TAK KENAL MAKA TAK CINTA
EK00202 PENGURUSAN
ORGANISASI PELAJAR
BUKU SCRAP : PERPADUAN
TAI SHU ZHENG
BG22160573
PERPADUAN
Perpaduan masyarakat merupakan Perpaduan ialah Satu semangat kekitaan
yang berasal daripada pelbagai kaum
sebahagian yang penting daripada untuk mewujudkan kehidupan yang
harmoni dalam negara yang tercinta. Satu
perpaduan negara. Oleh itu adalah proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap
anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka.
mustahak bagi kita meneliti latar
belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk
di negara kita. Dasar perpaduan boleh
dicapai melalui dua cara iaitu integrasi
dan asimilasi. Integrasi merupakan satu
proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional di kalangan kumpulan-
kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Manakala asimilasi
pula ialah satu proses bagaimana
kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan
campur dan sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang lebih besar.
Menurut Vender Zanden, seorang ahli
sosiologi, asimilasi adalah satu proses
dalam mana kelompok-kelompok yang
berfikir,berperasaan dan bertindak
secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Perayaan Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina adalah perayaan yang
diraikan oleh kaum Cina di seluruh dunia
mengikut kalendar lunar. Kaum Cina
menggunakan kalendar lunar untuk
mengira tarikh perayaan tahunan
mereka, ini bermakna tarikh sambutan
Tahun Baru Cina setiap tahun adalah
berbeza dan biasanya akan disambut
pada akhir Januari ke bulan Februari
setiap tahun.
Sambutan ini telah diraikan selama berabad-abad lamanya. Tahun Baru Cina akan berlangsung
selama lima belas hari dan berakhir pada tarikh bulan purnama iaitu Pesta Tanglung atau lebih
dikenali sebagai perayaan “Chap Goh Mei” di Malaysia. Aktiviti pada Tahun Baru Cina ini selalunya
meliputi aktiviti ziarah-menziarahi rakan-rakan dan ahli keluarga serta mempunyai beberapa
tradisi istimewa yang bertujuan untuk membawa nasib baik untuk tahun itu seperti pemberian Ang
Pow, hiasan berwarna merah, memakai baju baru, memberi limau mandarin, tarian singa dan
banyak juadah tradisional dan kuih-muih istimewa akan dihidangkan.
Makanan Tradisional Perayaan Tahun Baru Cina
“Yee Sang” juga dikenali sebagai “Yu
Sheng” dalam bahasa Mandarin.
Makanan tersebut terdiri daripada
bahan salad, ikan, sos plum dan kacang.
Kebiasaannya, restoran menggunakan
ikan Salmon atau “Abalone” yang dihiris
nipis-nipis.
Makanan ini dihidangkan semasa Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina melambangkan “Yee Sang”
sebagai kemewahan dan kekayaan. Nak makan “Yee Sang” pun ada caranya. Setiap ahli keluarga
perlu sama-sama melambung hidangan itu sambil meluahkan doa atau kata-kata yang baik.
Kuih bakul (Nian gao) ini boleh disamakan dengan
kuih dodol kepunyaan masyarakat Melayu. Tahap
kekenyalan boleh dikatakan kuih bakul lebih
kenyal. Ia juga mengambil masa yang lama untuk
disediakan. “Nian gao” bermaksud tahun tinggi
secara literal. Secara kesuluruhannya, masyarakat
Cina percaya bahawa ini merupakan simbol
kepada semakin tahun semakin tinggi dari segi
pencapaian ataupun kewangan.
“Rou Gan” atau dikenali sebagai “Bakhwa” ini
merupakan hirisan daging nipis yang rasa
manis. Ia merupakan daging ayam yang dihiris
kemudian disaluti dengan madu. Daging
tersebut dimasak dengan kaedah panggang.
Sebab itu, ia lebih sedap.
Karipap kacang yang dikenali sebagai “Kok Chai” ini memang
unik dan berbeza dengan karipap biasa. Kebiasaannya, karipap
kaum Melayu berintikan sardin atau kentang. “Kok Chai” ini
berintikan kacang dan luarnya sangat rangup dan keras.
Gambar Perayaan Tahun Baru Cina
Tarian Singa Tradisi Tahun Baru
Tarian singa sinonim dengan sambutan Tahun
Baru Cina. Berdasarkan kepercayaan masyarakat
Cina, tarian singa bukan hanya sekadar untuk
menghibur, sebaliknya dipercayai mampu
membawa tuah pada masa akan datang. Ini
kerana, sudah menjadi kepercayaan kepada
masyarakat kaum Cina bahawa dengan
mengadakan tarian singa ia dipercayai mampu mmeenmgabdaawkaantuah dan kekayaan (rezeki) kepada
mereka selain ia merupakan tarian tradisional masyarakat mereka.
Makan Besar Pada Malam Tahun Baru Cina
Tidak lengkap Tahun Baru Cina tanpa jamuan
makan besar bersama ahli keluarganya. Ia
juga dipanggil jamuan pertemuan semula
yang diadakan pada malam sebelum Tahun
Baru dan kebiasaanya akan dibuat di rumah
anggota keluarga yang paling tua. Pelbagai
makanan akan dihidangkan yang lazimnya
merangkumi ayam dan ikan yang dikatakan membawa tuah (berdasarkan perkataan bahasa Cina).
Ikan pula tidak akan dimakan sehingga habis sebaliknya akan disimpan semalaman, bak pepatah
Cina “semoga ada lebihnya setiap tahun”.
Pemberian Angpau Merah
Angpau atau sampul merah
ialah hadiah berbentuk
wang yang ditukarkan
ketika musim perayaan
atau peristiwa khas dalam
masyarakat Cina. Angpau
dikenali sebagai yāsuì qián (duit menahan umur). Warna merah sampul ini pula melambangkan tuah.
Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang
belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan penting
yang diraikan oleh umat Islam. Pada pagi
hari raya, mereka memakai pakaian baru
dan bersolat di masjid. Mereka
mengucapkan syukur, bertakbir dan
selepas itu mereka akan ziarah-menziarahi
meminta ampun daripada orang tua, ahli keluarga dan rakan-rakan. Hari Raya Aidilfitri dalam
Bahasa Arab adalah Eid al-Fitr (perayaan fitrah) merupakan hari raya umat Islam di seluruh dunia
tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan mana-mana kaum bagi menandakan
berakhirnya bulan suci Ramadan - di mana umat Islam berpuasa sebulan dari fajar hingga matahari
terbenam setiap hari. Eid al-Fitr jika diterjemahkan daripada segi bahasa adalah bermaksud
'Festival Berbuka Puasa’. Dalam kalangan masyarakat Malaysia perayaan ini lebih dikenali sebagai
Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Oleh kerana kalendar Islam adalah
bersandarkan kepada peredaran bulan maka tarikh hari raya berbeza-beza setiap tahun malah
berbeza-beza bergantung kepada lokaliti. Hari Raya Aidilfitri akan ditentukan melalui dua cara iaitu
melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan kalendar). Penentuan melalui
rukyah adalah yang paling utama apabila anak bulan kelihatan ini menunjukkan bermulanya bulan
Syawal iaitu bulan ke-10 Kalendar Islam Hijrah.
Sambutan dan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
adalah bergantung kepada kedudukan
setempat umat Islam, kebiasaannya hari raya
disambut sekitar satu hingga tiga hari. Umat
Islam adalah tidak dibenarkan untuk berpuasa
pada pertama hari raya, kerana hari ini
dianggap sebagai hari kemenangan setelah berusaha yang terbaik menunaikan ibadah berpuasa
selama sebulan. Oleh itu, keluarga Islam di seluruh dunia meraikannya dengan hidangan tradisi,
ziarah-menziarahi dan orang ramai menderma untuk kebajikan. Perayaan ini juga adalah sebagai
tanda terima kasih kepada Allah kerana membimbing mereka melalui bulan sebelumnya dan
membantu mereka mengamalkan kawalan diri. Amalan-amalan biasa yang berlaku sepanjang
musim sambutan Hari Raya Aidilfitri ialah umat Islam diwajibkan bersembahyang 5 kali sehari atau
dipanggil solat 5 waktu yang merupakan salah satu daripada rukun Islam juga. Pada hari pertama
Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal umat Islam disarankan untuk berkumpul dan menunaikan solat
sunat Aidilfitri di masjid dan kemudian menziarahi antara satu sama lain.
Makanan Tradisional Perayaan Hari Raya
Aidilfitri
Ketupat merupakan hidangan yang sering kita nikmati
menjelang hari raya. Kelongsong ketupat diperbuat
menggunakan pucuk daun kelapa yang dianyam
menjadi kelongsong. Terdapat beberapa jenis ketupat
yang sering disediakan sebagai juadah di hari raya.
Antaranya adalah ketupat nasi, ketupat lemak, serta
ketupat palas.
Hidangan rendang cukup popular semasa hari raya. Ia
enak dimakan bersama lemang, pulut kuning dan nasi
himpit. Terdapat pelbagai jenis rendang yang boleh
anda temui iaitu rendang ayam, rendang daging,
rendang ikan, rendang kerang dan bermacam lagi.
Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan
rendang adalah cili kisar, santan, bawang, daun
kunyit, daun limau purut serta kerisik. Rendang ini boleh dimasak sehingga kering atau sedikit
berkuah bergantung kepada cita rasa masing – masing.
Terdapat pelbagai jenis serunding yang disajikan
untuk dimakan bersama lemang, ketupat atau nasi
himpit. Ia terdiri daripada serunding daging, ayam
mahupun ikan. Ia diperbuat menggunakan rempah
serta bahan – bahan dan dimasak sehingga kering.
Proses memasak serunding ini mengambil masa
yang agak lama. Ianya agak kering dan memang
enak dimakan.
Lontong antara hidangan yang turut mendapat perhatian. Ia
merupakan hidangan yang terdiri daripada nasi himpit bersama
sayur lodeh. Kuah lodeh yang disediakan terdiri dari campuran
sayur – sayuran seperti kacang panjang, lobak merah, serai,
lengkuas, santan, tauhu serta tempe. Ia juga dimakan bersama
sambal bilis yang begitu enak.
Perayaan Hari Deepavali
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Pada hari yang bermakna bagi penganut
agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita
dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli
keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara
sembahyang dan kegamaan.
Deepavali lambang kejayaan kebaikan melawan
kejahatan. Sungguh asing jika kita melihat
Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri
mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab
mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang
dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu
yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi
kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan
Dewa Krishnan. Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua
manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang
baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan
menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Oleh kerana itu, pelita dipasang dan
dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan
yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut
memeriahkan lagi perayaan tersebut.
Makanan Tradisional Perayaan Hari Deepavali
Thosai merupakan makanan kegemaran orang
india. Makanan ini menjadi menu utama dalam
hidangan Hari Deepavali. Thosai kebiasaannya
enak dimakan bersama kuah “sandhini”
Idhili merupakan makanan sampingan dalam
menu hidangan kaum india pada hari Deepavali.
Idhili dimakan bersama sandhini atau kari ayam,
dal dan lain-lain.
Kuih Rawa Urundai ini pula adalah kuih yang
kurang manisnya. Ramai yang tidak mengetahui
tentang kuih ini. Ramuan kuih ini adalah tepung
suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan
minyak sapi.
Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini
mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini
ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah
kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi.
kuih ini sedap untuk dimakan.
Kuih Athirasam merupakan kuih manis.
Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan
kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah
pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak.
Kuih tahan sehingga enam bulan.
PENUTUP
Perpaduan dan integrasi dalam kalangan
rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang
demikian, semua rakyat dan kerajaan harus
bersama-sama memainkan peranan dalam
meningkatkan perpaduan untuk membina
sebuah bangsa yang terdiri daripada rakyat
yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu
serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak
yang bertanggungjawab perlu bijak dalam
menentukan hala tuju dan dasar sesebuah
negara untuk mewujudkan perpaduan di
dalam sesebuah negara.