The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku log ini dihasilkan oleh Jullianne Michelle Anak Jonna PISMP BM SK2 Semester 5.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JULLIANNE MICHELLE ANAK JONNA IPG-Pelajar, 2024-04-28 09:21:16

BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI

Buku log ini dihasilkan oleh Jullianne Michelle Anak Jonna PISMP BM SK2 Semester 5.

Keywords: Pandu Puteri

CARTA ORGANISASI PPK IPGM KAMPUS GAYA


PENAUNG YBRs. Dr. Mohd Azam Bin Ahmad YDP CAWANGAN Dr. Zanariah Binti Ibrahim KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Dr. Siti Rosni Binti Mohamad Yusoff TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Dr. Noor Habibah Binti Kaderan SETIAUSAHA KEHORMAT Pn. Shahaliza Binti Halim BENDAHARI KEHORMAT Dr. Noor Habibah Binti Kaderan PESURUHJAYA BAHAGIAN PJ BAHAGIAN TUNAS Dr. Hjh Zainab Binti Nawab Khan PJ BAHAGIAN KLOVER PJ BAHAGIAN TREFOIL GUILD PJ BAHAGIAN TREFOIL GUILD JAWATANKUASA PPK IPGM KPM


PESURUHJAYA PERKEMBANGAN PJ KEAHLIAN Cik Luvrina Binti Jamaludin PJ LATIHAN Pn. Ruziaton Binti Jamros PJ PROGRAM Dr. Sholehah Binti Ismail PJ ANTARABANGSA Dr. Christina John PJ STRUKTUR DAN PENGURUSAN Dr. Thirumagal A/P Nakar Salapan PJ KEMASYARAKATAN PJ DANA PJ KAMPUS


MAJLIS TADBIR MATLAMAT Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain untuk mencapai matlamat dan kepentingan negara. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing. Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasana, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli. Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta pihak pengurusan yang berkaitan.


JAWATAN DAN PERANAN PENGERUSI Bertanggungjawab menguruskan, membangunkan, mentadbir kegiatan persatuan. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan. Menandatangani minit mesyuarat semasa disahkan. Menyediakan tugas dan menyelia AJK Persatuan Menentukan akaun persatuan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke cawangan. Memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi. NAIB PENGERUSI Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Mengambil alih jawatan Pengerusi sehingga Pengerusi baharu dilantik (mantan Pengerusi meletakkan jawatan)


Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan persatuan. Membantu Pengerusi menyediakan tugas AJK Persatuan. SETIAUSAHA Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara perhubungan dengan badanbadan kerajaan, swasta, pertubuhan lain. Memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk jawatankuasa Pengerusi terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. PENOLONG SETIAUSAHA Membantu setiausaha menjalankan segala tugas Bekerjasama bersama setiausaha.


Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan peruntukan tahunan dan penyata kewangan. Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat persatuan termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran. BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyedia Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulan dan tahunan. Menyimpan dan merekod segala harta persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat Menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemukakan pada Mesyuarat Agong Persatuan.


ENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BAHAGIAN


PATROL Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program bercorak pendidikan bukan formal. Matlamat pendidikan bukan formal tersebut adalah ‘Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan’. Untuk mencapai matlamat ini, didikan dan latihan diberikan adalah melalui Program Pandu Puteri yang mengutamakan sistem patrol (patrol system). Program Pandu Puteri digubal berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri dengan tujuan supaya ahli: Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Program ini memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Ahli digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi PANDU PUTERI RAJA dan Pemimpin digalakkan mendapat MUTIARA PEMIMPIN.


SISTEM PANGKAT Lambang Rumah Kecil Lambang Kraf Kayu Lambang Khidmat Lambang Persahabatan Sedunia Lambang Seni Lukis dan Kerja Tangan


ERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM PPK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN


Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan PPK PERANCANGAN PROGRAM Penubuhan / Pendaftaran Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan PPK Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan PPK Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan PPK, merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan PPK


Menyediakan keperluan asas pentadbiran Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan PPK


Menyedia, mengumpul, menyemak dokumentasi pelaksanaan program Melaksanakan Skema Penilaian Program PPK untuk setiap pelajar Merancang dan melaksanan kursuskursus kejurulatihan Meneroka dan mewujudkan peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan PPK Pembentukan Unit Organisasi PPK Unit Kanak-kanak Guru besar akan memberikan nasihat dan pandangan.


AJK peringkat unit (sekolah rendah) akan dilantik Penaung ialah Guru Besar Satu pasukan dianggotai 12 atau lebih orang murid Seksyen dalam satu-satu pasukan boleh ditambah berdasarkan bilangan kekuatan ahli dengan satu seksyen tidak melebihi 8 orang. Mesyuarat Pertama Guru Penolong Kanan Kokurkulum akan menjemput wakil cawangan Pandu Puteri untuk memberikan ceramah dan manfaat menjadi ahli Pandu Puteri. Pendaftaran Pendaftaran ahli Perancangan aktiviti tahunan Ikrar Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri 22 Februari setiap tahun Pakaian seragam Pandu Puteri dipakai pada hari tersebut. Ucapan atau utusan Pandu Puteri kepada dunia dilafazkan.


Kawad kaki dilakukan. LATIHAN KAWAD KAKI Ceramah Ceramah tentang kesihatan dan kebersihan Lawatan/Khidmat Masyarakat Penyayang Melawat ke Rumah Kebajikan, hospital atau pejabat Pandu Puteri Negeri Kraftangan Perkhemahan Melakukan perancangan awal, memilih lokasi (sekolah/luar sekolah) dengan keizinan serta merancang perbelanjaan Khemah disiapkan di kawasan sekolah/menginap dalam bangunan sekolah Menitikberatkan aspek semasa tiba, sepanjang perkhemahan dan sebelum meninggalkan tapak. Menyediakan alatan khemah Mendirikan/memasang/membongkar khemah


Membuat kraftangan sebahagian dairpada aktiviti perkhemahan Ujian & Laporan Prestasi Ahli-ahli oleh Guru Pemimpin Untuk Penilaian Kecekapan Lencana Kem Kraf Guru Besar menyampaikan lencana. Pertolongan Cemas Junior 12 Jam Sukatan Pelajaran Teori & Praktikal Ujian pertolongan cemas Penilaian Ujian semula jika gagal Penyampaian lencana Keselamatan Di sekolah, rumah, jalan raya Pegawai pemimpin menguruskan ceramah berkenaan atau melibatkan murid dalam program yang sama dianjurkan oleh pihak NGO atau kerajaan secara bersepadu.


Membuat kraftangan sebahagian dairpada aktiviti perkhemahan Persahabatan & Persefahaman Antarabangsa Alat-alat perhubungan, kad setem, album pasukan, folio, kad ucapan, kaset, slaid Hidup bermasyarakat, sayang keluarga, masyarakat Penilaian Lencana Kecekapan Disiplin Mematuhi peraturan dalam Pandu Puteri Menghormati pegawai dan pemimpin Pengurusan masa Tatacara berpakaian Jenis pakaian Lencana pangkat dan anugerah Kepimpinan


BULAN AKTIVITI TARIKH Januari 1. Mesyuarat agung 2. Perlantikan AJK 17 Januari 2024 Februari 1.Pembahagian Kumpulan Berenam Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka, Kenanga Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kesidang Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Cempaka Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kenanga Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga 7 Februari 2024 PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH


BULAN AKTIVITI TARIKH 2. Pengenalan kepada pakaian Pandu Puteri Tunas Kemeja hijau berlengan panjang Seluar panjang biru tua Skaf (berwarna coklat) Lambang kumpulan Lambang negeri Woggle Lencana dunia Shoulder Flashes Stoking hitam Kasut hitam Tudung hitam 3. Penyediaan buku log (biodata, mewarna lencana pandu puteri tunas, pakaian seragam dan lambang kumpulan) 4. Susunan/Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas 1.Biodata/Profil diri 2.Lencana Dunia 3.Lencana Pandu Puteri Tunas Lambang Kumpulan Berenam sendiri 4. 5.Peringkat Pra-Persetiaan 6.Peringkat Calit Emas 7.Peringkat Tangan Emas 8.Skim Lencana Kecekapan Mac Prapersetiaan (Lafaz IKrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas) 1. Undang-undang Pandu Puteri Tunas 2. 3.Cogan kata Pandu Puteri Tunas Menyenaraikan sumbangan sebagai Pandu Puteri Tunas (kepada masyarakat, di rumah dan di sekolah) - Perbincangan kumpulan/pembentangan 4. 13 Mac 2024


BULAN AKTIVITI TARIKH April 1. Hormat dan syarat Berjabat tangan Pandu Puteri Tunas 2. Projek satu jasa bakti sehari (mewarna lilin kek harijadi) menggunting, menyusun dan menampal gambar. Menamakan dua jenis kemahiran rumah tangga yang boleh dilakukan berdasarkan gambar. 17 April 2024 Mei Aktiviti rumah tanggamemasak/menghias makanan 1. Cadangan: mee segera goreng, roti, sosej (hiasan: cili, tomato, timun, sos, mayonis, bawang besar) 13 Mac 2024 Jun 1.Perihal keluarga Melukis gambar keluarga Menyenaraikan nama ahli keluarga, perhubungan, apa yang digemarinya dan apa yang dilarangnya. 12 Jun 2024 Julai Bendera negara Malaysia, bendera negerii 1. Menyenaraikan maksud warnawarna bendera 2. Keselamatan jalan raya Bila dan di mana boleh menyeberang jalan, peraturan bagi penunggang basikal/bas (peta minda) 17 Julai 2024 Ogos 1. Simpulan Pengenalan kepada simpulan Buku SIla, Bunga Geti, Lilit Dua SImpul, Lilit Pemati Mudah, Ikatan Pemukat dan Lilit Manuk 2.. Melipat pakaian- belajar cara melipat pakaian dengan betul 14 Ogos 2024


BULAN AKTIVITI TARIKH September 1. Kesihatan diri Penjagaan gigi, penjagaan rambut, tangan dan kuku 2. Pengimbangan (15 minit) Berpeluk tubuh dan kaki bersilang, berdiri dan duduk dengan gaya yang baik. 3. Aktiviti Sukaneka (1 jam) mengimbang bola tenis diatas papan/buku teks skipping membaling dan menangkap bola 11 September 2024 Oktober 1.Menanam dan menjaga tumbuhan Murid diberikan benih/bebawang/kekacang Murid belajar cara menanam dengan betul 2. Penyediaan minuman 3. Khidmat masyarakat membersihkan kawasan sekolah/kelas/taman di sekolah 16 Oktober 2024 November 1. Kemahiran Rumah Tangga Menjahit- jelujur/lilit ubi Menjahit butang lubang 2, butang lubang 4 Mengasilkan batu seremban 15 November 2024 Disember Sambutan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 1. 18 Disember 2024


MINGGU KANDUNGAN TARIKH 1 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Pandu Puteri 1. Pendaftaran ahli Folio/buku log/laporan aktiviti Pembentukan jawatankuasa Pakaian seragam Takwim dan perancangan aktiviti pasukan Peranan dan tanggungjawab pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang 8-12 Januari 2024 2 2. Prinsip Asas Pandu Puteri Dasar pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia 15-19 Januari 2024 3 3. Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi Sejarah perkembangan i) Riwayat hidup pengasas ii) World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) iii) Asia Pasifik iv) Persatuan Pandu Puteri Malaysia v) Hari Peringatan Sedunia 22-26 Januari 2024 4 3. Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi 29 Januari - 2 Februari 2024 PERANCANGAN MINGGUAN PROGRAM UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI


MINGGU KANDUNGAN TARIKH Struktur organisasi i) Persatuan Pandu Puteri Malaysia ii) Persatuan Pandu Puteri Cawangan iii) Pasukan Pandu Puteri Kadet iv) Pasukan Pandu Puteri Tunas v) Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip 5 4. Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT) i) Prinsip asas PPT ii) Anugerah TOPAZ I, TOPAZ II, TOPAZ III iii) Skim lencana kecekapan iv) Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Cawangan v) Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Merancang program/aktiviti 5-9 Februari 2024 6 Cuti Pertengahan Semester IPG 10-18 Februari 2024 7 5. Kawad dan Istiadat Pandu Puteri (BAHAGIAN 1/2) Kawad asas Istiadat ladam kuda Istiadat menaikkan dan menurunkan bendera 19-23 Februari 2024 8 5. Kawad dan Istiadat Pandu Puteri (BAHAGIAN 2/2) Perlantikan Pandu Puteri Kadet Istiadat Pandu Puteri Tunas i) Lingkungan Pandu Puteri Tunas ii) Perlantikan iii) Hormat besar iv) Pow Wow v) Terbang naik vi) Penutupan mesyuarat pasukan 26 Februari1 Mac 2024


MINGGU KANDUNGAN TARIKH 9 6. Kesukarelawan (BAHAGIAN 1/2) Konsep Kepentingan Jenis aktiviti kesukarelawan 4-8 Mac 2024 10 6. Kesukarelawan (BAHAGIAN 2/2) Pelaksanaan program/aktiviti 11-15 Mac 2024 11 7. Kemahiran Asas Pandu Puteri (BAHAGIAN 1/5) Simpulan i( Tali temali -Buku sila, simpul manuk, bunga geti, tindih kasih, simpul balak, simpul belit 18-22 Mac 2024 12 7. Kemahiran Asas Pandu Puteri (BAHAGIAN 2/5) Ikatan i) Seraya, serong, lilit kacang, silang tungku, silang gunting 25-29 Mac 2024 13 7. Kemahiran Asas Pandu Puteri (BAHAGIAN 3/5) Gajet i) Tujuan dan kwpentingan ii) Jenis dan kegunaan 7. Kemahiran Asas Pandu Puteri (BAHAGIAN 4/5) Masakan Solar i) Prinsip ii) Peraltan- dapur solar iii)Kaedah memasak iv) Menu 1-5 April 2024 14 CUTI KHAS PERAYAAN 6-14 April 2024


MINGGU KANDUNGAN TARIKH 15 7. Kemahiran Asas Pandu Puteri (BAHAGIAN 5/5) Bantu mula i) Tujuan dan prinsip ii) Kit bantu mula iii) Anduh dan balutan iv) Merawat luka dan gigitan v) Melecur, pitam dan patah vi)Keracunan dan terseliuh viii) Pemulihan pernafasan 15-19 April 2024 16 MINGGU ULANGKAJI 22-26 April 2024 17 MINGGU ULANGKAJI 27 April-5 Mei 2024 18 MINGGU PEPERIKSAAN 6-18 Mei 2024


PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAPORAN MINGGU 5 Tarikh: 7 Februari 2024 Hari: Rabu Aktiviti: Amali (Oleh Dr. Christina dan Pn. Carlmilla) Kawad Asas, Istiadat Ladam Kuda, Istiadat menaikkan dan menurunkan bendera Pada 7 Februari 2024, hari Rabu iaitu Minggu 5 semua kadet Pandu Puteri berkumpul di Dewan Auditorium IPGM Kampus Gaya. Perjumpaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Dunia. Aktiviti amali pada hari tersebut dikendalikan oleh Dr. Christina John dan Puan Carlmilla yang meliputi komponen kawad asas, istiadat Ladam Kuda serta istiadat menaikkan dan menurunkan bendera. Untuk melaksanakan aktiviti amali ini, terdapat pembahagian tugas antara patrol. 3 patrol telah dipilih untuk menjalankan kawad kaki seperti patrol Kesidang, Cempaka dan Teratai. Selain itu, 2 patrol iaitu Siantan dan Kenanga menjalankan ladam kuda. Akhir sekali, patrol Melur menjalankan istiadat menaikkan dan menurunkan bendera.


PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAPORAN MINGGU 8 Tarikh: 28 Februari 2024 Hari: Rabu Aktiviti: Slot 1 (Pelantikan PPK) Slot 2 (Kuliah Kesukarelawan) Pada 28 Februari 2024, perjumpaan diadakan di hadapan Dewan Auditorium IPGM Kampus Gaya dan dimulakan dengan nynayian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Dunia. Kemudian, Slot 1 dikendalikan oleh Dr. Christina yang meliputi pelantikan PPK. Untuk pelantikan ini, kadet melafazkan ikrar Pandu Puteri di hadapan Dr. Christina dan disahkan pelantikan mereka. Seterusnya, Slot 2 dikendalikan oleh Puan Roselyn yang meliputi komponen kuliah kesukarelawan. Terdapat tugasan tutorial kuliah kesukarelawan diberikan dan perlu dihantar sebelum atau pada 1 Mac 2024 jam 5 petang.


PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAPORAN MINGGU 10 Tarikh: 13 Mac 2024 Hari: Rabu Aktiviti: Belajar ikatan dan simpulan Pada 13 Mac 2024, setiap kumpulan diminta untuk menyediakan tali masing-masing. Mereka akan membentang dan menunjukkan cara-cara melakukan ikatan dan simpulan yang telah dibahagikan mengikut kumpulan. Simpulan Simpul Manuk- Teratai Bunga Geti- Melur Simpul Belit- Kesidang Simpulan Tindih Kasih- Cempaka Simpul Balak- Kenanga Buku Sila- Siantan Ikatan Serong- Teratai Silang Tungku- Melur Silang Gunting- Kesidang Seraya- Cempaka Silang Gunting- Kenanga Lilit Kacang- Siantan


PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAPORAN MINGGU 11 Tarikh: 20 Mac 2024 Hari: Rabu Aktiviti: Kesukarelawan Lokasi: Taman Ujana Rimba Pada 20 Mac 2024, aktiviti kesukarelawan diadakan di Taman Ujana Rimba. Pada hari tersebut, kadet memakai baju T biru Pandu Puteri kerana pengisian kesukarelawan tersebut adalah membersihkan kawasan taman. Alatan yang digunakan adalah seperti plastik sampah besar dan penyapu daun kering. Semua kadet bertugas dalam patrol masing-masing. Akhir sekali, semua kadet mendapat satu pek makanan dan minuman yang disediakan sebagai ‘buah tangan’.


PELAKSANAAN PROGRAM DAN LAPORAN MINGGU 12 Tarikh: 27 Mac 2024 Hari: Rabu Aktiviti: Pembentangan Kumpulan Pada 27 Mac 2024, perjumpaan Pandu Puteri diadakan di Dewan Auditorium IPGM Kampus Gaya dan dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu. Pengisian pada hari tersebut adalah pembentangan kumpulan bagi ikatan Seraya, Serong, Lilit Kacang, Silang Tungku dan Silang Gunting. Setiap kumpulan menghantar 2 orang wakil untuk berdiri di hadapan dan menunjukkan demo ikatan.


Click to View FlipBook Version