MOHD SHAHRIL BIN KHASIN KB PA
GURU CEMERLANG (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
SMK TAMAN TUN AMINAH, JOHOR BAHRU
PENGURUSAN EMOSI
DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH
BIMBINGAN KELOMPOK
PERNYATAAN MASALAH
• Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar tidak ke
sekolah. Pembelajaran dilakukan di rumah/ PDPR.
• Pembelajaran di rumah telah menimbulkan pelbagai isu pelajar seperti
keberkesanan pembelajaran, ketidakselesaan tempat belajar di rumah, isu
kekeluargaan, kewangan keluarga dan komunikasi sosial.
• Memberi kesan terhadap kesihatan mental, fizikal, emosi dan juga sosial.
(Psikologi Klinikal, International University of Malaya-Wales, 2020)
• Isu kesihatan mental yang fokus kepada tekanan dan emosi pelajar
menjadi isu penting yang mendapat perhatian.
TEKANAN
EMOSI
TINGKAH LAKU POSITIF TINGKAH LAKU NEGATIF
EMOSI DALAM KESIHATAN
MENTAL
(Azizi & Tan SY, 2007)
)
TEKANAN / KEBIMBANGAN / KEMURUNGAN /
STRESS ANXIETY DEPRESSION
Distress merupakan stres yang Emosi yang normal yang Berpunca dari tekanan yang
bersifat negatif yang berlaku secara kerap dan menyebabkan kesan emosi
membentuk emosi negatif melampau yang berpanjangan
TUJUAN BIMBINGAN AMALAN
KELOMPOK
(Jamaludin, 2008)
● Satu kaedah membentuk suatu kemahiran ● Ahli terdiri daripada kelompok yang tidak
diri atau interpersonal kepada sekumpulan
individu (bimbingan kemahiran belajar, mengalami masalah serius.
pemilihan kerjaya, kemahiran komunikasi ● Association for Specialist in Group Work (1989)
interpersonal, bimbingan pengurusan tekanan
dan emosi) – bimbingan kelompok merupakan suatu
● Bertujuan memberi pengetahuan
(PERKEMBANGAN) dan mencegah amalan profesional yang luas melibatkan
(PENCEGAHAN) sesuatu masalah atau
perlakuan pemberian bantuan (psikologi) dan
penyempurnaan tugas dalam kelompok.
● Amalan ini melibatkan aplikasi teori dan proses
kelompok oleh pengamal profesional untuk
membantu inividu mencapai matlamat
bersama.
PERKEMBANGAN PENCEGAHAN
Usaha untuk mengenal pasti Usaha untuk menghalang
kebolehan dan keperluan masalah sebelum ianya terjadi
pelajar
PENDEKATAN
KAUNSELING
(Sapora, Ahmad Jazimin &
Hapsah,2003)
PEMULIHAN KRISIS
Untuk memperbetul kekurangan mengendalikan permasalahan yang
yang dapat dikenal pasti agar timbul secara mendadak dan
dapat mengubah masalah
menjadi lebih baik memerlukan tindakan segera kaunselor
dan menangguhkan tindakan yang boleh
memudaratkan klien.
INTERVENSI
BIMBINGAN KELOMPOK INTERVENSI PSIKOLOGI
kaedah membentuk suatu kemahiran Memenuhi keperluan psikologi individu,
diri atau interpersonal kepada kelompok atau organisasi dalam
sekumpulan individu
menyesuaikan diri dengan situasi perubahan
di persekitarannya
PSYCHOLOGOCAL FIRST AID
PSIKOPENDIDIKAN (PFA)
Intervensi dalam pendidikan khususnya Bantuan awal yang diberikan kepada
digunakan untuk mendidik atau membimbing individu yang mengalami krisis dan
juga tekanan emosi yang luar biasa
murid yang mempunyai masalah tingkah laku
CIRI-CIRI BIMBINGAN KELOMPOK
AHLI BILANGAN AHLI TEMA
Anggaran sebaya 10 – 200 orang ahli Mempunyai tema
tertentu
TUJUAN KETUA
JUMLAH SESI
Perkembangan dan Diketuai oleh
Pecegahan seorang yang mahir, Terhad dan
ditentukan oleh
GBK
ketua
KE ARAH EMOSI POSITIF
(Conklin, 2014)
SELF- SELF- SELF- RESPONSIBLE RELATIONSHIP
AWARENESS 1 AWARENESS 2 MANAGEMENT DECISION SKILL
KESEDARAN PENGURUSAN MAKING
KESEDARAN KEMAHIRAN
KENDIRI 1 KENDIRI 2 KENDIRI TANGGUNGJAWAB PERHUBUNGAN
MEMBUAT
Menunjukkan Mengenali emosi Mengurus emosi Menunjukkan
perasaan dan nilai diri serta dan tingkah laku KEPUTUSAN perhubungan yang
untuk mencapai
memahami dan kekuatan dan satu matlamat Membuat pilihan yang positif,
empati kepada cabaran diri membina mengenai berkerjasama,
tingkah laku dan mengurus konflik
orang lain peribadi sosial dengan baik
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD SHAHRIL BIN KHASIN K.B., P.A.
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
SMK TAMAN TUN AMINAH, SKUDAI, JOHOR BAHRU
Modul Bimbingan Kelompok ini merupakan hasil
integrasi modul kelompok pengurusan tekanan
tempatan model pengurusan tekanan dari pengkaji
luar iaitu Model Pengurusan Tekanan 5R yang
dihasilkan oleh Richard Blonna (1996).
Modul ini telah dijalankan kepada lebih 1000 pelajar
dari hampir 10 sekolah berlainan sejak 2018.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
pengkaji menjalankan modul ini secara atas talian
kepada pelajar sekolah pengkaji sendiri dalam Norma
Baharu.
Blonna (2011), tekanan yang dialami individu
berpunca daripada kognitif seseorang.
Justeru, teori Kognitif Tingkah Laku (Cognitive
Behavioral Theory) sesuai untuk mendasari modul ini
kerana Modul Kelompok Pengurusan Tekanan 5R
menekankan aktiviti kognitif dan tingkah laku.
Teori Kognitif Tingkah Laku mengandungi teknik
kognitif dan teknik tingkah laku.
Menurut Mohd Razali (2010), teknik tingkah laku dan
kognitif digabungkan dan saling membantu antara
satu dengan lain.
Rethink
(Berfikir Semula)
Reorganize Model Pengurusan Reduce
Tekanan 5R
(Menyusun Semula) (Mengurangkan)
(Blonna, R., 1996)
Release Relax
(Melepaskan) (Beristirehat/
Relaksasi)
Surat Misteri Wajah Disaatku
Gembira
Mengenali Rethink Dengarlah
Tekanan Masalahku
Reorganize Modul Kelompok Reduce
Pengurusan Tekanan
Mengesan Raja Regu
Tekanan Anda 5R Kekasih
Release Relax
Ikan Kecil & Gumpal dan Pernafasan Merasai
Ikan Besar Buang Berirama Ketegangan
Anggota Badan
Bomm, Leganya Imaginasi Minda
Sebagai modul alternatif untuk membantu
pelajar menguruskan tekanan di rumah sewaktu
PKP.
Panduan kepada guru bimbingan dan kaunseling,
kaunselor, pegawai psikologi serta kumpulan-
kumpulan pembimbing.
Meningkatkan tahap pengurusan tekanan dalam
kalangan pelajar seterusnya mengurangkan
tekanan pelajar.
Modul ini dibangunkan berdasarkan kajian eksperimental kuasi
yang menyeluruh pada tahun 2018.
Modul ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
berdasarkan kajian menyeluruh tersebut.
Modul ini telah dibentangkan dalam seminar dan konvensyen
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Modul ini merupakan sebuah modul yang lengkap dan
menyeluruh merangkumi 5 submodul iaitu Rethink, Reduce,
Relax, Release dan Reorganize.
Modul ini didasari oleh teori kaunseling; Cognitive Behavioral
Therapy (CBT)
Modul ini sesuai dengan kelompok tempatan kerana dihasilkan
oleh pengkaji tempatan.
Telah menghasilkan jurnal berjilid peringkat antarabangsa.
Konvensyen Kaunseling Kebangsaan
International Conference on Education,
Business, Islamic and Technology (ICEBIT)
International Journal of Education,
Psychology and Counseling (eISSN: 0128-
164X)
Kerana ramai pelajar yang mengalami tekanan di
rumah dalam tempoh PKP sekarang dan
pembelajaran di rumah (PDPR).
Ramai pelajar tidak tahu kaedah pengurusan
tekanan yang sesuai dan betul. Boleh dibimbing
walaupun secara atas talian dalam norma baharu.
Menggunakan kaedah online tanpa bersemuka,
sangat sesuai dengan norma baharu.
Mudah dilaksanakan dan dijalankan, boleh
digunakan oleh semua kerana mempunyai manual
modul bimbingan yang tersusun dan mudah
difahami.
PREPARED BY:
MR. MOHD SHAHRIL BIN KHASIN
COUNSELOR, SMK TAMAN TUN AMINAH, JB
AKTIVITI 1
(SURAT MISTERI)
a) Mengetahui wajah diri sendiri ketika mengalami tekanan.
b) Mengenalpasti dan membezakan riak wajah gembira dan riak wajah tertekan.
c) Berfikir semula untuk sentiasa positif dan tunjukkan riak wajah yang gembira.
Lukiskan wajah anda apabila gembira Lukiskan wajah rakan anda apabila menghadapi tekanan
AKTIVITI 2
(WAJAH DISAATKU GEMBIRA)
a) Mengenalpasti tekanan yang selalu dialami oleh orang sekeliling.
b) Mengetahui teknik pengurusan tekanan yang terbaik.
c) Berfikir untuk menggunakan cara terbaik mengatasi tekanan.
Tuliskan nama rakan anda dan cadangkan satu teknik pengurusan tekanan yang sesuai untuk dirinya.
NAMA RAKAN:
____________________________________
CADANGAN TEKNIK PENGURUSAN TEKANAN
AKTIVITI 3
(DENGARLAH MASALAHKU)
a) Meluahkan permasalahan yang dialami ahli-ahli kepompok.
b) Mengenalpasti cara terbaik untuk mengatasi masalah yang dialami secara
berkelompok.
c) Mengurangkan tekanan ahli dengan meluahkan perasaan.
Catatkan masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan dan cadangkan cara untuk menghadapi tekanan.
MASALAH YANG MENYEBABKAN TEKANAN CADANGAN UNTUK MENGHADAPI TEKANAN
AKTIVITI 4
(RAJA REGU KEKASIH)
a) Memupuk semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
b) Mengurangkan tekanan yang dialami dengan penyelesaian secara berkumpulan.
c) Berusaha mencapai matlamat walaupun dalam keadaan tertekan.
Lihat perkataan-perkataan di bawah, dan buat aksi yang mewakili perkataan tersebut untuk diteka oleh ahli kumpulan.
PERKATAAN- PERKATAAN YANG PERLU DITEKA
CUKUR MERANGKAK CURI
UNDUR MENIARAP BAKAR
IKAT KATAK TANGKAP
GIGIT MONYET UKIR
TIUP HANTU TANGKAP
LAMBUNG POCONG BERHENTI
IKAT SOMBONG KEJAR
NAFAS TERKEJUT KUTIP
SIKAT TERLENTANG DAKI
BANGUN SUSUN TUTUP
KUMPUL MARAH GENGGAM
SUMPIT
AKTIVITI 5
(MENGESAN TEKANAN ANDA)
a) Mengesan tekanan diri dengan lebih awal dan tepat dari pelbagai simptom agar
langkah-langkah pengurusan tekanan boleh diambil dengan lebih efektif dan
tersusun.
b) Mengurangkan ketegangan dalam kelompok dan tekanan dalam diri ahli-ahli.
c) Menguji kepekaan ahli kelompok tentang maklumat yang disampaikan oleh rakan.
Tandakan (√) di kotak pernyataan yang menggambarkan situasi diri anda ketika ini.
Fizikal Emosi (Pemikiran dan Perasaan) Tingkahlaku
Sakit leher Cepat marah Vandalisme
Sakit pinggang Terlalu risau Menangis tiba-tiba
Sukar tidur Cepat rasa bosan Gelak sendiri
Tekanan darah tinggi Tidak yakin Elak bersosial
Sakit di bahagian dada Rasa tidak selamat Mendera diri
Demam Pasif Prestasi rendah
Sakit kepala Lemah tumpuan Makan banyak
Tidak bertenaga Moody Merokok
Sakit perut Cepat panik Suka bergaduh
Cirit-birit Terlalu sedih Minum alkohol
Kerap kencing Suka curiga Tidak sabar
Kulit kering Kuat cemburu Cepat marah
Berat badan naik Suka berfikiran negatif Hilang tumpuan
Berat badan turun Hilang arah tuju Termenung
Sakit jantung Cepat putus asa Suka bersendirian
Sakit bahu Terlalu marah Berlumba motosikal
AKTIVITI 6
(MENGENALI TEKANAN)
a) Membolehkan ahli mengenali tekanan dengan lebih mendalam.
b) Membolehkan ahli memilih cara yang terbaik untuk mengatasi tekanannya mengikut
kesesuaian.
c) Merangka langkah penyelesaian yang tersusun secara berkumpulan berdasarkan
tekanan yang dialami oleh ahli.
Senaraikan golongan yang selalu menghadapi tekanan dan sebabnya.
Golongan Sebab
AKTIVITI 7
(PERNAFASAN BERIRAMA)
a) Membantu ahli mengurangkan tekanan yang dialami buat sementara waktu dengan
menenangkan diri.
b) Merehatkan emosi, kognitif, tingkah laku dan fisiologi dari tekanan dengan
berhadapan dengan persekitaran yang tenang.
Duduk dalam keadaan yang selesa dan pejamkan mata. Dengar arahan pernafasan dari fasilitator.
1. Tarik dan hembus nafas dengan perlahan-lahan.
2. Kira satu hingga lapan secara senyap.
3. Ulangi langkah tersebut beberapa kali, setiap kali hendaklah ditumpukan kepada teknik pernafasan.
4. Apabila berasa tenang, cuba tarik nafas dan hembus nafas, dan ketika menghembus nafas, nyatakan
‘tenang’ kepada diri anda.
5. Cuba merasai udara masuk melalui hidung ke paru-paru dan udara dihembus keluar melalui hidung dan
mulut.
6. Sedarkan diri bahawa anda sedang bertenang dan cuba merasai yang anggota menjadi kendur, bebas dan
tenang.
7. Ulangi aktiviti tadi hingga mereka benar-benar merasai satu ketenangan.
AKTIVITI 8
(MERASAI KETEGANGAN ANGGOTA BADAN)
a) Membantu ahli mengurangkan tekanan yang dialami buat sementara waktu dengan
menggunakan teknik pernafasan.
b) Merehatkan dan menyeimbangkan ketenangan di seluruh badan.
c) Menenangkan diri ahli.
Duduk secara bersilang dengan perlahan-lahan. Letakkan tangan anda di lutut masing-masing. Pejamkan mata masing-masing. Tarik
nafas secara perlahan-lahan dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak lapan kali.Hayati skrip ini yang dibaca oleh fasilitator.
Sekarang tenangkan badan anda sepenuhnya. Cuba anda rasai ketenangan di
telapak kaki anda… Cuba anda rasai ketenangan di tumit anda… Cuba anda
rasai ketenangan di betis anda… Cuba anda rasai ketenangan di lutut anda…
Cuba anda rasai ketenangan di paha anda… Cuba anda rasai ketenangan di
pinggang anda… Cuba anda rasai ketenangan di perut anda… Cuba anda rasai
ketenangan di dada anda… Cuba anda rasai ketenangan di belakang anda…
Cuba anda rasai ketenangan di bahu anda… Cuba anda rasai ketenangan di
leher anda… Cuba anda rasai ketenangan di mulut anda… Cuba anda rasai
ketenangan di hibung anda… Cuba anda rasai ketenangan di mata anda…
Cuba anda rasai ketenangan di telinga anda… Cuba anda rasai ketenangan di
kening anda… Cuba anda rasai ketenangan di rambut anda…(lebih kurang
sejam bagi setiap bahagian anggota badan).
AKTIVITI 9
(IMAGINASI MINDA)
a) Membantu ahli mengurangkan tekanan yang dialami dengan mengimaginasikan
sesuatu yang indah dan mendamaikan.
b) Merehatkan emosi, kognitif, fisiologi dari tekanan dengan mengimaginasikan
persekitaran alam ciptaan Tuhan.
c) Merehatkan dan menenangkan diri ahli.
Hayati skrip di bawah yang dibaca oleh fasilitator dengan alunan muzik.
Duduk secara selesa. Letak tangan anda di atas paha. Pejamkan mata anda. Mula bernafas secara perlahan-lahan, tarik dan hembus nafas. Tarik nafas secara mendalam. Tahan nafas buat seketika. Sekarang,
hembus nafas secara perlahan lahan. Tumpukan kepada pernafasan anda (Lakukan beberapa kali). Apabila anda berasa tenang, cuba tarik nafas dan hembus nafas, dan apabila anda menghembus nafas,
nyatakan ‘tenang’ kepada diri anda. Cuba rasai bagaimana jantung anda mengembang dan menguncup ketika anda menarik dan menghembus nafas. Sedarkan diri anda bahawa anda sedang dalam keadaan
tenang, cuba rasai yang anggota anda manjadi bebas dan tenang.
Sekarang, bebaskan fikiran anda daripada sebarang masalah dan sebarang kekusutan. Tarik nafas lagi… tahan… lepas (tiga kali). Tarik nafas dalam kiraan satu hingga tujuh kemudian lepas (satu,
dua, tiga, empat, lima, enam. tujuh). Sekali lagi, dalam kiraan tujuh hingga satu kemudian lepas (tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu). Bebaskan minda anda dan dengar arahan saya dengan teliti.
Sekarang kamu berada dalam sebuah bilik kecil. Kamu ingin lari dan pergi dari bilik ini. Malangnya, masih di sini bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan kamu yang lain. Semua orang inginkan
kebebasan. Sekarang, kamu berada di tempat duduk masing-masing. Sedikit demi sedikit kamu terangkat dari tempat duduk masing-masing. Kamu sedang berada di atas bumbung bilik kamu. Kamu dapat
merasai kesejukan angin di luar yang menyapa kulit dan pipi.
Alangkah sejuknya udara di sini. Kamu ingin pergi jauh lagi. Kamu ingin ingin ke satu tempat yang nyaman dan tenang. Sedikit demi sedikit kamu terangkat ke atas. Keadaan semakin sejuk, kamu semakin
jauh meninggalkan tempat duduk yang kamu duduki tadi. Semakin kamu terangkat, semakin nyaman kamu rasakan. Sekarang, kamu melihat di hadapan kamu terbentangnya hutan dan bukit-bukau. Keindahan
ciptaan Pencipta yang amat agung yang penuh rahsia yang tersembunyi di dalamnya. Kamu kini bergerak ke bawah, semakin ke bawah dan ke bawah lagi. Kamu mendekati pepohon yang sedang menghijau.
Dalam kelekaan kamu mendekati pepohon hijau, kamu terdengar alunan alunan bunyi-bunyian yang begitu mendamaikan. Kicauan beburung dan unggan di hutan, menambahkan lagi kesyahduan dan
ketenangan. Kamu dapat melihat kehijauan hutan yang damai, bunga-bungaan hutan yang berkembang di kiri dan kanan. Kamu bergerak ke hadapan, ternampak sedikit demi sedikit kamu sesuatu yang
menarik.
Deruannya cukup mendamaikan menangkap deria pendengaran. Kamu bergerak mendekati ke arah deruan itu. Kelihatan air jernih sedang terjun bebas dari puncak bukit yang hijau. Terasa amat nyaman dan
tenang. Kamu menjejaki ke dalam air. Terasa air yang dingin. Suasana begitu mengasyikkan. Udara yang nyaman, pepohon yang hijau. Oh Tuhan, alangkah indahnya bumi ciptaan-Mu. Alangkah syahdunya
untuk kuhayati anugerah-Mu.
Tumbuh-tumbuhan menghijau melambai-lambai seperti menyambut kedatangan kamu di situ. Kamu turun sedikit demi sedikit ke dalam air, kamu dapat rasakan kesejukannya dan lantas kamu sentuh air itu
dengan tapak tanganmu. Kamu sapukan muka dengan air yang dingin. Sungguh nyaman sekali. Terasa ketenangan dan kedamaian di situ. Alangkah indahnya suasana di hutan, di tepian air terjun yang damai.
Sekarang, kita akan meninggalkan hutan ini. Kamu bergerak ke atas semula, semakin ke atas, dan ke atas lagi. Kamu dapat melihat hutan berada di bawahmu. Deruan air terjun sudah tidak kedengaran, Cuma
kesejukan masih lagi terasa. Sekarang, kamu semakin bergerak meninggalkan hutan yang indah itu. Kamu bergerak lagi, dan kini kamu sudah menjejaki bumbung bilik yang kamu duduki tadi. Kamu semakin
bergerak ke bawah dan akhirnya kamu sampai ke bilik yang anda tingglkan tadi. Sekarang, buka mata kamu perlahan-lahan dan lihatlah wajah rakan-rakan anda yang lain. Betapa gembiranya berada di hutan
yang mendamaikan itu.
AKTIVITI 10
(GUMPAL DAN BUANG)
a) Membantu ahli melepaskan tekanan yang dialami dengan menulis segalanya di atas
kertas, menggumpal kemudian buang.
b) Menimbulkan kepuasan dalam diri ahli melalui tingkah laku menggumpal masalah
dan membuangkan dengan penuh perasaan.
Senaraikan setiap kerungsingan, kebimbangan, perkara yang belum diselesaikan, permasalahan serta kesusahan dalam diri anda.
AKTIVITI 11
(IKAN KECIL DAN IKAN BESAR)
a) Membantu ahli melepaskan tekanan yang dialami dengan aktiviti yang
memerlukan fokus.
b) Mendorong ahli kelompok bertindak secara tepat dalam masa yang
singkat.
c) Membolehkan ahli peka terhadap setiap perkembangan yang berlaku
dalam kelompok.
AKTIVITI 12
(BOMM LEGANYA)
a) Membantu ahli melepaskan tekanan yang dialami dengan memecahkan
belon.
b) Membina keyakinan bahawa setiap masalah dapat diatasi dan mereka
mampu untuk menghadapinya.
c) Mewujudkan suasana yang menyeronokkan walaupun ahli kelompok
berasa malu dan segan untuk meniup dan memecahkan belon.
UPSI
Kolej ITP, Pulau Pinang
SMK Bayan Lepas, Pulau Pinang
SMK Pondok Upeh, Pulau Pinang
SMK Taman Tun Aminah, Johor
SK Permatang Damar Laut, Pulau Pinang
SK Mutiara Perdana, Pulau Pinang
SK Bayan Lepas, Pulau Pinang
SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang
Kelompok pelajar Tingkatan 5
Kelompok pelajar yang menanti keputusan SPM 2020
Kelompok pelajar Tingkatan 1
Kelompok pelajar Tingkatan 2
Kelompok pelajar Tingkatan 3
Kelompok pelajar PRS
INVENTORI PT:5R-100 iaitu SEBUAH ALAT UKUR / INVENTORI
untuk mengukur Tahap Pengurusan Tekanan murid.