The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gracewkq26, 2022-08-26 03:59:39

PERCUBAAN SPM PJPK

PERCUBAAN SPM PJPK

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA
TENOM

___________________________________________________________________________

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

TAHUN 2021

TINGKATAN 5

1 JAM

Tarikh : 13 Oktober 2021
Masa : 7.30 – 8.30

Nama : ................................. Disediakan oleh : En Khairul Izzat bin Zainal )
( Kelas : .................................. )
Disemak Oleh : Pn Yap Li Ying ( )

Disahkan Oleh: Pn Molley Wong Su Mei (

___________________________________________________________________________

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C.

Bahagian A
[25 markah]
Jawab semua soalan.
Isi jawapan anda di ruang jawapan yang disediakan

1. Pada bulan berapa ujian SEGAK dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia?
A. April dan Ogos
B. Mac dan Oktober
C. April dan Oktober
D. Mac dan Ogos

2. ______________ merujuk kandungan tubuh badan manusia yang terdiri daripada lemak,
tulang, otot dan air dalam badan.
A. Ujian SEGAK
B. Komposisi badan
C. Kekuatan Otot
D. Kelenturan

3. Kaedah mengukur lilitan pinggul dan pinggang untuk mengetahui taburan lemak pada
bahagian berikut kecuali
A. paha
B. abdomen
C. pinggang
D. pinggul

4. Antara berikut, yang manakah aktiviti ujian segak yang bertujuan menguji daya tahan otot?
A. Naik turun bangku
B. Jangkauan melunjur
C. Tekan tubi
D. Mengira BMI

1

5. Bioelectrical impedance analysis(BIA) ialah salah satu alat yang boleh digunakan untuk
mengukur komposisi badan. Analisis komposisi badan dengan menggunakan BIA dapat
menunjukkan
A. Jisim otot
B. peratus lemak badan
C. kandungan jisim lemak
D. peratus air dalam badan

6. Berikut ialah pertimbangan yang perlu difikirkan jika anda ingin merancang program
mengurangkan berat badan kecuali
A. Gaya hidup sanitari
B. Pemakanan seimbang
C. Latihan kecergasan mingguan
D. Kekerapan latihan (frekuensi)

7. Bagaimana kaedah untuk menentukan pemilihan intensiti latihan untuk kapasiti aerobik?
A. Berhenti apabila penat
B. Lakukan aktiviti anaerobik secara berterusan setiap hari.
C. Kira peratus intensiti latihan dari Kadar Nadi Maksimum.
D. Kira BMI dan lakukan latihan mengikut peratusan berat badan

8. Antara kemahiran melakukan strategi menyerang dalam permainan ragbi sentuh ialah
I. Tendang dan tangkap
II. Hantaran loop

III. Mengacah larian zig-zag
IV. Hantaran tinggi
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

9. Apakah tujuan atau tugas pemain quarterback dalam permainan ragbi sentuh?
A. Mengawasi pemain lawan di zon kawalannya untuk kawalan zon satu lawan satu.
B. Menghantar bola kepada ahli pasukan dengan menggunakan strategi hantaran silang.
C. Mengejar mana-mana pemain pasukan penyerang yang berjaya melepasi barisan
pertahanan pasukan.
D. Menyentuh mana-mana pemain pihak penyerang yang membawa bola melepasi
halangan pasukan bertahan.

10. Strategi ________________ dapat mengelirukan pemain pasukan lawan dan sering kali
dilakukan di kawasan tengah gelanggang menuju ke arah kawasan in-goal.
A. Miss pass
B. Hantaran silang
C. Hantaran loop
D. Tending dan tangkap

2

11. Pernyataan di bawah merupakan salah satu strategi serangan permainan ragbi sentuh.
• Strategi ini sering digunakan apabila pasukan penyerang mendapat peluang
membawa bola terus ke hadapan.
• Bagi mengelakkan diri disentuh oleh pemain pasukan bertahan, pemain yang
membawa bola boleh melakukan pergerakan mengacah dengan tangkas.

Apakah nama strategi serangan tersebut?
A. Miss pass
B. Hantaran loop
C. Mengacah dengan silang
D. Mengacah dengan zig-zag

12. Berikut merupakan wira-wira jaguh badminton Malaysia kecuali
A. Lin Dan
B. Misbun Sidek
C. Lee Chong Wei
D. Punch Gunalan

13. ________________ ialah mengangkat bulu tangkis yang dihantar rendah di hadapan
jaring, tinggi ke gelanggang pihak lawan.
A. Lob
B. Drop
C. Smesy
D. Lifting

14. Apakah kelebihan formasi serangan wedge dalam permainan badminton?
I. Mengelakkan beregu lawan daripada membuat hantaran silang
II. Memudahkan pemain untuk mematikan apa-apa pukulan servis di hadapan

III. Sesuai digunakan apabila bulu tangkis berada tinggi di tengah gelanggang
IV. Menyenangkan pemain untuk bertahan menjaga bahagian setengah gelanggangnya.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

15. Sekiranya pukulan balas daripada beregu lawan adalah lurus dan pendek, pemain beregu
pasukan penyerang perlu bergerak ke ____________ untuk melakukan serangan kepada
beregu lawan.
A. kiri
B. kanan
C. hadapan
D. belakang

16. Berapakah ketengangan tali raket yang dicadangkan bagi pemain yang tidak banyak
menggunakan daya pergelangan tangan?
A. 16 hingga 19 pound
B. 18 hingga 20 pound
C. 20 hingga 25 pound
D. Lebih 27 pound

3

17. Pernyataan berikut merupakan situasi yang mempengaruhi ketidakstabilan emosi kecuali
A. Bercuti bersama keluarga
B. Keluarga yang tidak harmoni
C. Kegagalan dalam peperiksaan
D. Pergaduhan atau perselisihan faham dengan rakan sebaya

18. Antara berikut, yang manakah bukan kesan ketidakstabilan emosi terhadap pelajar?
A. Kemurungan
B. Mudah berasa lesu
C. Berusaha untuk berjaya dalam pelajaran
D. Kemudaratan kepada fungsi tubuh badan dan mental

19. Remaja yang empati dapat mengurangkan tekanan emosi orang lain. Apakah maksud
empati?
A. Bersifat suka melawan atau menentang orang lain
B. Mudah bersimpati dan rasa kasihan kepada orang lain
C. Keupayaan untuk menyelami perasaan atau emosi orang lain.
D. Berupaya mengawal emosi ketika marah kerana tidak berpuas hati dengan orang lain

20. Antara berikut, yang manakah kepentingan menguruskan ketidakstabilan emosi?
I. Merasa gembira dan ceria
II. Membuat keputusan secara rasional

III. Melahirkan masyarakat yang berpecah belah
IV. Berkomunikasi secara rasional dalam kalangan ahli keluarga dan rakan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

21. Antara berikut, yang manakah bukan kemahiran mengurus ketidakstabilan emosi?.
A. Menyalahkan orang lain
B. Mengawal emosi ketika marah
C. Berkomunikasi secara berkesan
D. Mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

22. Senaman dapat mengurangkan tahap kebimbingan dan stress menerusi penghasilan
hormon _______________.
A. adrenalin
B. endorfin
C. progestron
D. testosteron

23. Berikut merupakan cara berkomunikasi yang berkesan dengan ahli keluarga kecuali
A. Memberi teguran yang membina kepada ahli keluarga
B. Menunjuk ajar tentang kekurangan dalam diri seseorang individu
C. Menyalahkan ahli keluarga yang mencemarkan maruah keluarga.
D. Sentiasa berkongsi berita gembira dan berita sedih bersama ahli keluarga.

24. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ketegangan dalam keluarga?
I. Penceraian

4

II. Perkahwinan kontrak
III. Keganasan rumah tangga
IV. Mementingkan pendidikan agama
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

25. Bagaimanakah cara untuk mengatasi ketegangan perhubungan dalam keluarga?
I. Mengutamakan pendidikan
II. Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

III. Mengongkong setiap pergerakan ahli keluarga
IV. Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

RUANG JAWAPAN OBJEKTIF

Isi jawapan bagi soalan objektif di ruang yang disediakan

No Jawapan No Jawapan No Jawapan No Jawapan No Jawapan
Soalan Soalan
Soalan Soalan Soalan
1 21
6 11 16
2 22
3 7 12 17 23
4 24
8 13 18
5 9 14 19 25

10 15 20

5

BAHAGIAN B
(15 MARKAH)
Jawab semua soalan

1. Nyatakan YA atau TIDAK berdasarkan pernyataan yang diberi bagi permainan
badminton.

PERNYATAAN YA / TIDAK

(a) Lob ialah memukul bulu tangkis tinggi dari kawasan depan
gelanggang ke depan gelanggang pihak lawan.

(b) Pemain perlu bergerak ke tengah gelanggang setelah membuat
pukulan untuk tujuan mengawal gelangang.

(c) Formasi pertahanan bersebelahan (side by side) dalam permainan
beregu ialah sama seperti posisi membuat servis.

(d) Strategi permainan beregu adalah untuk menyerang dengan laju.

(e) Ketegangan tali raket lebih 27 pound sesuai digunakan oleh
pemain yang mempunyai kuasa dan kawalan pergelangan tangan
yang baik.

[5 markah]

2. Nyatakan tiga aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia dan harmoni.

a) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

b) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

c) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[3 markah]

6

3. Nyatakan kemahiran dalam permainan ragbi sentuh berdasarkan rajah di bawah.

BIL KEMAHIRAN JAWAPAN
(a)

(b)

(c)

[3 markah]
4. Nyatakan dua kaedah yang berkesan untuk merawat emosi yang tidak stabil.

a) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

b) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[4 markah]

7

BAHAGIAN C
(10 MARKAH)
Jawab semua soalan

1. Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi,
seperti banker, gempa bumi, rebut, tanah runtuh, tsunami dan aktiviti manusia.
Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat,
sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, nyatakan pendekatan yang anda boleh
gunakan sebagai langkah awal bagi menyelamatkan mangsa kejadian bencana alam di
bawah dan tujuan anda berbuat demikian

Situasi Langkah Bantuan Awal Sebab dan Tujuan
Banjir

Gempa Bumi

Ribut

Tanah Runtuh

Tsunami

[10 markah]

------------------------------------------------Kertas Soalan Tamat---------------------------------------
8


Click to View FlipBook Version