Bab Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap
7 Kegiatan Manusia di Asia
Nota Ekstra
7.1 Kepelbagaian Iklim di Malaysia
Tundra 90° U Zon sejuk
Zon sederhana sejuk
Siberia Laurentia 65° U Zon sederhana panas
45° U
Mediterranean Steppe China 30° U Zon panas
10° U
Gurun panas Monsun Tropika
0°
Khatulistiwa 10° S
7.2 Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia
Zon sejuk Ciri iklim Contoh negara
Iklim • Rusia (utara)
• Suhu musim panas tidak melebihi 10°C
Tundra • Suhu musim sejuk di bawah takat beku Contoh negara
• Kawasan Siberia di Rusia
-28°C
Zon sejuk sederhana • Jumlah hujan tahunan 250 mm
• Kerpasan turun dalam bentuk salji
Iklim
Ciri iklim
Siberia
• Suhu musim panas 15°C hingga 20°C
• Suhu musim sejuk -17°C hingga -5°C
• Jumlah hujan tahunan 500 mm
• Kerpasan turun dalam bentuk salji pada
musim sejuk
1
Iklim Ciri iklim Contoh negara
Laurentia • Suhu musim panas 20°C hingga 27°C • China (Utara)
• Suhu musim sejuk -6°C hingga 10°C • Korea (Utara)
• Jumlah hujan tahunan 500 mm hingga • Jepun (Utara)
Zon panas sederhana
1 000 mm
Iklim • Salji turun pada musim sejuk
• Suhu musim sejuk boleh mencapai takat
Mediterranean
beku
Steppe Ciri iklim Contoh negara
China • Musim panas yang sederhana panas 20°C • Turki
hingga 24°C • Lubnan
• Syria
• Musim sejuk yang sederhana sejuk 6°C
hingga 10°C • Rusia (selatan)
• Mongolia
• Jumlah hujan tahunan 275 mm hingga
900 mm • China (tengah dan selatan)
• Korea Selatan
• Suhu musim panas 21°C • Jepun (selatan)
• Suhu musim sejuk -10°C hingga 0°C • Taiwan (utara)
• Jumlah hujan tahunan 500 mm
• Mengalami rebut salji pada musim sejuk
• Musim panas yang sederhana panas 28°C
• Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu
5°C
• Jumlah hujan tahunan adalah sebanyak
500 mm hingga 1 500 mm
Zon panas
Iklim Ciri iklim Contoh negara
• Malaysia
Khatulistiwa • Panas dan lembap sepanjang tahun • Singapura
• Min suhu tahunan 27°C • Brunei Darussalam
Gurun Panas • Jumlah hujan tahunan melebihi 2 600 mm
Monsun Tropika • Arab Saudi
• Musim panas yang sangat panas, iaitu 32°C • Iraq
hingga 38°C • Oman
• Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu • India
16°C • Laos
• Myanmar
• Julat suhu harian tinggi kira-kira 25°C • Thailand
• Jumlah hujan tahunan kurang 250 mm
• Mengalami musim kering dan musim
lembap yang nyata
• Min suhu tahunan 24°C hingga 27°C
• Jumlah hujan tahunan 1 000 mm hingga
2 000 mm
2
U
Rusia
Cyprus Georgia Armenia
Lubnan Turki Azerbaijan
Palestin Syria Kazakhstan Korea Jepun
Utara Filipina
Israel Iraq Turkmenistan Uzbekistan Mongolia
Jordan Kirgistan
Kuwait Iran Tajikistan China Korea
Arab saudi Bahrain Bhutan Selatan
Qatar Afghanistan
Pakistan Myanmar Laos Taiwan
Yamen Oman Emiriah Nepal
Arab Bersatu India
Bangladesh Thailand
Vietnam
Brunei
Sri Lanka Kemboja Darussalam
Malaysia
Singapura
Indonesia Timor Leste
Petunjuk
Iklim Tundra Iklim Laurentia Iklim China Iklim Gurun Panas Iklim Khatulistiwa
Iklim Siberia Iklim Steppe Iklim Mediterranean Iklim Monsun Tropika Iklim Pergunungan
Taburan iklim di Asia
7.3 Zon Iklim Sejuk
Iklim Tundra
1 Sepanjang pantai utara Asia, terutamanya pantai Siberia yang terletak dalam lingkungan garisan Artik.
2 Beriklim Tundra (Zon Sejuk)
(a) Min suhu tahunan -14°C.
(b) Musim panas pendek (Mei – Ogos), sederhana sejuk dengan suhu kurang 10°C.
(c) Angin Baratan membawa hujan maksimum pada musim panas.
(d) Ribut salji sering berlaku pada kelajuan 200 km/j.
(e) Kerpasan tahunan yang sedikit, iaitu 250 mm hingga 300 mm.
(f) Kebanyakannya turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan.
(g) Salji turun pada musim sejuk.
3 Kegiatan manusia
(a) Musim panas: menangkap ikan paus, kod dan salmon. Alat menangkap ikan ialah harpoon.
(b) Musim sejuk: memburu binatang seperti walrus, serigala dan rusa kutub untuk daging (sumber makanan),
kulit (pakaian, khemak dan kayak) dan lemak (menyalakan pelita dan memanaskan iglu).
3
7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana
Iklim Laurentia
1 Kawasan yang mengalami iklim ini ialah China (utara), Korea Utara dan Jepun (utara).
2 Kawasan-kawasan ini mengalami empat musim.
(a) Min suhu tahunan 9°C hingga 17°C.
(b) Musim panas sederhana panas dan singkat 21°C hingga 26°C.
(c) Musim sejuk sangat sejuk, panjang dan kering -6°C hingga 10°C.
(d) Julat suhu tahunan 20°C hingga 30°C.
(e) Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan Pantai Jepun, China, Korea Utara dan Siberia.
(f) Musim dingin adalah kering.
(g) Hujan tahunan antara 500 mm hingga 1 000 mm yang turun sepanjang tahun.
(h) Hujan lebih banyak pada musim panas dan salji turun pada musim sejuk.
(i) Hujan maksimum dibawa oleh angin Monsun Tenggara pada musim panas.
3 Kegiatan manusia
(a) Penanaman gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
(b) Pantai Jepun yang terletak di persimpangan antara arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio
menggalakkan kegiatan perikanan yang kebanyakannya dijalankan pada musim panas.
7.5 Zon Iklim Panas Sederhana
Iklim China
1 Kawasan yang mengalami iklim jenis ini ialah di China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun (selatan) dan
Taiwan (utara).
2 Kawasan-kawasan ini mengalami empat musim.
(a) Min suhu tahunan 15°C.
(b) Suhu pada musim panas, iaitu sederhana panas (Mei hingga September) ialah 28°C.
(c) Suhu pada musim sejuk yang sederhana sejuk dan kering (Oktober – April) ialah 5°C.
(d) Julat suhu tahunan melebihi 25°C.
(e) Angin Monsun Tenggara bertiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas membawa hujan lebat.
(f) Pada akhir musim panas, selatan China, Hong Kong dan Taiwan mengalami ribut taufan
kerana siklon tropika bertiup dari Lautan Pasifik.
(g) Hujan tahunan antara 508 mm hingga 1 520 mm yang turun dalam bentuk hujan siklon.
3 Kegiatan manusia
(a) Penanaman padi dijalankan pada musim hujan.
(b) Gandum dan teh ditanam di kawasan suhu sederhana panas, antara 16°C hingga 18°C sebagai sumber
makanan penduduk.
(c) Kegiatan penternakan lembu di kawasan kaki bukit yang lebih sejuk. Suhu dingin menggalakkan
pertumbuhan rumput untuk makanan ternakan.
4
7.6 Zon Iklim Panas
Iklim Gurun Panas
1 Kawasan yang mengalami iklim jenis ini ialah di Gurun Arab.
2 Kawasan ini mengalami:
(a) Min suhu tahunan ialah 25°C.
(b) Musim panas yang sangat panas, iaitu 32°C hingga 36°C.
(c) Musim sejuk adalah sederhana sejuk, iaitu 16°C.
(d) Julat suhu tahunan melebihi 17°C hingga 20°C.
(e) Cuaca pada waktu siang adalah panas, iaitu 40°C. Hal ini kerana kekurangan litupan awan telah
menyebabkan pancaran matahari terus ke permukaan bumi.
(f) Cuaca pada waktu malam pula sejuk 5°C kerana langit tidak berawan dan haba dibalikkan ke atmosfera
dengan cepat.
(g) Angin Timuran yang kering bertiup dari kawasan darat dan tidak membawa hujan.
(h) Jumlah hujan tahunan kurang 250 mm, mewujudkan keadaan yang gersang (sangat kering).
3 Kegiatan manusia
(a) Cuaca yang panas dan kering menggalakkan tanaman kurma di kawasan oasis secara ladang.
(b) Jumlah hujan tahunan yang kurang menyebabkan rumput dan semak samun tumbuh renek dan jarang.
Rumput tersebut dijadikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan unta.
5