The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sauzana Sulaiman, 2020-04-07 19:14:04

Bab 9 : Pemanasan Global

Oleh : Chegu NaNa

Bab

9 Pemanasan Global

Nota Ekstra

9.1 Maksud Pemanasan Global

1 Pemanasan global: Peningkatan suhu purata atmosfera permukaan bumi secara perlahan-lahan dan berterusan
disebabkan oleh aktiviti manusia dan juga secara semula jadi.

2 Suhu bumi semakin panas kerana haba yang dibalikkan oleh bumi terperangkap dalam atmosfera kesan
daripada gas rumah hijau.

3 Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, sulphur dioksida, metana, klorof lurokarbon
(cfc), habuk, debu, gas-gas, PM10 dan sebagainya.

9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global

1 Aktiviti manusia
(a) Pembukaan hutan atau penyahutanan
• Hutan dibuka untuk petempatan, pertanian, pengangkutan dan perindustrian.
• Kayu, dahan, ranting dan daun pokok dibakar.
• Asap dan habuk mencemarkan udara semasa aktiviti pembakaran hutan secara terbuka dilakukan.
• Pembukaan hutan membolehkan pancaran matahari sampai ke permukaan bumi tanpa halangan.
• Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses fotosintesis terganggu dan peratusan karbon
dioksida semakin meningkat.
(b) Pertanian dan penternakan
• Penggunaan baja organik terutamanya najis lembu, kambing, ayam dan kelawar membebaskan gas
metana yang mencemarkan udara semasa mengalami proses pereputan.
• Penggunaan baja nitrat untuk pertanian membebaskan gas nitrogen yang turut menyumbang kepada
pencemaran udara.
(c) Penggunaan bahan api fosil
• Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan api fosil
sebagai bahan bakar utama.
• Penggunaan bahan api fosil menghasilkan gas pencemar udara seperti sulphur dioksida dan karbon
monoksida.
(d) Aktiviti penjanaan kuasa elektrik
• Penjanaan kuasa elektrik melalui pembakaran arang batu dan petroleum membebaskan gas karbon
dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon, asap dan habuk ke udara.

2 Faktor semula jadi
(a) Aktiviti gunung berapi
• Asap, debu, habuk dan gas sulphur yang dikeluarkan melalui ledakan gunung berapi memanaskan udara
dan meningkat suhu bumi.
(b) Pemanasan berlebihan daripada matahari
• Pemanasan cahaya matahari yang berlebihan di permukaan bumi akibat pencemaran udara, penipisan
lapisan ozon dan kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan.

1

9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global

1 Peningkatan aras laut
• Suhu yang meningkat menyebabkan pencairan ais di kutub.
• Kesannya:
– Mengakibatkan banjir besar dan hakisan.
– Menenggelamkan kawasan daratan.
– Memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa.
• Berlaku juga peningkatan suhu air laut.
• Kesannya:
– Ekosistem marin terjejas.
– Menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih.
2 Kemerosotan sumber makanan
• Air laut menjadi lebih panas dan mengganggu ekosistem marin.
• Banjir memusnahkan kawasan pertanian.
• Tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian.
• Kesannya, sumber bekalan makanan dunia terancam.
3 Gangguan cuaca
• Mengakibatkan banjir, ribut, ombak besar dan taufan.
• Taburan hujan tidak menentu.
• Kemusnahan flora dan fauna.
• Terdapat kawasan yang mengalami kemarau yang teruk.
• Udara menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk.
4 Masalah kesihatan
• Berlaku kehilangan nyawa.
• Meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti katarak mata dan kanser kulit.
• Gelombang haba menyebabkan strok haba dan dehidrasi.

9.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global

1 Amalan 5R
• Rethink (Fikir semula)
– Berfikir dua kali atau lebih sebelum menggunakan sesuatu produk atau barang.
– Elakkan menggunakannya jika tidak memberikan manfaat serta boleh menjejaskan persekitaran.
• Repair (Baiki)
– Memperbaiki sesuatu barangan yang telah rosak.
• Reuse (Guna semula)
– Menggunakan semula sesuatu barang yang tidak boleh dilupuskan. Misalnya beg plastik dan botol plastik.
• Reduce (Kurangkan)
– Mengurangkan penggunaan barangan yang boleh menjejaskan alam sekitar.
• Recycle (Kitar semula)
– Kitar semula barangan yang telah digunakan untuk fungsi yang lain.
– Misalnya, kertas surat khabar boleh dianyam menjadi bakul atau kraf tangan.
2 Penggunaan tenaga mesra alam sekitar.
• Penggunaan tenaga arang batu dan petroleum menghasilkan banyak bahan pencemar.
• Tenaga tersebut boleh digantikan dengan:
– Tenaga suria
– Tenaga biomas
– Tenaga angin

2

– Tenaga ombak
– Tenaga hidroelektrik
– Tenaga geoterma
– Tenaga nuklear
3 Pendidikan alam sekitar
• Penerapan ilmu alam sekitar dalam kurikulum melalui mata pelajaran Geografi dan Sains di sekolah serta

pengenalan kursus berkaitan alam sekitar di universiti dan kolej.
• Penubuhan kelab dan persatuan berkaitan seperti Sahabat Alam Malaysia, Kelab Rekreasi, Kelab Alam

Sekitar dan sebagainya.
4 Penguatkuasaan undang-undang
• Tujuan:
– Mengawal penebangan hutan secara tidak terancang.
– Mencegah aktiviti pembakaran terbuka.
– Mengawal pelepasan asap dari kenderaan secara berlebihan.
– Mengawal pembebasan asap berbahaya dari kilang.
• Contoh akta undang-undang yang digubal:
– Akta Perlombongan Petrol 1966
– Akta Kerajaan Tempatan 1976
– Akta Perhutanan 1984
– Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012
– Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012
5 Kerjasama antarabangsa
• Protokol Kyoto 1997: Perjanjian antarabangsa untuk mengambil langkah bagi mengurangkan pencemaran

udara dan kesan rumah hijau.
• Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC).
• Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) atau Sidang

Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
• Kerangka Konvensyen tentang Perubahan Cuaca (UNFCCC).
• Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis dari 30 November hingga 11 Disember 2015 untuk bersama

komuniti antarabangsa bagi menangani isu perubahan iklim.

3


Click to View FlipBook Version