PENGENALAN
• Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia
ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan
membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu
kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat
semenanjung. Kebanyakan kaum Cina
beragama Buddha, Taoisme atau Kristian,
berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih
dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada
populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam,
dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan
kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia,
tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mendefinisikan
Budaya Malaysia menerusi "Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971",
yang menentukan apa yang dianggap budaya rasmi, mendasarkannya
kepada budaya Melayu dan mengintegrasikan pengaruh Islam. Bahasa
yang sangat dipengaruhi ini; hanya teks Melayu yang dianggap sebagai
teks budaya rasmi. Kawalan kerajaan ke atas media adalah kuat, dan
kebanyakan saluran media berkaitan dengan kerajaan dalam beberapa
cara.
Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan
negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan kearah meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan
KEBUDAYAAN
PENGENALAN
Perkara yang saya dapat huraikan tentang Malaysia adalah ia
sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup
dengan aman dan harmoni. Kaum yang paling utama di
Malaysia adalah kaum melayu, cina, india. Penduduk melayu
merupakan kaum terbesar iaitu sebanyak 54% daripada populasi
di Malaysia. Melayu adalah kaum yang beragama islam yang
menggunakan bahasa rasmi mereka iaitu bahasa melayu dan
mengamalkan adat istiadat melayu secara turun temurun. Selain
itu, ada juga kaum lain yang berlainan agama seperti Budhha,
Kristian, dan lain lain. Mereka juga menggunakan bahasa
seperti mandarin, hokkien dan lain lain. Kaum india membentuk
sebanyak 7.5% daripada populasi. Kebanyakkan kaum india
beragama hindu, dan menggunakan bahasa tamil, Malayalam
dan hindu. Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan
bahasa, mereka tetap menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
rasmi Malaysia dan bahasa inggeris pula digunakan secara
meluas dalam berkomunikasi dengan negara luar.
DEFINISI
➢ Kebudayaan merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
keseniaan, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam,
teknologi, dan lain lain kebolehan serta kebiasaan yang
dikongsi oleh ahli masyarakat
➢ Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai pola tingkah laku dan
idea yang bersifat implisit (tidak dapat dilihat dengan nyata
dan memerlukan tafsiran seperti ideologi, adat resam ) dan
eksplisit (boleh dilihat secara langsung seperti cara makan
dan cara berpakaian)
➢ Cara hidup manusia yang mengandungi semua hasil ciptaan
manusia itu sendiri yang terdiri daripada budaya benda
(boleh dilihat, disentuh, dirasa dan mempunyai bentuk
fizikal seperti komputer) dan bukan benda (terhasil dalam
bentuk abstrak seperti teori, ideologi, formula dan falsafah)
KEPENTINGAN
➢ Proses pembangunan negara berperanan penting dalam
memupuk keperibadian Malaysia dalam pelbagai usaha
yang dijalankan untuk meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik
➢ Proses pembentukkan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan tersusun untuk melahirkan cara
hidup yang bersifat rasional
➢ Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Budaya
tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti
masyarakat Malaysia. Nilai murni menunjukkan bahawa kita
prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
CIRI-CIRI BUDAYA
Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti:
➢ Merupakan perkongsian suatu masyarakat
➢ Diperolehi melalui proses pembelajaran
➢ Tidak dapat berpisah dengan bahasa
➢ Kewujudan nilai-nilai tertentu
➢ Mengikut keadaan bentuk muka bumi
➢ Diwarisi secara turun temurun
JENIS-JENIS KEBUDAYAAN
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum. Antara tiga kaum di
Malaysia adalah
➢ Melayu
➢ Cina
➢ India
Pengenalan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Orang India
Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang
ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Sumber-sumber sejarah
membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zama keagungan Dinasti
Cholan. Kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum
Melayu, Cina. Kaum ini menyumbang ke ara pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di negara ini. Masyarakat India juga kaya dengan ciri – ciri kebudayaan.
Sejarah kaum india di malaysia
Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang
berhijirah dari India Selatan semasa pemerintah British di Tanah Melayu. Orang india telah
berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang ditulis
kurun ke lima atau empat sebelum masihi ( 2, 500 tahun dahulu ). Kedatangan mereka secara
berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan
Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan
penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan. Pada tahun 2005, orang india merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia ( sekitar 1.8 juta rakyat )
kelahiran
Semasa mengandung
Valaikaapu adalah dilakukan Ketika kandungan menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang diperbuat sama ada dari gelang logam dan emas. Upacara ini diadakan di rumah suami atau ibubapa
pada hari dan masa yang baik menurut calendar India. Setelah kelahiran anak, gelang tersebut akan dileburkan dan dibuat perhiasan bagi
bayi untuk dipakaikan pada hari pemberian nama.
Semasa Kelahiran
Ketika ini sami akan membisikkan Gayatri Manthiram iaitu sejenis mantera tuhan Hindu di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.
Kemudian ia akan dicacat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanac Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan
rohani bayi sehingga dewasa. Bagi ini juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak ‘sevvennai’ ( campuran
minyak bijan, lenga dan mambu ) juga kadangkala digunakan untuk memberi kecantikan dan menghindarkan penyakit.
Selepas Kelahiran
Membawa bayi pulang ke rumah pada hari ganjil iaitu ketiga,kelima, ketujuh dan sebagainya. Mandi selepas bersalin iaitu selang sehari
selepas bersalin. Ia menggunakan beberapa herba dan dedaun kemudian dididihkan bersama air. Rambut ibu dikeringkan dengan asap
kemenyan untuk mengelakkan sakit kepala, selsema dan untuk menyegarkan tubuh. Bagi pula dimandikan pada sebelah petang.
Mendodoi bayi iaitu dimulakan dengan ucapan atau cerita.
VALAIKAPPU
Upacara Perkahwinan
Thirumanam merupakan penyatuan atau perikatan suci melalui perkahwinan antara pasanagan suami isteri agar kekal
hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thirumanam, Tamil
Thirumanam, Diya Thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Sebelum
hari perkahwinan tersebut adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Partal dijalankan
terkebih dahulu dengan terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasanagan bakal pengantin
dengan cara tilikan dimanak Hindu seperti Gana Porutham, Mahendra Porutham, Yoni Porutham, Rasi Poruttam, Raju
Poruttam, Rasi Athipathi Porutham, Stree Dheerkha Porutham,Vasiya Porutamm, Vedha Porutham dan lain lain.
Mukuurtha Kall juga diadakn sebelum hari perkahwinan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara Niccayam ( ikat janji ) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dan dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil
sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Thali adalah merupakan lambang suci perkahwinan yang diikat oleh
pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan pada hari perkhawinan tersebut. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar
selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.
Kematian
Semasa Kematian
Ketika ini mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak dinyalakan.
Kemudian sebiji kelapa tersebelah dua dan sirih pinang diletakan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapurbarus diasapkan sebagai
symbol ketenangan jiwa si mati.
Memandikan ayat
Dilakukan oleh kaum lelaki yang ada hubungan kekeluargaan. Mereka akan membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut
diperolehi dari sungai, perigi, atau lain- lain kecuali air paip. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut dan digunakan untuk
memandikan mayat. Mayat dimandikan oleh orang yang telah berumur. Minyak dan araippu digunakan digunakan menyapu kepala
sebagai mandian terakhir. Setelah itu, mayat dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat
lelaki.
Acara menanggalkan thaali
Dilakukan dengan cara seorang isteri duduk di sebelah si mati dan dijurus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan.
Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan bunga tersebut akan dikalungkan pada si mati pula. Seterusnya seorang wanita
yang sudah berumur dan ade hubungan kekeluargaan dengan si mati akan memegang tangan si mati sambal mengalungkan kalungan
bunga ke leher balu tersebut sebanyak tiga kali. Akhirnya balu tersebut akan meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi
minyak, bunga dan susu. Ini bertujuan seolah- olah suami membuang thaali dari leher balu tersebut.
UPACARA PERKHAWINAN KEMATIAN
Perayaan
1) Gokul Ashtami
Disambut pada hari lahir Lord Krishna Gokul Ashtami adalah hari yang sangat bertuah untuk penganut Hindu di seluruh
dunia. Lord Krishna adalah salah satu avatar terkenal Tuhan Vishnu dan tuhan yang mulia ini anka kepada Raja
Vasudeva dan Permaisuri Devaki. Gokul Ashtami disambut pada hari kelapan separuh gelap bulan Bhadrapada yang
datang terutamya pada bulan Ogos atau September. Pada hari yang bertuah Gokul Ashtai, penganut menghias rumah-
rumah mereka, menyediakan gula-gula untuk menawarkan kepada dewa dan jejak kanak-kanak dari pintu ke bilik solat.
Buter dipercayai menjadi kegemaran Lord Krishnan ini juga ditawarkan semasa Gokul Ashtami. Shrikandh sesuatu jenis
gula disediakan pada ketika ini. Penganut meraikan hari Gokul Ashtami ini dengan kegembiraan yang besar. Terdapat
bacaan ‘Bhagavatam’, menyanyi dan berdoa di mana-mana. Kuil- kuil yang dihias untuk majlis itu, Kirtans dinyanyikan
loceng dibunyikan, daun telinga ditiup, dan pujian Sanskrit dibacakan dalam memuji Lord Krishna.
2 Maha Shivarathiri
Maha Shivarathi ialah perayaan Hindu yang disambut setiap tahun sebagai penghormatan
kepada dewa Shiva. Nama itu juga merujuk kepada malam ketika Dewa Shiva
mempersembahkan tarian syurga. Terdapat Shivarathiri dalam setiap bulan luni-solar
dalam calendar Hindu. Ia adalah perayaan utama daam agama Hindu dan perayaan ini
adalah khusyukdan menandakan peringatan ‘mengatasi kegelapan dan kejahilan’ dalam
kehidupan dan dunia. Ia diperhatikan dengan mengingati Dewa Shiva dan melantunkan doa
berpuasa dan bermeditasi ada etka dan kebajikan seperti kejujuran, tidak mederakan orang
lain, amal, pengampunan dan penemuan Dewa Shiva. Para penyembuh yang bersemangat
berjaga sepanjang malam dan juga lain elawat salah satu kuil Shiva atau pergi ziarah ke
Jyotirlingams.
3) Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ‘ aippasi’ pada bulan Oktober
dan November. Deepavali bermaksud ‘ sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan
mandi. Kemusian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil- kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke
rumah kaum keluarga. Kebiasanya, surirumah akan menyedikan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa Bersama
apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan ruah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada
tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
4) Ponggal
Ponggal merupakan perayaan menuai yang disambut selama empat hari pada Thai di dalam
kalendar kaum india. Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil tuaian ditujukan
kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai.
Bulan Thai merupakan bulan ke-10 di dalam calendar kaum india. Bulan ini, disambut dengan
hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran di tahun-
tahun akan datang. Bulan Thai juga sangat sesuai untuk perkahwinan. Rumah- rumah dihias
dengan daun mangga dan lantai dihiasi dengan corak-corak yang dilukis menggunakan tepung
beras atau beras berwarna. Ada juga yang mengikat batang tebu di luar rumah mereka.
5) Tamil New Year ( Puthandu )
Puthandu juga dikenali sebagai puthuvarusham atau Tahun Baru Tamil, adalah hari pertama tahun pada calendar Tamil.
Tarikh festival ditetapkan dengan kitaran solar lunisolar Kalendar Hindu seperti hari pertama bulan Tamil Chithirai. Sambutan
hari pertama tahun baru Tamil tradisional pada pertengahan bulan April oleh orang-orang yang bersal dari Tamil di Tamil
Nadu dan Puducherry di India, dan oleh penduduk Tmil di Malaysia, Singapura dan Srilanka. Orang memberi salam antra
satu sama lain paa hari ini dengan berkatanya ( Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal ). Tamilians percaya bahawa ia
adalah pada hari Tamil bahawa Tuhab Brahma memulakan Penciptaan dunia.
6) Thaipusam
Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang India.Perayaan ini merupakan suatu
perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. PerayaanThaipusam disambut pada malam
hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai.Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa.
Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh
empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di
Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu
di sini.
7) Panguni Uthiram festival
Perkhawinan Parvati dan Prameshwara, Muruga dan Devasena dan boleh dipercayai dan Rangamanna berlaku pada hari ini. Dalam bulan
Mac /April. Bulan ini adalah istimewa kerana bintang ‘uthiram’ dan ‘pourami’ yang berlaku serentak.
8) Vishu
Bagi masyarakat keturunan Malayali atau Malayalam, sambutan tahun barunya dikenali sebagai Vishu . Walaupun pada
asalinya dirayakan penduduk keturunan Malayali di Kerala, India kini Vishu diraikan masyarakat Malayali di seluruh dunia.
Sebagaimana majoriti penduduk kaum India , masyarakat Malayali juga mementingkan amalan melihat objek suci sebagai
objek pertama pada subuh hari perayaan . Amalan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa sekiranya seorang individu
melihat objek uci pada pagi hari perayaan, maka hidupnya akan bahagia dan mendapat rezeki yang melimpah-limpah.
Pakaian Kaum India
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini doperbuat daripada daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkhawinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang Panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang
dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik
kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai
oleh golongan ceti.
Bagi kaum perempuan Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai
pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semester hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hinnga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang jarang
dan lembut.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang juga popular di kalangan wanita di utara india, terdiri daripada blaus
Panjang yang dipadankan dengan seluar Panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
.
.
Makanan kaum india
Muruku-Muruku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini
juga barasal dari negara India. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan seebagai makanan ringan..
TOSAI-Tosai mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dossay ,dose, dosai, thosai ataupun chakuli.
Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini
sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.
IDLI- Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave,atau sambar idli. Ia dimakan sebagai
sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan
lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mugno dan nasi.
Ulundu Vadai- Ulundu Vadai pula merupakan seenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda
dengan lubang ditengah. Ia sedap dimakan bernama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak
yang banyak.
NASI BERIYANI- Satu lagi hidangan berasal dari India ialah Nasi Beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yanag
menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-
kaum yang lain. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal
atau pelekat. Pelbagai minuman berasakan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.
MURUKU IDLI THOSAI
BERIANI
ULUNDU
VADAI
Muzik
DHOLAK- Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan
menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil
pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan
rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Sitar- Satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali.
Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis
buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat
muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.
VEENAI- Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu,
dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam
dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada
pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah
tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.
DHOLAK SITAR
VEENAI
Permainan
KHO-KHO- Merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal
dari Maharastra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan
bahawa. Kho-kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan
berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta
pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti
ketaatan, disiplin, kesukanan, dan kesetiaan antara ahli pasukan.
KABADI- Sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di
Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan
juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera
British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia
British.
.
Chaturangam- Asal usul catur moden mula dikenali dengan nama Chaturang yang berkembang di India pada abad
ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalan dua pihak yang bermain, perbezaan buah catur dengan kekuataan
yang berbeza dan kemenangan bergantung pada buah terakhir atau dalam catur modern dengan menyumbangkan sang
raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau lebih.
KHO-KHO CHATURAGAM
KABADDI
KAUM CINA
PENGENALAN
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar
di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan
politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Masyarakat ini
menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. Sambutan Tahun
Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-
mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang
berlebihan. Biasanya orang yang sudah berkahwin wajib
memberikan ang pau kepada orang muda dan kanak-kanak.
SEJARAH
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari
China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.
Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja
sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured
labour), dikenali sebagai kuli (苦力, "kuasa susah-payah").
Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan
didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di
Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-
kira sejuta sekitar tahun 1949.
ADAT RESAM
KELAHIRAN
SEBELUM KELAHIRAN
Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan
kegiatan seharian mereka. Masyarakat Cina juga amat
mementingkan anak lelaki, ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
SELEPAS KELAHIRAN
Di samping itu, pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang
diamalkan oleh wanita Cina semasa mengandung dan selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa
kejadian buruk. Sebagai contoh, wanita mengandung dilarang
melakukan kerja-kerja memaku kerana dikuatiri bayi yang lahir
akan mengalami kecacatan. Mereka juga terpaksa berpantang
selama 40 hari selepas melahirkan anak. Seperti masyarakat
melayu, mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut
mencapai umur sebulan. Masyarakat Cina juga mengamalkan
adat mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut
rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.
PERKAHWINAN
MERISIK
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis
yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang
nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan
rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian
masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan
tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
MEMINANG
Setelah kedua-kedua pihak berpuas hati dengan latar belakang
keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil
tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki
tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan
maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu
kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan
berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala
permintaan daripada pihak perempuan. Setelah kedua-dua pihak
sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin barulah
adat bertunang dijalankan.
BERTUNANG
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuian dengan bintang kelahiran kedua
pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan mengalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan
untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membuktikan
persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur
dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak akan mengadakan persediaan.
Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.
Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai
kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di pejabat pendaftaran perkahwinan. Di
antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak
menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta
dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan
dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin
tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
MAJLIS PERKAHWINAN
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua
belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan
perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan
lelaki dihias indah. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. Seterusnya pengantin lelaki akan
bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama
buat kali pertama. Upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Kemuncak upacara perkahwinan
masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran sama
ada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin. Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan
iaitu Keat Foo Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
PAKAIAN
CHEONGSAM SAMFOO
- Cheongsam atau ‘pakaian panjang’ - Samfoo bermaksud ‘baju dan seluar’
dipakai oleh wanita keturunan cina. Dalam dialek Kantonis.
PERAYAAN
- Memberi angpau dalam jumlah genap
- Tema tahun baru Cina adalah warna merah
- Memberi limau mandarin kepada tetamu
- Tarian Naga
MAKANAN TRADISI
- Bak Kut Teh - Jiaozi / Dumplings - Kuih Bulan
Adat kaum melayu
• Dari segi hukum adat,dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk melayu di tanah
melayu ,iaitu adat perpatih dan adat temenggung .adat ini menekankan konsep
demokrasi dan muafakat .oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak.Dalam adat ini
juga,perwarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan .Adat temenggung
menjadi amalan masyarakat melayu seluruh semenanjung kecuali negeri
Sembilan.adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada
kaum lelaki.Selain itu,adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak daripada
agama islam
• Kaum melayu atau masyarakat melayu terkenal dengan kesenian mereka ,antara
kesenian mereka yang amat dikenali adalah wayang kulit.Wayang kulit merupakan
persembahan bayangan patung yang menggunakan Bahasa Melayu-Siam Selatan.Seni
hiburan ini popular di Pantai Timur serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada
Hindu dan Islam
Perayaan
• Terdapat beberapa perayaan yang disambut oleh kaum melayu antaranya;
• Pertama, terdapat pelbagai perayaan
keagamaan yang disambut oleh kaum Melayu
contohnya, perayaan Aidilfitri. Perayaan Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut setahun
sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut
kalender Islam. Perayaan ini diraikan sebagai hari
kemenangan dan hari kegembiraan setelah semua
umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan
Ramadan mengikut kalendar Islam, iaitu bulan
sebelum bulan Syawal.
• Kedua, Hari Raya Aidiladha dikenali juga sebagai Hari Raya
Korban dan Hari Raya Haji yang merupakan perayaan agama
yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini
menandakanberakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di
Mekah iaitu sehari selepas Jemaah
haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-orang Islam akan
menyambutnya padatanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Selain itu, umat Islam akan mengorbankan binatang bagi mengenangkan
kesanggupan Nabi Ismail mengorbankan diri demi ketaatan kepada Allah.
Ketiga, Sambutan Maulidur Rasul yang
merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad
SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang
jatuh pada Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah
bersamaan 20 April 571. Baginda merupakan
nabi terakhir yang diutus oleh Allah. Tapak
keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang
dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di
seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW
dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti
perarakan, ceramah dan sebagainya.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah
pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi
mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada
antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab,
Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional
Melayu di Malaysia.
Antara pakaian tradisional kaum melayu
Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan alah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada
lelaki Melayu. dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki
juga dikenali juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk
Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju negara Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. Terdapat dua
(kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga Johor dan Baju Kurung
dilengkapi dengan samping dan songkok Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak
mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis
Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya
belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini
dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka
bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.
pakaian adat. Baju Melayu juga merupakan pakaian
rasmi Malaysia
Baju melayu juga dipakai Ketika menyambut hari raya .
MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU
• Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain telah
hidup bersama sejak beberapa generasi lalu. Pelbagai kaun yang
berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain,
menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum
terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri
Sabah
dan Sawarak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik pribumi
masing-
masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Hari ini,
kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi
lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada
orang
Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu
pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu
mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.
1.NASI LEMAK
• Nasi lemak merupakan makanan kegemaran
bagi orang Malaysia dan
Singapura terutamanya sebagai sarapan
pagi. Nasi lemak merujuk
kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun
pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya. Kaum
melayu makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng
dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan
disajikan bersama nasi
lemak seperti
ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati
lembu.
2.LEMANG
• Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai.
Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada
pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah
direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan
tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh
dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan
buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
3.PUTU PIRING
Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan
sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang
berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena
bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih
sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan
diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan
inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu
piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.