The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SK SERI MEGA, 2021-08-15 23:59:14

Bijak Berbelanja

Bijak Berbelanja

1

SIRI MURID-MURID GENIUS

BIJAK
BERBELANJA

Norafidah Bachik

© PENERBIT ENAM

2

PENERBIT ENAM
207, BLOK F, JLN. MATAHARI U5/117
BDR. PINGGIRAN SUBANG, SEK. U5

40150 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL.: 019-6997468

© PENERBIT ENAM
Cetakan Pertama 2013

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi atau diubah suai dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada secara
elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-
dalam-Penerbitan

Norafidah Bachik
Bijak berbelanja / Norafidah Bachik.
(Siri murid-murid genius)
ISBN 978-967-0155-53-1 (set)
ISBN 978-967-0155-58-6
1. Didactic fiction, Malay. 2. Children’s stories, Malay.
I. Judul. II. Siri.
899.2333

3

bercadang - bertujuan

Hari ini hari Sabtu. Ahmad dan
adiknya, Akmal bercadang hendak
ke pasar tani. Pasar tani terletak di
pekan.

4

menunggang - menaiki

Ahmad dan Akmal menunggang
basikal untuk ke perhentian bas.
Mereka perlu menaiki bas untuk ke
pasar tani.

5

Ahmad dan Akmal menunggang
basikal dengan berhati-hati. Pesan
ibu mereka, malang tidak berbau.

6

Ahmad mencari tempat yang
sesuai untuk meletakkan basikal.
Basikal perlu diletakkan di tempat
yang disediakan.

7

Mereka mengeluarkan kunci
untuk mengunci basikal. Basikal
perlu dikunci supaya tidak dicuri.

8

menoleh - berpaling

Ahmad dan Akmal berjalan
bersama-sama ke perhentian
bas. Sebelum melintas, mereka
menoleh ke kiri dan ke kanan jalan.

9

Sambil berjalan, Ahmad
memandang langit. “Cuaca hari ini
tidak terlalu panas,” kata Ahmad
kepada adiknya.

10

menunggu - menanti

Di perhentian, ramai orang
sedang menunggu bas. Mungkin
mereka hendak pergi ke pasar tani
juga.

11

beratur - berbaris

Seketika kemudian, bas pun
sampai. Penumpang beratur
semasa menaiki bas. Ahmad dan
Akmal pun beratur sama.

12

menuntun - memimpin

Seorang lelaki tua ingin menaiki bas.
“Biar saya membantu datuk,” kata
Ahmad.
Lalu Ahmad dan adiknya pun
menuntun lelaki itu menaiki tangga bas.

13

Bas itu penuh dengan
penumpang. Ada seorang
perempuan mengandung di dalam
bas itu.

14

pelawa - ajak

“Kakak, duduklah di sini,” pelawa
Akmal.

“Terima kasih, adik,” kata wanita itu.
Ahmad kagum akan sikap
bertanggungjawab adiknya itu.

15

Tidak lama kemudian, mereka
pun tiba di pasar tani. Banyak
peniaga yang berniaga di pasar
tani itu.

16

Ahmad dan Akmal berjalan-jalan
di sekitar pasar tani itu.

“Oh, ibu berpesan supaya
membelikannya buah epal!” kata
Ahmad.

Mereka berjalan menuju ke

17

gerai buah-buahan.
“Pak cik, berikan saya sekilo

buah epal ini,” kata Ahmad.
Selepas ditimbang, Ahmad

menghulurkan wang RM10 kepada
peniaga itu.

18

Setelah selesai berjalan-jalan
dan membeli buah, mereka pun
menuju ke perhentian bas. Mereka
hendak pulang ke rumah.

19

melintas - menyeberangi

Semasa hendak melintas
jalan, mereka ternampak seorang
perempuan tua. Perempuan tua
itu buta. Dia hendak melintas jalan
juga.

20

“Nenek hendak ke mana?”
tanya Ahmad.

“Nenek hendak ke perhentian
bas,” jawab perempuan tua itu.

21

memimpin - menuntun

Ahmad dan Akmal memimpin
tangannya ke perhentian bas.

“Terima kasih, cucu,” kata
perempuan tua itu.

22

Tidak lama kemudian, bas pun
sampai. Ahmad dan Akmal pun
menaiki bas itu.

23

membantu - menolong

“Saya amat seronok kerana
hari ini saya dapat membantu
banyak orang,” kata Akmal kepada
abangnya.

24

“Inilah tanggungjawab kita
sebagai masyarakat. Setiap ahlinya
mestilah bertanggungjawab dan
saling membantu,” kata Ahmad
sambil menepuk-nepuk bahu
adiknya itu.


Click to View FlipBook Version