liberalisme dan
pluralisme adalah bertentangan dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Seperti yang
telah dijelaskan dalam kertas kerja ini juga, sebagai umat Islam, kita seharusnya
berpegang teguh dengan Al Quran dan sunnah bukannya hanya menggunakan akal
fikiran semata-mata. Aliran pemikiran yang membicarakan soal agama dengan
berpaksikan akal serta mengelirukan dalam berhujah mampu memberikan bahaya yang
besar kepada umat Islam dengan isu-isu yang diperjuangan sehingga dianggap itulah
ajaran Islam yang sebenar. Jelaslah bahawa liberalisme dan pluralisme bukanlah hal
yang boleh dipandang enteng, tambahan pula isu ini berkait dengan akidah umat Islam.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menggesa kepada mana-mana individu yang
berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah segera
bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ancaman yang melanda ini
tidak ubah seperti masyarakat jahiliyah moden yang ingin memisahkan manusia daripada
ajaran sebenar Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya memainkan peranan
dalam usaha membendung penyebaran kedua-dua fahaman ini dengan pelbagai cara
dan usaha oleh semua pihak kerana jika tidak ditangani dengan pantas dan bijak, ia boleh
menjejaskan keharmonian di negara kita. Setiap umat Islam haruslah memahami
sepenuhnya akidah, fiqh dan tasawuf yang dianjurkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
sebagai benteng dengan perisai kukuh pertahanan diri dalam menghadapi ancaman
fahaman ini. Menurut Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia, umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan
akhlak.
23
3.2 Cadangan
Bahaya liberalisme dan pluralisme tidak boleh dipandang ringan. Oleh sebab itu, umat
Islam dilarang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme kerana fahaman
ini bertentangan dengan ajaran agama Islam dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
(ASWJ).
Antara cadangan untuk mengelakkan diri dari terpengaruh dengan kedua-dua
fahaman ini ialah masyarakat harus lebih aktif dalam menghadiri program-program
tadabbur Al Quran agar kita lebih menghayati dan memahami ayat Al Quran yang
diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada umat manusia. Dengan adanya program yang
menggalakkan tadabbur Al Quran, umat Islam dapat mengambil iktibar daripadanya dan
seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Dengan ini, masyarakat akan lebih
memahami Al Quran dan sekiranya fahaman ajaran sesat mulai disebarkan oleh
golongan berkenaan maka masyarakat dengan mudah dapat menilai sama ada ajaran
tersebut adalah sesat atau mengikut ajaran agama Islam yang sebenarnya.
Selain itu, sepertimana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bukan Islam
memainkan peranan penting dalam menyebarkan fahaman sesat ini, maka NGO-NGO
Islam di negara ini juga harus memainkan peranan mereka dalam menyekat penyebaran
fahaman ini dari terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Bagi menjayakan hal ini,
semua NGO Islam haruslah bergabung dalam melawan musuh Islam. Oleh itu, satu
pertubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) telah ditubuhkan bagi menggabungkan
NGO-NGO Islam di Malaysia. MAIM menjadi platform kepada NGO-NGO Islam dalam
menyalurkan tenaga memberi bantuan dalam gerak kerja dakwah dan memupuk
perpaduan ummah.
Seterusnya, kerajaan dan Majlis Agama Islam seharusnya mengambil peluang
dalam menggunakan media sosial dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat
mengenai bahaya fahaman-faham sesat di negara ini. Pada zaman di mana teknologi
terus berkembang pesat, masyarakat dan media sosial tidak dapat dipisahkan. Oleh itu,
pihak kerajaan dan Majlis Agama Islam seharusnya mengambil peluang ini dalam
mendidik masyarakat tentang bahayanya serangan fahaman sesat ini kepada umat Islam
24
tanpa sempadan dengan menggunakan media sosial. Akaun media sosial khusus yang
memaparkan isu-isu berkaitan fahaman ini harus dibuka agar masyarakat dapat merujuk
akaun tersebut untuk mendapatkan info terkini atau bagi memahami isu ini dengan lebih
mendalam tanpa perasaan was-was sama ada info tersebut adalah benar atau palsu
kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi pihak kerajaan dan Majlis Agama Islam.
Akhir sekali, cadangan yang terakhir dalam kertas kerja ini adalah setiap umat
Islam haruslah sentiasa berusaha dalam mencari dan menambah ilmu pengetahuan
mengenai agama untuk menguatkan benteng akidah bagi mengelakkan diri dari mudah
terpengaruh dengan fahaman liberalisme dan pluralisme atau fahaman sesat yang lain.
Setiap umat Islam juga seharusnya mengukuhkan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas
agama dan berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnah sepertimana pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
4.0 RUJUKAN
1. Nurul Amanina Suhaini. (2020, 15 November). Tolak Fahaman Bercanggah. Berita
25
Harian. Bahan diakses pada 6 Disember 2021, daripada
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20201115/
282114934108611
2. Nor Khayati Basir. (2021). Peranan Pendidikan Islam Dalam Menangani Fahaman
Liberalisme. Didapatkan dari researchgate.net/publication/351854448
_nicers_18_Nor_Khayati_Peranan_Pendidikan_Islam_Dalam_Menangani
_Fahaman_Liberalisme_2_2/link/60ad8c7792851c168e403553/download
3. Mohd Rizal Azman Rifin. (2018, 21 Ogos). Panduan Hidup Insan. Harian Metro.
Bahan diakses pada 6 Disember 2021, daripada
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/370050/panduan-hidup-insan
4. Majlis Agama Islam Sarawak. (2020). Al Quran Dan Sunnah Panduan Hidup.
Didapatkan dari https://mis.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?
mod=newspaper_cutting&sub=newspaper_cutting_show&id=37&m=5&y=
2020
5. Ahmad Bunyan Wahib. (2006). Questioning Liberal Islam in Indonesia Response
and Critique to Jaringan Islam Liberal. Didapatkan dari
https://www.researchgate.net/publication/274468297_Questioning_Liberal
_Islam_in_Indonesia_Response_and_Critique_to_Jaringan_Islam_Liberal
6. Wan Ismail, W. D., Mohd, N. M., Ahmad, S. B., & Ismail, M. M. (2015). Ancaman
Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di Nusantara: Satu
Sorotan Kajian. Didapatkan dari http://eprints.utm.my/id /eprint/56035/
1/MohdNasirMasroom2015_AncamanPemikiranAliranIslamLiberal.pdf
7. Earnie, E.H., Kamarudin, S., & Farhana, A.R. (2018). Perkembangan Awal
Pluralisme Agama Di Malaysia. Didapatkan dari
http://www.ukm.my/isoit/wp-content/uploads/2018/09/Earni-elmy.pdf
8. Kamarul,A. (n.d.). Perkembangan Awal Pluralisme Agama. Didapatkan dari
https://www.coursehero.com/file/91563106/Earni-elmy-GROUPpdf/
9. Amin,A. (2021). Jurnal Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran dan Hadis. Didapatkan dari
26
https://www.researchgate.net/publication/348908669_LIBERAL_ISLAM_A
ND_ITS_INFLUENCES_ON_THE_DEVELOPMENT_OF_QURANIC_EXE
GESIS_IN_INDONESIA_AND_MALAYSIA
10. Norsaleha, M. S. & Abdullah, Z. R. (2011). The Empowerment of Dakwah in
Malaysia through the involvement of Islamic NGOs: a case study of Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA). Jurnal ILIM. Bil. 4 (2011), 183-194.
11. Nik Sukry Ramli. (2018, 30 Ogos). Benteng Hadapi Liberalisme, Pluralisme. Berita
Harian. Bahan diakses pada 7 Disember 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/08/467746/benteng-
hadapi-liberalisme-pluralisme
12. Majlis Agama Islam Selangor. (2021). Bahaya Ancaman Liberalisme Dan
Pluralisme. Didapatkan dari https://www.mais.gov.my/wp-
content/uploads/2021/09/BAHAYA-ANCAMAN-LIBERALISME-DAN-
PLURALISME.pdf
13. Professor Diana L. Eck. (2021). What is Pluralism? Didapatkan dari
https://pluralism.org/about
14. Prof. Madya Dr. Idris, Z. (2006). Liberalisma Pluralisma. Pulau Pinang: Jabatan
Mufti Negeri Pulau Pinang.
15. Haji Mohammad Ariffin Bin Ismail. (2006). Cabaran Akidah : Pemikiran Islam
Liberal. Putrajaya: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana
Menteri.
16. Kholid Syamhudi. (n.d.). Islam Dan Liberalisme. Didapatkan dari
https://almanhaj.or.id/3129-Islam-dan-liberalisme.html
17. Mohd Tamyes bin Abdul Wahid. (2014, 18 September). Liberalisme Dan
Pluralisme Agama. Didapatkan dari https://www.scribd.com /doc/
250041234/Liberalisme-Dan-Pluralisme-Agama
18. Prof Madya Leftenan Kolonel Dr Burhanuddin Jalal. (2017, 5 Ogos). Menyanggah
Fahaman Liberalisme. Bahan diakses pada 26 Disember 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyangg
ah-fahaman-liberalisme
19. Jabatan Agama Islam Negeri Johor. (2020, 8 Oktober). Soal Jawab Akidah
27
Apakah Liberalisme. Bahan diakses pada 17 Disember 2021, daripada
https://www.facebook.com/jainjohor/posts/apakah-liberalisme/
2770596066603159/
20. Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. (2020, 24 September). Fatwa
Mengenai Aliran Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama. Didapatkan
dari https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/fatwa/
warta/503-fatwa-mengenai-aliran-pemikiran-liberalisme-dan-pluralisme-
agama/file
21. Mufti Wilayah Persekutuan. (2018, 4 Disember). Tashih Al-Mafahim #5: Kewajipan
Melazimi Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Didapatkan dari
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tashih-al-mafahim/2831-tashih-al-
mafahim-5 -kewajipan-melazimi-ahli-sunnah-wal-jamaah
22. Mohamad Shahrizal Nasir. (2019, 25 Mac). Islam Agama Diredai Ilahi. Bahan
diakses pada 26 Disember 2021, daripada
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/03/437400/Islam-agama-diredai-
ilahi
23. Emran. (2009, 10 November). Taklid Buta Dicela Oleh Semua Ulama Daripada
Semua Mazhab. Bahan diakses pada 25 Disember 2021, daripada
http://ustaz.blogspot.com/2009/11/taklid-buta-dicela-oleh-semua-
ulama.html
28
5.0 LAMPIRAN
29
30
6.0 PERAKUAN
PERAKUAN PELAJAR
“Kami dengan ini membuat perakuan pada setiap masa semua hasil tugasan kami
serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-
mana sumber atau mencuba untuk meniru dari mana-mana pihak tanpa meletakkan
sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa pelajar yang melanggar atau disyaki
melanggar peraturan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib
ACIS”
………………………………
MUHAMMAD ALIF IMRAN BIN KHUSAINI (2021673786)
………………………………
SITI NURLIYANA IZZATI BINTI MUHAMAD AZHAN (2021229638)
………………………………
MUHAMAD ADDIN BIN HATTA (2021243534)
………………………………
MUHAMAD HAZMAN BIN MOHD GHAZALI (2021425472)
TARIKH: 3 Januari 2022
31