The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul pembinaan pemimpin
MAAHAD TAHFIZ AD-DAIE WAL DINIAH (MADANI)
Untuk maklumat lanjut:
Azmi 0194744343

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmibhr, 2022-03-07 20:37:21

Pemimpin Sohibul Quran

Modul pembinaan pemimpin
MAAHAD TAHFIZ AD-DAIE WAL DINIAH (MADANI)
Untuk maklumat lanjut:
Azmi 0194744343

Keywords: Pemimpin,Tarbiah,Tahfiz

‫معهد الداعي و الداعية لتحفيظ‬
‫القرآن‬

MAAHAD TAHFIZ AD-DAIE WAL
DINIAH (MADANI)

Lot 172 Kampung Ayer Hitam
36030 Teluk Intan, Perak

Modul Pemimpin
Sohibul Qur’an

Pembinaan Generasi Pemimpin Berasaskan Al Qur’an & Sirah

Azmi Bahari Modul Kepimpinan

Kandungan

Modul Pemimpin Sohibul Qur’an ................................................................................................... 2
Pengenalan ........................................................................................................................................... 3
Senario .................................................................................................................................................. 4
Matlamat .............................................................................................................................................. 5
Objektif................................................................................................................................................. 5
Pendekatan .......................................................................................................................................... 5
Penilaian & Mutaba’ah ...................................................................................................................... 6
Modul-Modul Utama ......................................................................................................................... 6
Senarai Modul...................................................................................................................................... 9

Modul 1 : Mengenali Pemimpin............................................................................................... 9
Modul 2: Menjiwai Kepimpinan............................................................................................... 9
Modul 3: Pembinaan Karakter..............................................................................................10
Modul 4: Pemimpin & Organisasi .........................................................................................10
Modul 5: Pemimpin & Keluarga............................................................................................10
Modul 6: Pemimpin & Masyarakat.......................................................................................10
Modul 7: Pemimpin & Ummah..............................................................................................11
Penutup ......................................................................................................................................11
Profil Penyusun & Pelaksana Modul............................................................................................12

1|Pemimpin Sohibul Qur’an

Modul Pemimpin Sohibul Qur’an

Modul ini disusun khas untuk pelaksanaan pendidikan dan latihan
kepimpinan di Maahad Tahfiz Ad-Daie Wal Diniah [MADANI]. Para
pelajar akan melalui modul ini secara bertahap disepanjang 6 tahun
tempoh pengajian mereka di MADANI.
Terdapat 6 modul yang akan dilaksanakan secara bersepadu dan
komprehensif. Modul 1-6 ini tidak disusun mengikut tingkatan
(tingkatan 1-6) tetapi berdasarkan objektif keseluruhan yang ingin
dicapai.
Pelaksanaan modul mengikut tingkatan adalah berpandukan modul
lengkap berserta kandungan modul mengikut tingkatan. Modul ini akan
diupdate dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan
semasa.
Modul ini disusun untuk melahirkan generasi Pemimpin Berasaskan Al
Qur’an & Sirah .
Semoga hasrat ini diberkati Allah SWT dan dapat dilaksanakan dengan
taufik dan hidayahNya. Amin ya rabbal ‘alamin.

2|Pemimpin Sohibul Qur’an

Pengenalan

Islam sejak dari awal menekankan tarbiah qiyadiah (Pendidikan Kepimpinan)

sebagai asas pembinaan ummah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al

Baqarah ayat 30:

‫يُ ْف ِس ُد‬ َ‫قَأَاََتَْلعَإِلُِِّنفِيأََهعْالَمُمَ ْنم‬ ‫قَالُوا‬ ۖ ‫إَِوََِِّننْ ُن َجناُعَِسبِِلٌحُِفِِبَا ْْملَدِْر َكِضَونَُخقَلِيِدَِفةًُس‬ َِ‫َوَيرَبُّ ْسَكفِ لُِلكْ َمالََلِدِئِمَاَكءة‬ ‫َوإِذْفِيقَاَه اَل‬
‫ا َل‬ ۖ ‫لَ َك‬
‫تَعْلَ ُمو َن‬
30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku

hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa

Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat

kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih

dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya

Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

Dan juga hadith Rasulullah SAW

‫ والرجل راع ِف أهل‬،‫ فالإمام راع ومسئول عن رعيته‬،‫كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته‬
‫ والخادم راع ِف‬،‫ والمرأة راعية ِف بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها‬،‫بيته ومسئول عن رعتيه‬

.‫ وكلكم راع ومسئول عن رعيته‬،‫مال سيده ومسئول عن رعيته‬

“Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya dari yang dipimpin itu;
Imam (seorang pemuka) pemimpin, dan akan ditanya dari yang dipimpinnya (dan
tanggungjawab terhadap rakyatnya). Dan orang lelaki pemimpin keluarganya, dan
akan ditanya dari yang dipimpinnya. Isteri bertanggungjawab ke atas rumahtangga
suaminya. Pelayan pemimpin kekayaan majikannya dan akan ditanya tentang

yang dipimpinnya. Dan anak adalah pemimpin pada harta bapanya, dan akan
ditanya dari yang dipimpinnya. Maka kamu sekalian sebagai pemimpin, dan
masing-masing akan ditanya (bertanggungjawab) dari yang dipimpinnya”. (Muttafaq

‘alaih dari Ibnu Umar)

Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin terunggul sehingga tidak dapat
dimungkiri oleh tokoh pengkaji bukan Islam sekalipun. Salah seorang pengkaji
barat Bernama Micheal Hart telah memilih Rasulullah SAW sebagai tokoh yang
paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui bukunya The 100: A Ranking
Of The Most Influential Persons In History. Hart mengejutkan masyarakat barat

3|Pemimpin Sohibul Qur’an

yang majoritinya kristian dengan memilih Rasulullah SAW sebagai manusia yang
paling berpengaruh sebagaimana katanya:

“My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons
may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only

man in history who was supremely successful on both the religious and secular
levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's
great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen

centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive”

Senario

Kini umat Islam adalah antara umat yang terbesar di dunia, namun kita masih
menjadi penumpang (pengikut) dalam pelbagai sistem yang dirancang, dibentuk
dan dikuasai oleh pihak lain. Tidak kira, ekonomi, sosial bahkan pendidikan, umat
Islam mengguna pakai sistem barat yang dibangunkan oleh sistem kebendaan
(Materialism) dengan sikap benci atau sekurang-kurangnya curiga pada
keagamaan. Kita tidak mengatakan sistem-sistem ini tidak baik. Ianya sistem yang
‘baik’ dan sebahagian besarnya dibina dengan niat baik tetapi ianya bukanlah baik
dan sempurna mengikut nilaian iman kerana ianya menafikan keagamaan atau
ketuhanan.
Negara-negara Islam adalah antara negara-negara yang kaya dengan sumber
namun kita masih kekal sebagai negara pengguna bukan pengeluar.
Di Malaysia umat Islam masih kekal sebagai pengguna terbesar bukan pengeluar.
Bidang ekonomi lebih banyak dikuasai oleh masyarakat bukan Islam.
Oleh itu, menjadi keperluan untuk melaksanakan latihan atau pembinaan barisan
pimpinan dengan Keperibadian dan Paradigma Pembina (Aqliyatul Banna’) sejak
diawal usia.

4|Pemimpin Sohibul Qur’an

Matlamat

Modul ini adalah bertujuan untuk membina satu barisan pimpinan yang
berwawasan, matang dan memiliki ciri keperibadian yang khusus berasaskan Al
Qur’an dan Sirah.

Objektif

1. Peserta boleh menjelaskan konsep & kemahiran kepimpinan serta
keperibadian yang perlu ada padanya.

2. Pelajar dapat memberi contoh pemimpin-pemimpin yang berpengaruh
dalam tamadun dunia serta menjelaskan faktor kehebatan mereka.

3. Pelajar mampu menganalisis sirah dan sejarah umat serta mampu
membentangkan ibrah atau pengajaran dalam bentuk panduan yang
bersifat amali.

4. Pelajar mampu mempamerkan keperibadian yang baik dan berpengaruh
serta mengamalkan adab dan penampilan diri yang baik dengan sesiapa
sahaja.

5. Pelajar dapat menjelaskan konsep kepimpinan serta memberi contoh
kepimpinan berdasarkan Al Qur’an dan sirah

6. Pelajar mampu berkomunikasi dengan baik dan mampu membuat
pengucapan awam yang berkesan serta memiliki kemampuan interaksi
sosial yang tinggi.

7. Pelajar mampu bekerja secara berkumpulan (teamwork).
8. Pelajar mampu memberi arahan yang jelas dan berpengaruh serta mampu

mengurus sebuah organisasi seperti kelab, persatuan dan sebagainya.
9. Pelajar mampu merancang dan mengendalikan program-program

berbentuk latihan, kursus, seminar dan sebagainya dengan menggunakan
kaedah-kaedah terkini dan berkesan.
10. Pelajar mampu mengkaji dan menganalisis suatu isu dan mampu memberi
pandangan dan tindakan penyelesaian yang baik.
11. Pelajar menunjukkan keprihatinan kepada permasalahan masyarakat serta
bersedia untuk berkhidmat dan membantu

Pendekatan

1. Penyampaian & perbincangan secara dua hala
2. Bengkel (workshop)

5|Pemimpin Sohibul Qur’an

3. ADLX (Active Deep Learner eXperience)
4. Latihan di kelas (eXperiential Learning) & di medan
5. Tugasan dan projek komuniti

Penilaian & Mutaba’ah

1. Ujian/latihan bertulis & lisan
2. Observation
3. Tugasan
4. Medan & Projek

Modul-Modul Utama

Modul ini secara idealnya adalah berdasarkan gambarajah 1 (di bawah) dan secara
terperincinya seperti senarai modul di bawah ini. Iaitu bermula dari pembentukan
individu sehingga dapat memberi khidmat kepada masyarakat.
Ada 3 fokus utama modul ini iaitu:

Gambarajah 1

6|Pemimpin Sohibul Qur’an

1. Personal Development (Pembentukan peribadi) yang akan
menekankan beberapa asas keperibadian yang matang dan berpengaruh.

a. Believes & Life System iaitu penekanan pada aspek keimanan
dan mengambil Islam sebagai satu sistem hidup (Way Of Life) serta
memiliki cara berfikir yang matang dan sistematik.

b. Attitude & Personality iaitu pembentukan sikap dan personaliti
yang berpengaruh yang berpandukan akhlak dan keperibadian
Rasulullah SAW, sahabat serta para salafus soleh.

c. Knowledge & Skill. Pelajar akan ditanamkan dengan kecintaan
pada ilmu serta melalui pelbagai latihan yang bersifat amali yang
diharapkan dapat membina pelbagai kemahiran yang bermanfaat.
Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu
terutamanya ilmu diniah agar mereka dapat berfikir dan bertindak
dengan kerangka ilmu dan hikmah.

2. Group Achievement adalah kesedaran dan kemahiran untuk bekerja
secara berkumpulan. Secara tidak langsung pelajar akan dilatih dan
dibentuk sebagai ketua (leader) dan juga pengikut yang baik. Oleh itu
pelajar akan didedahkan dengan beberapa ilmu & kemahiran.

a. Vision & Mission. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran
menentukan visi & misi dalam gerak kerja berkumpulan atau individu
serta bertindak mengikut hala tuju yang jelas dan terancang.

b. Task & System. Pelajar perlu ada kemahiran dalam
memperincikan tugasan untuk mencapai visi & misi serta menguasai
sistem atau gaya pengurusan yang sesuai.

c. Leading & Controlling. Pelajar juga perlu dibentuk dengan ciri
kepimpinan serta memiliki kemampuan untuk mencapai sesuatu visi
dari sudut kapasiti ilmu dan peribadi yang berpengaruh (Knowledge

7|Pemimpin Sohibul Qur’an

capacity & power of accomplishment). Dengan ini mereka mampu
merancang, melaksana dan mengawal serta mencari penyelesaian
dalam setiap konflik atau permasalahan.

3. Community Service; Pelajar juga akan dilatih menjadi masyarakat yang
prihatin dan bertanggungjawab. Oleh itu beberapa perkara perlu
didedahkan dari semasa ke semasa.

a. Values & Conservation. Pelajar perlu dididik untuk mencintai
alam, menghargai orang lain, cakna dengan segala permasalahan
masyarakat serta berusaha mempertahankan segala nilai yang baik.

b. Volunteers & Charity. Pelajar juga akan dibiasakan dengan kerja-
kerja kemasyarakatan & kesukarelawanan bahkan merasakan diri
mereka sebagai bahagian utama masyarakat. Oleh itu pelajar akan
didedahkan dengan banyak program kemasyarakatan dan bersama
masyarakat.

c. Caring & Support. Pelajar juga akan dibina kepekaan dan
keprihatinan serta bersedia bekerjasama dengan sesiapa saja untuk
menjayakan agenda pembinaan dan pembaikan masyarakat.
Pemimpin yang baik sentiasa terbuka dan saling tolong menolong
untuk mencapai suatu kebaikan.

Pelajar juga akan didedahkan dengan tafsir dan sirah berkaitan serta melalui
latihan secara praktikal di dalam kelas dan di medan.
Dengan ini diharapkan akan terbentuk pemimpin Sohibul Qur’an berasaskan
sirah dan perjuangan Islam.

8|Pemimpin Sohibul Qur’an

Senarai Modul

Modul 1-6 bukanlah modul mengikut tingkatan iaitu tingkatan 1 hingga 6 tetapi
modul berdasarkan objektif keseluruhan. Modul ini akan dijalankan secara
bersepadu, komprehensif serta bersifat amali dan interaktif dimana pelajar akan
melaluinya sebagai satu pengalaman yang praktikal bukan sekadar perbincangan
ilmiah.

Modul-Modul yang perlu dilalui oleh pelajar adalah seperti berikut:

Modul 1 : Mengenali Pemimpin

I. Definisi pemimpin
II. Karakter pemimpin

a. Believes: Keimanan mendalam, keteguhan peribadi dan sebagainya
b. Character : Keterampilan personaliti, pengaruh keperibadian,

keberanian dan sebagainya
c. Capacity: Penguasaan ilmu, pengalaman
d. Analysis: Kemampuan berfikir kritis & kritis, kemahiran membuat

analisis & keputusan dan sebagainya
e. Accomplishment: Keupayaan merancang & melaksanakan, disiplin,

konsistensi termasuk keperibadian yang berpengaruh pada bawahan
dan sebagainya
f. Interaction: Kemampuan membina hubungan & mempengaruhi
orang lain, keberkesanan komunikasi, pengucapan awam
III. Faktor pembinaan dan keruntuhan keperibadian pemimpin
IV. Antara pemimpin & pengurus
V. Intisari beberapa teori kepimpinan

Modul 2: Menjiwai Kepimpinan

I. Tadabbur ayat-ayat Al Qur’an dan Hadith berkaitan kepimpinan
II. Kecontohan Rasulullah SAW dari sudut kepimpinan
III. Ibrah kepimpinan dari sirah perjuangan dan ketamadunan Islam
IV. Mengenali & mencontohi tokoh-tokoh besar dalam kepimpinan umat

9|Pemimpin Sohibul Qur’an

V. Cabaran dalam membangunkan generasi pemimpin {Kajian buku Generasi
Muda & Perubahan

VI. Menghayati sifat pemimpin melalui ayat-ayat & sirah pilihan

Modul 3: Pembinaan Karakter

I. Meneliti tema makkiyyah sebagai asas pembinaan peribadi dan ummah
II. 4 QUL dalam pembentukan jatidiri (Usul Nafsiah) dan persiapan

mendepani cabaran zaman
III. Pohon Iman teduhan ummat (Tadabbur Surah Ibrahim: 24)
IV. Mencontohi Keperibadian Rasulullah SAW & Generasi awal

a. Fasa persiapan nubuwwah
b. Fasa pembinaan peribadi & ummah
c. Fasa penentangan
d. Fasa Penegakan Daulah
e. Fasa masyarakat majmuk
f. Fasa penaklukan & kejatuhan

Modul 4: Pemimpin & Organisasi

I. Model Umat dalam surah Ali Imran: 110
II. Saff kepimpinan & Risalah Dakwah (Tadabbur surah As Saff)
III. Menentukan Visi & Misi
IV. Pengurusan strategik & sistematik
V. Kepimpinan organisasi dan pengawalan

Modul 5: Pemimpin & Keluarga

I. Keluarga sebagai tapak pembinaan pemimpin tadabbur Al Furqan:74
II. Keluarga pilihan berdasarkan berdasarkan surah Ali Imran ayat 33
III. Menziarahi rumah dan keluarga Rasulullah SAW; Kajian Sirah
IV. Manhaj pendidikan dan pembangunan keluarga.

Modul 6: Pemimpin & Masyarakat

I. Keseimbangan dan kesatuan umat berdasarkan surah Al Hujurat (6-11)
II. Remaja & Cabaran semasa
III. Memahami permasalahan umat
IV. Amar ma’aruf nahi mungkar (Ali Imran:103)
V. Baitul Muslim: Cabaran & Penyelesaian
VI. Khadimul Ummah

10 | P e m i m p i n S o h i b u l Q u r ’ a n

Modul 7: Pemimpin & Ummah

I. Cabaran zaman & Surah Al Kahfi
II. Ibrah daripada kemenangan & kejatuhan daulah-daulah Islam
III. Memahami qadhiah Islamiyah dalam menentukan noktah bidayah as

sahihah
IV. Maratibul amal sebagai maping dalam membina semua ummah
V. Amal Jama’ie
VI. Mengenali organisasi & gerakan Islam

Penutup

Semoga dengan izin Allah, modul ini dapat membina generasi pemimpin
berdasarkan Al Qur’an dan kajian sirah.

11 | P e m i m p i n S o h i b u l Q u r ’ a n

Profil Penyusun & Pelaksana Modul

Azmi Bahari | Abu Umar

Biodata

AZMI BIN BAHARI berasal dari Batu Kurau, Perak. Sekarang
menetap di Beseri, Perlis.

Timbalan Mudir MADANI, Founder kepada ESETS (Eduserve
Training & Supply) dan RMC Training Centre di samping aktif
sebagai penceramah, trainer dan motivator melalui NGO
HALUAN Malaysia (Himpunan Lepasan Institusi Pengajian
Malaysia).

Mula terlibat dalam aktiviti latihan dan motivasi sejak lebih
20 tahun. Berpengalaman mengendalikan latihan keguruan, kepimpinan, komunikasi
rumahtangga, parenting dan lain-lain serta sering menjalankan kem-kem motivasi untuk
sekolah-sekolah, IPT, Badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO. Sering dijemput
sebagai penceramah jemputan di dalam dan luar negara.

Kelulusan Akademik & Kursus:

• Diploma In Business Studies (UiTM) [1994-1996]
• Roadmap Of Outstanding Educators (ROOTS) Programme dibawah SEGA group USA

(https://segagroup.net/) tajaan NAMA Foundation Arab Saudi [2017-2019]
o Certified Facilitator & Practitioner for FIRST Framework (LXF; Learner
eXperience Facilitation) & LXC (Learner eXperience Coaching)

• Train The Trainer (TTT) dibawah HRD Corp Certification programme [Nov 2021]
o Certified Trainer untuk HRDF

• Sijil Kepimpinan Rekreasi Tahap 2, Jabatan Belia & Sukan
• Sijil Asas Kayak Star 1 & Star 2
• Sijil Survival (Darat)

Pengalaman Bekerja:
● International Trade Officer (1996), Ibsul Holdings SDN BHD
● Account & Administration Executive (1997), Ibsul Development SDN BHD
● Marketing Executive (1998 – 2001), Bina Intergrated SDN BHD

12 | P e m i m p i n S o h i b u l Q u r ’ a n

● Guru, Penolong Kanan Tugas Khas dan Pengerusi Koperasi Sekolah (2002 – 2021).
Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

● Jurulatih (Trainer) sepenuh masa (Feb 2021 hingga sekarang)
● Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Ad-Daie Wal Diniah (MADANI) Mac 2001 hingga

sekarang)
Penglibatan & Pengalaman Lain:

1. Terlibat secara langsung dalam bengkel pembinaan Modul dan Mengendalikan
Program-program di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).

2. Terlibat secara langsung dalam bengkel pembinaan Modul dan Mengendalikan
Program-program di bawah Unit Perancangan Ekonomi (EPU; Di bawah Jabatan
Perdana Menteri)

3. Peserta & Alumni ESQ Leadership Training (Peduli Pendidikan Ke 5, 2006) Bandung,
Indonesia.

13 | P e m i m p i n S o h i b u l Q u r ’ a n


Click to View FlipBook Version