The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK Asajaya Main Digital File Sejarah Committee by Cikgu Nurhana Ismail.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURHANA BINTI ISMAIL KPM-Guru, 2023-07-16 01:54:42

Fail Induk Digital Panitia Sejarah SMK Asajaya

SMK Asajaya Main Digital File Sejarah Committee by Cikgu Nurhana Ismail.

Keywords: SMK Asajaya

PANITIA SEJARAH 1. FAIL INDUK PANITIA 2. MESYUARAT PANITIA 3. SUKATAN PELAJARAN 4. PROGRAM KECEMERLANGAN 5. PEPERIKSAAN 6. PENYELIAAN/PENCERAPAN PDP 7. SEMAKAN BUKU NOTA/LATIHAN/MODUL 8. KOLEKSI SOALAN UJIAN/ PEPERIKSAAN 9. MAKLUMAT GURU 10. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 11. CATATAN PENGURUSAN FAIL PANITIA SENARAI SEMAK KANDUNGAN FAIL PANITIA SMK ASAJAYA, JALAN SMK ASAJAYA, 96700 ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK


FAIL INDUK PANITIA 1 MESYUARAT PANITIA/ MESYUARAT KURIKULUM (SKM) 2 SUKATAN PELAJARAN 3 PROGRAM KECEMERLANGAN 4 PEPERIKSAAN 5 PENYELIAAN DAN PENCERAPAN PDP 6 SEMAKAN BUKU NOTA/ BUKU LATIHAN/BUKU MODUL MURID 7 KOLEKSI SOALAN UJIAN/ PEPERIKSAAN 8 MAKLUMAT GURU 9 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 10 CATATAN 11 KANDUNGAN FAIL PANITIA SEJARAH


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 SMK ASAJAYA, JALAN SMK ASAJAYA, 96700 ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK FAIL INDUK PANITIA PANITIA SEJARAH


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TAHUN 2020 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Induvidu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” VISI DAN MISI TAHUN 2020 VISI MISI


1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 PEKELILING IKHTISAS/ SURAT SIARAN YANG BERKAITAN FAIL INDUK PANITIA SMK ASAJAYA, JALAN SMK ASAJAYA, 96700 ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK PANITIA SEJARAH


BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150 Kawat : “PELAJARAN” Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (18) Tarikh : 19 Oktober 1995 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 : Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6 Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan sedia maklum, selepas tamat peperiksaan UPSR, muridmurid khasnya di Tahun 6, kurang tertarik untuk datang ke sekolah. Untuk menarik minat murid-murid supaya terus hadir di sekolah, adalah dicadangkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan program, projek dan aktiviti yang dapat mendatangkan faedah dan manfaat kepada mereka. 2. Bersama ini dilampirkan Lampiran A yang mengandungi cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memenuhi masa murid-murid dengan lebih bermakna. 3. Harap maklumkan dengan segera kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua Guru Bear di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia LAMPIRAN A GARIS PANDUAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR UNTUK TAHUN 6 Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan cadangan danpihak sekolah bolehlah memilih melaksanakannya mengikut kemampuan, kemudahan-kemudahan yang ada dan kedudukan sekolah. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN 1. Pelajaran Tambahan 2. Kegiatan-Kegiatan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah 2.1 Permainan-permainan olahraga, gimnastik, permainan-permainan seperti mencungkil bakat, syarahan, pantun, muzik, nyanyian, lakonan/drama, bahas, kuiz, karangan dan lain-lain; 2.2 Peraduan syarahan, kuiz, catur, bahas dan sebagainya; 2.3 Rancangan ”Buku Hijau”, berkebun, menternak; 2.4 Khidmat gotong-royong di sekolah seperti : (a) Membersih dan mencantikkan alam sekitar (environment) sekolah; (b) Mengecat perabot, membaiki harta benda sekolah, menyelenggara perpustakaan. 2.5 Tayangan filem-filem pendidikan, Radio/TV Pendidikan, Video. 3. Lawatan Sambil Belajar Melawat tempat-tempat yang berfaedah dan menarik seperti :- 3.1 Kilang-kilang dan kawasan perindustrian; 3.2 Ladang-ladang dan kilang-kilang getah, kelapa sawit dan tempat-tempat lain yang sesuai; 3.3 Kolam air, kolam ikan, rancangan tali air; 3.4 Tempat-tempat ternakan, zoo; 3.5 Pejabat-pejabat kerajaan, Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Mahkamah, Balai Polis, Bomba dan lain-lain; 3.6 Hospital, pusat kesihatan, klinik-klinik dan lain-lain; 3.7 Ke sekolah-sekolah luar bandar dan sebaliknya; 3.8 Tempat-tempat bersejarah, muzium;


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 3.9 Institusi-institusi pendidikan dan latihan; 3.10 Dan lain-lain. 4. Ceramah Keselamatan,, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain Mengundang para jemputan luar seperti ibu bapa/ahli PIBG, ahli Jemaah Pengurus Sekolah, Pegawai Polis, Pegawai Tentera dan lain-lain untuk memberi ceramah yang ada kaitan dengan keselamatan, kemasyarakatan dan lain-lain. Tajuk-Tajuk Ceramah Keselamatan, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain Yang Dicadangkan i. Keselamatan (jalan raya, di rumah, di sekolah, air dan lain-lain). ii. Pendaftaran Kad Pengenalan. iii. Pendidikan alam sekitar (Environmental Education), pencemaran dalam (pollution), ekologi dan lain-lain. iv. Perkhidmatan kemasyarakatan – rukun tetangga, kelab-kelab belia, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan lain-lain. 5. Pertunjukan 5.1 Kebudayaan i. Adat istiadat perkahwinan berbilang kaum/bangsa ii. Tarian-tarian asli dan moden kaum di Malaysia iii. Permainan seperti congkak, gasing, kompang dan lain-lain. iv. Seni mempertahankan diri (martial arts). 5.2 Pameran Pameran-pameran seperti hasil projek-projek yang disediakan. 5.3 Hari Pesta 6. Hobi-Hobi Berunsur Kreatif (Termasuk Hobi Saintifik) Karya-karya diperbuat daripada bahan- bahan seperti : i. Kayu; ii. Tanah liat; iii. Kertas; iv. Kain; v. Plastik; vi. Kaca/Tembikar; vii. Logam; viii. Batu; ix. Daun-daun dan lain-lain.


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Rancangan Kegiatan Dakwah Islamiah Untuk Murid Tahun 6 Selepas Peperiksaan UPSR 7.1 Tujuan (i) Menyubur dan menjiwai murid-murid dengan ajaran Islam sebagai benteng menyekat mereka dari tercebur di dalam perkara-perkara maksiat seperti dadah, judi dan sebagainya. (ii) Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya peperiksaan UPSR. (iii) Mendedahkan kepada murid-murid ajaran Islam yang murni sebagai satu cara hidup yang mesti diikuti di samping memberi peluang muridmurid mengemukakan kemusykilan mereka di dalam hal beragama. (iv) Menambah pengetahuan murid-murid dari perkara-perkara yang tidak terdapat dalam buku teks mereka. (v) Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima di segi ibadat dan muamalat. (vi) Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan mengikis fahaman yang tidak tepat mengenai agama Islam. (vii) Menolong guru-guru mengawal disiplin sekolah dan juga ibu bapa menyelesaikan masalah pendidikan Islamiah di kalangan anak-anak mereka dengan cara yang lebih tepat dan berkesan. 7.2 Susunan Gerakerja (i) Penceramah bukan dari guru-guru yang mengajar mereka tetapi guruguru agama yang mengajar darjah lain bagi menambah sambutan murid-murid (jika guru sekolah sendiri). (ii) Adakan pertukaran penceramah dikalangan guru-guru agama bagi sekolah-sekolah berhampiran. (iii) Penceramah dari luar yang diperakui oleh pihak Jabatan Pendidikan boleh dijemput ke majlis ini, tetapi jika melibatkan wang hendaklah dari wang sekolah/persatuan agama. (iv) Tajuk dan corak kegiatan hendaklah ditukar tiap-tiap hari, masa kegiatan hendaklah pada waktu pagi dan awal petang bagi sekolahsekolah bersesi. 7.3 Rancangan (i) Syarahan/ceramah (ii) Soal jawab agama (iii) Forum agama (iv) Perbincangan dalam bentuk USRAH seperti melancarkan bacaan Yasin, Qunut dan lain-lain bacaan sembahyang.


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (v) Latihan kerohanian seperti berzikir, berdoa dengan diterangkan caracaranya sekali. (vi) Latihan amali perkara-perkara yang melibatkan kehidupan harian seperti sembahyang dan sebagainya. (vii) Lain-lain rancangan agama yang sesuai. 7.4 Tajuk-Tajuk 7.4.1 Fiqah (i) Kebersihan (attaharah), makanan/minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. (ii) Sembahyang dan hikmah-hikmahnya, bagaimana boleh sembahyang dengan baik dan jenis-jenis sembahyang termasuk sembahyang sunat yang selalu diamalkan. (iii) Zikir dan doa yang diamalkan tiap-tiap hari seperti tahlil, doa selepas sembahyang serta aturan-aturannya sekali. (iv) Konsep halal dan haram dan hikmat-hikmatnya kepada manusia. 7.4.2 Tauhid (i) Mengadakan perbincangan umum mengenai ketuhanan, kenabian dan soal-soal akhirat. (ii) Sejaran/Budi Pekerti. (a) Hormat dan taat kepada kedua-dua ibu bapa (b) Hormat dan taat kepada guru (c) Apakah maksud taat kepada pemerintah (d) Adab bergaul dengan jiran (e) Sifat-sifat terpuji Nabi Muhamad s.a.w. yang patut dicontohi (f) Nilai-nilai moral dalam ajaran Rasulullah (g) Memperkenalkan tokoh-tokoh Islam


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN” Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (56) Tarikh : 27 Disember 1993 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/1993 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Sukacita saya menarik perhatian tuan kepada Peraturan Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah, Kementerian Pendidikan telahpun mengeluarkan arahan menerusi surat-surat pekeliling seperti tersebut di bawah :- i. Surat KP.BT.8772/1990/SP/(22) bertarikh 5 Januari 1990. ii. Surat KP.BT.8772/1990/SP/(23) bertarikh 1 Jun 1990. iii. Surat KP.BT.9010/(30) bertarikh 2 Oktober 1991. 2. Bagaimanapun, setelah adanya peraturan-peraturan dikeluarkan, Kementerian ini masih mendapati ada sebilangan sekolah-sekolah yang tidak mematuhi arahan pekeliling tersebut. 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin menegaskan bahawa pekeliling-pekeliling ini masih berkuatkuasa. Oleh yang demikian, tuan adalah dikehendaki mengambil tindakan bagi menentukan supaya sekolah-sekolah benar-benar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 4. Untuk rujukan, bersama-sama ini disertakan salinan surat-surat pekeliling tersebut untuk tuan panjangkan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah/Bahagian, Pengetua dan Guru Besar di negeri tuan untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I 6. Timbalan Ketua Setiausaha I 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II 8. Timbalan Ketua Setiausaha II 9. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 10. Pegawai Perhubungan Awam


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP.BT.8772/1990/SP/(22) Tarikh : 5 Januari 1990 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Semua Pengetua Sekolah Menengah Semua Guru Besar Sekolah Rendah Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Penggunaan Buku Kerja dan Buku Tambahan telah meluas di sekolah-sekolah sehingga menimbulkan beban kewangan kepada ibu bapa. Di samping itu, penggunaan buku kerja oleh guru-guru yang tidakk dikawal telah menimbulkan reaksi yang negatif dari orang ramai terhadap Kementerian Pendidikan sehingga lahir tuduhan-tuduhan yang tidak baik terhadap Pengetua/Guru Besar dan guru dalam media massa. Dengan meluasnya penggunaan buku kerja dan buku tambahan semasa pengajaran, buku teks tidak digunakan sepenuhnya sebagai bahan pengajaran walaupun Kementerian Pendidikan telah membelanjakan peruntukan kewangan yang besar bagi membekalkan buku teks kepada murid-murid di seluruh negara. 2. Mulai tarikh kuatkuasa surat pekeliling ini, maka semua Pengetua/Guru Besar dan guru adalah dikehendaki mematuhi peraturan seperti berikut :- (a) Guru tidak dibenarkan menggunakan buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas. (b) Buku kerja tidak dibenarkan untuk disenaraikan dalam senarai buku di sekolah-sekolah. (c) Juru jual dan kedai buku tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan tujuan untuk menjual buku ataupun membuat promosi menggalakkan murid-murid menggunakan buku kerja mereka. Segala bentuk promosi atau pengiklanan buku kerja dalam kawasan sekolah adalah tidak dibenarkan. 3. Semua Pengetua dan Guru Besar adalah dikehendaki mematuhi peraturanperaturan di atas dan memastikan bahawa segala bentuk penggunaan ataupun promosi penggunaan buku kerja dalam kawasan sekolah dan bilik darjah tidak berlaku lagi. Sebagai profesional, guru seharusnya membina dengan sendiri aktiviti-aktiviti tambahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tanpa bergantung atau berpandu kepada buku kerja atau tambahan. Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Dalam pernyediaan buku teks KBSM baharu yang sudah dan akan diedarkan pada masa hadapan, aktiviti dan kerja tambahan telah dan akan diperluas dan ditambah supaya tidak lagi perlu murid-murid menggunakan buku kerja atau buku tambahan dari pasaran terbuka. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. Y.Bhg. Datuk TKPP I Y.Bhg. Datuk TKPP II Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Pendidikan Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Pendidikan I Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Pendidikan II


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP.BT.8772/1990/SP/(23) Tarikh : 1 Jun 1990 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Semua Pengetua Sekolah Menengah Semua Guru Besar Sekolah Rendah Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Merujuk kepada Surat Pekeliling Kementerian KP.BT.8772/1990/SP/(22) bertarikh 5 Januari 1990 mengenai penggunaan buku kerja di sekolah, Kementerian telah mengkaji rayuan daripada semua pihak tentang larangan penggunaan buku kerja di sekolah-sekolah dan bersetuju menangguhkan penguatkuasaan Surat Pekeliling yang tersebut di atas sehingga tamat tahun persekolahan 1990/1991. 2. Satu arahan baru tentang garis panduan penggunaan buku kerja di sekolah-sekolah selepas tamat tahun persekolahan 1990/1991 akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. Y.Bhg. Datuk TKPP I Y.Bhg. Datuk TKPP II Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Pendidikan Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Pendidikan I Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Pendidikan II Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP.BT.9010/(23) Tarikh : 2 Oktober 1991 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah Penggunaan buku kerja yang begitu meluas di sekolah-sekolah rendah telah menimbulkan berbagai reaksi dari guru-guru dan ibu bapa. Oleh itu, beberapa Pekeliling Kementerian telah dikeluarkan mengenai perkara tersebut. Di dalam hal ini, Kementerian berpendapat bahawa buku kerja dan bahan latihan yang baik dan sesuai sepatutnya dihasilkan sendiri oleh guru-guru dari sekolah yang berkenaan kerana mereka lebih mengenali dan memahami peringkat kebolehan murid-murid mereka. Buku kerja telah banyak digunakan di sekolahsekolah sehingga murid dan guru bergantung sepenuhnya kepada buku kerja sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dan mengabaikan buku teks. Perlu ditegaskan di sini bahawa buku teks adalah merupakan bahan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan buku kerja sebagai bahan tambahan. 2. Di bawah ini diberikan garis panduan mengenai penggunaan buku kerja sekolah rendah untuk dipatuhi oleh semua Guru Besar dan guru seperti berikut : (a) Penggunaan i. Satu judul buku kerja dibenarkan hanya untuk mata-mata pelajaran KBSR berikut : Jenis Sekolah Mata Pelajaran SK/SRK Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik - SRJK (C) Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Bahasa Cina SRJK (T) Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Bahasa Tamil ii. Guru-guru tidak boleh menggunakan sepenuhnya buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas di sekolah. iii. Buku kerja digunakan hanya sebagai sumber latihan setelah guruguru mengajar konsep dan kemahiran kepada murid-murid. iv. Murid-murid boleh menggunakan buku kerja sebagai bahan rujukan dan untuk kerja rumah. Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 Kawat : “PELAJARAN”


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia v. Guru-guru boleh menggunakan buku kerja untuk mengulangkaji pelajaran. (b) Pemilihan i. Pemilihan buku kerja hendaklah dilakukan oleh panitia mata pelajaran KBSR sekolah masing-masing berdasarkan kesesuaian isi kandungan, mutu dan harga. ii. Hanya satu judul buku kerja dibenarkan dipilih untuk tiap-tiap satu mata pelajaran seperti di pada 2 (a) i di atas. iii. Isi kandungan buku kerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dan menepati kemahiran yang disarankan dalam Buku Panduan Khas KBSR dan sesuai dengan peringkat kebolehan murid. Laporan pemilihan yang terperinci hendaklah disediakan bagi setiap buku kerja yang dipilih berdasarkan kriteria sekolah masing-masing mengenai isi kandungan, mutu dan harga. iv. Harga buku kerja yang dipilih hendaklah berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa. (c) Penjualan i. Penjualan boleh dibuat di kedai buku sekolah atau koperasi sekolah sahaja. ii. Penerbit tidak dibenarkan membuat promosi jualan kepada muridmurid dan guru-guru di sekolah. 3. Dengan penguatkuasaan Pekeliling ini mulai 1 Disember 1991, maka semua Pekeliling Kementerian sebelum ini yang berkaitan dengan buku kerja adalah dibatalkan. 4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan adalah diminta untuk memaklumkan kandungan Pekeliling ini kepada semua Guru Besar di negeri masing-masing. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA” TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. Y.B. Dato’ Amar Dr. Sulaiman bin Daud Menteri Pendidikan Malaysia


BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150 Kawat : “PELAJARAN” Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BPPP)1/10/B Jld.IV / (21) Tarikh : 30 Oktober 1995 Semua Pengarah Pendidikan Negeri MALAYSIA Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/1995 : Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Dengan ini dimaklumkan bahawa mulai sesi persekolahan tahun 1996, semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia adalah dikehendaki menyusun jadual waktu sekolah masing-masing dengan menggunakan konsep jadual waktu anjal. 2. Penyusunan jadual waktu ini hendaklah berdasarkan prinsip mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam jadual waktu sehari dengan memberikan waktu yang lebih panjang dan bergabung bagi sesuatu mata pelajaran pada hari berkenaan. Tujuan utama ialah bagi membolehkan pengajaran pembelajaran dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta mengurangkan berat beg murid. Pengagihan masa bagi setiap mata pelajaran kurikulum sekolah serta peruntukan masa seminggu bagi sekolah rendah dan menengah adalah kekal sperti dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas berikut : I. Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990 bertarikh 15 Disember 1990 II. Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1991 bertarikh 10 Julai 1991 III. Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1994 bertarikh 22 Oktober 1994 3. Pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar hendaklah menggunakan budi bicara masing-masing dalam menyusun jadual waktu yang sesuai dengan keadaan sekolah. Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut hendaklah diberi pertimbangan sebagai panduan dalam membuat penyusunan jadual waktu. I. Maksimum bilangan mata pelajaran dalam sehari ialah 5 (lima) mata pelajaran. II. Gabungan waktu yang digalakkan bagi sesuatu mata pelajaran ialah 2 (dua) waktu. Walau bagaimanapun gabungan 3 (tiga) waktu dan 1 (satu) waktu boleh dilaksanakan sekiranya perlu. III. Penggabungan dua atau tiga waktu perlu dilaksanakan secara berterusan bagi sesuatu mata pelajaran. Elakkan perpecahan waktu seperti satu waktu di waktu keempat dan satu waktu lagi di waktu keenam (bagi gabungan dua waktu) atau satu waktu di waktu keempat dan dua waktu lagi di waktu keenam dn ketujuh (bagi gabungan tiga waktu) pada sesuatu hari.


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia IV. Agihan waktu mengajar guru perlu seimbang, iaitu dalam lingkungan 4-6 waktu (160-240 minit) sehari bagi guru sekolah menengah dan 5-8 waktu (150-240 minit) sehari bagi guru sekolah rendah. V. Agihan mata pelajaran juga perlu seimbang supaya tidak berlaku keadaan di mana ada hari semua mata pelajaran ’berat’ dan ada hari semua mata pelajaran ’ringan’. VI. Jadual waktu anjal tidak mempunyai satu pola penjadualan yang seragam (standard/uniform). Oleh itu pihak sekolah boleh memilih sama ada melaksanakan pola pusingan satu minggu atau pola pusingan dua minggu, mengikut kesesuaian sekolah demi kepentingan pembelajaran murid. VII. Konsep ’tukar ganti waktu’ secara ’suka sama suka’ dikalangan guru-guru adalah digalakkan bagi memenuhi keperluan pengajaran pembelajaran dan juga bagi mengatasi masalah guru tidak hadir serta masalah guru ganti. Dengan cara ini masa pembelajaran pelajar tidak terjejas. Contoh : Guru A boleh mengambil alih waktu mengajar guru B yang tidak hadir. Guru B perlu menggantikan pengajarannya dengan menggunakan waktu guru A apabila kembali bertugas. VIII. Ketua Jabatan/guru pakar hendaklah memberi bimbingna kepada guru-guru lain tentang bagaimana merancang pengajaran dan pembelajaran yang teliti dan berkesan bagi mengisi jadual waktu bergabung. Penerangan dan bimbingan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar amat digalakkan dalam melaksanakan jadual waktu anjal ini. 4. Sayugia disebutkan bahawa kejayaan pelaksanaan jadual waktu anjal bergantung kepada pengurusan yang cekap di semua peringkat, baik di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia


Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia


1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jilid XV/ (12) 23 Disember 1999 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/1999: Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti di semua sekolah kerajaan. Semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan bahawa Buku Teks yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah wajib digunakan di semua sekolah kerajaan. Selain daripada itu, Buku Latihan dan Aktiviti Tahap Satu yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah juga wajib digunakan di sekolah rendah. 2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah tidak seharusnya atau sewenang-wenang menggunakan buku teks atau buku kerja yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah bercanggah dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 10/1993 tentang Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah yang masih berkuatkuasa. 3. Untuk makluman dan rujukan kepada semua Pengetua dan Guru Besar, bersamasama Surat Pekeliling lkhtisas ini disertakan Senarai Judul Buku Teks Yang Diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2000. 4. Sejajar dengan arahan tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap Pengetua atau Guru Besar yang didapati gagal mematuhi arahan ini. 5. Kerjasama Y.Bhg. Dato'/Tuan adalah diminta untuk memaklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri masing-masing. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


2 s.k. 1. Y.B. Tan Sri Musa Bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Datuk Abdul Aziz Bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan 4. Y.B. Datuk Mahadzir Bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan 5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 9. Ketua Nazir Sekolah 10. Pegawai Perhubungan Awam


1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld. XIV/(26) 27 November 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 26/1998: Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan penggunaan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, mulai daripada I Januari 1999. 2. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah ini diterbitkan untuk memenuhi keperluan Seksyen 22, Akta Pendidikan 1996, yang memperuntukkan bahawa program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan kepada garis panduan kurikulum untuk tadika, yang diluluskan oleh Y.B. Menteri Pendidikan. Rujukan juga dibuat kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1998, terutamanya peraturan 3 yang menyebut bahawa: "Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah, tiap-tiap tadika hendaklah menggunakan apa-apa bahan sebagaimana yang diarah oleh Ketua Pendaftar dan semasa ke semasa". 3. Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah diminta untuk memastikan bahawa semua tadika menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah ini mulai 1 Januari 1999. 4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua tadika di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


2 s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 8. Ketua Nazir Sekolah 9. Pegawai Perhubungan Awam


1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 SURAT SIARAN @ PERHUBUNGAN LUAR/ DALAM YANG BERKAITAN FAIL INDUK PANITIA SMK ASAJAYA, JALAN SMK ASAJAYA, 96700 ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK PANITIA SEJARAH


SMK ASAJAYA 94600 ASAJAYA, SARAWAK Kepada : Daripada : Tarikh : Perkara : Ruj. Kami : Semua guru Perdana dan PPKI SMK Asajaya Pengetua, SMK Asajaya. 23 Mac 2023 MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 SESI 2023/24 SMKA.600-3/2/2(38) _____________________________________________________________________ Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh Masa : 29 Mac 2022 (Rabu) : 1.30 petang hingga selesai Tempat : Bilik Guru, SMK Asajaya Agenda : 1. Ucapan aluan Pengerusi 2. Pengesahan minit mesyuarat Bil.3 Sesi 2022/23 3. Perkara berbangkit 4. Pelaporan 4.1 Laporan PKP 4.2 Laporan PKPPKI 5. Hal-hal lain 6. Rumusan 3. Sehubungan itu, semua guru Perdana dan PPKI SMK Asajaya diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, [ SAMSUL ALAM BIN MOHAMAD SHAMSUDDIN ] NFA/IBI/ Mesyuarat Kurikulum MEMO DALAMAN


1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 SURAT-SURAT LAMPIRAN FAIL INDUK PANITIA SMK ASAJAYA, JALAN SMK ASAJAYA, 96700 ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK PANITIA SEJARAH


1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 SURAT PANGGILAN MESYUARAT FAIL INDUK PANITIA SMK ASAJAYA, JALAN SMK ASAJAYA, 96700 ASAJAYA, SAMARAHAN, SARAWAK PANITIA SEJARAH


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1/2023, SMK ASAJAYA 1 Tarikh : 29 Mac 2023 (Rabu) Masa : 1.30 Tengah hari Tempat : Bilik Guru, SMK Asajaya Pengerusi : Encik Samsul Alam bin Mohammad Shamsuddin (Pengetua) Agenda : 1.0 Kata aluan pengerusi 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.3/2022 3.0 Perkara-perkara Berbangkit Minit Mesyuarat Bil.3/2022 4.0 Pelaporan PKP 5.0 Hal-hal lain 6.0 Penutup Kehadiran: 1. SAMSUL ALAM BIN MOHAMAD SHAMSUDDIN (1/3) 2. MARZATILASWAT BIN HAMZAH (1/3) 3. NORUDIN BIN MARSIDI (1/3) 4. ABDUL RASHID BIN SABANG (1/3) 5. AWANG KAMARUDIN BIN AWANG JAPOT (1/3) 6. MASTURI BINTI TANI (1/3) 7. MOHD FAKRUL RADZI BIN ABU HASAN (1/3) 8. ABDUL HISHAM BIN ISHAK (1/3) 9. ABDUL RAHMAN BIN GONDAH (1/3) 10. ADDRAWATI ANAK NUBUNG (1/3) 11. ADELINE ANAK CHARLES RIAM (1/3) 12. AINATUL RAIYAN BINTI SHARBINI (1/3) 13. ALIN BIN KEPLI (1/3) 14. AWANG FAISAL BIN AWG BORHANUDDIN (1/3) 15. BUSYRA BINTI MOHAMAD (1/3) 16. CHIN MING MING (1/3) 17. DAYANG HASNAH BINTI AWANG HOT (1/3) 18. DAYANG ROZINA BINTI ABANG MADNI (1/3) 19. EMELIA TUTI BINTI JOHARI (1/3) 20. ENDYERRA HAZIELLA BINTI MOHAMMAD HISHAM (1/3) 21. FADZILA BINTI RAHMAN (1/3) 22. FAKHRUL AZMAN BIN IDRIS (1/3) 23. GRACE WONG LYN SYN (1/3) 24. HAZIAH BINTI BUJANG (1/3) 25. IDA BINTI ZAINI (1/3) 26. ISMAIL BIN AHMAD (1/3) 27. JACINTA EMILY ANAK CHARLES RIAM (1/3) 28. KARTINA BINTI SERI (1/3) 29. KUAN CHIN BOON (1/3) 30. MALUDIN BIN AHMAT (1/3) 31. MASNAH BINTI WEN (1/3) 32. MICHELLE OLIVIA CROCKER (1/3) 33. MOHD ALI BIN MOHD SANUSI (1/3) 34. MOHD IKHWAN ANTHONY B ABDULLAH (1/3) 35. MOHD MAZLAN BIN TENDEK (1/3) 36. MOHD SAFARIN BIN SAARI (1/3) 37. MOHD. SHAHRUL RIDZUAN BIN MOHD PONO (1/3) 38. MOHD SHAIFUL IREWAN BIN MOHD NOR (1/3) 39. NAISAH BINTI ALI (1/3) 40. NICHOLAS ANAK LAYANG (1/3) 41. NUR FADZILLA BINTI AMIN (1/3)


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1/2023, SMK ASAJAYA 2 42. NUR FATIMAH BINTI MOHIDIN (1/3) 43. NORLIN BINTI ISKUN (1/3) 44. NURHANA ISMAIL (1/3) 45. NURIZAN BINTI MAHAIDI (1/3) 46. PAWA ANAK IGAI (1/3) 47. RHONA ANAK ROGERS (1/3) 48. ROSLAN BIN WAHAB (1/3) 49. SAEDAN BIN ITA (1/3) 50. SALBIAH BINTI TAHA (1/3) 51. SAMSUL BIN DRAHMAN (1/3) 52. SARANYA A/P ARJINAN (1/3) 53. SEBANDI LE (1/3) 54. SHARIFAH MUNAWWARAH BINTI WAN MADEHI (1/3) 55. SILA ANAK CHUANG (1/3) 56. SITI BINTI JARAWI (1/3) 57. SITI NASUHA BINTI BEDI (1/3) 58. SITI NOR BINTI MOHAMED (1/3) 59. SITI RAHAYU BTE SAMSUDIN (1/3) 60. SUPIAN BIN ZULKIFLI (1/3) 61. TERESA NANI ANAK ENTINGGI (1/3) 62. VIANNEY ANAK WILFRED (1/3) 63. ZAN JURIANA BINTI JURI (1/3) 64. ZOSLEE BIN JAMIL (1/3) Tidak Hadir Bersebab :- 1. DAYANG AZLINA BINTI AWANG ALLI (0/3) - Taklimat PPKI (GM) 2. NORSHIELA BINTI JAWI (0/3) - Taklimat PPKI (GM) 3. SITI ROZZALYIA BINTI MOHD. SHAFIE (0/3) - Taklimat PPKI (GM) 4. SOFEA AMEERA BINTI MOHD. ISWANDY (0/3) - Taklimat PPKI (GM) 5. FAKHRUL RAZI BIN SUNIP (0/3) - Kursus Kepimpinan 6. FIZAWATI BINTI KAMIS (0/3) - Temujanji Hospital 7. HARRIS BIN YUSOP (0/3) - Cuti Kuarantin 8. ALIYAH BINTI ABDUL RAHMAN (0/3) - Program Transformasi Minda 9. EVA CARLOTTA ANAK TINER (0/3) - Program Transformasi Minda 10. LISA BINTI IKRAM (0/3) - Program Transformasi Minda 11. NOOR AMY ZURAINA BINTI ISMAIL (0/3) - Program Transformasi Minda 12. NUR ATIQAH BINTI MAT YUSUF (0/3) - Program Transformasi Minda 13. NURSYUHADA BINTI SAADI (0/3) - Program Transformasi Minda


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1/2023, SMK ASAJAYA 3 1.0 Kata aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru Perdana ke Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2023 (Guru Tingkatan 6 terlibat dengan STPM U2) dan mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas pencapaian sepanjang tahun 2022 yang amat memuaskan. 1.2 Peperiksaan SPM 2022 dan STPM (U1 dan U2) sudah berakhir dan didoakan semoga semua calon SMK Asajaya mendapat keputusan yang memberangsangkan. Peperiksaan STPM Semester 3 akan bermula pada minggu hadapan dan semua guru Tingkatan 6 dimohon untuk terus melaksanakan bimbingan berfokus secara berterusan. 1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang naik gred/pangkat dan guru yang telah disahkan dalam jawatan. 1.4 Semua panitia diminta memulakan mesyuarat panitia masing-masing selewat-lewatnya pada bulan April 2023. Ketua Panitia mesti merancang program dengan teliti berdasarkan PDCA (Plan, Do, Check, Action) supaya program panitia berjalan dengan lancar kelak dan laporan perlu dibuat di dalam As1A. Tindakan: Semua Ketua Panitia 1.5 Pencerapan perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan mesti diselesaikan sebelum bulan Disember untuk semua guru. Tindakan: PKP 1.6 Guru-guru juga digalakkan membuat kajian tindakan terutama sekali bagi guru yang memohon Guru Cemerlang (GC). 1.7 Slip Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022 sudah dicetak tetapi belum diedarkan kepada murid. Guru tingkatan dimohon untuk mengedarkan slip tersebut di dalam kelas pada waktu perhimpunan hari Selasa 4 April 2023. Tindakan: PKP dan semua Guru Tingkatan Perdana 1.8 Ujian Diagnostik Tingkatan 1 – Panitia Bahasa Melayu diminta untuk menyelaras bersama PPKI bagi menjalankan ujian tersebut. Tindakan: KP Bahasa Melayu 1.9 Pengerusi mengingatkan semula tentang ADAB2 staf – ‘Attitude, Dashboard, Action, Blend dan Betterman’. Tindakan: Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2022 2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2022 dicadangkan untuk disahkan oleh Cikgu Mohd. Shaiful Irewan bin Mohd. Nor dan disokong oleh Cikgu Alin bin Kepli. 3.0 Perkara Berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit.


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.1/2023, SMK ASAJAYA 4 4.0 Pelaporan PKP 4.1 Takwim Kurikulum Sesi 2023/24 4.1.1 Peperiksaan 4.1.1.1 Ujian Progresif 1 Tingkatan 5: 16 hingga 26 Mei 2023 (Format Penuh). 4.1.1.2 Ujian Topikal Tingkatan 1 – 4: 22 hingga 26 Mei 2023 (satu kertas sahaja setiap mata pelajaran / masa 1 jam setiap mata pelajaran). 4.1.1.3 Ujian Progresif 1 Tingkatan 1 – 4 & Ujian Progresif 2 Tingkatan 5: 14 hingga 24 Ogos 2023 (Format Penuh). 4.1.1.4 Percubaan SPM 2023: 4 hingga 15 Disember 2023 (Format Penuh). 4.1.1.5 Ujian Progresif 2 Tingkatan 4: 4 hingga 15 Disember 2023 (Format Penuh). 4.1.1.6 Ujian Progresif 2 / Ujian Akhir Sesi Akademik Tingkatan 1 – 3: 15 hingga 19 Januari 2024 4.1.1.7 Gerak Gempur SPM: 15 hingga 19 Januari 2024 Tindakan: Makluman 4.1.2 Dialog Prestasi 4.1.2.1 Dialog Prestasi Bil. 1 (Pengesahan Sasaran MT Perdana) – 15 Jun 2023 4.1.2.2 Dialog Prestasi Bil. 2 (Ujian Progresif 1 T5/SPM) – 26 Jun 2023 4.1.2.3 Dialog Prestasi Bil. 3 (Ujian Progresif 1 T1 – T4) – 12 September 2023 4.1.2.4 Dialog Prestasi Bil. 4 (Ujian Progresif 2 T5/SPM) – 14 September 2023 4.1.2.5 Dialog Prestasi Bil. 5 (Ujian Percubaan SPM) – 9 Januari 2024 4.1.2.6 Dialog Prestasi Bil. 6 (Gerak Gempur SPM) – 1 Febuari 2024 Tindakan: Semua KB, KP dan guru perdana


Click to View FlipBook Version