Bab
13 Sisa Domestik
Nota Ekstra
13.1 Jenis-jenis Sisa Domestik
1 Sisa domestik: sisa bahan buangan dari rumah.
2 Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan cecair serta dikategorikan sebagai:
Bahan organik Bahan bukan organik
(i) Dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan (i) Dihasilkan dari sumber mineral
(ii) Boleh diuraikan dan dilupuskan (ii) Sukar dilupuskan dan diuraikan
(iii) Contoh: sisa makanan, sisa kebun dan kertas (iii) Contoh: tin, kaca, plastik dan besi buruk
13.2 Sisa-sisa domestik di Malaysia
Sisa domestik
Sisa pepejal Sisa cecair
• Sisa makanan • Minyak masak
• Plastik • Kumbahan
• Kertas
• Logam
• Perabot
• Lampin pakai buang
13.3 Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia
1 Pencemaran
(a) Pencemaran air: sumber air terutamanya sungai akan tercemar apabila sampah sarap dibuang ke kawasan
sumber air.
(b) Pencemaran udara: udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan sampah.
(c) Pencemaran bau: timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau tidak
menyenangkan.
2 Wabak penyakit
(a) Sisa pembuangan sampah menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti
tikus, lipas dan lalat.
(b) Sebagai contoh, penyakit taun. demam denggi, malaria, zika dan rotavirus.
3 Kos penyelenggaraan meningkat
(a) Peningkatan jumlah sisa domestik meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan
khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).
(b) Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan kos penyelenggaraan tapak pelupusan. baik
pulih kemusnahan. perawatan air tercemar dan gaji pekerja pembersihan.
1
4 Banjir kilat
(a) Sikap masyarakat yang kerap membuang sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai menyebabkan
aliran air tersekat.
(b) Apabila hujan lebat. jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.
13.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik
1 Amalan 3R
• Penerapan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.
Kurangkan: Mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah
seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistirena.
Amalan 3R Guna Semula: Menggunakan semula bekas minuman, surat khabar,
majalah atau mendermakan buku-buku dan pakaian.
Kitar semula: Menghasilkan barangan baharu daripada barangan terbuang
seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos.
2 Penggunaan teknolgi mesra alam
(a) Loji Waste to Energy (WtE): merupakan teknologi terkini yang mampu mengurangkan sisa yang perlu
dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85%.
(b) Teknologi WtE juga mampu mengurangkan pencemaran bau berbanding tapak pelupusan sedia ada.
(c) Penciptaan pinggan daripada ubi kayu dapat menggantikan pinggan polistirena dan mengurangkan
pembuangan sisa domestik.
3 Penguatkuasaan undang-undang
(a) Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa domestik dengan
mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat.
(b) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.
4 Pendidikan
(a) Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan kepada generasi muda terutama dari
peringkat awal.
(b) Mata pelajaran Geografi dan Sains dapat memupuk kesedaran dalam kalangan murid.
(c) Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan di sekolah.
5 Kempen
(a) Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
(b) Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial.
(c) Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar,
Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.
2