PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
KESEPADUAN
NASIONAL
MELAHIRKAN
MASYRAKAT YANG
DINAMIK DAN
RASIONAL
NAMA PENSYARAH : JAMALIZAMANI BIN
JAMALUDDIN
KELAS : DLS1A
SESI: 2020/2021
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK M/S
AHLI KUMPULAN 3
PENGHARGAAN 4
PENGENALAN 5-8
KESEPADUAN NAS
IONAL 9-15
INTEGRASI NASIONAL 16-19
MASYARAKAT DINAMIK 20-24
PENUTUP 25
RUJUKAN 26
AHLI KUMPULAN 8
IZZATI NURSYAMIMI BINTI
ABDUL SUKOR
23DLS21F1027
MUHAMAD FAIZAL BIN A
HMAD
HAPIZI
23DLS21F1023
IRFAN ZIKRY BIN
RASHID
23DLS21F1067
PENGHARGAAN
BERSYUKUR KAMI KEHADRAT ILAHI
KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN
RAHMATNYA KAMI DAPAT MEYIAPKAN
TUGASAN INI DENGAN SELAMAT DAN
MENYIAPKAN SATU EBOOK YANG AGAK
RINGKAS BAGI MENGAKHIRI TUGASAN
YANG TELAH KAMI LAKUKAN DALAM
BEBERAPA MINGGU. SETINGGI
PENGHARGAAN JUGA DIBERIKAN KEPADA
EN.JAMALIZAMANI BIN JAMALUDDIN
SELAKU PENSYARAH BAGI SUBJEK ETIKA
DAN PERADABAN KERANA BANYAK
MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA KAMI DAN
JUGA PELAJAR LAIN UNTUK
MENYELESAIKAN TUGASAN . SERTA
TERIMA KASIH KEPADA AHLI KUMPULAN 8
IAITU IZZATI NURSYAMIMI, MUHAMAD
FAIZAL DAN IRFAN ZIKRY YANG TELAH
MEMBERIKAN KERJASAMA YANG AMAT
BAIK DAN MEMUDAHKAN CARA UNTUK
MENYELESAIKAN TUGASAN INI
PENGENALAN
Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran
kepada sesebuah masyarakat,
seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya
mempunyai akar etika dan
peradaban yang berbeza dan terjelma dalam
pemikiran dan praktis kehidupan
masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup
dalam sebuah masyarakat
Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari
titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar menawar,
berunding dan melakukan mediasi telah
membawa keamanan, kestabilan dan
keharmonian di Malaysia semenjak
Merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang
telah wujud, didukung dan mesti
terus menerus dimantapkan. Ia dilaksana
melalui tiga rangkai proses yang
bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi,
iaitu perpaduan yang diidamkan,
kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan
yang diusahakan. Tindakan
membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018)
adalah suatu usaha serius
untuk memantau pemantapan kesepaduan
nasional.
Masyarakat secara sederhana
bermaksud kumpulan individu yang
tinggal di sesebuah kawasan,
mengamalkan suatu cara hidup dan
saling bekerjasama dalam mencapai
sesuatu misi kehidupan seperti
mencapai kebahagiaan, kemakmuran
dan keharmonian. Manakala, dinamik
pula membawa maksud „perubahan‟,
„cergas‟ dan „bertenaga‟. Justeru,
kedua-dua perkataan ini dalam
konteks tajuk ini membawa maksud
masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum hidup dalam suasana yang
harmoni, bebas, makmur dan mampu
menyesuaikan diri dengan pelbagai
perubahan politik, ekonomi, sosial dan
globalisasi.
Sejak merdeka, pelbagai perubahan
dan cabaran dilalui oleh masyarakat
Malaysia pelbagai kaum pada
peringkat lokal danglobal. Tentulah
dalam
konteks masyarakat majmuk, tiada
lain yang lebih penting selain hidup
dalam
situasi yang aman, harmoni dan
bersatu padu.Setelahlebih 60 tahun
Malaysia
merdeka, cabaran yang dilalui oleh
masyarakat Malaysia semakin rumit.
Namun, masyarakat Malaysia terus
melangkah ke hadapan menghadapi
pelbagai cabaran dan tantangan baru
globalisasi. Perubahan sosial yang
dilalui
sejak sebelum merdeka hingga ke alaf
baru ini dapat difahami menerusi dua
pendekatan iaitu pendekatan konflik
dan terkini pendekatan kesepaduan
Kedua-dua pendekatan ini, melihat
persoalan dinamika masyarakat dalam
dua perspektif yang ekstrim dan
sederhana. Pendekatan konflik cuba
menggambarkan masyarakat berada
situasi berkonflik dan saling
„bertelagah‟ khususnya dalam menjaga
kepentingan ekonomi, politik dan
sosial kaum masing-masing. Manakala,
pendekatan terkini menjelaskan
masyarakat Malaysia yang pelbagai ini
hidup dalam pelbagai perbezaan nilai
dan budaya namun disulami dengan
kesepaduan sosial yang erat antara
kaum (Mansor, 2013). Justeru, antara
kedua-dua pendekatan ini tentulah
pendekatan yang kedua iaitu “unity in
diversity” itu lebih menepati rupa
bentuk masyarakat Malaysia yang kita
mahukan (Shamsul Amri, 2012)
KESEPADUAN
NASIONAL
Dalam konteks pemantapan kesepaduan
nasional di Malaysia , terdapat tiga
lapisan perpaduan yang perlu dicapai
iaitu perpaduan , kesepaduan dan
penyatupaduan.Perpaduan ialah suatu
bentuk kesatuan yang merupakan
matlamat akhir yang diidamkan dalam
sesebuah Negara yang berbilang kaum .
Kesepaduan ialah keadaan bersepadu
dan menjadi kesatuan yang utuh .
Keadaan yang dimaksudkan ialah
keadaan aman , stabil , makmur dan
sejahtera yang dicapai telah diakui
masih terdapat perbezaan dalam bentuk
defisit sosial yang wujud dalam
sesebuah masyarakat . Manakala
penyatupaduan ialah proses
menyatupadukan iaitu usaha berterusan
pada peringkat semua lapisan
masyarakat untuk menelesaikan defisit
sosial berwahanakan tapak integrasi
berprinsipkan tawar- menawar ,
perundingan dan mediasi
tiga lapisan perpaduan
DEFINISI
PERPADUAN PENYATUPADUAN
BAHASA: Kesatuan KESEPADUAN BAHASA:Proses
menyatupadukan
SOSIOLOGI: SOSIOLOGI: usaha
berterusan pada
merupakan BAHASA: Keadaan
peringkat
matlamat bersepadu, menjadi semua lapisan
masyarakat untuk
akhir yang kesatuan yang utuh menyelesaikan
diidamkan dalam
defisit sosial
sebuah negara berwahanakan
yang berbilang SOSIOLOGI: keadaan tapak integrasi
aman, stabil, makmur berprinsipkan
etnik dan sejahtera yang tawar-menawar,
perundingan dan
dicapai
mediasi.
tetapi diakui masih
terdapat perbezaan
dalam bentuk defisit
sosial yang wujud
dalam sesebuah
masyarakat.
Malaysia sebagai sebuah Negara yang telah merdeka
dan sedang melalui proses tersebut dari kesatuan ke
perpaduan . Negeri-negeri dalam Malaya/Malaysia
asalnya terikat kepada pusat-pusat yang berbeza
yang berada di bawah jajahan Siam , Belanda ,
Britain sehingga disatukan oleh penjajah British.
Melalui pembentukan " kesatuan" dan "persukutuan"
iaitu Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang , Melaka dan
Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Pahang
, Perak , Selangor dan Negeri Sembilan) dan Negeri-
negeri Tak Bersekutu (Perlis , Kedah , Kelantan ,
Terengganu dan Johor). Akhirnya terbentuk
Malayan Union pada tahun 1946 , walau
bagaimanapun ianya ditentang dan dimansuhkan
kerana tidak bertepatan dengan ideologi dan cara
hidup rakyat Malaysia . Pada tahun 1948 ,
Persukutusn Tanah Melayu dibentuk di semua negeri
di Malaya . Pada tahun 1957 Malaya mencapai
kemerdekaan dan itu menandakan sebagai mercu
kesatuan pada tanah melayu dan seterusnya
meluaskan kesatuan pada tahun 1963 apabila
pengisytiharan persukutuan Malaysia dengan
penggabungan semenanjung Malaysia iaitu Sabah
dan Sarawak
Langkah-langkah membina kesatuan sentiasa
berterusan melalui usaha mewujudkan tapak
integrasi iaitu ruang dan titik pertemuan antara
kelompok strategi di Malaysia sebagai contoh
etika , agama , parti politik , NGO dan masyarakat
sivil . Antara langkah yang dilakukan seperti
menubuhkan Communities Liaison Committee ,
penubuhan parti politik bersifat muafakat atau
erti lain ialah coalition. Pilihanraya , Rancangan
pembangunan Lima Tahun , Perlembagaan
Persekutuan dan beberapa simbol dan stuktur
kesatuan seperti Yang Di Persatuan Agong
(YDPA), bendera , lagu Negaraku , Dasar
Kebudayaan Kebangsaan , Bahasa Kebangsaan
dan sekolah Aliran Kebangsaan.
Namun usaha ini pernah mencapai kegagalan semasa
peristiwa 13 MEI 1969 dimana kesatuan yang
dibina pecah berderai akibat rusuhan kaum yang
berlaku pada tahun itu. Kesan dari peristiwa
berikut, berlakunya perubahan ungkapan dan
haluan negara. Panggilan kesatuan pula
digantikan dengan perpaduan dan tidak lagi
digunapakai dalam kepelbagaian . Ini digantikan
dengan perpduan yang digunakan dalam
kepelbagaian . Ianya diguna pakai semenjak RMK2
(1971-75) atas tujuan untuk penyatuan sosial.
Malaysia menubuhkan rancangan Malaysia kedua
iaitu strategi pembangunan baharu.Ringkasan yang
terdapat dalam strategi itu yang boleh
dibahaskan ialah 'perpaduan negara adalah
matlamat yang penting sekali bagi negeri
ini.Masa ini negara berada di peringkat
pembangunan ekonomi dan sosial yang mustahak
bagi menitikberatkan penyatuan
sosial,pembahagian pendapatan yang lebih
seimbang dan peluang untuk perpaduan dan
kemajuan negara'.
TAHAP KESEPADUAN NASIONAL
Kesepaduan nasional bermaksud penyatupaduan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza. Penyatupaduan ini merupakan
penyatuan yang membentuk zahir dan luaran .
Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman ,
stabil , makmur dan sejahtera. Walaubagaimanapun masih
terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud
dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini.
Dua tunjang utama dalam mewujudkan kesepaduan nasional
sebagai teras kesepaduan nasional ialah perlembagaan
persekutuan Rukun Negara .
Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan
masyrakat yang dinamik .Masyarakat yang dinamik akan
mewujudkan kelompok petani Tradisional kepada petani
komersial industri.
Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik
dan budaya modenti yang , mengutamakan kestabilan dan
kemajuan . Mereka berkongsi norma hidup, persamaan nilai
dan kerencaman sosial . Hal ini, merentasi hubungan horizontal
antara etnik dan agama sekaligus dapat membina Negara
bangsa integrasi yang maju.
INTEGRASI NASIONAL
Intergrasi Nasional pada asasnya sebagai usaha memupuk
kesefahaman dan perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah
negara tidak akan mencapai kemajuan jika masyarakatnya
berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik
serta kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara
itu akan maju tanpa mempunyai masalah yang
mengekangnya.
Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun
pada tahun 2006 ,kerajaan telah memperkenalkan Pelan
Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional sebagai
mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan
ini dilaksanakan dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun 2006
iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan tersebut pelbagai
masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk
mengatasi masalah tersebut telah dirangka dan dilaksanakan
dalam tempoh tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi
nasional adalah perkara asas bagi mencapai kemajuan.
Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara maju
dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang
belakang untuk mencapainya. Secara
keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang
amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi
sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum
,kepercayaan serta adat yang diamalkan.
Konsep integrasi nasional bagi sesbuah negara
membangun seperti Malaysia bermakna
mewujudkan kerjasama dan nilai-nilai harmoni
antara penduduk Semenanjung Malaysia dengan
penduduk Sabah dan Sarawak. Kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk mewujudkan integrasi
nasional antara dua wilayah ini iaitu:
Mengurangkan perbezaan psikologi
Mengatasi masalah perbezaan gegografi
menerusi interaksi dan hubungan yang
erat
Mewujudkan identiti bersama menerusi
kesetian dan iltizam terhadap Konsep
Nasional Malaysia
Integrasi Nasional juga terbahagi kepada dua
iaitu integrasi wilayah dan integrasi ekonomi.
Integrasi wilayah bermaksud sebagai
persefahaman antara rakyat tanpa mengira
wilayah atau kawasan asal mereka. Kuala Lumpur
, Kota Kinabalu dan Kuching dijadikan pusat
pentadbiran dan ekonomi yang penting .
Manakala Perkhidmatan Awam di setiap pusat
Pentadbiran disatukan.
Integrasi ekonomi ialah perancangan ekonomi
dan pembangunan yang lebih sistematik dan ia
pengaliran buruh antara wilayah dan Penyatuan
Sistem Kewangan dan Modal antara wilayah.
Manakala program kemajuan prasarana dan
sistem perhubugan antara wilayah.
Etos Nasional menurut Kamus Dewan ialah sifat
ciri sesuatu bangsa , budaya , era dan lain-lain. Ia
berasal daripada perkataan Greek yang
membawa makna perwatakan atau karakter .
Menurut Mansor et al (2006) perkataan etos
berasal daripada perkataan
etika,sikap,keperibadian,watak,karakter seta
keyakinan atau sesuatu perkara
INDEKS PERPADUAN
NASIONAL (2018) IPNAS
MASYARAKAT DINAMIK DAN RASIONAL
Dalam konteks Malaysia pada hari ini, isu dinamika
masyarakat yang paling penting
dan menonjol adalah untuk membina sebuah
masyarakat dan negara idaman yang di
dalamnya terbina ciri-ciri perpaduan, kesepaduan dan
penyatupaduan antara kaum
dan wilayah (Shamsul Amri dan Anis Yusal, 2014).
Sebuah masyarakat yang dinamik adalah masyarakat
yang berdiri sebagai sebuah
negara bangsa yang menjadikan nilai-nilai teras dan
unggul sepunya sebagai teras
kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Iaitu
lahirnya sebuah bangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai etnik dengan
nilai agama, kepercayaan, nilai, adat dan cara hidup
yang berbeza (Shamsul Amri et
al., 2003) namun dapat disepadukan menerusi
penyatupaduan nilai dan etos, budaya
yang diterima secara universal sepertimana yang
termaktub dalam pelbagai dasar,
polisi, konsep dan strategi antaranya seperti Rukun
Negara, Falasafah Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Wawasan 2020,
Islam Hadhari dan 1Malaysia dan
TN50
Selepas tahun 2004 sehingga kini, isu yang lebih
menonjol adalah berkaitan dengan
isu Hak Asasi Manusia. Ia bukan sahaja melibatkan
kaum secara khusus, tetapi juga
kumpulan-kumpulan minoriti seperti LGBT. Dengan
menggunakan Hak Asasi Manusia, pelbagai NGO dan
parti politik mengambil
kesempatan yang terbuka ini untuk memperjuangkan
isu-isu kaum, hak minoriti seperti
LGBT dan kaum elit (PPSMI). Malah, media sosial
seperti Facebook, Instagram dan
WhatsApp telah membuka ruang yang lebih luas
kepada demokrasi dalam kalangan rakyat.
Gelombang pascamodenisme dengan aliran
liberalisasi pemikiran semakin mendapat tempat
yang terbuka khususnya kepada generasi X, Y dan Z.
Justeru, gelombang Hak Asasi Manusia ini telah
memberi impak terhadap kesedaran politik
dalam kalangan rakyat tentang hak dan amalan
demokrasi. Malah pada hari ini, parti-parti
pembangkang, NGO dan rakyat tanpa mengira kaum
khususnya golongan bandar yang
berpendidikan mulai sedar akan isu-isu kepimpinan,
rasuah, salah guna kuasa, tadbir urus
dan integriti. Masyarakat pelbagai kaum telah mula
membina kesedaran terhadap isu-isu lokal dan global
khususnya dalam usaha mewujudkan masyarakat sivil
(madani). Sungguhpun kedengaran isu isu kaum,
namun ia sedikit sebanyak telah dineutralkan dengan
Hak Asasi Manusia, tadbir
urus yang baik dan integriti
PERANAN MASYRAKAT DAN KERAJAAN
MEMBINA MASYRAKAT YANG DINAMIK
Antara peranan masyarakat dalam membina sebuah
masyarakat Malaysia yang
dinamik adalah seperti berikut: • Pendidikan Ke Arah
Membina Masyarakat Yang Berilmu
• Perpaduan dan Pendidikan
• Pendidikan dan Modal Insan
• Pendidikan dan Pembangunan
• Pendidikan Meletakkan Malaysia di Pentas Global
• Masyarakat Yang Patuh dan Mengamalkan Prinsip-
prinsip Rukun Negara
• Warganegara yang Celik Politik (Literasi Politik).
Bersama membina Kesepaduan Sosial (Kesepaduan
dalam Kepelbagaian) • Pembangunan Modal Insan
dan Masyarakat Minda Kelas Pertama
Kerajaan ataupun pemerintah berperanan
penting dalam membangunkan
masyarakat Malaysia yang dinamik. Kerajaan
yang dipilih oleh rakyat menerusi
pilihanraya adalah dipertanggungjawabkan
dalam merancang dan membangunkan
masa depan Malaysia yang cemerlang dan
gemilang. Sejak zaman Perdana Menteri yang
pertama iaitu Tunku Abdul Rahman al-Haj
sehinggalah Dato‟ Seri Najib Tun Abdul Razak
sebagai Perdana Menteri keenam,
pelbagai dasar, program dan wawasan telah
diperkenalkan dalam usaha membina
sebuah negara yang maju, makmur dan
berdaulat. Kesemua dasar, program dan
wawasan yang bersifat “tangible” dan
“intangible” ini
telah banyak membuahkan hasil dalam
membina kemakmuran dan kemajuan yang
berterusan. Keenam-enam pentadbiran dan
pemerintahan Perdana Menteri ini
memiliki kelebihan dan keistimewaan yang
tersendiri. Masing-masing merancang
dan melaksanakan pelbagai dasar, program
dan wawasan berlandaskan keperluan
perubahan masyarakat, situasi tempatan serta
perubahan global.
• Kepimpinan Berwawasan
• Kepimpinan Bersih, Cekap dan Amanah
• Tadbir urus Yang Baik dan Berkesan
CABARAN DALAM MEMBANGUN
MASYRAKAT DINAMIK
Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam
mewujudkan sebuah masyarakat dan negara
idaman sememangnya penuh ranjau dan liku.
Cabaran-cabaran yang wujud dalam pelbagai
dimensi dan konteks dan antaranya termasuklah
cabaran politik, ekonomi, sosial, psikologi
dan pembangunan karakter serta cabaran yang
lebih besar iaitu globalisasi.
PENUTUP
Pada zaman modenisasi ini , perpaduan dan
integrasi rakyat dalam sesebuah negara
berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan
awal yang berstrategik , persefahaman antara
pihak , kepercayaan dan keagamaan di samping
menghayati penuh keinsafan intipati kandungan
tersurat dan tersirat dalam kesemua prinsip rukun
negara . Penghayatan Rukun Negara untuk
mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang
padu lagi jitu dilaksanakan di negara Malaysia
melalui proses pendidikan dan pembelajaran
berdasarkan kukurikulum Kebangsaan ,
pembabitan dalam kukurikulum yang teratur dan
terancang, penghayatan keagamaan dalam
seharian, penyertaan semua warga orginasasi
dalaman sekolah atau di luar sekolah mahupun
semua anggota masyrakat yang juga warga
negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang
menjurus kepada pembentukan kehiduypan
rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta
jalinan perhubungan yang baik dan mesra
diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh
semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun
Negara Malaysia.
RUJUKAN
https://www.google.com/search?
q=kesepaduan+nasional+melahirkan+mas
yarakat+yang+dinamik+dan+rasional&oq
=kesepaduan+nasional+melahirkan+masy
arakat+yang+dinamik+dan+rasional&aqs
=chrome..69i57.35078j0j15&sourceid=ch
rome&ie=UTF-
8#:~:text=IPNas%3A%20Model%20Integ
rasi,PDF
https://fliphtml5.com/godxb/wbpa/basic
https://sites.google.com/view/mpu-21032-
etikaperadabanptss/topik-4-topik-6