The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by krishnanhema492, 2022-06-18 08:17:29

E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

HK E-FOLIO 1

Pertahankan Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Menghargai kepelbagaian budaya dan saling menghormati perbezaan agama ialah dua perkara yang sangat penting dalam
mencapai keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini demikian kerana menghormati budaya dan perbezaan agama
merupakan kunci utama ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dan agama telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sangat
unik. Rakyat diberikan kebebasan mutlak dalam mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing tanpa
sebarang kekangan, batasan mahupun halangan walaupun agama Islam diisytiharkan agama rasmi negara kita. Hak dan
kebebasan ini turut termaktub dalam perlembagaan dan menjadi asas untuk memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat
Malaysia.

Selain itu, perayaan setiap agama juga disambut secara besar-besaran. Malah ada negeri yang memberikan cuti umum untuk
menyambut perayaan-perayaan tersebut. Hal ini jelas membuktikan masyarakat Malaysia telah hidup dalam keadaan yang
harmoni dengan berpegang kuat kepada sifat toleransi yang tinggi dan setiap kaum juga menunjukkan sikap saling
menghormati antara satu sama lain. Sifat terpuji sebeginilah yang telah menjadi tunjang kepada kemajuan kita sebagai
sebuah bangsa yang berjaya.

Oleh itu, bukan mudah untuk mempertahankan warisan turun temurun ini. Malahan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang
terpaksa kita harungi dalam mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum tersebut. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab kita termasuklah generasi hari ini untuk mempertahankan keunikan tersebut dengan terus menyuburkan rasa
saling menghormati dan memahami budaya dan kepercayaan semua kaum di Malaysia.

49

Tujuan perpaduan

• Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata
lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan harmoni.

• Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai
jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman
dikalangan kaum di Malaysia

KEBAIKAN PERPADUAN

➤Dapat membangunkan ekonomi negara.
➤Dapat mengelakkan semangat assabiah.
➤Masyarakat kini hidup harmoni
➤Dapat mengekalkan kestabilan politik
➤Imej negara dimata dunia akan meningkat.

50

KEPENTINGAN PERPADUAN

Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya
akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya
mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat
yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara
daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dan negara bertambah
gah di persada dunia.

KESIMPULANYA

Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum
dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak,
adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar
ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan
dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya
perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

51

Terima Kasih

52

Rujukan

1 ) https://selongkar10.blogspot.com/2011/10/9-jenis-perayaan-perayaan-yang-
disambut.html
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Masakan_Melayu
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

53


Click to View FlipBook Version