KOMPILASI
PERIBAHASA
MELAYU
NURUL AQILAH BINTI AZMAN
PISMP PI2 JUN 2021
SEM 1
Kandungan
Maksud Peribahasa
Sejarah Peribahasa
Kompilasi Peribahasa
Peribahasa Susunan kata yang
memiliki maksud
Ayat atau kumpulan yang luas dan
kata yang mempunyai mengandungi
susunan yang tetap dan kebenaran di
memiliki makna yang sebaliknya (Za'ba).
tertentu (Kamus Dewan,
2005).
Sejarah Peribahasa
Peribahasa dikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang
menyatakan peribahasa ini berasal daripada orang Riau Sumatera. Sejak awal lagi
orang-orang Melayu telah dididik melalui peribahasa. Peribahasa ini disampaikan
dengan gaya dan cara yang menarik. Peribahasa ini digunakan dalam memberi
nasihat dan mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu.
Melalui perkembangan sejarah sejak zaman Srivijaya lagi, bahasa Melayu mula
berkembang daripada sebuah bahasa yang rendah nilainya kepada bahasa yang
tinggi dan berkait dengan falsafah. Peribahasa merupakan salah satu aspek
bahasa yang turut diperkembangkan. Akan tetapi, bahasa Minangkabau berbeza
daripada bahasa Melayu. Justeru, melalui proses evolusi yang dilaksanakan telah
menyesuaikan peribahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu.
20 peribahasa
melayu, maksud
dan contoh
1
Dayung sudah di
tangan, perahu
sudah di air
Maksud: segala-gala yang dikehendaki
sudah diperoleh
Contoh ayat: Siti berasa sangat gembira
apabila impiannya untuk menjadi seorang
doktor sudah tercapai 'ibarat dayung sudah
di tangan, perahu sudah di air.' Segala titk
usahanya telah membuahkan hasil.
2
Air diminum terasa
duri, nasi dimakan
terasa sekam
Maksud: Amat sedih, sampai tidak berasa
untuk makan dan minum
Contoh ayat: Zarina sangat bersedih hati
bak kata pepatah 'air diminum terasa duri,
nasi dimakan terasa sekam', kerana anak
kucingnya telah mati dilanggar kereta.
3
Cacing hendak
menjadi naga
Maksud: Orang berpangkat rendah
berlagak seperti berjawatan tinggi
Contoh ayat: Daniel hanya kerani di
pejabat itu tetapi lagaknya seperti pegawai
tertinggi 'umpama cacing hendak menjadi
naga'.
4
Dari telaga yang
jernih, tak akan
mengalir air yang
keruh
Maksud: Dari sifat mulia tidak akan lahir budi
bahasa yang kasar
Contoh ayat: Ternyata sikap Amin yang sopan
santun, lahir daripada sikap ibu bapanya yang
tinggi budi bahasa 'seperti dari telaga yang
jernih, tak akan mengalir air yang keruh'.
5
Habis kapak berganti
beliung
Maksud: Amat rajin bekerja
Contoh ayat: Awal pagi lagi Rina akan
menolong ibunya berniaga di hadapan rumah.
Kemudian, sebelah petang dia akan menolong
ayahnya di bengkel kereta. Rina 'umpama
habis kapak berganti beliung'.
6
Bagai embun
dihujung rumput
Maksud: Tidak kekal
Contoh ayat: Hubungan antara Johan
dan isteri tidak kekal lama 'bagai
embun di hujung rumput'.
7
Enak lauk
dikunyah-kunyah,
enak kata
diperkatakan
Maksud: Nasihat yang baik perlu diulang-
ulang menyebutnya.
Contoh ayat: Puan Siti sering memberi
nasihat kepada anaknya untuk sentiasa
berbuat baik kepada orang lain kerana 'enak
lauk dikunyah-kunyah, enak kata
diperkatakan'.
8
Bibir saya bukan
diretak panas
Maksud: kata-kata saya bukan sia-sia
atau dusta
Contoh ayat: "Awak perlu percaya cakap
saya kerana bibir saya bukan diretak
panas," kata Aniq keoada rakannya.
9
Ada angin ada
pohonnya.
Maksud: Segala sesuatu mestilah ada asal
mulanya
Contoh ayat: Pergaduhan yang berlaku antara
Luna dan adiknya berpunca daripada perebutan
komputer riba. Ini menunjukkan `ada angin, ada
pokoknya’.
10
Intan berlian
jangan dipijakkan
Maksud: Untung bahagia jangan
dielakkan
Contoh ayat: Apabila menerima
sumbangan atau bantuan daripada orang-
orang ternama, para penerima diingatkan
agar tidak menolaknya kerana 'Intan
berlian jangan dipijakkan' . Sekurang-
kurangnya dapat meringan beban si
penerima.
11
Lagi lauk, lagi
nasi
Maksud: Lebih kaya, lebih banyak
sahabatnya
Contoh ayat: Suraya memiliki wang
yang banyak disebabkan itu dia
mempunyai rakan keliling pinggang
kerana 'lagi lauk, lagi nasi.'
12
Rebung tidak jauh
dari rumpun
Maksud: Kelakuan anaknya tidak jauh dari
tingkah laku ayahnya
Contoh ayat: Perangai Ali serupa dengan
perangai ayahnya iaitu sangat fokus dalam
menyelesaikan tugas bak kata pepatah
'rebung tidak jauh dari rumpun'.
13
Jangan memberi
bunga kepada monyet
Maksud: Memberi sesuatu yang baik sepatutnya
pada tempat yang sesuai
Contoh ayat: "Kereta yang dipinjam oleh Aidil itu
sudah rosak, sebab itulah aku selalu berpesan
jangan memberi bunga kepada monyet kerana dia
tidak tahu menghargai barang," kata Fitri kepada
Badrul.
14
Ukur mata
dengan telinga
Maksud: Mengikut penglihatan dan
pendengaran
Contoh ayat: Nuha hanya 'ukur mata
dengan telinga' apabila memilih Tina
sebagai rakannya kerana Tina
seorang yang cantik dan baik.
Namun, Nuha tidak menyelidik latar
belakang atau sifat sebenar Tina itu.
15
Zaman beralih,
musim bertukar
Maksud: Segala-galanya mesti disesuaikan
pada keadaan zaman
Contoh ayat: Sebelum ini, pembelajaran
atas talian tidak pernah didengar apatah
lagi dilaksanakan. Namun , keadaan dunia
kini, pembelajaran atas talian sudah
menjadi suatu perkara yang biasa
dilaksanakan kerana 'zaman beralih,
musim bertukar'.
16
Seperti kacang
direndang
Maksud: Keadaan seseorang yang
terlompat-lompat kerana kegembiraan
Contoh ayat: Beberapa pelajar lepasan
SPM melompat kegembiraan 'seperti
kacang direndang' kerana mereka
memperoleh keputusan peperiksaan
yang cemerlang.
17
Tiada rotan akar pun
berguna
Maksud: Kalau tiada yang baik, yang kurang baik
bolehlah dipakai dahulu
Contoh ayat: Apabila tiada doktor pakar di klinik,
para pesakit dirawat oleh jururawat sahaja kerana
'tiada rotan akar pun berguna'. Namun, mereka
berpuas hati dengan rawatan yang diberikan.
18
Bagai kain
menunjukkan
corak bangsanya
Maksud: Rupa dan gaya seseorang
menunjukkan asal usulnya
Contoh ayat: Kita perlu bersikap
tinggi budi bahasa apabila di negara
orang kerana ini akan mencerminkan
budaya negara Malaysia 'bagai kain
menunjukkan corak bangsanya'.
19
Besar periuk,
besarlah
keraknya
Maksud: banyak pendapatan, banyak
pula belanjanya
Contoh ayat: Puan Wahida kerap
kehabisan wang walaupun bergaji besar
kerana dia sering berbelanja secara atas
talian umpama 'besar periuk, besarlah
keraknya'.
20
Laksana bunga
dedap, merah ada
berbau tidak
Maksud: Seseorang yang elok rupa
parasnya tetapi tidak berbudi bahasa
Contoh ayat: Juwita seorang yang
cantik dan bergaya namun tidak
beradab 'laksana bunga dedap, merah
ada berbau tidak'.
TAMAT